Memaparkan catatan dengan label biskut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label biskut. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Oktober 2022

Chocolate Chip Cookies


Ini antara cookies yang paling ramai peminatnya.Skarang kalau mahu makan cookies boleh pergi kedai bakery or supermarket sahaja untuk membeli.Jika rajin bolehlah buat sendiri di rumah sebab bahan-bahan yang diguna pun sangat mudah dan resepi pun berlambak-lambak di google,anda tinggal memilih resepi yang mana berkenan di hati.Ini kali saya guna resepi dari google juga sebab saya nampak best itulah tertarik untuk mencuba.

Untuk percubaan pertama saya ikut bulat-bulat resepi sebab nampak comel pula saiz cookies yang besar-besar itu.Selalunya kita buat yang saiz kecil-kecil sahaja kan? Jadi ini kali kita cuba pula saiz cookies yang besar-besar.Pada yang suka cookies crunchy-crunchy boleh tambahkan kekacang dalam adunan cookies ini.Resepi asal memang tak bubuh banyak bahan,jadi terpulang pada selera masing-masing.Selamat mencuba. 



CHOCOLATE CHIP COOKIES


Bahan-bahan:

226gram butter,potong kiub dan biar pada suhu ruang 30 minit

2 biji telur saiz L

150gram gula perang

 70gram gula kastor

415gram tepung gandum

2 sudu teh esen vanila

2 sudu teh baking powder

1/2 sudu teh garam halus

2 cawan chocolate chip


Cara membuat:

1.Putar butter dengan gula kastor,gula perang sehingga berkrim.Masukkan telur sebiji-sebiji,putar rata.Masukkan esen vanilla.Putar lagi hingga rata.

2.Masukkan baking powder,garam dan tepung sedikit-sedikit sambil diputar perlahan hingga bercampur rata.

3.Tambahkan chocolate chip,kaup balik hingga bercampur rata.

4.Gunakan ice cream scoop untuk bentuk adunan,susun dalam dulang.

5.Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 35 minit.


Nota:

Jika suka cookies yang soft,elakkan bakar cookies terlalu lama,sebaiknya keluarkan cookies dari oven ketika permukaan masih lembut.



Rabu, 12 Oktober 2022

Beppa Janda @ Kuih Janda

Lain macam saja nama kuih ini kan tapi itulah nama sebenar kuih khas bugis ini.Kuih dulu-dulu yang sentiasa dirindui.Sedap sangat hidang dengan kopi panas.Selain Beppa Janda ada juga yang memanggil nama kuih ini Kuih Lidah Sapi,mungkin sebab texture kuih lembut gebu.Ada satu kuih yang hampir sama texture kuih ini tapi saya tak berapa tahu apa nama kuih itu,tapi orang Cina saja yang banyak buat kuih tersebut.Oklah,sesiapa yang berani mencuba dipersilahkan.Resepi kita sudah sediakan.


 

BEPPA JANDA @ KUIH JANDA


Bahan-bahan:

400g tepung gandum

250g gula merah (gula aren)

150ml air

175ml minyak masak

2 sudu makan air

1 sudu teh baking powder

Sedikit bijan


Cara membuat:

1.Masak gula merah dengan 150ml air.Masak sehingga gula merah larut.Biarkan air gula sejuk.

2.Tapis air gula ke dalam basin.

3.Bancuh 2 sudu makan air dengan baking poder,kemudian masukkan ke dalam air gula merah.Kacau rata.

4.Masukkan tepung,kacau rata.

5.Masukkan minyak masak,kacau hingga sebati.

6.Sediakan dulang yang dilapik kertas pembakar.Sudukan adunan ke dalam dulang tadi,bagi jarak sebab kuih akan melebar bila dibakar.Boleh juga bulat-bulatkan adunan kemudian susun dalam dulang.Taburkan sedikit bijan di atas doh.

7.Bakar adunan dalam oven pada suhu 175C selama 30-35 minit.



Selasa, 20 September 2022

Biskut Oat Crunch

Petang ini dibuat pula biskut oat crunch ni.Lama sudah beli buku resepinya tapi belum banyak resepi dalam buku tersebut berjaya dicuba.Teringin makan biskut jadi kita belek-belek la resepi yang ada,terjumpa pula resepi ni,nampak menarik dan senang buat.

