Memaparkan catatan dengan label ice cream cake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ice cream cake. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Mac 2013

Belajar Membuat Kek Ais Krim Vanila

Salam...


KEK SPAN COKLAT GEBU

Bahan:
200g tepung kek/tepung superfine
180g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
40g serbuk coklat
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanila


Cara:

1.Panaskan oven.Griskan acuan.Alas dasar acuan dg baking paper.

2.Pukul telur,gula,ovallet,tepung s'fine,BP sehingga kembang dan gebu selama 5 minit.

3.Perlahankan mixer,masukkan susu cair,esen vanilla,serbuk coklat.Teruskan lagi memukul selama 5 minit.Tuangkan minyak,gaul sebati.

4.Tuang ke dalam acuan.Bakar selama 45 mint atau hingga masak.

5.Bila kek sudah masak,telangkupkan selama 5 minit.


Bahan-bahan:
1 1/2 liter ais krim vanila
kek span coklat
450g non-dairy whipping cream-diputar hingga kental (soft peak)
chocolate rice-untuk topping
chocolate syrup-untuk topping (boleh guna syrup Hershey atau pun syrup Hoko,Van Houten)

Cara Penyediaan Kek Ais Krim Vanila:

1.Adunan kek span coklat dibahagi kepada dua.Satu adunan di bakar dalam Loyang bulat 9" & satu adunan dibakar dalam loyang 10 1/2" x 7 1/2 " (lihat gambar di bawah)
 

2.Setelah kek span masak,keluarkan dari oven kemudian biarkan ia sejuk sepenuhnya (lihat gambar di bawah).Setelah itu kek 9" dibahagi kepada dua bahagian yang nipis untuk diguna sebagai dasar dan penutup.Kek span yang empat persegi dipotong memanjang mengikut tinggi loyang.
   

3.Guna loose tin 9".Letakkan satu lapisan kek span coklat di dasar loyang,kemudian letak juga potongan kek yang panjang di tepi loyang,letak dengan kemas agar ais krim tak mudah meleleh.(lihat gambar di bawah yang berbentuk perigi)


4.Setelah itu,ambil ais krim vanilla dan sudukan ke dalam bekas tadi.Buat kemas-kemas yea.(lihat pada gambar di bawah).Pastikan ais krim yang kita guna tu tak cair sangat agar kek ais krim kita nantinya tidak keras macam batu.


5.Bila semua ais krim sudah diisi penuh ke dalam bekas.Ambil satu lapisan kek lagi dan tutuplah adunan ais krim itu (lihat pada gambar di bawah).


6.Kek kita sudah hampir siap.Tutup kemas yea (lihat gambar di bawah).Kemudian simpan kek ais krim dalam peti sejuk bahagian beku selama 5 jam atau semalaman.


7.Bila kek ais krim dah betul-betul beku.Keluarkan dari peti sejuk.Tanggalkan loyang.Sapu seluruh permukaan dan tepi kek dengan whipping cream.Kemaskan.Tabur chocolate rice di atasnya,kemudian paipkan syrup coklat sesuai kreativiti masing2.Kemudian,kembalikan kek ais krim vanilla ke dalam peti sejuk bahagian beku yea.Biarkan kek betul-betul beku selama 1 malam baru siap dihidang..kalau tak hiding tunggulah pembeli datang dan angkut balik rumahnya.


Terima kasih sudi membaca.

Selasa, 31 Januari 2012

Kek Ais Krim Oreo

Selamat tengah hari kepada semua..apa khabar? dah siap makan k? Hari ni gue awal-awal dah siap makan tengah hari sebab teringat akan kek ais krim yang ada oreonya+coklat.




Selesai je makan tengah hari tadi kami rehat skejap..pastu keluarkan kek ais krim dari peti sejuk..pastu posing skejap..pastu potong dan makan..enak banget..mesti korang dah terliur-liur tengok ni kek kan?..hehehe..sabar je la tengok-tengok gambar ek...nanti korang boleh buat jugak macam ni atau yang lebih sedap dari ini.




Ok la,ni saja tayang awal2 kat sini..biar korang cepat-cepat pegi beli ais krim dan siapkan bahan2 yang lain tuk buat kek ais krim nanti,tapi gue mau keluar jalan-jalan dulu ke Giant la..ada barang lagi yang saya mau beli.


Sponge Cake


Bahan (A):
4 biji telur (gue guna telur gred B)
120g gula kastor
1/4 sudu teh esen vanila

Bahan (B):
110g tepung (gue guna tepung gandum,diayak)

Bahan (C):
70g mentega cair (gue guna minyak masak je)


Cara:
1.Pukul bahan (A) hingga ringan dan gebu.

2.Masukkan bahan (B) dan sebatikan dengan rata.

3.Masukkan (C) dan gaulkan.Warnakan adunan.Bahagi kepada 2 bahagian.

4.1 bahagian adunan di bakar dalam loyang bulat 8" inci (yg ni utk base ais krim) selama 20 minit pada suhu 175'C.

5.1 bahagian lagi dibakar dalam loyang empat segi 8"x8" (yg ni untuk alas tepi) selama 20 minit pada suhu 175'C.

*Setelah kek masak,segera keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk sepenuhnya.
*Kek ni sangat lembut dan gebu,jadi tak perlu bagi baking powder dlm adunan.


Bahan Kek Ais Krim
Sumber:Rahel

1.5 liter ice cream vanilla (pilihan)
50g coklat masakan,disagat
16 keping biskut oreo yg sudah dibuang krimnya,potong kecil2

Sponge Cake
acuan spring foam 8",lapik dasarnya dengan kertas plastik

Cara:

1.Ambil kek yang dibakar tadi dalam loyang bulat 8",letak dalam acuan spring foam 8".

2.Kemudian ambil kek yang dibakar tadi dalam loyang empat segi 8"x8" dan potong ikut ketinggian tepi loyang,alas tepi loyang dengan kemas agar adunan ice cream tidak meleleh keluar.

3.Satukan ice cream vanila dan potongan biskut oreo,kaup balikkan,kemudian tuang ke dalam acuan yang berisi kek tadi,isi sampai penuh,taburkan coklat sagat di permukaan atas.Bungkus kemas dengan kling wrap,kemudian simpan dalam peti sejuk beku selama 6 jam atau sebaik-baiknya simpan semalaman baru hidang.




Khamis, 5 Januari 2012

Ice Cream Cake

Selamat bersiaran di tengah hari..apa khabar semua? Cuaca kat sini memang panas terik..tapi agaknya akan datang mendung..sebab dari jauh ada nampak awan hitam  jadi  memang  sesuai la pekena  ice cream cake..boleh bikin gue punya tekak terasa nyaman sepanjang hari...


Biasanya Rahel guna kek sifon sebagai lapisan,sebab rasa dan teksturenya lembut,tapi korang boleh guna kek span jugak & guna je mana2 resepi kek sifon atau kek span coklat yang korang suka,tapi Rahel rasa la kan,klu kek span masih kasar sikit banding dengan kek sifon..memang terserlah kelembutannya..so kali ni Rahel sertakan pulak resepi Kek Sifon by Sifu Alex Goh,tapi Rahel ada tambahkan 1 sudu teh chocolate emulco dalam adunan kek sifon untuk dapatkan rasa coklat.

Kek Sifon
Resepi:Alex Goh

Bahan A:
4 kuning telur
20g gula kaster
1/4 sudu teh garam
60g minyak
70g susu cair

Bahan B:
100g tepung (Rahel guna tepung superfine)
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan C:
4 putih telur
100g gula kastor

Cara:
1.Bancuhkan bahan A hingga sebati.Masukkan bahan B dan gaul hingga
   sempurna.
2.Pukul putih telur di C hingga kembang.Kemudian tambahkan gula dan
   krim tartar.Pukul lagi sehingga kental.
3.Ambilkan 1/4  bahagian meringue dan gaulkan dengan adunan kuning
   telur dari langkah 1 dan sebatikan hingga rata.Masukkan semua baki 
   meringue dan gaulkan adunan dengan rata.
4.Tuang adunan ke dalam acuan 8".Bakar pada suhu 170'C selama 40-
   45 minit.
5.Keluarkan kek dari ketuhar setelah masak dan terbalikkannya dan biar
   kan sejuk.
6.Setelah sejuk keluarkan kek dari acuan.

*potong nipis kek sifon dan letakkan dalam acuan spring foam 8"
*tutup seluruh permukaan dalam acuan supaya senang nak letak ice cream.
*sisakan 1 keping kek untuk lapisan penutup ice cream kek.

Ice Cream Cake
Diolah oleh:Rahel

Bahan:
1.5 liter ice cream vanila (perasa pilihan)
potongan kek sifon
acuan spring foam 8"

Chocolate Ganache:
250g coklat masakan,dipotong kecil
100g susu sejat

Cara:
1.Panaskan susu hingga mendidih,dan tuang ke dalam mangkuk berisi
   potongan coklat.Gaulkan hingga cair.Ketepikan.

2.Ambil acuan yang sudah dialas permukaannya dengan kek tadi.Isikan
   dengan ice cream hingga penuh (sisakan 1/2 cm untuk 1 lapis kek).

3.Tutup lagi permukaan dengan selapis kek dan sapukan chocolate ganache.
4.Sejukkan dalam peti sejuk beku selama 6 jam atau 1 malam baru hidang.



Selamat menjamu selera..

Jumaat, 10 Jun 2011

Kek Aiskrim

Selamat pagi semua....
Pagi ni nak n3 lagi resepi kek aiskrim sambil lepak,kali ni saya tak buat kek aiskrim yang besar tapi buat yang kecil2 je dan letak dalam gelas...biar senang nak makan gitu..Susun cantik2 dalam  gelas pas tu simpan dalam peti  sejuk beku,senang kan?



Bahan:
1 biji kek span coklat (saya guna resepi kek span coklat yg ada kat blog saya)
1 liter ais krim (perisa pilihan)
coklat masakan secukupnya,hiris untuk hiasan
1 cawan whipping cream,pukul perlahan hingga gebu/kaku.



Cara:
1.Siapkan gelas/cawan.Potong kek nipis dan buat lagi ikut saiz gelas
2.Masukkan potongan kek ke dalam gelas,isi dengan ais krim.Buat macam ni
   sebanyak 2x dan lapisan paling terakhir di atas adalah whipping cream.
3.Kemudian taburi dengan hirisan coklat.Simpan dalam peti sejuk beku selama
   4-5 jam.Siap



Enjoiiii...