Selamat pagi kepada semua.Semoga semuanya dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu.Pagi ni kita bersarapan dengan Kek Pisang Marble sahaja..memang sedap dihidang bersama teh hangat..habis satu potong mesti nak lagi
Macam biasa la geng...resepinya saya letak di sinisebagai rujukan di masa-masa akan datang...dan mana la tau kalau-kalau ada yang teringin mencuba..dipersilahkan.
Kek Pisang Marble
Sumber resepi:Rahel
Bahan-bahan:
150g pisang ranum (apa2 pisang yg ranum pun bole guna)
180ml minyak masak
1 cawan gula kastor
3 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum}
1 sudu teh serbuk penaik}
1/4 sudu teh serbuk soda bikarbonat}'diayak
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate emulco
Cara:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 170'C.Griskan acuan sifon dengan mentega/marjerin.
2.Minyak,telur,gula kastor dan pisang diblend hingga hancur.
3.Tuang ke dalam mangkuk besar.Masukkan pula esen vanila dan tepung yang sudah diayak tadi.Gaul rata.
4.Bahagi adunan kepada dua bahagian.Yang satu bahagian diberi chocolate emulco dan yang satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
5.Tuangkan adunan coklat ke dalam acuan diikuti adunan warna asal.Buat seperti ini hingga selesai.
6.Bakar dalam ketuhar pada suhu 170'C selama 45 minit guna api atas dan bawah.
Enjoiii...
24 ulasan:
Waduuhhhhhh lepas makan lontong kunyah kek pisang lho... cantik bangat kejadiannya tu Rahel.. cantik benerrr... akhirnya kecurrr sudahhhh :))
salam rahel,akak engha lapar ni baru balik shopping tengok kek ni buka selera lah nak ngap tapi jauh sangat nak di capai berangan dulu lah nnt nak cuba jugak mesti sedap bangat ni kan
Assalamualaikum & gud morning rahel..
Jom tukar kek... hehehe...
cantik kek tu sis. minum pagi ni dpt sepotong tu jd la. teh o hangat dah ada ni ;))
nakkkk...!!!!
As'salam Rahel
pisang masih ada lagi sesisih kat dapur, tapi plan nak buat pengat pisang :)
kalau rajin boleh cuba ya, tak rajin mintak kat rahel aje 2-3 potong hehehe
Aduhai Aduhai Rahel.. best nya kek tuh.. nak mintak sikit kejauhan aduh kenek wat sendrik ni..
Salam rahel..memang nampak sedap kek ni,nak buat juga,tpi kena carik pisangnya dulu .
AS-SALAM RAHEL
Absolutely I love it..ADA LAGI TAK RAHEL...?
Salam Rahel.nampak lembut kek pisang tu.akk mmg peminat kek pisang...nanti boleh cuba resepi Rahel.
hi rahel, sama pulak kek kita :-)
Selamat Petang Rahel,
Nampak marvelous kek pisang nie beralun alun ...sukanya saya.
sy suka kek pisang... lagi2 yang dha dimarblekan macam ni...cantik pulak tuuu...
sedap keknye tu...tp QH nk kek yg Rahel buat tu...tringin nk rasa ni..tolong pos ke sni bleh..hehe..kalau buat ni...Mr.Huby mesti suka ni..hihi
gebu n nampak lembuttt je kek mu..
salam rahel
cantiknya, tapi saya kurang sikit kalau ada pisang ni hehe
Aslkum Rahel,
cantik kejadian kek tu. nampak gebus. Dah lama jugak tak buat kek pisang ni...sesekali makan dgn teh O panas...mmg layan tekak.
Itu dia, kek pisang marbel mari, pasti sedap ni : )
Terima kasih semuanya kerana setia melawat dan mengomen dapur Rahel...selamat memasak ye..
Slmt berhujung minggu Rahel.resepi nasi Arab tu sy baru edit sikit cara2nya utk no 6 dan 7 utk lebih mudah faham.slmt mencuba..
juga ada edit bahan2 rempah A & B.
rajin sungguh rahel buat kek ya...ada aje kek kalo dtg sini!
Salam Kak..sedappppnya kek pisang...nampak gebussss je
Mmm sedapnya. Minta sepotong bleh?
Catat Ulasan