Memaparkan catatan dengan label roti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label roti. Papar semua catatan

Isnin, 26 September 2022

Flat Bread Super Gebu

Teringat flat bread berkeju yang  di restoran pizza hut,suka pula makan sebab ada pencicah macam saus spagetti bolognese.Harga pun boleh tahan juga.Flat bread yang saya buat hari ini boleh juga dipelbgaikan,boleh dijadikan pizza tinggal buatkan topping sahaja,boleh juga dijadikan roti cheese,roti bawang,tapi hari ini saya buat yang biasa sahaja dan hidang dengan kari ayam.Teh tarik yang secawan tu saya bancuh teh tarik 3-1 sahaja,Memang padu.


kelebihan resepi roti kali ni doh boleh dibuat banyak,kemudian masak.Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk,bila anda teringin nak makan,keluarkan dari peti sejuk dan panaskan sebentar,setelah itu bolehlah hidang roti.Texture roti ini lembut dan gebu.So selamat mencuba.


KARI AYAM


Bahan-bahan:

500g paha ayam,dipotong sesuai selera

3 sudu makan mumbung rempah kari daging

2 biji kentang,dibelah empat

100ml santan kotak (santan pekat)

4 cawan air

Garam,gula dan serbuk pati ayam


Bahan tumis:(ditumbuk halus)

3 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci halia

2 biji buah keras


Rempah tumis:

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

5 kuntum bunga cengkih

1 tangkai daun kari


Cara memasak:

1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,masukkan bahan tumbuk,tumis hingga wangi.Masukkan rempah tumis,tumis lagi hingga wangi.

2.Masukkan rempah kari dan potongan ayam,kacau sebentar.Tuangkan air.Masak sehingga mendidih.Setelah ayam ayam hampir empuk masukkan potongan kentang dan teruskan masak sehingga kentang empuk.Masukkan santan dan perasakan dengan garam,gula dan pati ayam.Siap.





FLAT BREAD SUPER GEBU

Bahan-bahan:
500g tepung gandum
2 sudu teh yist
250ml air
1/2 sudu teh garam
 50g minyak masak



CARA MEMBUAT:

1.Air,gula dan yis di masukkan dalam cawan.Perap selama 10-15 minit.

2.Sediakan tepung gandum dan garam dalam basin.Tuangkan bancuhan yis tadi ke dalam tepung.Kacau rata,kemudian tuangkan minyak dan uli sehingga sebati dan jadi doh.(uli 1-2 minit sahaja) Rehatkan doh selama 1 jam sehingga naik 2x ganda.


3.Setelah doh mengembang,tekan-tekan doh untuk keluarkan udara.Bahagikan doh kepada 12 bahagian atau timbang doh 70g,bulatkan doh.Rehatkan lagi doh selama 30 minit supaya mengembang.Setelah doh mengembang,canai doh hingga leper ke saiz 6 inci.



4.Siapkan pan,sapu dengan minyak.Panaskan pan,letak satu keping doh dalam pan,masak sehingga keperangan,sapu permukaan doh dengan minyak kemudian kalihkan dan teruskan memasak sehingga keperangan.Setelah masak sepenuhnya,sapu lagi permukaan roti dengan minyak.


5.Setelah semua doh selesai dimasak.Bolehlah hidang dengan teh tarik dan kuah kari.




Khamis, 22 September 2022

Roti Gulung Serunding Ayam

Roti gulung serunding ayam  salah satu roti febret  saya.Teringin mahu buat yang macam dijual di kedai roti tapi bahan-bahan tidak cukup pula,takda stock daun bawang dan cili merah.Jadi saya buat bentuk roti gulung cinnamon saja.Teringat lagi dulu asal masuk kedai roti mesti tercari-cari roti gulung serunding,confirm terbeli dua biji,tapi paling tidak seronok kalau masuk kedai roti baru tidak jumpa itu roti idaman.Hampa.

Sebenarnya kita boleh buat sendiri roti idaman di rumah.Sekarang banyak sudah kedai jual bahan-bahan untuk buat roti dan kek.Bukan itu sahaja,ramai sudah geng bakers yang mengajar untuk buat roti,kek,biskut,dessert dan masih banyak lagi yang mereka ajar.Yuran pula murah-murah,banyak pilihan.



