Memaparkan catatan dengan label puding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puding. Papar semua catatan

Isnin, 24 September 2012

Puding Roti Bakar

Selamat bersua kembali walau pun hanya di alam maya...semoga kawan-kawan semua sihat dan ceria serta bahagia bersama keluarga tercinta..
Kali ni apa pula menu untuk minum petang? Semua dah siap minum petang ka? kalau ada yang belum minum petang mungkin sempat lagi buat hidangan yang simple macam puding roti bakar ni...nampak enak kan?


Cakap pasal puding roti ni memang Rahel suka makan tapi jarang buat..kena ada orang yang belikan roti paun dulu...n my darling la yang rajin beli roti itu.Kali ni Rahel buat puding roti yang bakar pastu letak parutan keju cheddar dan blueberry fruit filling...ternyata enak loh...yuk bikin yuk



Puding Roti Bakar
Sumber Resepi:Rahel Blogspot 

Bahan-bahan:
5 keping roti sandwich(140g)-dipotong dadu kurleb 1 cm
400ml susu segar
3 biji telur L
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan kismis-dicincang halus
4 susu besar gula pasir

Topping:
30g keju cheddar-parut
50g blueberry fruit filling

Cara memasak:

1.Susu segar,telur,esen vanila dan gula pasir disatukan dalam mangkuk.Kemudian kacau hingga gula larut.Ketepikan.

2.Satukan pula roti yang telah didadu tadi bersama kismis cincang.Gaul rata.

3.Siapkan 8 biji ramekin saiz 2.5'',sapu permukaan ramekin dengan butter.Kemudian isi
kan dengan bahan no.2 (isi penuh/rata).Kemudian tuangkan 4 1/2 sudu besar bancuhan susu ke dalam setiap adunan roti.Biarkan selama 10-15 agar roti dapat menyerap bancuhan susu tadi.Panaskan ketuhar pada suhu 170'C selama 15minit.

4.Taburkan keju parut di atas roti dan paipkan juga blueberry filling di atasnya.

5.Bakar puding roti selama 30 minit.Hidangkan panas-panas atau pun dinginkan dalam peti  sejuk sebelum dihidang.


Terima kasih.

Selasa, 10 Julai 2012

Puding Biskut

Selamat sore...(cakap Indonesia ni)....udah minum sore apa belum?...cerrrr...sebenarnya kan..Rahel suka sangat makan puding,tapi tak suka jenis puding yang keras macam agar2 tu..jadi kali ni memang puding yang lembut ala2 manja gitew...memang sedap sangat..ditambah pulak dengan adanya biskut..lagi la mantap rasa dia..tapi kan..kali ni Rahel gantikan santan tu dengan fresh milk...dan memang serasi la biskut dengan fresh milk tu..kalau guna santan mungkin lebih terasa lemaknya kan...terpulang la nak guna santan atau fresh milk...yang penting..gue makan puding dulu ya.


Puding Biskut
Sumber:Resepi

Bahan:
8 keping biskut lemak (i guna biskut marie..tapi sedap wo)
4 sudu besar tepung kastard
3 cawan santan (i guna fresh milk..tapi sedap wo)
2 sudu besar susu pekat (i tak letak  pun dah manis)
1/2 cawan gula pasir
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila (i yang pandai2 tambah ni)

Cara:

1.Campurkan biskut bersama satu cawan santan,telur dan kisar hingga halus.

2.Masukkan biskut yang dikisar tadi bersama lebihan santan,tepung kastard,susu pekat & gula.Masak di atas api yang perlahan.Kacau hingga pekat dan tuang ke dalam acuan.

3.Sejukkan dalam peti ais.Hias dengan buah-buahan dalam tin.

Khamis, 19 Januari 2012

Puding Pisang Lapis Kek

Salam manis kepada semua...hari ni cuaca kat sini agak panas..so memang sesuailah pekena puding pisang yang dilapis ngan kek span coklat...aduhai...segar banget rasanya...nyam nyam nyam...dah habis berapa potong...korang jangan terliur pulak.




