Selamat bersiaran kembali,semoga happy selalu....
Sumber:Kak Fida
Bahan-bahan:
300g mentega-lembut
250g cream cheese
600g top flour/tepung gandum-diayak
1 sb esen vanila
1 sb gula kastor/gula icing
garam secukup rasa (sy tak gunakan)
inti nanas secukupnya-bulat2kan
Cara-cara:
1.Pukul mentega dan cream cheese hingga rata dan masukkan gula,garam dan vanila dan
pukul terus hingga kembang.
2.Masukkan pula tepung sedikit2 dan uli hingga mendapat doh yang lembut.
3.Jika adunan masih melekit di tangan,tambah lagi tepung secukupnya dan uli lagi hingga doh
boleh dibentukkan.
4.Ambil sedikit doh,beri inti nanas,kemudian bulat2kan.Susun di atas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 170'C selama 25-30 minit atau sehingga tart masak.
tips:Sapu tart dengan kuning telur kemudian taburkan keju cheddar parut di atasnya barulah
tart dibakar.
Jumlah tart berbeza mengikut saiz yg anda akan buat.
Selamat mencuba dan selamat menjalankan ibadah puasa.
6 ulasan:
blum penah cuba lagi ni sis..tq sbb shre resepinya..nampak btul2 mmddaappnya..
1st time tgk tart mcm ni..tq for sharing
znzabadistore.blogspot.com
assalamualaikum rahel. Bundo oder 1 balang....
Assalam
Rahel sungguh mengoda tart cheese ni
Lama betul gue nda jalan2 pi Tawau... kabare
😉😀hai nak taya ..😀😀selepas adunan di bakar... tk hacur (pecah) ..??
Catat Ulasan