Memaparkan catatan dengan label Pancake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pancake. Papar semua catatan

Rabu, 25 Mac 2020

APAM BALIK

Kalau diingat2 balik memang lama sudah tidak membuat apam balik or terang bulan ni,kami di Sabah panggil kuih terang bulan😊selalunya pegi luar ja membeli,sedap buat peneman kopi o di pagi hari or minum petang.

Sempena kawalan pergerakan keluar ni macam2 kuih ada dalam pikiran dan inilah masanya mengaktifkan diri di dapur,sikit2 ke dapur😁layankan jak la,janji senang hati makan.

Oh ya,saya suka resepi ni sebab apam betul2 lembut,dan tidak pecah bila dilipat.Kalau bab topping tu kita boleh pelbagaikan ikut selera kita,skarang ada macam2 benda boleh dijadikan topping.


APAM BALIK
Resepi by Irena Ho
Sumber:Nostalgic Kueh Recipes

Bahan-bahan untuk apam:
260g tepung gandum
1 tsp baking soda (me letak 1/2 tsp)
1 tsp instant yeast
5 tbsp gula
2 biji telur
230ml air

Filling:(mix)
80g kacang tanah,disangai,kisar
50g gula caster

Cara membuat apam:

1.Ayak tepung dan baking soda ke dalam basin.Tambahkan yeast,gula dan telur.Teruskan kacau hingga sebati.

2.Tutup adunan,kemudian rehatkan selama 30 minit sehingga berbuih.

3.Panaskan kuali leper atau acuan apam balik.Tuangkan adunan secukupnya.Masak dengan api kecil selama lebih kurang 5 minit (jangan lupa tutup acuan/kuali) kemudian taburkan bahan filling di atas apam,teruskan masak sebentar.Angkat dan lipat dua.Siap.

Filling boleh dipelbagaikan ikut selera.

Terima kasih sudi jengah dapur saya😍

Jumaat, 26 Julai 2019

PANCAKE KELEDEK UNGU

Salam😊
Harap semua sihat dan ceria selalu ea.Hari ni daku termasak keledek ungu untuk sarapan.Selera kampung gitew😊ada pula lebihan keledek tu jadi petang tadi kita buat la pancake untuk minum petang punya😍 ermmm gebu dan lembut texture pancake.Sedap dimakan begitu saja,tapi saya hidang dg saus coklat.Nyaman😍


PANCAKE KELEDEK UNGU
Resepi Original by Rahel Blogspot

Bahan:
200g keledek 
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum}
1 sudu teh baking powder}~~diayak
1/2 sudu teh baking soda}
4 sudu besar gula pasir
2 biji telur B
3 sudu besar minyak jagung

Caranya:

1.Keledek dikukus atau direbus hingga lembut.

2.Satukan keledek,santan dan telur.Blend hingga halus.

3.Tuang adunan keledek ke dalam mangkuk besar,masukkan gula,campuran tepung gandum,gaul rata.Akhir sekali,masukkan minyak.Digaul hingga sebati.

4.Panaskan kuali leper,tuang satu senduk adunan,bila adunan sudah berlubang2/berbuih teruskan masak sebentar,kemudian terbalikkan dan masak lagi sebentar.Angkat.


Sedap tau Pancake Keledek ni.Gebu dan lembut.Saya hidang dengan saus coklat ja.Korang cicah la dengan saus kegemaran korang.


Terima kasih sudi membaca😊




Isnin, 14 Mac 2016

Pancake Mudah dan Sedap

Salam ceria selalu..
Hari ni share resepi yang simple sumber google aje...memang sedap dan mudah banget..


Pancake


Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan fresh milk/low fat
1 biji telur
1 sk baking powder
1 1/2 sb gula
2 sb minyak/marjerin

Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan dalam mangkuk.Kacau sehingga sebati.Pastikan tiada tepung
   berketul-ketul.
2.Panaskan non-stick pan,tuangkan satu senduk bancuhan tepung tadi ke dalam kuali.
   Biarkan seketika.
3.Bila pancake t nampak berbuih sikit,terbalikkan pancake.
4.Ulang langkah 2-3 sehingga bancuhan tepung habis.Siap.
   Saya dapat 10 keping pancake mudah dan sedap.