Asalnya sayapun tidak berapa pandai lagi buat roti tapi oleh kerana saya suka makan roti jadi saya masuk kelas membuat roti secara hands on.Dapat juga ilmu dan boleh sudah membuat macam-macam roti,dapat berkenalan dengan bakers yang lain.Dalam resepi ini saya guna pelembut roti(Rfb) buatan chef Rusman,hasilnya roti sangat gebu dan lembut.Sedap roti Serunding ini dengan secawan teh tarik.Next time kita buat pulak yang ala bakery punya.Selamat mencuba.


ROTI GULUNG SERUNDING AYAM


Bahan-bahan:

300g tepung roti

 30g tepung gandum

 40g gula kastor

1 1/2 sudu teh  yis segera

3 sudu besar susu tepung

1 sudu teh Rfb (pelembut roti)

1 biji telur gred C

150g air

 30g marjerin

1/2 sudu teh garam


Inti:

Serunding ayam secukupnya (beli ready made)

1 sachet mayonis       }

20g susu pekat manis }~~~mix


Glaze:(mix)

1 kuning telur

1 sudu besar susu segar


Cara membuat:

1.Satukan kedua-dua jenis tepung,gula,yis dalam mangkuk besar.Masukkan susu tepung,rfb dan garam.Gaul rata-rata.

2.Campurkan telur dan air.Uli adunan menjadi doh.

3.Bubuh marjerin dan uli lagi sehingga doh licin dan kenyal.Tutup dan biar kembang dua kali ganda.Setelah doh kembang tekan-tekan doh dan uli semula ke saiz asal.


4.Canai doh menjadi empat segi.



5.Bubuh mayonis atas doh,kemudian taburkan serunding ayam.Gulung doh perlahan-lahan.


6.Cantumkan hujung doh (cubit2kan) kemudian potong gulungan doh kepada 9 bahagian.Susun dalam loyang 8"x 8".Rehatkan lagi sehingga mengembang selama 30-40 minit.

7.Sapu kuning telur atas permukaan doh.Bakar roti pada suhu 170C selama 25-30 minit.



8.Setelah roti masak,keluarkan dari oven.Sapu permukaan roti dengan marjerin/butter.



Jumaat, 15 Oktober 2021

Sandwich Tuna Cheese

Resepi yang simple menjadi pilihan untuk bersarapan pagi tadi.Pada yang minat makan sandwich bolehlah cuba resepi ini.Pejam² mata pun boleh buat.Kalau ada roti tawar di rumah memang senang sikit kerja,macam-macam boleh dibuat.Bayangkan kalau kita pegi cafe or restaurant duduk² makan sandwich boleh melayang berapa ringgit untuk 1 set sandwich.


SANDWICH TUNA CHEESE

Resepi by :Rahel Blogspot 


Bahan-bahan:

8 keping roti tawar

1 tin kecil Tuna Mayonnaise Ayam Brand

4 keping cheese 

1 sachet mayonaise

2 buah tomato,dihiris nipis

4 lembar daun salad

1 sudu teh serbuk lada hitam

1 sudu kecil gula

Secubit garam


Cara penyediaan:


1.Satukan tuna,mayonis,garam,gula dan lada hitam.

2.Bubuh tuna mayonis ke atas roti,letak 1 lembar daun salad diikuti 2 hirisan tomato dan last sapukan lagi tuna mayonis ke satu keping roti,bubuh 1 keping cheese kemudian telangkupkan ke atas roti pertama tadi 👇👇👇

-roti

-tuna mayonis

-daun salad

-hirisan tomato

-cheese

-tuna mayonis

-roti tawar 




 Selamat mencuba💋 

Selasa, 5 Oktober 2021

ROTI PISANG YANG SEDAP

Salam semua.Hari ni daku share cara² untuk habiskan cepat roti tawar dan juga pisang yang sudah masak.Kita buat roti pisang pastu hidang dengan sos coklat.Paduuuuu.