Chocolate Sponge Cake
Resepi:Alex Goh

Bahan A:
4 biji kuning telur
20g gula

Bahan B:
4 biji putih telur

Bahan C:
100g gula

Bahan D:
95g tepung
15g serbuk koko

Bahan E:
70g mentega cair

Cara:
1.Pukul (A) hingga ringan dan gebu.
2.Putar (B) hingga kembang.Masukkan (C) dan pukul lagi hingga kental.
3.Campurkan meringue dengan (A) sehingga sebati.
4.Masukkan (D) yang telah diayak dan kaup balikkan dengan rata.
5.Masukkan (E) dan kaupkan dengan sempurna.
6.Tuangkan adunan ke dalam acuan bulat 8".Bakar pada suhu 190'C selama
   15 minit.Keluarkan kek dengan segera setelah masak.


*griskan acuan spring foam 8" dan lapik dengan kertas plastik.
*hiris nipis kek dan letakkan 1 lapisan dalam acuan spring foam 8".


Puding Pisang
Sumber:Rahel

Bahan:
1 paket serbuk agar-agar (10g)
3 cawan susu rendah lemak/santan
3 buah pisang berangan,dilenyek halus
5 sudu besar gula pasir

Cara:
1.Masak susu rendah lemak,serbuk agar-agar,esen vanila,gula hingga mendidih.
2.Masukkan pisang yang sudah halus,masak lagi sehingga mendidih.
3.Angkat dan biarkan suam-suam kuku selama 1 jam.Kemudian tuangkan adunan
  Puding pisang ke dalam acuan yang berisi kek tadi.
4.Biarkan sejuk sepenuhnya baru letak dalam peti sejuk selam 2 jam.Hidang.





Sabtu, 26 November 2011

Puding Roti Bakar

Selamat petang kepada semua..tengah buat ape? dah siap buat hidangan ptg? untuk petang ni Rahel buat hidangan yang simple2 aje,bahan-bahannya sikit sahaja dan mudah disediakan,resepi puding roti ni Rahel ambik kat kawan Fb,SuhaidaSy Muhamad memang sedap rasanya dan sesuai utk sarapan atau pun utk minum petang.


Jom kita tengok pulak bahan-bahan yang perlu disiapkan untuk membuat puding roti bakar...

Puding Roti Bakar
Resepi:SuhaidaSy Muhamad,fb

Bahan:
beberapa keping roti (yg dah nak expired) Rahel guna 4 keping roti
2 biji telur
1 sudu makan butter,cairkan
1/4 cawan gula (equals to 50g)-ikut nak manis macam mana
235ml susu cair nak guna fresh milk pun boleh)-Rahel guna 200ml susu coklat
1 sudu teh esen vanila
kismis ikut suka

Cara:

1.Toast roti ke dalam toaster sehingga garing (carik2kan roti dan masukkan ke dlm acuan).

2.Tabur sedikit kismis di celah2 dan di atas roti,kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.

3.Pukul telur,susu,gula,esen vanila sehingga sebati dan tuang ke dlm acuan yg berisi roti tadi.

4.Tabur lebihan kismis dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.

5.Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180'C.

6.Angkat dan boleh dimakan..letak dlm peti sejuk pun sedap..cubalah..

p/s:
    *sebelum bakar roti,tabur parutan keju cheddar diatas roti.




Selamat menjamu selera...

Sabtu, 20 Ogos 2011

Puding Pisang Karamel

Hmmm selamat menjamu mata...sedapnya puding pisang ni..



Puding Pisang Karamel
Sumber:Internet


Bahan Karamel:
1 1/2 sdb gula pasir
2 sdb air panas

Bahan Puding:
3 biji telur gred A
100g pisang ranum
200ml susu cair
30g gula pasir
1/2 st serbuk kayu manis
1/4 st garam
1 sdb tepung gandum
1 sdb tepung kastard/tepung jagung
1/2 st esen vanila

Cara masak karamel:
1.Hanguskan gula pasir dlm loyang,kemudian tuangkan air panas perlahan-lahan.Kacau sehingga gula larut.Ketepikan.

Cara membuat puding:
1.Blend pisang bersama susu cair.

2.Pukul sikit telur dan garam.Masukkan gula pasir,pisang blend,serbuk ky manis,esen vanila & tepung.Kacau perlahan hingga gula larut.Tapiskan ke dalam loyang yg berisi karamel tadi. 

3.Bakar secara steam-bake dalam ketuhar pada suhu 160'C selama 1 jam.
Setelah masak,biarkan sejuk kemudian lorekkan tepinya dg spatula & telangkupkan ke pinggan.Siap untuk dinikmati.

Pesan:
*isikan air dalam dulang pembakar hingga 80%,masukkan dalam ketuhar (letak di rak bawah).Kemudian panaskan ketuhar pd suhu 160'C selama 15 minit & masukkan loyang yg berisi adunan puding karamel di dalam dulang yg berisi air tadi,kemudian bakarlah puding.


Enjoiii...

Khamis, 28 Julai 2011

Puding Kastard

Selamat bersiaran kembali..dan salam manis buat semua yg sudi menjengah dapur Rahel.Harap semuanya sihat dan ceria selalu.Kali ni Rahel buat puding segera pulak untuk penyejuk tekak..kalau cuaca panas2 macam skarang mesti kena buat sikit hidangan yg sejuk..dan untuk puding ini Rahel gunakan serbuk puding berperisa mangga aje...sedap rasa dia & kurang manis gitu..Rahel suka.Okla,kita teruskan aje share resepi puding kastard yang tersangat simple ni.





Puding Kastard
Resepi:Rahel Blogspot


Bahan:
1 kotak serbuk puding perisa mangga (85g).
1 sudu makan penuh tepung jagung
300ml air
100ml susu rendah lemak

Cara:

1.Masukkan air dalam periuk,kemudian masukkan tepung jagung dan kacau rata.

2.Tambahkan susu rendah lemak,kemudian diikuti dengan serbuk puding,kacau rata.

3.Panaskan di atas api hingga mendidih dan larut.

4.Tuang ke dalam acuan.Biarkan sejuk dan beku atau sejukkan dalam peti sejuk.


Enjoiiii....

Isnin, 11 Julai 2011

Puding Karamel





Bahan gula hangus:
3 sdb gula pasir
3 sdb air

Cara:
1.Masak gula pasir guna api perlahan sehingga perang.Kemudian campurkan dg
   air.
2.Masak semula atas api perlahan hingga gula hancur ,krmudian tuang dlm loyang
   dan ketepikan.

Bahan puding:
5 biji telur B
1/2 cawan susu pekat manis
3/4 cawan susu sejat
1 st esen vanila
3 sdb tepung jagung/tpg kastard
secubit garam

Cara:
1.Campurkan semua bahan puding karamel & gaul sebati dg sangat perlahan
   agar puding tak bersarang.
2.Kemudian tuang bahan2 ini ke dlm loyang yg berisi karamel tadi.
3.Bakar dg cara steam-bake dlm ketuhar pd suhu 170'c selama 1 jam.
4.Bila sudah masak,biarkan sejuk baru simpan dalam peti sejuk 2 jam
5.Bila nak hidang lorekkan teping puding dg spatula kemudian telangkup-
   kan ke atas pinggan.Siap.





Khamis, 5 Mei 2011

Karamel Jagung


Karamel Jagung
Sumber:Majalah Rasa


Bahan Karamel:
30g gula pasir
70ml air
**dijadikan karamel**

Bahan Inti:
110ml susu cair*
5 biji telur
3 sudu besar tepung kastard
50g jagung krim*
3 sudu besar gula*
1 sudu teh esen vanilla

Cara:
1.Masukkan karamel ke dlm acuan.Ketepikan.
2.Blender bersama bahan bertanda*,kemudian satukan dg bahan yg lain.Gaul sebati.
3.Tuang adunan ke dalam acuan yg telah tersedia dg karamel.
4.Kukus selama 30 minit.

Sabtu, 30 April 2011

Kek Puding

Selamat malam kepada kawan-kawan yang masih lepak kat blog diwaktu malam begini.Kali ni Rahel nak share dengan korang satu resepi kek sifon digandingkan dengan puding susu,memang terasa segar sangat dalam mulut..nyaman lalu kat anak tekak..kalau makan pun tak sedar dah berapa potong yg dihabiskan..memang menepati citarasa Rahel..ianya sangat menyenangkan..buatnya pun semudah ABC sahaja.
Kek Puding
Kek Sifon Coklat Lembab
Resepi:Wendy Kor

Bahan A:
4 putih telur
1/2 sudu teh krim tartar
120g gula kastor

Bahan B:
1 sudu besar coklat emulco
30g serbuk koko
50ml air suam

Bahan C:
60g gula kastor
1/2 sudu teh garam
100g tepung paling halus
1/2 sudu teh serbuk soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan D:
50ml minyak masak
1 sudu teh esen vanila
4 biji kuning telur.
50ml susu U.H.T.

Cara:
1.Pukul bahan A sehingga naik dan kembang.Ketepikan dahulu.

2.Campurkan bahan (B) dan bancuh hingga sebati.Ketepikan dahulu.

3.Masukkan bahan (C) ke dalam mangkuk besar dan gaul sekata secara kering dengan pemukul telur.Perlahan-lahan masukkan bahan (D) dan bahan (B) & kacau hingga sebati.

4.Masukkan 1/3 bahan (A)  ke dalam campura kek dan putar perlahan.Tambahkan 2/3 baki bahan (A).Campurkan semua bancuhan dan kacau dengan spatula supaya tidak terlebih putar.

5.Tuangkan campuran kek ke dalam acuan bersaiz 9" yang sudah digris.Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180'C selama 35 minit.

*Setelah kek masak,telangkupkan selama 5 minit.Kemudian terbalikkan semula.
*Potong nipis kek setebal 1/2 inci dan letakkan dalam acuan spring foam.

Pesan:
*Rahel guna acuan 8" dan tak griskan acuan.
*Untuk adunan putih telur Rahel pukul kemudian.

Kek Puding
Puding
Resepi:Rahel

Bahan:
10g serbuk agar-agar putih
700ml susu rendah lemak
5 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh esen vanila

Cara:
1.Masak semua bahan puding hingga serbuk agar-agar larut.
2.Tuangkan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kek tadi.
3.Biarkan sehingga sejuk dan beku selama 3 jam.

Pesan:
*Jika suka yang dingin,letak kek puding dalam peti sejuk selama 1 jam.


Selamat menikmati hidangan yang menyegarkan..

Selasa, 12 April 2011

Oreo Marble Puding

Selamat bertemu kembali,harap semua sihat dan ceria selalu.Hmmm cuaca panas terik cam ni memang membuatkan saya selalu tercari-cari benda2 yang menyejukkan..masuk dapur selongkar brg & tengok2 klu ada yg boleh dijadikan penyejuk tekak,terjumpa la bahan2 untuk buat puding & terlintas dalam fikiran untuk merasa puding layer biskut oreo so terjadila puding oreo yang tak seberapa lawa ni,tapi kalau soal rasa..jangan di tanya.






Nah untuk resepi puding oreo ni memang mudah didapati bahan2nya,buatnyapun memang senang la..oklah kawan2 tak mau cerita panjang lg,letih tangan ni,tengok-tengoklah resepinya di bawah tu ya.

OREO MARBLE PUDING
Resepi:Rahel Blogspot

Bahan:
1 paket agar-agar serbuk putih (10g)
2 biji telur
150ml susu sejat
500ml jus oren
100g gula pasir
1 st esen vanila
9 pasang biskut oreo (biskut oreo dibiarkan bercantum dg krimnya)
1 st serbuk koko
sedikit pewarna hijau

Cara:

1.telur,susu sejat,gula disatukan,kemudian blender halus.

2.campur bahan blender dg jus oren,esen vanila,serbuk agar2 kemudian panaskan di atas api perlahan hingga mendidih dan senantiasa dikacau guna whisk.

3.adunan di bahagi 3,1 bahagian diberi pewarna hijau,1 bahagian diberi serbuk koko & 1 bahagian dibiarkan warna asal.

4.ambil acuan,tuangkan 1/2 adunan asal,kemudian diikuti dengan adunan hijau 1/2,berselangseli hingga 2 jenis adunan habis.

5.kemudian susun rata biskut oreo (beri sedikit jarak).

6.akhir sekali,tuangkan adunan yg berisi serbuk koko.biarkan sejuk,baru simpan dlm peti sejuk 1 1/2 jam.   

  * pesan:bila nak hidang puding,telangkupkan puding ke dalam pinggan,baru potong.



Selamat mencuba..