Enjoi...

Khamis, 17 April 2014

Pancake Mudah

Salam penuh ceria...


Pancake Mudah
Sumber:Miss_ShaSha,MyR

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
1 cawan susu segar
3 sudu besar gula kastor
1 sudu besar minyak

Cara-cara:
1.Satukan tepung gandumdan baking powder.
2.Asingkan kuning dan putih telur.Pukul putih telur sehingga kembang dan putih.
   Dalam bekas lain,campur kuning telur,gula dan susu segar.Kacau sebati.
3.Masukkan minyak dan susu tadi dalam no.1.Kacau hingga sebati,kemudian masukkan
   putih telur dan kacau secara kaup balik.
4.Sedia untuk dimasak atas api sederhana.

tip:
Anda boleh menambah buah blueberry atau coklat chip dalam adunan.

atu

Selamat mencuba.

Khamis, 16 Februari 2012

Dorayaki Black Forest

Selamat bersiaran menjelang tengah hari..apa khabar korang semua? apa pulak hidangan sarapan kali ni? Pepagi lagi dah belek-belek majalah Sedap,cari resepi yang senang-senang saja..dan kali ni daku terjumpa pulak Dorayaki yang dimodernkan ke versi black forest,tapi sure..Rahel memang tak berapa tau benda ni,pernah nampak Dorayaki tapi belum pernah rasa.Time tengok gambarnya yang cantek terus tertarik lagi nak mencuba,bahan2nya pun memang simple-simple aje dan kebetulan semua bahan yang diperlukan dalam resepi tu memang ready kat dapur,jadinya Rahel cuba-cuba nasib la..


Nah..untuk yang ingin tahu macam mana rasa Dorayaki ni,memang sedap,tambahan pulak dengan adanya krim pekat manis dan parutan coklat.Time Rahel makan dorayaki ni memang dapat rasa yang dorayaki ni adalah lempeng/pancake bagi orang Melayu,so terpulanglah pada korang jika nak bagi inti atau pun makan begitu saja..tapi rasa-rasanya lebih sesuai digandingkan dengan sos coklat atau madu. 





Ok lah tu,gue kasi itu resepi Dorayaki skarang ek..boleh la korang try nanti...

Dorayaki Black Forest
Sumber:Majalah Sedap

Bahan:
2 biji telur
1 sudu makan madu
20g gula aising
1/4 sudu teh garam
100ml susu cair
135g tepung gandum
10g serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan Inti:
100g krim pekat manis,pukul sehingga kembang
100g coklat masak hitam,kikis kasar

Cara:
1.Pukul ringan telur,madu.gula aising dan garam sehingga rata.Tuangkan susu cair
   sedikit demi sedikit sambil dipukul rata.

2.Tuang ke dalam tepung gandum,serbuk koko dan serbuk penaik yg telah diayak
   dan dikacau rata.

3.Sudukan di kuali anti lekat.Biarkan sehingga kembang.Balikkan & biarkan masak.

4.Tekankan dengan krim pukul.Taburkan kikisan coklat masak hitam.Tutup dengan
   dorayaki yang lain.


Selamat menikmati Dorayaki Black Forest

Jumaat, 2 Disember 2011

Rice Pancake

Selamat pagi semua..apa khabarnya pagi ini? dah siap sarapan k belum? Kalau ada yang belum sarapan..jom join Rahel bersarapan.Menu kite pagi ni sangat simple & mudah sangat  disediakan..yang ni pun kira macam menu orang dulu-dulu..saja jer buat  pagi  ni  untuk  sarapan bab  kebetulan  ada  nasi  putih  lebihan  semalam.



Oklah kawan-kawan..ni aje resepi untuk rice pancake yang mudah disediakan,dan kali ni Rahel siapkan dengan sos gula merah..memang sedap betul,tapi klu ada yang tak suka  manis2,abaikan 5 sudu besar  gula tu sebab nanti  kita akan siram jugak  dengan sos gula merah...dan rice  pancake  ni pun sedap dihidang dengan kuah kari atau yang sewaktu dengannya.