ROTI PISANG

Resepi by Rahel Blogspot 


Bahan-bahan:

5 buah pisang saba yang suda masak,dilenyek 

1 sudu besar gula perang

Secubit garam

30g butter/marjerin

1/4 sudu teh serbuk kayu manis

6 keping roti tawar,dicanai sampai nipis


Caranya:

1.Sebatikan pisang,gula,serbuk kayu manis & garam.

2.Panaskan butter/marjerin dalam non-stick pan.Masukkan campuran pisang.Masak campuran pisang ini sampai pekat lebih kurang 5-7 minit.

3.Ambil roti yang sudah dicanai tadi,sapukan inti pisang di atas roti,kemudian gulung ketat2.

4.Panaskan minyak secukupnya di kuali.Goreng Roti gulung pisang sehingga keperangan selama lebih kurang 2 minit.Angkat dan toskan.

5.Hidangkan bersama coklat ganache atau topping kesukaan anda.


COKLAT GANACHE

100g dark chocolate,potong nipis

100g whipping cream


Panaskan air dalam periuk kecik,bila air dah mendidih tuup api.Letak mangkuk berisi coklat dan whip cream di atas periuk.Kacau sehingga semua larut dan sebati.Siap untuk curah atas roti pisang.Tabur dengan kekcang or cheese or choc rice.Siap.






Isnin, 12 Julai 2021

SANDWICH GORENG INTI COKLAT

Hari ini betul² mula terasa keboringan duduk rumah berkurung berminggu-minggu sudah,entah bila berakhir.Makin hari makin naik kes kobit.Wahai cobit sila kembali ke tempat asal mu! Saya mau keluar pi kedai pun jadi malas dibuatnya.Sudahnya kita layan apa yang ada di dapur,buat cemilan yang simple² sahaja untuk sarapan.Jadi la sandwich goreng inti coklat.Sedap rupanya😋👍


 SANDWICH GORENG INTI COKLAT

Resepi by Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
6 keping biskut hup seng,belah dua
Jem Coklat~saya guna jem hoko
Bread Crumbs secukupnya

1 biji telur A~dipukul sedikit}
1 1/2 sudu teh tepung gandum}~~mix

Cara membuat:
1.Sapukan jem coklat atas 1 keping biskut kemudian tutup dengan 1 keping biskut.Buat sampai habis.

2.Celup sandwich biskut ke dalam bancuhan telur,salut dengan bread crumbs,celupkan lagi ke dalam telur,kemudian salut lagi dengan bread crumb.

3.Goreng Sandwich dalam minyak yang sudah dipanaskan.Guma api kecil sahaja.Goreng sebentar sahaja sehingga masak.Angkat dan toskan minyak.Siap.

Jika tak ada jem coklat boleh guna peanut butter or nutella.

Selamat mencuba💋



Terima kasih💋

Sabtu, 10 Julai 2021

RESEPI ROTI VIRAL

Salam ceria dan salam pkp fasa 2 di Sabah😊 Semoga tetap tabah dan semangat menjalani kehidupan.Kebanyakan duduk di rumah jadi banyak masa untuk selongkar resepi di sana sini.Dalam group masak² pun memang berlambak² resepi diorang share.Resepi kali ni pun kita ambil dari group masak apa hari ini,resepi viral katanya,jadi daku tak mau ketinggalan juga😁laju ja beraksi😆



Kata tuan empunya resepi,resepi ini sesuai juga untuk buat donut,so terpulanglah pada selera masing²,janji rajin buat.Kali ini daku buat bun sahaja then tabur parutan cheddar cheese atasnya,dalam tak buh inti sebab bahan² terhad😆


BUN VIRAL


Sumber Resepi:Group Masak Apa Hari Ini

Resepi by : Wanda Jasmi


Bahan A:

1 cawan air

1 paket yis (11gram)

3 sudu besar susu pekat manis

2 sudu besar gula

1 biji telur


Bahan B:

3 cawan tepung gandum

2 sudu besar marjerin

1 sudu teh garam


Cara membuat:

1.Rendam bahan A hingga kembang.

2.Bila dah kembang,campurkan bersama bahan B.Gaul sebati dan uli selama 30 minit sehingga betul-betul gebu.

3.Rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga 2x ganda kembang.