Dulu-dulu selalu juga beli biskut oat dari super market tapi skarang lebih suka buat sendiri di rumah,lagipun biskut oat ni tidak menggunakan banyak bahan.Memang simple saja tapi sedap dan terasa lemak.Nampak bentuk memang biasa-biasa sahaja tapi sekali makan memang tak boleh berhenti.Texture biskut ini crunch manja dan cepat cair dalam mulut.Masa bakar dalam oven memang wangi ja satu rumah.Macam biasa,petua untuk buat biskut yang sedap dan wangi kena guna pure butter,tapi terpulang juga pada citarasa memasing kan? Ada orang suka guna buttercup ada juga yang memang suka guna marjerin,jadi terpulanglah.Selamat mencuba.



BISKUT OAT CRUNCH


Bahan-bahan:

120g mentega

 50g gula kastor 

100g tepung naik sendiri

 40g tepung beras


Cara membuat:


1.Sebatikan mentega dengan gula kastor.

2.Masukkan tepung beras,tepung naik sendiri dan oat.Uli sebati jadi doh.

3.Timbang 12g doh dan bulatkan.

4.Susun ke dalam dulang pembakar.Tekan/penyet doh hingga leper.

5.Bakar dalam oven pada suhu 165°C selama 35 minit.


 




Rabu, 16 Februari 2022

Biskut Bunga Cinta Sedap dan Cair dalam Mulut

Sebelum masuk bulan puasa sempatkan diri mencuba pelbagai resepi biskut raya.Ini adalah biskut kegemaran saya sebab ianya ringan dan terus cair dalam mulut.Kalau hidang biskut yang satu ini depan saya confirm cepat clear.Dulu² sebelum aktif ambil tempahan biskut raya,biskut ini memang selalu saya buat.Makan satu memang tak puas.Korang kalau rajin boleh buat biskut ini,tak perlu tunggu raya pun.Kalau malas tapi teringin,korang boleh order ja dengan saya.Harga sesuai dengan bahan2 yang digunakan.1 bekas (58pcs) kujual RM33.00 (wasap 012 801 5195) area Tawau,kalau untuk ke lain tempat boleh kirim ikut bas.Senang kan?



BISKUT BUNGA CINTA

Resepi by:Chef Zubaidah Che Pa


Bahan-bahan:(Anggaran 80pcs)

200g mentega

200g tepung ubi

100g tepung jagung

100g tepung gandum

80g gula icing

1 biji kuning telur

1/2 tsp esen vanila

50g kelapa kering~kisar halus


Hiasan:Kiub ceri merah


Cara-cara:

1.Sebatikan mentega,kuning telur dan esen vanila.

2.Masukkan pula tepung ubi,tepung jagung,tepung gandum,gula icing dan kelapa kering dan uli rata.

3.Gunakan acuan semperit bunga dan paipkan di atas dulang yang dialas kertas.Hiaskan dengan ceri merah.

4.Panaskan ketuhar.Bakar pada suhu 160°C selama 40 minit atau sehingga masak.


Nota:

Nampak gayanya 200gram butter tak cukup jadi Rahel tambahkan lagi 50g butter supaya adunan elok.Saya canai dan terap biskut tapi kalau korang rajin,guna la acuan samperit bunga.


Selamat mencuba.

Ahad, 8 Ogos 2021

SAMPERIT PERMINTAAN ANAKKU ALFIAN

Salam.

Sempat buatkan samperit kesukaan Alfian pada 04Ogos2021,Rabu.Hari ini baru dapat update resepi.Samperit cair dalam mulut.




BISKUT SAMPERIT IDAMAN

Resepi by Chef Zubaidah Che Pah

Sumber : Home Made Biskut


Bahan A:

200g mentega

100g gula icing,i guna 70g sahaja

1 biji kuning telur

1/4 tsp pandan paste,i guna esen vanila

1/2 tsp pewarna epal hijau,i skip


Bahan B:

250g tepung gandum

 50g tepung jagung

 30g tepung kastad

Hiasan: 

Coklat masakan putih dan manik,i bubuh cheddar cheese sagat

Cara-cara:

1.Sebatikan bahan A.

2 Kemudian masukkan bahan B dan uli rata.

3.Gunakan acuan nozel tart gulung dan paipkan.Tabur cheese.

4.Panaskan ketuhar.Bakar pada suhu 150°C selama 30 minit atau sampai kekuningan.