Rice Pancake
Resepi:Rahel

Bahan:
1 1/2 cawan nasi putih
1 1/2 cawan susu cair
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 sudu besar gula pasir
2 biji telur B
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam

sedikit pewarna merah jambu & hijau

Cara:
1.Blender nasi putih bersama susu cair hingga halus.
2.Tuang ke dalam mangkuk,tambahkan soda,gula,tepung,telur dan garam.
   Gaul hingga rata.Bahagikan kepada 2 bahagian dan beri pewarna.
3.Panaskan nonstick pan,oles dengan sedikit minyak masak/marjerin.
4.Bila sudah panas,lapkan minyak tadi dengan tisu,kemudian tuangkan
   3 sudu besar adunanke dalam pan.Biarkan masak dengan api perlahan.
5.Buat langkah no.4 hingga semua adunan diguna.Hidangkan dengan sos
   gula merah atau sos kegemaran anda.

Bahan Sos Gula Merah
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula pasir
1/2 cawan air/santan cair
1 helai daun pandan,disimpul

Cara:
1.Masak semua bahan sos gula merah sehingga mendidih.
2.Tapis dan hidangkan bersama rice pancake.



Enjoiii...

Jumaat, 4 November 2011

Pankek Pisang

Selamat pagi semua,apa khabar? semoga semua sihat dan ceria selalu.Pagi ni Rahel buat sikit kudapan untuk sarapan..menunya sangat simple dan semua pun pandai buat..kebetulan masih ada stok pisang sikit dalam simpanan so hati tergerak pulak nak buat pankek pisang..memang sedap dan mudah untuk menyediakannya.


Rahel rasa la kan..kalau nak keluar kerja pagi2 pun mesti sempat nak siapkan menu yang satu ni..mana tidak..adunan dia kena kacau2 skali pas tu tuang ke dalam kuali..skejap dah masak..memang sesuai la untuk orang2 yang tak banyak masa di waktu pagi..haa menu ni memang sesuai jugak utk minum petang..sambil tengok-tengok laptop..hehehe.


Haaa...yang kat bawah ni ialah pankek pisang yang baru siap dimasak and belum disapu dengan coklat kesukaan Rahel...coklat nutella la..siapa yang tak suka ngan coklat nutella memang Rahel tak tau apa masalah dia..huhu..tapi kalau tak sapu dengan nutella pun ok jugak,boleh dimakan begitu saja.


Oklah kawan-kawan..Rahel nak teruskan dulu untuk sarapan..sedap pankek pisang ni..nyum..nyum..nyum..jomlah kita tengok apa bahan-bahan resepi ni.

Pankek Pisang
Resepi:Rahel

Bahan:
150g pisang ranum}
1/2 cawan gula pasir},lenyek bersama
1 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh esen pisang/esen vanila
2 biji telur saiz L
1 sudu besar minyak masak

Coklat Nutella

Cara:

1.Satukan tepung,serbuk penaik,soda bikarbonat & bahan yang dilenyek tadi,
   gaul rata.
2.Tambahkan esen pisang/esen vanila,minyak  masak dan gaul rata.
3.Pukul telur dengan hand whisk/garpu selama 2 minit.Kemudian masukkan
   ke dalam adunan pisang tadi.Gaul sehingga benar-benar sebati.
4.Panaskan kuali leper anti lekat dengan sedikit marjerin,bila dah panas lap
   kan marjerin tadi dengan tisu dapur.
5.Tuangkan 3 sudu besar adunan ke dalam kuali & layangkan sikit supaya rata,
   biarkan keperangan dan terbalikkan.Kalau sudah masak,angkat dan sapu dg
   nutella bahagian atasnya.
6.Susun pankek pisang yang dah diberi nutella tadi seperti dalam gambar.
   Akhir sekali,potonglah dan makan.


Selamat mencuba dan selamat menjamu mata..daaaaa..

