Isnin, 27 Mei 2013

Kuih Momo

Selamat petang.
 
Kali ni kita cuba pulak kuih momo iaitu biskut raya Melayu Sarawak dan Brunei,ianya macam kuih makmur tapi tak letak serbuk kacang..pun ianya macam biskut suji salju yang mudah cair dalam mulut.Mungkin ada yang sedang tercari-cari resepi biskut untuk raya nanti...yang ni memang sesuai la...sedap tidak manis sangat..cara penyediannya juga teramat mudah...jom kita intai-intai resepinya..
 
 
KUIH MOMO
Sumber:100 Juadah Perayaan (Puan Norzailina Nordin)
 
Bahan-bahan:
340g tepung gandum--> tepung ni saya sangai dengan api perlahan selama 6 minit
30g gula aising
30g tepung susu
1/2 sdt garam
2 biji kuning telur
160-180g minyak sapi-dicairkan (yg ni kena guna 120-130g sahaja)
 
Bahan salut:
50g susu tepung
50g gula aising
 
Cara membuat:
1.Ayak tepung,gula,susu dan garam.Masukkan kuning telur dan gaul sehingga sebati.
2.Masukkan sedikit demi sedikit minyak sapi,uli menjadi doh.
3.Ambil sedikit dan bentukkan seperti bebola.
4.Atur di atas tin pembakar beralas kertas kalis minyak.
5.Bakar pada suhu 170'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6.Angkat dan golekkan di dalam campuran bahan salut.Biar sejuk atas redai.
7.Simpan dalam bekas kedap udara.
 
 
Selamat mencuba.


21 ulasan:

ady berkata...

as-salam Rahel
1st time npk kuih raya sarawak..mesti sedap kan rahel kuih..

JaSSNaNi berkata...

wahh.. kuih tradisi ye.. nampak sedap dan mudah.. mohon share resepi ye..

Acik Erna berkata...

assalam rahel..acik suka makan biskut makmur..biskut arab..rasanya kuih momo ni pun mesti sedap

tun_telani berkata...

Salam rahel.. 1st time dgr nama kuih momo nih. mesti sedap cair kat mulut kan.

mala berkata...

salam rahel, our family favourite masa tinggal di brunei. biskut mor!

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

macam biskut makmur ye emmm sedap tu
memng akak ni peminat biskut ada minyak sapi he hee
blh try raya kan

Rohah berkata...

mcm biskut makmur , mesti sedap ni..

EmbunRosaliza berkata...

Ohhh mcm ni rupanya kuih momo, tadi ingatkan mcm kuih buah gomok klate heheh, sedap ni rasanya, tak pernah mkn lagi

Amie berkata...

ingatkan di 'momo'kan kuih makmur tu.. rupanya memang namanya momo ye Rahel..

Mamasya berkata...

Aslmkum Rahel
ingatkan kuih apa momo ni....rupanya mcm kuih makmur...suka kuih ni..

Chah berkata...

sentuhan mu alway da best la rahel darling. muahs!

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

owhhh rahel... kuih ni pasti akak sukakannya! kuih yg gunakan minyak sapi mmg jadi kegemaran akak.. hehe.. nnt boleh cuba.. tq sharing resepinya ye..

fazianbatrisyia berkata...

boleh dicuba ni...nak cuba buat biskut yg senang2 jek dulu...ni yg basic pun terhegeh2 lagi...lagi yg nak hias bagai tu...mmg tak la...

Sue @ Nenie berkata...

Assalamualaikum...Bila ada buh susu kat dalam dah terbayangkan rasanya...mesti sedap ni....

zila norazila berkata...

camne rasanye tue rahel..klu dekat boleh zila rasa nie..kecurr sudahh:)

suryabil berkata...

X perasaan pulak ni kuih org swak..tapi time raya kuih makmur je ado...kuih momo ni dr bahagian mana ntah...:-)

Qasey Honey berkata...

lebih kurang mcm biskut makmur yer..bleh la simpan masuk dlm list kuih raya nti..

norzailina berkata...

Salam, Rahel.
Terima kasih kerana sudi cuba resipi saya.
Cantik & kemas sekali blog u, selamat memasak diucapkan...

Salam manis,
Kak Norzailina

rahel berkata...

wsalam Kak Norzailina
sama2 kak,suka resepi2 akak...memang sentiasa terbaik...sedap biskut momo ni kak...hehehe.

Unknown berkata...



A licensed Loan Lender, We offer Affordable Loan at 3% interest rate available for local and international borrowers, Are you seriously interested in getting a genuine Loan without stress? Do you need this Loan for business and to clear your bills? Then send us an email now for more details via:(majidvijahlending@gmail.com)

LOAN APPLICATION FORM.

(1)Full Name:
(2)Country:
(3)State:
(4)Address:
(5)Sex:
(6)Occupation:
(7)Amount needed:
(8)Loan duration:
(9)Loan purpose:
(10)Telephone

Email Us:(majidvijahlending@gmail.com)

loan offer berkata...

Hello Everybody,
My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

BORROWERS APPLICATION DETAILS


1. Name Of Applicant in Full:……..
2. Telephone Numbers:……….
3. Address and Location:…….
4. Amount in request………..
5. Repayment Period:………..
6. Purpose Of Loan………….
7. country…………………
8. phone…………………..
9. occupation………………
10.age/sex…………………
11.Monthly Income…………..
12.Email……………..

Regards.
Managements
Email Kindly Contact: (urgentloan22@gmail.com)