Rabu, 19 Jun 2019

Nutella Chocolate Chip

Salam😘
Masih belum terlambat kan kalau ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.Terlampau sebok sampai terlupa blog kesayangan beta😉

Nutella Chocolate Chips pula kita layan hari ni.Memang sedap dan berbaloi.Bahaya oh🤣boleh habis sekelip mata😀Terima kasih banyak kepada Iza Akma sebab sudi kongsi resepi.Moga dimurahkan rezeki selalu.Korang yang ketagih makan chocolate chip tu boleh la cuba resepi ni.Dijamin puas hati.


Nutella Chocolate Chip
Sumber: Iza Akma

Bahan A:
200g Butter
  50g shortening
  40g Nutella
  60g Gula Caster
  90g Gula Perang
1 tsp Esen Vanila
1 biji telur gred C
Secubit garam

Bahan B:
330g Tepung Gandum}
  10g Serbuk Koko}
1 tsp Baking Powder}
1 tsp Soda Bikarbonat}~~~diayak bersama
  30g Coffee-matte

Bahan C:
100g Chocolate Chips
100g Chocolate Button white~patahkan kecil2
  80g Almond Nibs~bakar dahulu
  60g Cornflakes~ramas kasar

Caranya:

1.Satukan dan gaul bahan (B) yang diayak dg coffee matte beserta bahan (C),ketepikan.

2.Pukul semua bahan (A) dengan senduk kayu hingga sebati.Masukkan campuran bahan (B) dan (C) tadi.Gaul hingga jadi doh lembut.Sudukan atau punjut-punjutkan adunan dengan hujung jari ke dalam dulang pembakar.

3.Bakar pada suhu 160°C selama 40 minit.

Selamat mencuba😊


Terima kasih sudi membaca blog kita😘

Rabu, 17 April 2019

KOKO ALMOND BUTTERSCOTCH

Salam semua😍
Terjumpa lagi resepi biskut yang sedap.Boleh buat ni untuk tempahan nanti😉mana la tau ada orang yang terlebih rajin kan😀Ramai sudah geng bakers yang start buat promosi biskut raya.Kita pun tengah memilih resepi untuk tempahan biskut raya 2019.Harap-harap badan sentiasa cergas time tu😘

Ok la,berbalik pada biskut almond ni memang sedap tau.Korang yang suka makan kekacang dan butterscotch memang confirm tersuka,tadi pun tidak sedar termakan beberapa biji sudah😀terlupa control makan seketika😁


KOKO ALMOND BUTTERSCOTCH
Sumber:Saji

Bahan-bahan:
110g mentega
  90g gula aising
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh serbuk koko (3g)
200g tepung gandum

Hiasan:
1 putih telur
150 kacang Almond,dibakar,cincang .
100g Coklat Butterscotch

Cara membuat:
1.Sebatikan mentega,gula aising,telur dan esen vanila.Tambahkan serbuk koko dan tepung gandum.Uli jadi doh.Kemudian sukat doh guna 1/2 sudu besar.Bentuk bulat-bulat.Celup ke dalam putih telur kemudian golek di atas Almond cincang tadi.Kemudian susun dalam tray.Tekan di tengah hingga membentuk perigi.

2.Bakar biskut pada suhu 165°C selama lebih kurang 30 minit.

3.Setelah biskut masak,biarkan sejuk sepenuhnya.

4.Double boil Chocolate Butterscotch hingga cair.Masuk dalam piping bag.Paipkan coklat ke atas biskut.Setelah cokklat keras bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.

1 adunan boleh menghasilkan 50 biji biskut.

Selamat mencuba😘


Jumaat, 18 Januari 2019

BISKUT PISANG

Salam semua dan selamat petang.Gigih saya buat biskut untuk kudapan di petang hari.Dari jauh kelihatan bentuk biskut samperit tapi tuan punya resepi bagi nama Biskut Pisang.Mungkin sebab ada letak esen pisang dalam adunan kan?.Texturenya gebu dan cepat hancur dalam mulut.Sedap juga digandingkan dengan minuman panas.Time saya tangkap gambar ni pun inda' sedar berkeping2 sudah masuk mulut🤣Layankan ja tekak ni.