4.Bila dah kembang,tumbuk doh perlahan² supaya angin dalam doh keluar.Uli lagi selama 5 minit.

5.Bentukkan untuk buat roti atau donut.Boleh masukkan apa² sahaja inti.

6.Selepas bentukkan,biar mengembang 2x ganda sebelum bakar.

7.Sapukan air atau fresh milk di atas roti,taburkan parutan cheddar cheese di atas roti.

8.Bakar pada suhu 160°C selama 20-30 minit.Setelah masak keluarkan dari oven.Sapukan peemukaan roti dengan marjerin@butter.



Thank you💋

Sabtu, 25 April 2020

POTATO BREAD

Salam semua😊Pa khabar? Semoga ceria selalu.Tidak panjang cerita ni hari sebab terasa macam ada penat sikit walaupun cuma buat  sedikit roti kentang ja😊 Cuma nak bagitahu yang roti kentangnya enak gitew.Saya jenis orang yang tak suka menguli doh lama2,jadinya roti kita tak mulus gitew🤣 kalau guna mesin bolehlah dapat bun yang cun,tapi tak kesah la...kan saya juga yg hadap.


POTATO BREAD
Sumber:I Can Bake (Agnes Chang)

Bahan A:
350g tepung berprotein tinggi
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar yeast (ku letak 2 sudu teh ja)
70g gula caster
1 sudu besar bread improver (i buh 1 tsp ja)

Bahan B:
150g kentang ,direbus hingga lembut,lenyek halus

Bahan C:
75g mentega,suhu ruang

GLAZING:(mix)
1 biji telur
1/8 sudu teh garam

TOPPING:
2 sudu besar instant custard powder
2 sudu besar air
*mix sebati,masukkan dalam piping bag

Cara membuat:

1.Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk,gaul sebati.

2.Masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh selama lebih kurang 5 minit.

3.Masukkan bahan C dan uli lagi selama lebih kurang 10 minit atau sehingga doh jadi licin dan elastic.

4.Bulatkan doh,kemudian letak dalam mangkuk yang telah diminyakkan.Biarkan sehingga mengembang.

5.Tumbuk doh dan uli lagi selama 3 minit  arau sehingga licin.Bahagikan doh 50g setiap satu,kemudian bulatkan.

6.Susun doh dalam loyang 8"×8" .Tutup doh dan biarkan mengembang selama lebih kurang 30 minit.

7.Sapukan telur (glazing) di atas doh,kemudian pipe custard .

8.Bakar pada suhu 180°C selama 25-30 minit.

Nota tambahan:
1 loyang 8 inci boleh muat 9 bun.
Dalam resepi takda air tp saya nampak dalam gambar step by step ada air,so saya buh 130ml air.



Terima kasih sudi singgah blog saya😊👍

Rabu, 11 Disember 2019

BUN SOSEJ ALA PIZZA

Salam😊
Dapat juga kita merasa Bun Sosej yang ala2 Pizza ni.Seharian duduk berkurung ja di rumah sebab skarang ni musim hujan pulak,sikit2 hujan renyai2 mari,so sambil santai2 di rumah sambil2 tu kita menguli doh juga.


Sejak akhir2 ini jarang sudah kita beli roti dari luar,kebanyakan kita buat sendiri kalau kepingin makan.Lagipun bukan susah sangat mau buat roti ni.Banyak sudah kelas roti/bun saya join maknanya ilmu meroti sudah ada dalam kepala.


Resepi kali ini daku ambil dari blog Rasa Malaysia.Dia buat versi sausage roll tapi kita buat versi selera kita iaitu ala pizza gitew.Toppingnya itu kita bubuh apa yang ada.So korang boleh bubuh apa saja yang korang suka.Pokoknya kita buat sesuai selera kita la.Janji puas hati makan😁


BUN SOSEJ
Sumber:Rasa Malaysia

Bahan doh:
300g haigh protein flour
    5g yeast
   20g gula
     6g garam (ku guna 3g sahaja)
 30g Mentega
1 biji telur + susu segar (jadikan 200g)

Untuk Topping:
8 pcs sosej,dipotong2
Tomato puree
Sos cili
Oregano

Egg wash:
1 putih telur + 2 sudu teh air


Cara membuat:

