Rabu, 12 Ogos 2015

Kek Pandan Keju

Salam ceria selalu...


Macam lama sudah Rahel nda share resepi kek kan? Semalam lepas buat kek tempahan,Rahel merajinkan diri juga untuk buat satu kek yang berperisa pandan serta berkeju...tapi mo yang simple sahaja.Skarang ni tengah hangat pasal kek potong yang cantik,jadi kali ni Rahel share versi kek potong ya,mana tahu ada pembaca blog Rahel yang tercari-cari resepi kek potong.

Sebenarnya tidak susah untuk buat kek potong ni,resepinya pun tidak la cerewet sangat.Boleh saja guna mana2 resepi yang disukai kemudian bakar dalam loyang empat segi,lepas tu cari la resepi krim atau filling yg kita suka.Toppingnya pun senang sahaja...ada banyak resepi di google...ambil aja resepi yang kita suka,kemudian olah.Boleh gitu? Ya boleh dong! Mahu bukti lagi ka? Cuba lihat resepi dan gambar kek yang Rahel buat,resepinya Rahel ambil dari blog masakan kawan2.Resepi kek span dari blog Juicy Cafe,kemudian resepi cream cheese frosting dari blog Azlita.Rahel satukan resepi jadi Kek Pandan Keju.Lepas ni korang pulak yang try ya...sedap tau kek ni.Selamat mencuba.


KEK SPAN OPTIMA


Bahan-bahan:
250gm tepung optima @ sponge mix
4 biji telur gred A
50g susu segar
1 sudu besar pandan paste
1 sudu kecil  pewarna hijau
80gm Butter~cairkan @ minyak

Cara membuat:
1.Menggunakan mixer dengan kelajuan yang tinggi,pukul tepung,telur dan susu selama
   10 minit.
2.Masukkan pandan paste dan pewarna,pukul lagi sehingga rata.
3.Tuang butter cair,pukul dengan kelajuan perlahan,cukup sehingga sebati dan rata sahaja.
4.Tuang dalam loyang bersaiz 8" yang telah digris dan dilapik kertas minyak.
5.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170'C selama 35 minit.
   Setelah masak,keluarkan dan sejukkan atas redai.
6.Buangkan kerak2 pada tepi dan atas kek span.

Pesan:
Rahel buat 1/2 adunan sahaja untuk kek nipis.


CREAM CHEESE FROSTING


Bahan-bahan:
150gm krim keju
30g mentega tanpa garam
60g gula aising~ayak
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat:
1.Pukul krim keju dan gula hingga kembang
2.Masukkan mentega,esen vanila.Pukul sebati.

PENYELESAIAN KEK PANDAN KEJU

Bahan-bahan:

1 biji kek span pandan empat segi saiz 8"
Cream cheese frosting
Keju Cheddar~parut

Cara:
1.Letak kek atas papan kek.
2.Sapu permukaan kek dengan cream cheese frosting.
3.Tabur keju cheeddar parut di atas cream cheese frosting.
4.Biarkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam sebelum potong.



Enjoiiii

6 ulasan:

paridah berkata...

SEDAP N CANTIK NI...

Puteri Manja berkata...

wow sekali tengok hijau u....my dearr ur coklat span tetap menjadi pilihan setiap kali I nak buat kek coklat tau hehehe...really the best kek ever..thks tau for sharing...^__^

tun_telani berkata...

nmpk simple tp still cantik ^^ tun dh lama x buat kek. tunggu seru dulu. hihi

rahel berkata...

hi Paridah...ermm sedap...

rahel berkata...

hi sis Puteri Manja...
saya pun suka resepi kek span coklat dari chef Noraini tu...memang menjadi...
tq juga bab sudi singgah...

rahel berkata...

hi sis Tun Telani...
hehehe....sy tau...mesti sebok layan Harith kan...tu yg takda masa nak buat kek...