BISKUT PISANG
Resepi by Hajah Fauziah Jusoh
Sumber:Saji,Jun 2015

BAHAN:
90g mentega
103g tepung gandum
40g tepung kastard
15g tepung jagung
25g gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu besar esen pisang

CARA:
1.Satukan kesemua bahan di atas dan uli sehingga doh lembut.

2.Gunakan acuan tart nanas,masukkan dan tekan adunan memanjang.

3.Bakar pada suhu 160°C selama 25-30 minit.

Selamat mencuba


Ahad, 8 Mei 2016

Selamat Hari Ibu

Untuk cinta yang tiada tara,kasih sayang sepanjang masa.Perhatian tanpa menuntut balas jasa.Sabar yang tiada habisnya.Moga dipanjangkan usia,dirahmati Allah selalu,sentiasa di bawah rahmatNya.Sayang Ibu selamanya.


DAHLIA COOKIES
Sumber rujukan:Home Made Biscuits/Chef Zubaidah Che Pah

Bahan:
250g mentega
225g tepung jagung
125g tepung ubi
  50g tepung gandum (sy tambah lagi 10g tpg gandum)
1 biji telur (sy guna telur gred B)
150g gula icing
1 tsp esen vanila

Hiasan:
Ceri merah/hijau-potong kepingan (sy guna coklat chip)

Cara-cara:
1.Sebatikan mentega,telur,vanila dan gula icing.(guna senduk kayu ja)
2.Masukkan semua tepung dan uli lembut.
3.Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan dengan nozel di atas dulang.
4.Hiaskan dengan ceri/coklat cip di atas biskut.
5.Panaskan ketuhar.Bakar pada suhu 140c selama 30 minit atau sampai kekuningan.

Hasilnya dahlia cookies yang sangat ringan dan cair dalam mulut...sedap pulak tu.

Happy Mothers Day

Ahad, 2 Ogos 2015

Lontong Paris

Salam ceria selalu dan selamat berhujung minggu.
Masih lagi dengan resepi biskut raya.Lain benar nama biskut yang satu ni kan.Rahel suka makan biskut ni,time raya mesti mencari kuih yg satu ni.Biskut disalut dengan karamel kemudian digolek dalam kacang cincang...boleh bayangkan sudah macam mana rasa dia kan.Hasil google sana sini terjumpa la resepinya di You Tube..senang rupanya membuatya..tapi time buat karamel tu yang kena hati-hati...bahaya kalau tangan terkena karamel panas.Oklah...jom cuba resepi kue lontong paris @ kue kurma....



LONTONG PARIS


Bahan biskut:

250g mentega
75g gula halus/gula aising
1 biji telur
300g tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung

Bahan Lapisan Karamel:

Gula pasir secukupnya
Air mendidih secukupnya

Kacang tanah~disangai~dicincang

Cara membuat Lontong Paris:

1.Pukul mentega dan gula halus hingga sebati.Tambahkan telur.Pukul sebati.

2.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam adunan sedikit2.

3.Cetak adunan sebesar ibu jari atau sesuai selera.Letak dalam loyang yang sudah dioles mentega.

4.Bakar pada suhu 160'c selama 30 minit.

Cara membuat lapisan karamel:

1.Masak gula dengan api kecil sampai meleleh dan berwarna keemasan.
2.Kemudian masukkan air mendidih sedikit2.
3.Dalam keadaan panci karamel di atas dapur dengan api kecil,masukkan kue2 tadi ke dalam panci,kacau sehingga semua biskut disalut karamel.
4.Kemudian angkat dan tuang ke dalam kacang cincang.Kacau perlahan sehingga semua kacang melekat dengan biskut karamel.



Enjoi.

Jumaat, 27 Februari 2015

Chocolate Chip Cookies

Selamat petang.
Enaknya jika minum petang ada kudap-kudapan,makanya saya buat chocolate chip cookies sebagai peneman Neslo susu.Waduh...nda terasa banyak sudah cookies ditelan.Kalau bsikut/cookies yg lain mungkin kita akan cepat jemu kan...tapi kalau coklat cip memang nda kan jemu...makin lancar ada la.Nah...apa tunggu lagi...jemput la minum petang....


