Memaparkan catatan dengan label sayur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sayur. Papar semua catatan

Khamis, 22 September 2022

Terung Masak Lemak Cili

Salam semua.Apa khabar? Awal kita upload gambar terung masak lemak kampung style.Saya kalau masak lemak sayur,suka bubuh sedikit ikan bilis dan cili supaya kuah bertambah sedap dan pekat.Dan yang paling bagus tak perlu lagi bubuh penyedap rasa sebab dah ada ikan bilis pengganti msg.



Hari ini menu memang simple sahaja,ada nasi putih,terung masak lemak pedas digandingkan dengan ikan kerisi goreng.Ingatkan mahu buat sambal belacan juga tapi memandangkan sayur sudah ada rasa pedas jadi kita skip dululah sambal belacan tu.Mungkin ada yang teringin mencuba resepi terung masak lemak ini,jadi nanti saya sertakan resepinya di bawah ya.Kalau kamu masak sayur macam ini confirm bertambah-tambah nasi,pastikan masak nasi lebih sikit ya.

 


TERUNG MASAK LEMAK CILI


Bahan-bahan:

300g terung,dipotong sesuai selera

3 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1 batang serai,diambil putihnya sahaja,hiris nipis

Satu genggam cili api

Satu genggam ikan bilis

125ml santan pekat

250ml air

Garam secukup rasa


Cara memasak:

1.Bawang merah,bawang putih,cili,serai,ikan bilis ditumbuk sehingga lumat.

2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bahan ditumbuk tadi sehingga wangi.

3.Masukkan potongan terung,gaul sebentar,masukkan air.Masak sehingga terung agak lembut.Masukkan santan.Perasakan dengan garam.Biarkan mendidih.Tutup api.



Selamat mencuba.

Khamis, 28 Oktober 2021

Serunding Pucuk Ubi Kayu

Skarang ramai yang suka masak pucuk ubikayu.Paling viral sambal pucuk ubikayu sampai ada sudah yang jual sambal pucuk ubi di shopee.Kelas kau pucuk ubikayu.Saya pun peminat pucuk ubikayu tapi selalu masak lemak ja or rebus ja dan cicah dengan sambal cili.Hari ni saya masak pucuk ubi versi selera saya gitew.Buat serunding pucuk ubikayu.Sedapnya tabur atas nasi,boleh bertambah²🤣🤣🤣


 

SERUNDING PUCUK UBI KAYU

Resepi by:Rahel Blogspot


Bahan-bahan:

1 ikat pucuk ubikayu,cuci bersih,kemudian potong halus2

300g ikan tongkol}

2 keping asam keping}

4 cawan air }

1/2 sudu teh serbuk kunyit}

1 sudu makan serbuk ketumbar

1 sudu kecil serbuk jintan 

1/2 sudu teh serbuk kunyit

150gram kelapa parut putih

3 lembar daun limau purut

1 sudu makan gula

Garam secukup rasa


Bahan dikisar:

6 tangkai cili kering,rendam dan buang bijinya

3 batang serai ambil putihnya saja,dihiris

3 biji bawang merah,dihiris

3 biji bawang putih,dihiris

2 inci lengkuas,dihiris


Cara memasak:

1.Rebus ikan,asam keping,air dan serbuk kunyit sehingga masak.Setelah itu buangkan tulang ikan dan ambil isinya sahaja.

2.Panaskan minyak secukupnya dalam kuali,tumis bahan kisar,serbuk ketumbar,serbuk jintan dan serbuk kunyit sehingga wangi.Masukkan 3 cawan air rebusan ikan tadi.Biar mendidih.

3.Masukkan daun limau purut dan isi ikan,kelapa parut,tumis sebentar kemudian masukkan pucuk ubikayu yang sudah dipotong halus.Teruskan memasak sehingga airnya surut.

4.Setelah airnya agak surut perasakan dengan gula dan garam.Teruskan masak sehingga kering.