1.Satukan semua bahan di dalam mangkuk.Gaul sebati.Tambahkan mentega.Uli lagi sehingga lembut dan licin.Rehatkan doh selama 40 minit.(tutup doh)


2.Setelah doh kembang,tumbuk doh untuk buangkan angin.Bahagi doh kepada 8 bahagian (66gm),bulatkan doh rehatkan 15 minit.Taburkan sedikit tepung di atas meja,canai nipis doh tadi.Susun dalam tray yang dilapik baking paper.Biarkan doh kembang selama 25 minit,kemudian tekan doh guna ramekin hingga terbentuk kawah 👇👇👇


3.Bubuh 1 sudu kecik tomato puree di atas doh tadi,kemudian susun potongan sosej.Paipkan sos cili dan taburkan oregano.(boleh juga taburkan cheddar cheese parut di atas sosej)


4.Sapukan putih telur pada bahagian tepi doh.Bakar doh dalam oven pada suhu 180°C selama lebih kurang 25 minit.

5.Setelah bun sosej masak,keluarkan dari oven.Biarkan sejuk dulu baru hidang👍

Selamat mencuba.



Terima kasih sudi singgah😊

Sabtu, 23 November 2019

SWEET POTATO BUNS

Morning😊☕
Baru sempat upload resepi Bun Keledek ni.Dibuat beberapa hari yang lalu untuk minum petang.Kali ni kita guna keledek kaler ungu tapi tak berapa nampak ungu la buns itew😁 tapi texture dan rasa memang tiptop dan pastinya akan buat lagi bun keledek guna resepi ini.


SWEET POTATO BUNS
Sumber:Kawaling Pinoy

Bahan:
2 1/4 sudu teh yis
   1/2 cawan air suam
1 sudu besar gula caster
3 sudu besar gula perang
   1/2 cawan keledek yang sudah dilecek halus
3 sudu besar mentega
2 biji telur dipukul sedikit
1 sudu teh garam
3 1/4 cawan tepung gandum

Cara membuat:
1.Satukan yist,gula caster dan air suam.Kacau sebati.Rehatkan 5 minit.

2.Masukkan gula perang,keledek,mentega,telur dan garam.Gaul guna spatula kayu.

3.Masukkan 3 cawan tepung gandum,gaul lagi hingga sebati.

4.Uli sehingga doh lembut.Taburkan 1/2 cawan tepung (secukupnya) di atas meja dan teruskan uli doh bersama tepung tersebut.Uli sehingga betul-betul lembut dan elastik.

5.Sapukan minyak pada mangkuk.Letak doh dan rehatkan sehingga naik 2x ganda.

6.Tumbuk doh untuk keluarkan angin.Bahagikan doh kepada 16-20 bahagian.Bulatkan doh kemudian susun doh tersebut di dalam loyang yang telah dilapik baking paper.Rehatkan doh 40-60 minit.

7.Bakar doh dalam oven pada suhu 175°C selama 20-25 minit.

Sedap la bun keledek ni.
Selamat mencuba

Rabu, 20 November 2019

PURI UDANG KERING

Salam ceria selalu😍Lama juga kita tidak membuat roti puri ni,yang saya ingat 8 tahun lalu saya ada pernah buat sekali ja.Heran pa macam boleh terlupa roti yang sedap ni😁

Kali ni daku guna resepi Mas Cotek pula sebab tergoda dengan penampakan roti puri udang kering dekat pintres,tapi itupun saya ganti juga bahan2nya😜ku guna apa yang ada ja di dapur.Daun supnya tu saya gantikan dengan oregano,kemudian cili keringnya pula saya gantikan dengan serbuk cili dan udang keringnya tu saya gantikan dengan udang geragau tapi tetap sedap bah.Nasib takda buat kuah kari or dalca.Rotinya saya makan begitu ja,hidang dengan kopi o.Oh ya,sukatan airnya tu lenkali kena kurangkan sebab tadi masa buat adunannya tu lembik sangat jadi saya tambah lagi tepung baru ngam di bentuk sama dicanai.

Tipsnya supaya doh gelembung pastikan canai doh rata dan jangan terlalu nipis dan jangan juga terlalu tebal.Bila digoreng tunggu roti naik terapung baru start siram2 dengan minyak supaya roti gelembung.



PURI UDANG KERING
Sumber:Mas Cotek

Bahan:
2 cawan tepung
2 sudu besar minyak masak
3/4 cawan air
1 sudu teh garam
Sedikit daun sup,hiris2
4 tangkai cili kering
Satu genggam udang kering

Caranya:

Tumbuk cili kering bersama udang kering.
Dalam bekas lain satukan tepung,minyak,garam dan daun sup.
Masukkan bahan tumbuk.Gaul rata kesemua bahan (berderai)
Masukkan air.Uli sehingga sebati.Canai kemudian tekap.Boleh bulat2kan sebesar bola pingpong dan canai rata.
Biarkan doh selama 30 minit (susun dalam bekas kedap dan tutup)
Goreng dengan minyak sederhana panas.Semasa menggoreng siram2 dengan minyak supaya atasnya gelembung.



Terima kasih sudi singgah😍

Isnin, 21 Oktober 2019

BASIC SWEET BUNS DOUGH




Salam semua😘
Semoga sentiasa sihat,ceria dan bahagia bersama orang tersayang.Kali ni daku mau sharing resepi sweet bun yang selalu ku guna bila terlebih rajin😀Saya suka guna resepi dari Puan Agnes Chang walaupun ada juga join mana2 kelas roti/bun,sebabnya resepi ni sangat simple tapi sangat puas hati dengan kejadiannya.Sedap dan lembut dia punya bun.

Resepi ni boleh kita pelbagaikan,boleh letak topping dan inti yang kita suka.Semalam saya buat bun yang kosong sahaja sebab saya suka gandingkan dengan minuman manis gitew😊


Basic Sweet Buns Dough
Resepi by : Agnes Chang

Bahan A:
400g high protein flour
100g low protein flour
1 tsp bread improver
10g milk powder
1 tsp garam
1 tbsp instant yeast
100g caster sugar
1 biji telur
220ml air

Bahan B:
75g butter/marjerin

Cara membuat:
1.Mix bahan A sehingga jadi doh lembut.

2.Tambahkan bahan B dan teruskan menguli sehingga doh kenyal.

3.Rehatkan doh sehingga kembang 2x ganda (tutup doh dengan tuala lembap)

4.Setelah itu tekan doh guna penumbuk kemudian uli lagi sebentar sehingga lembut.

5.Bahagikan doh kepada bebola kecil (40g) 

6.Bulatkan doh (rounding) kemudian susun doh di atas dulang.Biarkan doh rehat lebih kurang 30 minit.

7.Setelah doh mengembang sapu permukaan doh dengan kuning telur.

8.Bakar dalam oven pada suhu 160°C selama lebih kurang 25 minit.Setelah bun sudah masak,keluarkan dari oven kemudian sapu permukaan bun dengan butter /marjerin.

Nota:
1 adunan boleh dapat 23pcs bun jika timbang berat bun 40g

Selamat mencuba😍

Terima kasih sudi singgah selalu.


Ahad, 21 Mei 2017

Roti Jala

Hi.Bertemu lagi dalam rancangan yang tidak dirancang...hehehe.Setelah sekian lama daku tak merasa roti jala akhirnya tertunai juga hari ini.Dibuat untuk sarapan pagi.Roti jala ni memang sudah popular dari dulu kan? Sekarang ni ramai da yang jadikan roti jala sebagai sumber pendapatan.Ada juga yang buat kelas online,so jimat masa dan tenaga,tak perlu susah datang kelas.Bukan itu sahaja,malah skarang ni orang pun sudah pandai memilih roti jala.

Kalau dulu hidang roti jala ada kuah kari pun sudah cukup tapi skarang orang cari pulak roti jala yang lembut hingga ke petang.Wah...hebat betul selera orang zaman sekarang.

Bah..kalau begitu,apa kata korang cuba pulak resepi roti jala yang saya sertakan ni,dijamin memang lembut dari pagi hingga petang hingga ke malam.Resepi ni memang saya guna setiap kali buat roti jala,malas da tukar2 resepi.Harap dapat membantu korang ya.


KARI AYAM
Resepi kari dari Chef Hanieliza

Bahan A:
1 Ekor ayam,dipotong kecil dan dibersihkan
3 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk cili dibancuh dg 1/2 cawan jus asam jawa
4 biji ubi kentang dibelah 4
2 cawan santan
2 sudu makan kerisik
3 biji tomato dibelah 4
1/2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B:(Tumisan)
6 biji bawang merah,dihiris
4 ulas bawang putih,dihiris
2 inci halia
3 tangkai daun kari
2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara membuat:

1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi.

2.Masukkan serbuk kari,jintan manis dan serbuk cili yang dibancuh dg jus asam jawa.Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.

3.Masukkan ayam,kentang,santan,kerisik dan garam.Biarkan mendidih hingga ayam dan  kentang empuk ataupun lembut.

4.Perlahankan api dan masukkan tomato.Biarkan sehingga pecah minyak.

5.Hidangkan bersama nasi,roti,pulut ataupun ketupat.

Pesan:1 ekor ayam tu banyak tau kalau sudah masak kari,jadi sebaiknya buat 1/2 sahaja.



ROTI JALA

Bahan-bahan:
250g Tepung Gandum
2 biji telur
400ml air
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning

Cara membuat:

1.Ayakkan tepung gandum ke dalam mangkuk.

2.Masukkan telur,garam,pewarna,air.Kacau rata,kemudian tapis.

3.Panaskan kuali leper anti lekat.

4.Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala,pusingkan acuan yang berisi adunan di permukaan kuali untuk membentuk juraian jala.

5.Biarkan sampai masak/kelihatan beku.Angkat dan gulungkan kemas.Buat langkah seperti ini sehingga semua adunan habis diguna.

6.Hidang bersama kuah kai ayam/daging.

Pesan:Jika ramai rakyat jelata di rumah,gandakan adunan roti jala supaya anda tak nyesal.

Terima kasih sudi membaca.Selamat mencuba.

Selasa, 16 Disember 2014

Bun Coklat

Salam ceria selalu...


Terasa seronok bila sendiri dapat menyiapkan sedikit bun coklat untuk dinikmati bersama coklat yang meleleh.Kalau dulu selalu beli bun coklat yang ada inti coklat dalamnya,sedap betul,tapi tak seberapa puas sebab cepat habis,next time akan cuba pula buatkan bun coklat yang ada inti.Skarang musim meroti...di mana2 ada ja yang pos gambar roti yg comel2 dan gebu,fenomena bun sarang lebah melanda Malaysia,jadi skarang kita tukar angin pula ke bun coklat  meleleh yang semestinya membuatkan kita menjilat jari...jom lihat dan try.....



Bun Coklat
Resepi by:Agnes Chang

Bahan A:
400g tepung berprotein tinggi
3 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh garam

Bahan B:
140g gula kastor
2 sudu teh yis
1 sudu teh bread improver

Bahan C:
280ml air
80g mentega

Cara membuat:

1.Ayak bahan A ke dalam mangkuk,masukkan bahan B dan gaul rata.Perlahan-lahan tuangkan air sambil menguli doh sehingga lembut.Masukkan mentega dan teruskan menguli sehingga doh lembut dan kenyal,jika doh ditarik tidak terputus.

2.Kemudian ketepikan doh sehingga kembang dua kali ganda dari saiz asal.

3.Tekan doh,uli sebentar sehingga lembut.Timbang doh 30g dan bulatkan,susun dalam bekas foil 5 1/2 " x  6 1/2" atau loyang 6"x 6''.Biar doh kembang.

4.Bakar pada suhu 170c selama 20 minit.Setelah masak gliss dengan butter.

Jika mahu hidang bun coklat dengan coklat cair sediakan 1 cup dark coklat cincang 1 1/2 cup UHT whip cream.Panaskan whip cream sehingga naik wap.Tuangkan ke dalam serpihan coklat.Kacau hingga coklat larut. 


Selamat mencuba.

Selasa, 11 November 2014

Roti Sarang Lebah Lembut

Salam penuh ceria selalu...