Chocolate Chip Cookies

Bahan-bahan:
300g tepung gandum}
5g soda bikarbonat}~~~~diayak
260g gula perang
150g mentega/marjerin
1 sudu teh esen vanila
2 kuning telur gred A

120g coklat chip
100g kacang pecan/walnut/almond~dibakar 10 minit pd suhu 170'C,kemudian cincang

Cara membuat:
1.Sebatikan mentega,gula perang dan kuning telur.
2.Tambahkan tepung gandum,esen vanila.Gaul rata.
3.Tambahkan coklat chip dan kacang pecan.Gaul rata.
4.Guna sukatan 1/2 sudu besar,tekan doh ke dalam sudu,keluarkan dan susun dalam dulang.
5.Bakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit (bergantung kepanasan oven masing2 ya)

Enjoiii

Selasa, 15 Julai 2014

Vintage Chocolate Chip Cookies

Salam ceria selalu..

Vintage Chocolate Chip Cookies
Sumber resepi:Valerie Barret

Bahan-bahan:
150g mentega
80g gula perang
80g gula kastor
1 tsp esen vanila
1 biji telur gred A
225g tepung gandum
1/2 tsp soda bikarbonat
1/4 tsp garam
200g chocolate chips (150g choc chip + 50g white choc chip)
100g almond nib~jika suka
1/2 tbsp choc emulco~jika suka

Cara-cara:
1.Panaskan oven 170'C.Alas baking tray dengan baking paper.
2.Pukul mentega bersama gula hingga berkrim.Tambahkan vanilla,choc emulco & telur.Pukul sebati.
3.Ayak tepung,soda bikarbonat & garam ke dalam adunan.Gaulkan guna spatula.
4.Tambahkan choc chip,almond nib.Gaul rata.
5.Bulat2kan adunan sebesar guli.Susun di atas baking tray.
6.Bakar dalam oven selama 25 minit (cookies masih lembut di tengah ketika dikeluarkan dr oven)
7.Biarkan atas tray kemudian salin ke rack dan sejukkan.


Selamat mencuba.

Ahad, 13 Julai 2014

Crunchy M&M Cookies

Salam ceria selalu dan selamat berpuasa...


Crunchy M&M Cookies
Sumber resepi:Kadek Kristi Helen

Bahan-bahan:
200g low protein flour
130g mentega
50g shortening
100g gula icing
50g brown sugar
1 tsp susu segar
1 tsp soda bikarbonat
200g almond nibs-dibakar
1 tsp esen vanila
2 biji kuning telur + 1 biji putih telur
75g M&M Chocolate
35g chocolate chip


Cara membuat:

1.Panaskan oven pada suhu 170'C dan alas dulang pembakar dg bkg paper.

2.Ayak tepung dan soda bikarbonat.Ketepikan.

3.Pukul mentega,shortening,gula icing dan brown sugar sehingga berkrim.Tambahkan telur satu persatu.Masukkan juga tepung,susu segar,esen vanila dan  pukul sebati.

4.Tambahkan almond nibs,chocolate chip dan M&M chocolate.Gaul rata.

5.Ambil sedikit doh,bulat2kan.Susun di atas dulang.

6.Bakar dalam oven selama 20-25 minit atau sehingga cookies kecoklatan.

7.Sejukkan di atas rack.Simpan dalam bekas kedap udara.

tips:tambahkan 1/2 sudu besar chocolate emulco ke dalam adunan untuk cookies yg gelap.nak lebih sedap,banyakkan kekacang.


Enjoiii...

Selasa, 27 Mei 2014

Lidah Kucing Pelangi

Salam penuh ceria selalu...


Ni tahun rajin pulak buat biskut yang penuh kaler ni,biasanya malas betul mau menunggu depan oven...lebih-lebih lagi mau letak kaler2 tu...aduhaiii.Sejak beberapa hari ni memang Rahel banyak berkurung dan bertapa depan oven untuk menyiapkan beberapa balang Biskut Lidah Kucing Pelangi.Macam berjanji pulak diorang semua mengoder..syukran rezeki masuk.Rasanya biskut yang satu ni memang sudah dikenali ramai n boleh guna mana2 resepi asas Lidah Kucing untuk Lidah Kucing Pelangi...tengok u orang rajin atau tidak...

Lidah Kucing Pelangi


Bahan-bahan:
250g mentega
175g gula halus
100ml putih telur
200g tepung gandum
50g tepung jagung
1/4 st emplex (perangup biskut)

Pewarna Ungu,biru,hijau,kuning,oren dan merah

Loyang Lidah Kucing digris dengan mentega

Cara-cara:

1.Ayak tepung gandum,tepung jagung dan emplex.Ketepikan.

2.Pukul mentega dan gula hingga berkrim.Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.

3.Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata.

4.Bahgikan adunan kepada 6 bahagian dan letak pewarna berlainan.

5.Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.

6.Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 150C selama 15 minit.Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana menenggelamkan warna pelangi.

7.Biarkan biskut suam2 kuku dan terus simpan dalam bekas kedap udara.Biskut ini cepat lemau jika dibiar terdedah pada udara.Biskut yang lemau boleh dipanaskan semula selama 5-8 minit dalam oven yang dipanaskan dahulu dan akan rangup kembali.


Selamat mencuba.

Selasa, 25 Februari 2014

Biskut Cip Coklat Badam

Selamat malam kepada semua yang singgah malam ini.Pagi tadi Rahel menyempatkan diri buat sedikit biskut untuk pelengkap sarapan pagi.Rahel memilih utk buat biskut cip coklat sebab ia sesuai utk sarapan dan juga minum petang.Kali ni ikut resepi dari Saji pulak,memang sedap banget..habis satu mesti nak lagi..ianya begitu rapuh dan cair dalam mulut...suka sangat-sangat.Terima kasih tak terhingga kepada Puan Zuraini selaku penyumbang resepi.Semoga makin maju dan sentiasa dimurahkan rezeki.Kepada penggemar biskut cip coklat di luar sana,memang patut cuba resepi ini,sedap.


BISKUT CIP COKLAT BADAM
Sumber:Saji

Bahan-bahan:
180g mentega
30g shortening
1 kuning telur
30g gula perang
50g gula kastor
180g tepung red rose
30g tepung ubi
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil coklat emulco
100g coklat cip
60g badam cincang~bakar dulu 150'C selama 7-10 minit

Cara menyediakan:

1.Satukan tepung red rose,tepung ubi dan soda bikarbonat.

2.Putar shortening,mentega,gula dan telur hingga sebati.

3.Masukkan coklat emulco.Diikuti dengan badam cincang dan coklat cip.Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh.

4.Bentukkan biskut ada mengikut citaras dan susun dalam dulang pembakar.Bakar biskut selama 20-25 minit pada suhu 170'C.


Enjoi.

Khamis, 1 Ogos 2013

Lidah Kucing Ombre

Salam sejahtera...
 
 
Skarang ni biskut Lidah Kucing tangah hangat di alam maya,so Rahel pun nda mo ketinggalan mencuba lidah kucing versi ombre..len kali jika ada kesempatan mahu try lagi buat yang warna pelangi...memang meriah nampak.Biskut lidah kucing ni memang enak banget,lagi-lagi kalau ditambah parutan keju cheddar semakin bertambah la enaknya.Tapi kali ni Rahel buat tanpa keju pula.Semenjak Rahel posting Lidah kucing keju hari tu memang tak putus-putus pertanyaan bab Loyang lidah kucing tu,namun apakan daya..Rahel nda' dapat tolong sebab kita memang ndada jual itu Loyang...harap maaf ya teman-teman.

 
 

Oh ya,resepi biskut lidah kucing ni ada pelbagai cara jugak kan...sebab ada yang pukul putih telur secara asing dan ada jugak yang masuk terus dalam adunan butter dan yang ni pula kena pukul putih telur dalam bekas lain baru dicampur dengan adunan butter.Pada Rahel yang ni lebih senang dan memudahkan pekerjaan.Resepi asal sebenarnya tak letak apa2 pewarna pun tapi Rahel yang ubah menjadi lidah kucing ombre...alahaiii...sebenarnya kes mau testing pewarna ungu violet satu botol besar yang dibagi oleh Kak Yong hari tu...terima kasih banyak ya Kak Yong...memang cantik pewarna ni...suka banget.Pada yang teringin merasa biskut lidah kucing tu silahkan merajinkan diri,buat sendiri lagi elok..puas hati makan..hehehe.
 
 
 
Lidah Kucing Ombre
Sumber:Ria
 
Bahan-bahan:
200g gula halus
250g butter
250g tepung gandum
5 biji putih telur (150cc/150ml)
1/2 st vanilla
 
Cara membuat:

1.Panaskan oven pada suhu 165'C dan oles loyang dengan marjerin/butter.

2.Pukul gula,butter dan vanilla sampai lembut dan berwarna pucat.Ketepikan.