Rabu, 14 Januari 2015

Perkedel Jagung


Salam ceria selalu ...semoga sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga tersayang.Menu kita hari ni tersangatlah simple...tutup mata pun boleh buat kan? Rasanya semua pun terer buat perkedel jagung..macam buat cekodok tepung gandum ja kan...main campak2 ja...pastu goreng dan  kemudian boleh hidang dengan sos kegemaran.Lain orang lain resepinya,jadi boleh la cuba resepi makcik yang super simple ni...jom...


Perkedel Jagung
Resepi dari Rahel

Bahan-bahan:
2 buah jagung-dihiris isinya
100g tepung gandum
2 tangkai cili merah-dicincang
1 sudu kecil lada putih~ditumbuk
5 ulas bawang putih~ditumbuk
1 ikat daun sup~dipotong2
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur A
3 sudu makan air
1sudu kecil pati ayam maggi
1 sudu kecil garam atau secukup rasa

Cara-cara:
Satukan semua bahan.Gaul hingga sebati.
Panaskan minyak secukupnya.
Guna sudu makan,sudukan adunan ke dalam minyak panas.Goreng hingga masak.
Siap untuk disajikan.


Jumaat, 16 Mac 2012

Cucur Taufu Sayuran

Selamat menjelang tengah hari,apa khabar semua? dah siap masak-masak k? apa pulak menu untuk hari ini? Kali ni Rahel nak tayang menu yang simple-simple aje..semua orang pun boleh buat,sedap dicicah dengan sos cili atau pun sambal belacan..rasailah keenakan cucur taufu sayuran...


Cucur Taufu Sayuran
Sumber:Rahel

Bahan:
150g taufu lembut
70g kobis panjang,dihiris halus & cincang
1/2 cawan tepung gandum
secubit serbuk penaik
1 tangkai cili merah,buang bijinya & cincang
3 lembar daun bawang,dipotong
3 ulas bawang putih,dicincang
4 ulas bawang merah kecil,dicincang
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1/2 sudu kecil gula

Cara:
1.Satukan bahan-bahan dalam mangkuk,gaul rata.
2.Panaskan minyak yg cukup dalam kuali,ambil adunan 1 sudu kecil dan goreng
   hingga keperangan. Buat sampai habis.
3.Hidang bersama sos cili atau sambal kegemaran masing-masing.


Selamat menikmati Cucur Taufu Sayuran.

Rabu, 15 Februari 2012

Taufu Kukus

Selamat bersiaran di awal malam,korang tengah buat ape? dah siap makan malam k? kali ni daku nak share satu resepi taufu yang terkukus pastu kasi sayur and udang sikit,barulah enak.Tapi kan..gue macam ada mengantuk sikit walaupun masih awal lagi..mungkin bab satu hari tak makan kek..hihihi..bukan main lagi korang ek..macam-macam cara korang goda Rahel..tapi takpe..gue sabar je layan taufu kukus ni..kenyang...



Korang pun nak juga k? Mari layan Taufu Kukus skejap...jeng jeng jenggg...

Taufu Kukus
Sumber:Rahel


Bahan:
1 kotak (300g) taufu lembut,dikukus selama 5 minit
1/2 inci halia,cincang halus
1 tangkai cili merah,buang biji-cincang
80g brokoli,dicelur dalam air mendidih selama 1 minit,toskan
1 pokok daun bawang,dipotong
70g isi udang segar,dipotong kecil
1 cawan air

Bahan Perasa:
1/2 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
1 sudu kecil sos soya cair
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil gula pasir
1/4 sudu kecil lada putih
secubit garam

Cara:
1.Letak taufu kukus tadi ke dalam pinggan,susun brokoli di tepinya.
2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis halia hingga wangi.
3.Tambahkan udang dan cili merah,air,biarkan mendidih selama 1 minit.
4.Masukkan pula bahan perasa dan daun bawang,kacau sebentar.Angkat &
   tuangkan ke permukaan taufu kukus dan brokoli tadi.Sajikan.