Setelah sekian lama simpan resepi baru hari ni ada masa sikit untuk menyiapkan Roti Lebah yang memang lembut dan nyaman dimakan bersama sauce butterscotch.Doh roti ni sebenarnya Rahel sudah siapkan semalam,tapi kerana si kecik selalu tersedar maka Rahel pun tak sempat bakar roti,sudahnya doh Rahel simpan dalam peti sejuk sahaja.


Bila bangun pagi aja Rahel terus keluarkan doh dari peti sejuk dan biarkan pada suhu ruang sambil menunggu doh kembang semula,maklum la semalam doh memang sudah siap dibentuk n sudah naik gebu tapi ketika dimasukkan dalam peti sejuk ada kecut sikit terkena kejutan...kedinginan...hehehe...


Untuk resepi bun kali ni Rahel memilih resepi dari dapur Kak Rosmarlina yang memang pakar juga bab2 doh roti...sentiasa menjadi ja n memang puas hati dengan hasilnya...bun sangat lembut sampai macam tak mahu berhenti makan..

Oh ya,sebahagian doh tu Rahel buat Bun Serunding Ayam...perghh...memang meletop-letop dalam mulut..punya la sodap...memang berbaloi.Doh nya pula Rahel uli guna tangan sahaja sebab kebetulan memang datang rajin mahu menghabiskan lebihan2 tepung roti yg ada dalam simpanan,takut kalau dibiarkan lama2 akan ada serangga pula...kan membazir...ok la,jom kita teruskan ke resepi pula...


Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns


Bahan-bahannya:(untuk doh roti)
300gm tepung roti @ tepung high protein @ tepung superfine
200gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar madu
1 biji telur (tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
250ml susu segar
6gm yis
40gm gula
40gm marjerin
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain @natural yogurt

Sedikit maple syrup atau pun madu sebagai sos untuk dijalurkan pada bee hives buns ini
nanti.


Bahan-bahannya egg wash untuk gliss pada pada permukaan bun nanti
baki telur + 1 sudu besar susu segar atau air + beberapa titik madu
(sedikit kuaci hijau,bijan hitam dan badam hiris untuk ditopingkan pada bun nanti)

Cara-caranya:

1.Buat doh roti,kaedah 1,penggunaan bread marker (BM),masukkan semua bahan doh dan ikut arahan menguli pada BM masing2 dan tekan start,tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no.4 di bawah.


2.Kaedah 2,jika uli tangan,masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,setelah menjadi doh ambil plastik bersih dan letakkan doh di dalam plastik itu,ramas2 beberapa minit,lebih kurang 8 hingga 10 minit,keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan,anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3.Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar
   doh naik dua kali ganda.Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga 1 jam.

4.Selepas itu,tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin,bahagi doh pada beberapa bahagian kecil,lebih kurang 12 ke 16 ketul (Rahel timbang doh 25gm setiap satu),bulat2kan,susun doh di dalam acuan petak/bulat,perap dan biarkan sehingga naik dua kali ganda.Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

5.Setelah semua bun naik dua kali ganda,gliss permukaan bun dengan bancuhan telur,tabur bijan hitam,kuaci dan badam hiris,sapukan sekali lagi atasnya dengan eggwash supaya semua bahan topping melekat di atas doh,akhir sekali bakar pada suhu 170'C selama 20 minit sehingga permukaan bun perang.Setelah bun diangkat,terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin,supaya permukaan bun berkilat.

6.Sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup.Apabila ingin menikmati buns ini jalurkan    atasnya dengan maple syrup,nak makan dengan sos butterscotch pun boleh.

Sos butterscotch : butter mencair (3 sudu besar butter) + GULA PERANG (1 cawan) 5 minit kacau + whipping cream (3/4 cawan). Kacau, cukup likat, tutup api.

Kedua-duanya boleh ditingkatkan rasanya dengan tambahan vanilla, garam mengikut kesesuaian. Jadilah ia salted caramel dan salted butterscotch masing-masing.

Untuk Bun Serunding:
Jalurkan susu pekat manis dan mayonis atas bun,kemudian taburkan serunding ayam.Siap.


Selamat mencuba...