3.Dalam bekas lain,pukul putih telur sampai kaku/soft peak.

4.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter dan gaul rata.

5.Masukkan putih telur yang sudah kaku ke dalam adunan tepung,gaul rata dengan spatula.Adunan dibahagi tiga,beri pewarna sesuai selera.

6.Masukkan adunan dalam piping bag,gunting hujungnya,paipkan ke Loyang lidah kucing dan cetak sesuai ukurannya.

7.Bakar dalam oven selama 25 minit.


 
Selamat mencuba.


Isnin, 29 Julai 2013

Biskut Keju

Selamat petang & selamat berbuka puasa.
 
 
Baru ni kali ada masa sikit lepak depan computer,saja mau tambah koleksi resepi biskut dalam blog masakan gue,jadi kepada teman-teman yang belum buat biskut raya tu bolehlah mencuba resepi biskut keju Chef Hanieliza ni,dijamin bakal puas hati banget.Kejunya yang renyah bikin kita nda' mau berenti mengunyah.Pada resepi asal topping dia hanya parutan cheddar cheese tapi kali ni Rahel tambahkan sedikit hirisan ceri merah dan juga sultana yang telah dicincang dan tak sangka rupa2nya kejadiannya sangat wangi dan bertambah enaknya.
 
Oh ya,gambar biskut keju dalam buku resepi tak seperti dengan yang Rahel buat ni,bentuknya empat persegi sahaja dan adunan juga tersangat lembik,jadi Rahel ambil keputusan untuk masukkan adunan dalam bag piping dan paip bentuk bulat macam dalam gambar yang ada di bawah,memang mudah sangat kan...tangan pun tidak berminyak tau...buatnya pun santai aja.Jadi apa tunggu lagi...yuk bikin biskut keju....
 
 
Biskut Keju
Sumber:Buku Resepi Biskut & Kek
 
Bahan-bahan:
250g mentega
220g gula halus (Rahel guna 270g gula halus)
300g tepung gandum
160g tepung jagung
1 biji telur
250g keju cheddar (disagat halus)
Sedikit esen vanilla
 
Topping:
Keju cheddar secukupnya-disagat
100g sultana-dicincang
100g ceri merah-setiap satu dibelah empat
2 kuning telur
 
Cara membuat:
1.Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang.
2.Masukkan telur dan esen vanilla.Pukul sebati.
3.Masukkan keju yang sudah disagat.Gaul sebati.
4.Akhir sekali masukkan tepung gandum dan tepung jagung dan gaul rata.
5.Canaikan adunan dan terapkan mengikut acuan dan sapukan kuning telur.
6.Tabur sedikit keju parut,sultana,ceri merah dan bakar biskut pada suhu 170'°C selama 20-25 minit atau pun sehingga biskut masak dan menjadi kekuningan.
  
Nota dari Rahel:

*Rahel letak di rack bawah dan bakar pada suhu 175'C selama 30 minit api atas dan bawah

*Adunan sangat lembik jadi Rahel masukkan dalam bag piping dan paipkan ke atas dulang yang telah dilapik baking paper.
 
 
Selamat menikmati biskut keju yang enak banget.


Sabtu, 20 Julai 2013

Almond London

Selamat malam.Lewat sikit saya upload resepi kali ini.Sibuk sangat siapkan tempahan biskut raya.Resepi ni saya jumpa di wall rakan facebook,nampak menarik jadi saya pun cubalah.Hasilnya memang tak menghampakan.Kepada yang suka makan biskut almond london bolehlah cuba resepi ini.
 

Almond London
Sumber:Facebook Noor Dz Salleh

Bahan-bahan:
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur gred A
1 sk esen vanilla
50g nestum-dikisar

500g tepung gandum }
1 sk baking powder}--->diayak bersama
1 sk emplex}

papercup secukupnya

Hiasan:
Badam cincang-digoreng tanpa minyak
700g dark chocolate compound-double boil hingga cair

Inti:
200g badam biji-dibakar sebentar dalam oven

Cara membuat:

1.Pukul mentega dan gula hingga kembang.

2.Masukkan telur,esen vanilla.Pukul sebati.

3.Masukkan nestum,pukul sebati.

4.Masuk tepung,gaul rata dengan tangan atau senduk.

5.Ambil sedikit,letak inti di tengah-tengah dan bentuk bujur.