Jumaat, 21 Oktober 2011

Kuih Lipat Pandan

Selamat malam semua..tengah buat apa tu?? belum tidur lagi k? jom temankan Rahel lepak kat dapur..hehehe..ni ada sikit kuih lipat pandan..sedap sangat,pertama kali buat terus suka banget,kuih lipat ni dah dekat2 ngan apam balik,tapi yang ni lagi sedap,lembut jew..lagi2 sapu dg jem strawberry,dalam resepi suruh bubuh seri kaya..tapi Rahel suka bubuh jem,sedap.
Oh ya,kuih lipat ni Rahel buat tadi petang untuk minum petang punya,so tak perlulah nak mintak lagi ye..dah habis pun..laju je makan...oklah..nak rehat dulu,jika berkenan..tengok2lah resepinya kat bawa tu..

Kuih Lipat Pandan
Resepi:Buku Resepi Sentuhan Selera Metropolitan

Bahan:
125g tepung gandum,ayak
200ml susu cair (Rahel guna susu rendah lemak)
1 sudu teh serbuk yis
25g gula pasir
1 biji telur (Rahel guna telur saiz B)
1/2 st garam (Rahel tak letak)
1 sudu besar mentega cair
perisa pandan (Rahel guna 1/2 st esen vanila)

Inti:
Seri kaya secukupnya (Rahel guna jem strawberry)

Cara:
1.Campurkan tepung gandum dengan susu cair,serbuk yis dan gula pasir
    lalu diadunkan semuanya.Tambahkan perisa pandan.Masukkan telur,
    garam dan mentega yg dicairkan,kemudian gaulkan.Biarkannya selama
    30 minit.
2.Sediakan acuan/kuali leper yg telah disapukan dengan sedikit mentega.
   Tuangkan 1 senduk adunan (Rahel guna senduk sup yg sederhana besar)
   & masak sehingga ia benar-benar masak lalu angkat.
3.Semasa ia masih panas,isikan/sapukan setiap satu dengan seri kaya,lipat
   menjadi dua.Sajikan.
Enjoiii...

Sabtu, 1 Oktober 2011

Pankek Kelapa

Selamat malam semua...dah tidur k? Malam ni Rahel mo share lg satu resepi pankek orang dari kampung,sesiapa pun mesti sudah tau buat,tp nda' apalah,letak jak di sini..sebab saya mau tengok dan tengok lagi nanti...okla Rahel truskan dulu ya...



Pankek Kelapa
Resepi:Rahel

Bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 cawan kelapa parut putih
1 1/4 cawan santan sederhana pekat
3/4 sudu teh garam
2 biji telur M,dipukul selama 1 minit dengan garpu
2 sudu besar minyak masak


Cara:
1.Gaul rata semua bahan hingga sebati.
2.Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak.
3.Letakkan 4 sdm adunan dan tutup kuali.
4.Masak guna api kecil hingga agak kering.Kemudian terbalikkan
   dan apabila kuning keemasan bolehlah diangkat.
5.Hidangkan bersama madu atau lauk kegemaran anda.



Selamat mencuba..

Khamis, 29 September 2011

Pancake Coklat

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.Pagi-pagi lagi udah bangun siapkan sarapan...kek yang simpel tp sesuai sangat dengan tekak saya ni...cicah ngan ganache jak...emm.


Oh ya,resepinya Rahel buat sesuai dengan yang emak ajarkan waktu masih kecik2 dulu..kata emak anak perempuan mesti belajar masak..tak boleh kata tidak..dan kalau udah besar nanti kena gantikan emak kat dapur pulak..dan inilah hasilnya kerna dengar cakap emak..dah pandai buat pancake sendiri tapi org tua2 taklah panggil pancake..panggil lempeng..hehehe...dan kena cicah dengan susu pekat manis je time tu,tapi kali ni kena cicah ngan madu pulak...memang bestlah...terima kasih Mak..Jomlah layan dulu pancake coklat sodap...


Pancake Coklat

Bahan:
200g tepung kek,guna tpg gandum pun boleh}
10g serbuk koko}
1/2 sdb serbuk penaik},ayakkan
30g gula kastor
210ml susu cair/air
30g marjerin,dicairkan
100g putih telur (4 biji putih telur B)
1/2 st garam

Cara:
1.Masukkan susu cair dan marjerin cair ke dalam bahan yang di
   ayak tadi sedikit2 sambil digaul rata.Ketepikan.
2.Pukul putih telur & garam selama 1 minit,tambahkan gula sedikit
   demi sedikit sambil dipukul lagi selama 4 minit.
3.Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan tepung tadi.Gaul
   rata.
4.Panaskan kuali leper anti lekat.Tuangkan 4 sdb adunan ke dlm
   kuali.Biarkan hingga masak kemudian terbalikkan utk masak
   bahagian sebelah lg.Biar sekejap hingga masak.Angkat.
5.Buat seperti ini sehingga semua adunan habis di pakai.
6.Hidang bersama ganache @ madu atau sos pilihan memasing.

