Khamis, 31 Januari 2013

Tat Epal

Salam sejahtera.Apa khabar? udah siap sarapankah? Pagi ni Rahel sempat juga buat sedikit kudapan yang simple dimple untuk mengalas perut.Tat epal memang sesuai sangat dihidang time masi hangat-hangat..terasa masam manisnya dalam mulut...nak tau? cuba la...

Tat Epal
Sumber:Rahel

Bahan-bahan Kulit Tat:
125g tepung gandum
60g mentega
20g gula aising
1 biji kuning telur + 1 sudu teh putih telur
1/2 sudu teh esen vanila

Cara membuat:
1.Satukan semua bahan dalam mangkuk,gaul rata.Kemudian uli hingga menjadi doh.
2.Ambil sedikit doh,tekankan ke dalam acuan tat.
3.Bakar kulit tat dalam oven selama 25 minit pada suhu 170'C.
4.Setelah masak keluarkan dari oven,biarkan suam baru tanggalkan tat dari acuan.

Inti Epal:
3 biji epal hijau,buang kulit dan empulur,kemudian potong dadu
80g gula perang
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu besar tepung gandum + 2 sudu besar air
1/2 sudu besar perahan lemon

Cara membuat:
1.Masak gula perang dan epal sehingga layu.
2.Masukkan serbuk kayu manis,perahan lemon.Kacau sebentar.
3.Kemudian masukkan lagi bancuhan tepung + air.Kacau hingga likat.
4.Isikan inti epal ke dalam tat.Bakar dalam oven api atas selama 10 minit pd suhu 170'C.
5.Sedia dinikmati.Enak dihidang time panas-panas.

Catatan:
*Dalam resepi ini saya guna acuan tat saiz 5.5cm.


Selamat menikmati.

Selasa, 29 Januari 2013

Bebola Kek Coklat

Salam manis dan selamat bersiaran lagi..apa khabar semua? Sihatkah? baru berapa hari Rahel ndak masukkan laporan masakan tapi macam udah lama banget..skali-skala ada jugak jenguk blog tapi malas betul mau komen apa2.Kali ni pun hantar laporan yang tertangguh juga itu pun menu yang simple2 aje..bole la untuk kunya-kunya sambil tengok astro..jom layan dulu Bebola Kek Coklat.

yummy...
Bebola Kek Coklat
Olahan:Rahel
 
Bahan-bahan:
470g kek coklat-dihancurkan
130g bluberry fruit filling
 
100g coklat rice
cawan kertas secukupnya
 
Cara membuat bebola kek:
1.Masukkan serbuk kek coklat bersama blueberry filling ke dalam mangkuk.Gaul hingga mesra.
2.Bahagikan adunan kepada bebola kecil (30g setiap satu bebola).
3.Golekkan di dalam rice coklat.Letak dalam cawan kertas.Sedia dinikmati.

Selamat menjamu selera.

Ahad, 27 Januari 2013

Bun Blueberi

Selamat berhujung minggu dan salam sejahtera kepada semua pengunjung setia dapur RB.

Gebu...
Bun Blueberi


Bahan-bahan:
A).480g tepung roti
     120g tepung hong kong
     100g gula kastor
     10g garam
     20g susu tepung
     4 sudu teh yis
     1 sudu teh pemantap roti
     1 sudu teh pelembut roti

B).Disatukan:
     1 biji telur
     300g air dingin dr pt sejuk

C).60g unsalted butter

D).Disatukan dan kacau rata:
     1 biji telur
     100ml air
    
*200g blueberry pie filling/blueberry fruit filling
*sedikit mentega

Cara membuat:

1.Satukan bahan A di dalam mangkuk besar kecuali garam.Kacau rata hingga mesra.Masukkan pula garam.Kacau lagi hingga sebati.

2.Masukkan bahan B perlahan-lahan sambil diuli hingga sebati.Masukkan pula mentega perlahan-lahan (3x) sambil diuli hingga rata.Teruskan menguli doh sehingga elastik.

3.Biarkan doh kembang selama 50 minit.Setelah kembang sapu tangan dengan minyak dan tekan-tekan doh untuk keluarkan angin.Bulatkan doh kembali.Rehatkan lagi 15 minit.

4.Kemudian timbang doh 40g setiap satu.Bulatkan doh.Kemudian susun dalam loyang 8''.(atau bentuk sesuai dengan kreativiti anda).Biarkan kembang.Setelah kembang sapu permukaan bun dg bahan D.Paipkan blueberi filling di atasnya.

5.Bakar di dalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 170'C selama 15-25 minit.

6.Setelah masak,panas-panas dioles dengan mentega.

Selamat mencuba.

Rabu, 23 Januari 2013

Pulut Panggang

Salam ceria selalu.Hari ni saya teringin makan pulut panggang dan kebetulan bahan-bahan semua da ada so kita marathon la di dapur.Selalunya orang suka bubuh inti serunding ikan or sambal udang tapi ini kali saya buat sambal kelapa sahaja sebagai inti pulut panggang.Sedap dan semerbak ja pulut panggang ni time kita panggang tadi.So sesiapa yang teringin bolehlah mencuba resepi yang simple ini.


Pulut Panggang

Pulut Panggang
Sumber Resepi:Rahel
 
 
Bahan-bahan:
1 kg beras pulut-dicuci bersih kemudian rendam selama 2 jam,kemudian toskan
350ml santan pekat}
1 1/2 sudu kecil garam}-satukan
3 helai daun pandan-disimpul
 
Daun pisang secukupnya untuk membungkus pulut
Lidi secukupnya untuk sematkan daun
 
Cara membuat:

1.Panaskan air dalam periuk pengukus.Setelah mendidih,kukus beras pulut,daun pandan selama 15-20 minit.Setelah itu keluarkan nasi pulut dari periuk,letak di dalam basen.Tuangkan santan,gaul rata.Kukus semula nasi pulut selama 15-20 minit.

2.Ambil satu lembar daun pisang,letak 1 1/2 sudu makan nasi pulut,tekan2 bagi rata.Kemudian letak satu sudu makan sambal kelapa di atasnya.Letak lagi satu sudu makan nasi pulut di atasnya.Ratakan.Gulung sambil dipadatkan.Sematkan hujung daun dengan lidi.Buat sampai habis.

3.Panaskan kuali leper,susun pulut yg sudah dibungkus tadi di dalam kuali.Masak sambil dibalikkan hingga daun seperti pada gambar pulut panggang.Sedia dinikmati bersama secangkir teh "0" panas.


Sambal kelapa

Sambal Kelapa
Sumber Resepi:Rahel
 
Bahan-bahan:
200g kelapa parut yang putih
1 1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan udang kering-direndam dg air panas,toskan,kemudian tumbuk hingga halus
sedikit cili padi -ditumbuk hingga lumat
1 lembar daun salam
1 sudu makan gula pasir
3 sudu makan minyak masak
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk cili
 
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan.Gaul sebati.
2.Panaskan kuali.Masak sambal kelapa dengan api perlahan selama 10 minit.
3.Sedia untuk diguna.



Selamat menjamu selera.


Selasa, 22 Januari 2013

Sambal Nanas & Ikan Kurau

Salam...

sedapnyaaa...
Sambal Nanas & Ikan Kurau
Sumber Resepi:Rahel

Bahan-bahan:
450g isi nanas dipotong dadu
200g isi ikan kurau kering-cuci bersih kemudian potong kecil & goreng garing
1 sudu makan gula pasir
1 keping asam keping
sedikit minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan dikisar:
1 tangkai cili merah
15 tangkai cili padi (ikut selera)
1 sudu teh belacan
100g bwang merah yg sudah dibersihkan

Cara membuat:
1.Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2.Masukkan isi nanas,garam,gula,asam keping.Kacau sehingga nanas agak empuk.
3.Tambahkan isi ikan kurau goreng tadi.Kacau sebentar hingga sebati.Hidangkan.

