Isnin, 24 September 2012

Puding Roti Bakar

Selamat bersua kembali walau pun hanya di alam maya...semoga kawan-kawan semua sihat dan ceria serta bahagia bersama keluarga tercinta..
Kali ni apa pula menu untuk minum petang? Semua dah siap minum petang ka? kalau ada yang belum minum petang mungkin sempat lagi buat hidangan yang simple macam puding roti bakar ni...nampak enak kan?


Cakap pasal puding roti ni memang Rahel suka makan tapi jarang buat..kena ada orang yang belikan roti paun dulu...n my darling la yang rajin beli roti itu.Kali ni Rahel buat puding roti yang bakar pastu letak parutan keju cheddar dan blueberry fruit filling...ternyata enak loh...yuk bikin yuk



Puding Roti Bakar
Sumber Resepi:Rahel Blogspot 

Bahan-bahan:
5 keping roti sandwich(140g)-dipotong dadu kurleb 1 cm
400ml susu segar
3 biji telur L
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan kismis-dicincang halus
4 susu besar gula pasir

Topping:
30g keju cheddar-parut
50g blueberry fruit filling

Cara memasak:

1.Susu segar,telur,esen vanila dan gula pasir disatukan dalam mangkuk.Kemudian kacau hingga gula larut.Ketepikan.

2.Satukan pula roti yang telah didadu tadi bersama kismis cincang.Gaul rata.

3.Siapkan 8 biji ramekin saiz 2.5'',sapu permukaan ramekin dengan butter.Kemudian isi
kan dengan bahan no.2 (isi penuh/rata).Kemudian tuangkan 4 1/2 sudu besar bancuhan susu ke dalam setiap adunan roti.Biarkan selama 10-15 agar roti dapat menyerap bancuhan susu tadi.Panaskan ketuhar pada suhu 170'C selama 15minit.

4.Taburkan keju parut di atas roti dan paipkan juga blueberry filling di atasnya.

5.Bakar puding roti selama 30 minit.Hidangkan panas-panas atau pun dinginkan dalam peti  sejuk sebelum dihidang.


Terima kasih.

17 ulasan:

faa.rosli berkata...

sedapnye...nampak yummy yummy

ijayuji berkata...

Salam kak! waaaaaa... nmpk curlastttt sgt2 puding niii mesti sedap kalau dpt makan free hihihi... lama sgt tak buat puding2 gini sbb yg makannya kita sorang yg lain2 dlm rumah ni jakun payah betul nak suruh makan dessert2 mcm ni :D

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

rajinnya Rahel.... minum petangnya enak sgt ni. puding roti bakar yg maveless. rasa nk je rasa ni he he
kat rumah akak roti kadang2 x sempat nk buat apa sb terus dimakan anak2 sapu nuttella je

Melly Octaviana berkata...

Enak banget pudding roti bakar nyaq, melly malas ah buat nya minta aja dong dari Rahel.. hehe

Mamasya berkata...

Salam Rahel.ptg2 dpt puding roti sebekas tu sedapnya...tp nak extra cheese..yummm...

Unknown berkata...

salam Rahel
kalau lu bikin apa pun akak suka tau mmg terbaik lah nak cuba jugak tapi entah jadi ke tidak sbb roti ada ni dlm esbok tu menariksss

zila norazila berkata...

sedappnya..baru lps mkn malam nie..tgk nie kecurrnya:)

Unknown berkata...

perghhhh Rahel..ni dtg nk kidnap 3 remekin tu..hehe..nmpk sedap sgttt..

ibundo berkata...

nampak sedap sangat. bahan pun mudah..

Marsita Yahya berkata...

salam Rahel,
nampak cedap sangat...
http://my-mintroom.blogspot.com/

eyeyou berkata...

pewhhh!! gila meroyan tgk puding tu pg2 ne..

Gee® berkata...

sedapnyaaaa....k.gee terlior la rahel

Kakzakie Purvit berkata...

Kalau kakak suka dapat makan panas-panas nie Rahel. Sedapnya dan teringin nak mencuba juga..

Rohah berkata...

salam Rahel..banyak syokkkk akak tatap puding ni..compem menepati citarasa tekak akak nie..sukeeee!!

Tanpa Nama berkata...

sedapnya rahel

nanti nak trylah, nampak menarik dgn filing & cheese

Cheq Sue berkata...

hallow geng... lama sungguh tak bw & drop komen kat sini... gambar makin cantik.. resepi makin kelasss... adessss geram i tengok tau

Nuwairani berkata...

bekas ramekin dah ada...tapi kerajinan n masa belum cukup ada...alahai...