Selamat menikmati Taufu Kukus yang enak...

Khamis, 9 Februari 2012

Kacang Botol Balado


Selamat malam semua..tengah buat ape? semua dah tido k? Rahel masih lagi kat sini..lepak skejap sambil letak entry yang tertangguh..kali ni masak sayur yang simple-simple aje..tapi suka yang pedas gitu,sebab berapa hari dah melantak lauk yang berlemak-lemak je..kadang tu rasa semacam je..tak tahan..



Ok la,Rahel share resepi kacang botol balado buat kawan-kawan yang gemar makan sayur yang pedas2,memang enak kalau dimasak macam ni,berselera gue makan,pastu ada pulak letak tempe goreng & ikan bilis goreng..perghh..memang menggamit selera..ok kita tengok dulu resepinya...

Kacang Botol Balado
Sumber:Rahel

Bahan:
140g kacang botol,cuci bersih,hiris nipis
100g tempe,potong dadu-goreng
segenggam ikan bilis kering,cuci bersih-goreng
21 tangkai cili kampung*
1 tangkai cili merah,dihiris nipis
3 ulas bawang putih*
1/2 ulas bawang besar (onion)*
1/2 ulas bawang besar (onion),dihiris nipis
5 ulas bawang merah*
1 lembar daun salam
1/2 sudu makan serbuk cili
1 sudu kecil pati ayam tumix
garam secukup rasa
1 sudu kecil gula pasir

Cara:
1.Kisar bahan bertanda* dengan sedikit air sehingga hancur.

2.Panaskan sedikit minyak,masukkan bahan kisar,daun salam & serbuk cili,kacau
   sehingga pecah minyak.

3.Masukkan kacang botol,cili merah,bwg hiris,kacau sebentar,perasakan dengan
   garam,gula dan pati ayam.

4.Masukkan tempe goreng,kacau rata.Angkat dan taburkan ikan bilis goreng.




Hemm..yang kat bawah ni ''Nasi Beriani'' ..gue makan dengan kacang botol balado..memang serasi bersama dikunyah-kunyah..tapi gue tak letak resepinya bab gue masak guna rempah segera yang dalam paket tu..pastu kat paket tu ada resepi skali..so itu yang gue guna..memang sedap punya nasi beriani dan gue pilih untuk letak mix vege kat nasi beriani..emm mantap banget..



Selamat menikmati hidangan yang lazat..

Rabu, 1 Februari 2012

Terong Tumis Belacan & Ayam Goreng Serai Wangi

Salam petang semua..apa khabara? Seharian gue tak mondar-mandir dalam blog..banyak betul menu yang menggiurkan kat blog list tu..nampaknya gue kena pegi terjah satau persatu..tapi lagi baek kalau ada yang hulur kudap-kudapan untuk gue minum petang..sebelum tu kena layan dulu menu ala kampong ni...



Terong Tumis Belacan
Sumber:Rahel


Bahan:
2 buah terong saiz besar,dipotong kecil (ikut selera)
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 sudu kecil belacan*
13 tangkai cili padi*

1 biji bawang besar,dihiris
1/2 sudu makan serbuk cili
1 1/2 sudu kecil gula pasir
sedikit garam
1 sudu kecil serbuk pati ayam

Cara:
1.Goreng terong hingga perang,angkat dan toskan.
2.Kisar bahan bertanda dengan sedikit air sehingga hancur.
3.Panaskan minyak,tumis bahan kisar,serbuk cili hingga pecah minyak.
4.Tambahkan garam,pati ayam,gula dan hirisan bawang besar.Kacau sebentar
   hingga layu.
5.Masukkan pula terong goreng tadi & kaup balikkan hingga rata.Angkat & hidang.


Dah siap masak terong kan..so skarang kena siapkan lagi resepi untuk ayam goreng
serai wangi...

