Memaparkan catatan dengan label Topping Cake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Topping Cake. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Januari 2012

Krim Mentega

Selamat bersiaran dan selamat bertemu kembali...apa khabar semuanya? sihat k? Aduhaiii...seharian tak mondar-mandir kat blog..sebok sikit,tapi sempat jugak nak siapkan krim mentega buat kasi cantek ini  kek.Sebenarnya Rahel dah ketinggalan kereta la..korang semua dah buat kek yang berkaler-kaler ni kan?













Oklah,skarang Rahel letak pulak resepi Krim Mentega..

Krim Mentega
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria

Bahan:
150g mentega
350g krimwell
180g sirap gula/susu krimer manis
3 sudu makan gula aising

Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
3.Pukul lagi hingga sebati.Siap untuk digunakan.



Resepi Rainbow Cake...menyusul .SINI