6.Bakar 25 minit pada suhu 175'C.

7.Bila dah sejuk,celupkan dalam coklat yang telah dicairkan tadi.

8.Letak dalam papercup.Taburkan badam cincang.Sejukkan sebentar dalam peti ais.Bila coklatnya dah keras,letak pada suhu bilik.Simpan dalam bekas kedap udara.

Terima kasih kepada Kak Noor Dz Salleh kerana sudi berkongsi resepi Almond London.
 
 
 
 


Jumaat, 5 Julai 2013

Cornflakes Madu

Ini dia cemilan yang paling siok.Selalunya kalau pergi beraya di rumah orang memang tercari-cari cemilan ini.Kadang tak perasan sudah habis berapa cup dimakan.Ni kalau kamu tengah menghadap tv memang sekejap sahaja habis.Nampak simple saja kan tapi kalau resepi tidak sesuai memang tidak menjadi sangat juga apalagi kalau guna cornflakes jenis yang keras memang tidak berapa sedaplah.Kadang ada juga cornflakes yang macam lemau.


Cornflakes Madu
Sumber:Yatie

Bahan A:
125g butter
1/2 cawan brown sugar
7 sdb madu

Bahan B:
6 cawan cornflakes
1 cawan kismis
1 cawan badam cincang panggang/gajus

Hiasan:
Mangkuk kertas kecil
Ceri merah dan ceri hijau dipotong kecil

Cara-cara:
1.Panaskan bahan A sehingga butter cair.Setelah cair,masukkan bahan B dan gaul rata.
2.Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
3.Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 170'C selama 8-10 minit.
5.Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Nota:
inti dan hiasan terpulang pada selera anda,so buatlah ikut kretiviti anda.

Terima kasih Kak Yatie.

Rabu, 5 Jun 2013

Lidah Kucing Keju

Salam.
 
Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua pengunjung setia dapur Rahel,semoga sihat dan ceria selalu.Pagi ni Rahel sempat jua buat kuih lidah kucing yang enak sekali...Rahel letak susu tepung n parutan keju cheddar...dan ternyata...tak mahu berhenti krup krap krup krap di pagi hari...hehehe.Sebenarnya sudah lama beli acuan lidah kucing ni tapi membuat kuihnya tu asik terbantut aje...ni semua sebab makcik hangat-hangat kuku aje.Kuih Lidah kucing ni sebenarnya dah lama famous di Indonesia kan...tapi kita di sini jarang yang buat kan?...mungkin sebab acuan dia yang memang jarang jugak dijual,cuma baru2 ni aje Rahel perasan yang acuan lidah kucing ni dah mula banyak dijual di sini,tapi harga satu biji Loyang tu pun memang boleh tahan jugak..tapi kalau uda minat tu memang pejam2 mata la time beli kan3x...hehe.Oh ya,tak lupa juga Rahel ucapkan banyak2 terima kasih pada Melly yang sudi berkongsi resepi kuih lidah kucing ni,ijinkan gue share pulak dalam blog kesayangan gue ni.Bah jom la intai-intai resepi Lidah Kucing Keju....
 
Loyang lidah kucing



Lidah Kucing Keju
Sumber:Melly

Bahan-bahan:
250g mentega
100g putih telur
140g gula halus
1/2 sudu teh emplex

225g tepung gandum                                   }
60g tepung jagung                                       }
15g susu tepung-->makcik yang tambah ni}-->diayak
1/4 sudu teh baking powder                         }

20g keju cheddar,diparut halus-->makcik yang tambah ni

Cara membuat:

1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang,lalu masukkan emplex,keju dan pukul lagi.

2.Masukkan putih telur,terus pukul hingga bercampur rata.

3.Masukkan campuran tepung gandum.Putar perlahan selama 1 minit hingga rata.

4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letaklah pewarna kesukaan anda.

5.Isikan ke dalam piping bag guna nozel 7.Picitkan ke Loyang lidah kucing yg telah digris dengan mentega.

6.Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 20 minit.

Note:

*gris Loyang dengan mentega untuk pertama sahaja,seterusnya tak perlu dioles lagi.

*kalau tidak punya Loyang lidah kucing boleh guna Loyang biasa yang dilapik dengan baking paper,jarakkan adunan kerana adunan akan melebar ketika dibakar.


Enjoi...