Ayam Goreng Serai Wangi
Sumber:Rahel


Bahan:
2 ketul paha ayam,dipotong ikut saiz kegemaran
5 batang serai,ambil putihnya,hiris halus*
1 1/2 inci halia,hiris nipis*
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit garam

Cara:
1.Tumbuk bahan bertanda hingga halus.
2.Gaulkan ayam dengan bahan-bahan yang lain hingga mesra.Perap 1 jam.
3.Goreng hingga keperangan.Angkat dan toskan.Sedia dihidang bersama terong
   tumis belacan.

Rabu, 7 Disember 2011

Begedil Sayur Campuran

Selamat tengah hari kepada semua,apa khabar hari ini? harap kawn2 semua sihat.Apa pulak hidangan untuk makan tengah hari? k ada yang masih fening2 fikirkan hidangan menarik? baek jangan bnyk fikir,jalan2lah kat dapur kwn2 mesti banyak resepi menarik yg perlu dicuba atau buat jer hidangan yg paling simple & mudah disediakan macam menu yang satu ni..hihihi..





Sebenarnya hari ni my darling tak balik umah untuk lunch sebab keluar meeting,so sendiri masak sendiri ngapla.Jika ada yang nak resepi simple ni Rahel sertakan skali kat sini ek..jom masak..

Begedil Sayur Campuran
Resepi:Rahel

Bahan:
1 1/2 cawan sayur campuran
180g kentang,buang kulit dan rebus hingga empuk,kemudian lenyek halus
1/4 cawan tepung gandum
3 ulas bawang putih,ditumbuk halus
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 biji telur,pisahkan kuning dan putihnya

Cara:
1.Satukan semua bahan kecuali putih telur.Gaul mesra.
2.Bentuk bulat-bulat (adunan ini sangat basah jadi perlahan2 bulatkan).
3.Panaskan minyak dalam kuali.Celupkan bebola ke dalam putih telur,
   kemudian goreng hingga keperangan.Angkat dan toskan.



Selamat menjamu mata..daaa..

Sabtu, 3 Disember 2011

Telur Kukus & Cendawan

Selamat petang kepada semua..apa khabar? dah siap buat kuih untuk minum petang? Petang  ni Rahel  buat kek coklat jer utk  hidangan petang,tapi tak letak dah pic & resepi kek coklat tu bab sebelumnya dah pernah share juga kat blog.Petang ni nak letak entri yang tertunda jer..faham2lah skarang ni line tenet betul2 lembap,so nak online pun malas dibuatnya.



Oklah teman-teman..ni aje resepi untuk telur kukus yang sodap ni,silahkan dilihat resepinya kat bawah tu..senang je dan mudah banget disediakan..jomm..


Telur Kukus & Cendawan
Resepi:Rahel

Bahan untuk telur kukus:
4 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil minyak bijan
150ml air

Cara:

1.Satukan semua bahan dalam mangkuk tahan panas,kacau perlahan hingga rata.

2.Kukus telur selama 8-10 minit dengan api kuat.Angkat dan ketepikan.

Bahan untuk Cendawan:
70g cendawan butang,dihiris nipis
80g carrot,dihiris nipis
3 ulas bawang putih,dicincang
1 cm halia,cincang
5 lembar daun bawang,dipotong
1 sudu kecil minyak bijan*
1 sudu makan sos tiram*
1/2 sudu makan sos soya cair*
1 sudu kecil serbuk pati ayam*
1/2 sudu makan tepung jagung bancuh dengan sedikit air
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa*

Cara:

1.Panaskan sedikit minyak,tumis bawang putih dan halia hingga layu.

2.Tuangkan air dan biarkan mendidih,kemudian masukkan carrot,cendawan.

3.Perasakan dengan bahan bertanda*,kemudian masukkan bancuhan tepung jagung.Biarkan mendidih hingga aga pekat.Masukkan daun bawang,kacau dan angkat.

4.Tuang ke dalam telur kukus tadi.Sedia dihidang.


Selamat mencuba..

Khamis, 13 Oktober 2011

Sambal Tumis Tempe

Selamat petang semua..dah siap buat kuih untuk minum petang? hehehe.Hari ni terlewat pulak masukkan laporan,sebok sikit..o ya,resepi kali ini biasa-biasa aja,masak yang senang dan ringkas je gitu,lauk tempe ja..Rahel suka makan sayur tempe ni,boleh jugak dipelbagaikan ikut kesesuaian tekak memasing,makan ngan sayur kacang  bendi rebus je,emm selera betul.



Sambal Tumis Tempe
Resepi:Rahel


Bahan:
200g tempe,potong dadu dan goreng hingga perang
7 biji bawang merah,hiris*
3 biji bawang putih,dihiris*
3 biji lada merah,buang biji*
13 biji cili padi*
1 1/2 sudu makan serbuk cili*
1 biji limau kasturi,ambil jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara:

1.Blender bahan bertanda dengan sedikit air sehingga hancur.

2.Panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan blend sehingga wangi.Masukkan jus limau,kacau sebentar,kemudian perasakan dengan garam dan gula.Masukkan tempe goreng tadi dan digaul hingga sebati dengan sambal.Siap.



Terima kasih sudi membaca.

Isnin, 27 Jun 2011

Masak Lemak Betik Muda & Tempe

Selamat tengah hari dan selamat bersiaran kembali..apa khabar korang semua? dah siap masak lauk yang sedap2?..hehehe..hari ni Rahel masak lauk ala-ala kampong je..tapi memang menggamit selera..enak banget betik muda dimasak lemak cili bersama gorengan tempe..memang serasi bersama dalam kuali..pada yang belum siap masak2 tu..bolehlah mencuba menu ni..dijamin enak..dan semestinya korang suka...jom layan dulu resepinya...scroll...




Masak Lemak Betik Muda & Tempe
Sumber:Rahel

 Bahan:
200g tempe,digoreng
200g betik muda yang sudah dipotong kecil
3 sdm ikan bilis kering*
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
5 tangkai cili padi*
1 inci halia*
2 biji buah keras*
1 batang serai,diketuk
1 sk serbuk kunyit
1 lembar daun salam
600ml santan sederhana pekat
garam secukup rasa

Cara:

1.Satukan bhn bertanda* dan blender sehingga halus.

2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis bhn blender,kunyit hingga garing.

3.Masukkan betik,serai,daun salam.Tumis hingga setengah masak.Tuangkan santan,kacau rata.Perasakan.

4.Masukkan pula tempe goreng tadi.Biarkan merenih sebentar,angkat dan hidang.



Selasa, 21 Jun 2011

Perkedel Kacang Merah

Selamat bersiaran dan salam manis kepada semua,semoga sihat dan ceria selalu.Hem..dah siap masak k? Hari ni Rahel buat hidangan yang sangat simple,sangat mudah tuk menyediakannya.Pernah tak korang buat perkedel dari kacang merah? Korang boleh bayangkan macam mana rasanya bila dicampur dengan kentang rebus yang dilecek halus..memang sangat enak..lemak dan lembut...tapi kena la buat dulu kan...



Perkedel Kacang Merah
Resepi:Rahel


Bahan:
250g kacang merah,rebus empuk dan haluskan
300g kentang,buang kulit,kukus,lecek halus
5 ulas bawang putih,tumbuk halus
1 st lada sulah
1/2 st garam
minyak untuk menggoreng

Bahan pencelup:
2 putih telur,pukul sedikit

Cara:
1.Campurkan kcg merah dan kentang.Kacau rata.
2.Tambahkan bawang putih,garam dan lada sulah.Kacau rata.
3.Ambil sedikit adunan kacang merah.Bentukkan bulat2 dan leperkan.
4.Celup ke dalam putih telur.
5.Goreng dalam minyak yg telah dipanaskan di atas api sederhana selama 1 minit.
   Angkat dan toskan.