Catatan by Rahel:
*Masak Sambal nanasdengan api sedang.
*Sangat sesuai digandingkan bersama nasi minyak atau yang sama waktu dengannya.

Enjoi...


Sabtu, 19 Januari 2013

Nasi Saffron

Selamat malam dan selamat berhujung minggu kepada semua pengunjung setia dapur RB.Apa khabar?Apa agaknya yang teman-teman buat hujung minggu ini? Malam ni Rahel duduk rumah sahaja sambil post entry yang tertangguh..semoga bermamfaat buat pengunjung setia dapur RB yang sentiasa rajin mencuba.


Balik pada entry kali ni ''Nasi Saffron'' yang wangi dan enak banget.Rahel gandingkan dengan "Ayam Masak Sambal Cili",tapi yang tu memang ndak sempat diambil gambar sebab sudah kemalaman...hehehe.Kalau sudah menjelang malam memang malas betul mo ambik gambar.Pada yang rajin ambik gambar masakan tu memang sudah sedia faham..sebab nanti gambar pun akan nampak suram..lihat saja la pada gambar nasi saffron ni...ada suram kan...sebab sudah senja baru ambik gambar.

Lama jugak Rahel simpan Saffron ni lebih kurang dalam dua tahun gitu and ada jugak skali-skala guna kalau masak nasi minyak,tapi guna sikit-sikit sahaja..konon mau jimat la tu..faham2lah..saffron ni boleh tahan harga dia tau..macam harga emas pun ada woo..kalau pegi beli pun tauke kedai hati2 betul time timbang saffron ni...hihi..katanya ''ini barang banyak mahai oo'' dan memang betul pun sebab ini adalah rempah yang termahal yang ada di dapur gue..ahakss.

Bila cerita bab Saffron ni tetiba teringat akan nasi saffron yang sememangnya Rahel belum pernah cuba dan teringin sangat untuk mencubanya.Pernah ternampak ada geng masak2 post dalam group masak2 di facebook suatu masa dulu tapi malas mau skodeng di facebook.Rahel cuba cari di rumah pak google and akhirnya terjumpa resepi Nasi Saffron di dapur Kak Amie yang rajin banget menggoda gue melalui masakannya yang betul-betul menyelerakan.Kak Amie cayang,ijinkan patik share resepi Nasi Saffron ini dalam blog Rahel Blogspot.Terima kasih banyak Kak Amie kerana sudi share resepi yang sedap-sedap.


Nasi Saffron
Sumber:AMIE'S LITTLE KITCHEN

Bahan-bahan:
500g beras basmati 
1 sudu teh herba saffron-rendam dengan 1 sudu besar air panas
150g minyak sapi
1/2 cawan kismis
1 labu bawang besar-mayang halus
3 biji bawang putih-mayang halus
3cm halia-hiris nipis
200ml susu cair
200ml rebusan ayam (Rahel pun guna kiub ayam + 200ml air)
3cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
pewarna hijau,merah & kuning (yg ni Rahel tak letak)

Cara memasak:
1.Didihkan air dalam periuk pengukus.Sementara itu panaskan minyak sapi dan tumis bahan hirisan bersama kulit kayu manis,cengkih,bunga lawang dan buah pelaga serta kiub ayam hingga wangi.

2.Masukkan beras dan saffron serta gaul rata.

3.Masukkan susu cair dan air.Kacau sekali-sekala hingga beras kembang.

4.Setelah beras mengembang dkering,pindahkan ke dalam periuk pengukus.Tutup selama 15 minit.

5.Buka penutup dan buat beberapa lubang pada nasi.Titikkan pewarna & tutup kembali periuk.(cara yang ni Rahel tak buat sebab tak letak pewarna)

6.Selepas 10 minit,buka kembali tutup periuk,dan masukkan kismis.Gaul bersama nasi supaya warna-warni turut tersebar.

7.Tutup periuk dan tutup api.Biarkan seketika sebelum diangkat untuk dihidangkan.


Selamat menjamu selera.