*Kuali tak perlu disapu minyak/marjerin,ketika hendak memasak
  pancake.

Ganache
1 cawan dark coklat cincang
1 1/2 cawan UHTwhipping cream

Panaskan UHT whipping cream sehingga naik wap.
Tuang ke dalam serpihan coklat.Kacau hingga coklat larut.
Tuang atas pancake coklat.

Enjoi.

Rabu, 1 Jun 2011

Pancake Banana & Coklat

Selamat tengah hari semua,apa khabarnya hari ini? sudah siap sarapan ke
belum? Dah nak dekat tengah hari baru nak lepak kat sini pulak..tadi se-
bok intai2 dapur kawan masak2..banyak menu sarapan yang sedap-sedap
nampaknya..menggoda betul,tapi pagi ni kan saya buat pancake banana
n coklat je tuk sarapan punya..ringkas and simple je resepinya..mudah di
sediakan..



K la kawan-kawan..macam biasa la kan..sebelum tuan punya dapur pegi
jalan-jalan..resepinya diletak di sini je ek..boleh kawan-kawan mencuba
nya..jomm..

Pancake Banana & Coklat
Resepi:Rahel


Bahan:
4 buah pisang berangan
1 cawan tepung gandum}
1/2 sudu teh serbuk penaik}
1/4 sudu teh soda bikarbonat}
1/5 cawan serbuk coklat},ayak bersama
3/4 cawan susu segar
3/4 cawan gulapasir,boleh tambah jika suka manis
2 biji telur B,dipukul selama 1 minit
1 st serbuk vanila

rice coklat/coklat cip secukupnya untuk topping,jika suka

Cara:
1.Satukan semua bahan kecuali rice coklat/coklat cip.Kisar halus.
2.Panaskan nonstick pan dan oles dg marjerin/mentega.
3.Tuangkan 1/4 cawan adunan.Tutup pan.Bila pan cake dah nak
   masak taburi dg rice coklat/coklat cip di atasnya.Tutup lagi pan
   hingga adunan masak.



Selasa, 31 Mei 2011

Lempeng Pisang

Selamat pagi semua....apa khabarnya pagi ini? harap sihat semua ek..
Tiap pagi mesti kena sarapan juga barulah rasa ok kan...dan pagi ni
Rahel buat lempeng pisang sahaja,sedap gak cicah ngan sos blueberry.




Oklah kawan-kawan..pada yang belum sarapan tu,mgkn boleh cuba
lempeng pisang ni..ianya sedap tau..oh ya..sebelum Rahel teruskan
bersarapan..baiknya Rahel letak dulu resepi lempeng pisang yang sa-
ngat mudah disediakan ni...

Lempeng Pisang
Resepi:Rahel

Bahan:
2 buah pisang berangan yg sudah masak,dilenyek halus
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur B,pukul dengan garpu selama 1 minit
secubit garam
1 st esen pisang

Bahan sos blueberry:
2 sudu besar jem blueberry
150ml susu segar
2 1/2 st tepung jagung

Cara:
1.Ayak tepung,bkg powder,soda ke dalam mangkuk.Masukkan pisang
   yang sudah dilenyek,gaul rata.
2.Tambahkan,esen pisang,garam,minyak masak,gula dan telur.Gaul sebati.
2.Panaskan nonstik pan kecil,oles dg sedikit marjerin.Tuangkan 3 sudu besar
   adunan,biarkan hingga masak.Buat seperti ini hingga habis.
3.Untuk sos strawberi:kisar jem blueberry bersama susu segar.Masukkan
   tepug jagung,kacau rata.Masak dengan api perlahan hingga menjadi sos.
4.Hidang lempeng pisang bersama sos blueberry.


Selamat mencuba...