Hmmm selamat menjamu mata...sedapnya puding pisang ni..
Puding Pisang Karamel
Sumber:Internet
Bahan Karamel:
1 1/2 sdb gula pasir
2 sdb air panas
Bahan Puding:
3 biji telur gred A
100g pisang ranum
200ml susu cair
30g gula pasir
1/2 st serbuk kayu manis
1/4 st garam
1 sdb tepung gandum
1 sdb tepung kastard/tepung jagung
1/2 st esen vanila
Cara masak karamel:
1.Hanguskan gula pasir dlm loyang,kemudian tuangkan air panas perlahan-lahan.Kacau sehingga gula larut.Ketepikan.
Cara membuat puding:
1.Blend pisang bersama susu cair.
2.Pukul sikit telur dan garam.Masukkan gula pasir,pisang blend,serbuk ky manis,esen vanila & tepung.Kacau perlahan hingga gula larut.Tapiskan ke dalam loyang yg berisi karamel tadi.
3.Bakar secara steam-bake dalam ketuhar pada suhu 160'C selama 1 jam.
Setelah masak,biarkan sejuk kemudian lorekkan tepinya dg spatula & telangkupkan ke pinggan.Siap untuk dinikmati.
Pesan:
*isikan air dalam dulang pembakar hingga 80%,masukkan dalam ketuhar (letak di rak bawah).Kemudian panaskan ketuhar pd suhu 160'C selama 15 minit & masukkan loyang yg berisi adunan puding karamel di dalam dulang yg berisi air tadi,kemudian bakarlah puding.
Enjoiii...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan