Khamis, 17 April 2014

Pancake Mudah

Salam penuh ceria...


Pancake Mudah
Sumber:Miss_ShaSha,MyR

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
1 cawan susu segar
3 sudu besar gula kastor
1 sudu besar minyak

Cara-cara:
1.Satukan tepung gandumdan baking powder.
2.Asingkan kuning dan putih telur.Pukul putih telur sehingga kembang dan putih.
   Dalam bekas lain,campur kuning telur,gula dan susu segar.Kacau sebati.
3.Masukkan minyak dan susu tadi dalam no.1.Kacau hingga sebati,kemudian masukkan
   putih telur dan kacau secara kaup balik.
4.Sedia untuk dimasak atas api sederhana.

tip:
Anda boleh menambah buah blueberry atau coklat chip dalam adunan.

atu

Selamat mencuba.

Ahad, 6 April 2014

3 Tahun Sudah Rahel Blogspot

Salam ceria selalu...terima kasih sudi follow dapur Rahel...


Red Velvet Cup Cake
Sumber Buku Resepi

Bahan kek:
200g tepung gandum}
1 1/2 tsp soda bikarbonat}~~~diayak
3 tbsp serbuk koko}
175g mentega
200g gula kaster
2 biji telur gred A
150ml buttermilk
1 tsp vanila esen
2 tbsp red liquid food colouring

Cara:
1.Panaskan oven pada suhu 170'C.Sediakan cawan kek.
2.Pukul butter dan gula sehingga kembang dan gebu.
3.Tambahkan telur satu persatu dan putar rata.
4.Tambahkan buttermilk,vanila esen & food colouring.Pukul sebati.
5.Akhir sekali masukkan bahan diayak (tpg,soda,koko).Gaul rata.
6.Isi 1/2 cup.Bakar selama 20-25 minit.Setelah kek masak,sejukkan dahulu barulah diberi
   cream cheese frosting.

Cream Cheese Frosting
Resepi dari Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
250g cream cheese~biar lembut pada suhu ruang
60g gula icing~diayak
150g Fresh Cream
1 tsp esen vanila atau 1 tbsp jus lemon

Cara membuat frosting:
Pukul cream cheese bersama gula icing & esen vanila/jus lemon sehingga licin.
Tambahkan fresh cream,teruskan pukul sehingga pekat.
Masukkan dalam bag piping dan paipkan ke atas cup cake.



Enjoii