Rabu, 25 Julai 2012

Biskut Jejari Oat

Salam semua.Semoga ceria selalu.Ini percubaan pertama untuk buat biskut jejari oat.Rasa memang sedap.Sesiapa yang tengah mencari resepi biskut yang sedap bolehlah mencuba resepi yang satu ini.




Biskut Jejari Oat
Sumber:Mastura Zaida

Bahan:
250g mentega
4 0z gula kaster
2 cawan oats-dikisar
2 sudu besar serbuk koko
2 cawan tepung gandum

Hiasan:(disatukan)
gula aising
tepung susu

Cara:
1.Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
2.Masukkan serbuk koko dan gaul sebati.Masukkan oats.Gaul lagi dan akhir sekali
   masukkan tepung dan gaul sehingga menjadi doh.
3.Bentukkan seperti jejari atau ikut suka.Bakar pada suhu 170'C selama 10-15 minit.
4.Selepas ia sejuk golekkan biskut dengan gula aising dan tepung susu.

Selamat mencuba...

16 ulasan:

ijayuji berkata...

Salam kakak rahel!!! meriahnya masuk sini dah terasa nak beraya pulak, kita pun tgh raya pulaknya skrg ni hihihi... tak sabo kita nak balik beraya kat mesia besstttnyerrr!!! Salam ramadhan buat akak sekeluarga, rindu kat kita tak kak? ehehehe....

rahel berkata...

wsalam ijayuji...
cepat2 la balik m'sia...kita semua rindukan awak..hehe..selamat berpuasa buat ijayuji..

Unknown berkata...

salam Rahel..
dah terasa nak beraya lah pulak ni sbb nengokkan biskut Rahel ni mesti sedap kan,cute mute putih bersih pokoknya terbaiklah Rahel punya ni mesti try jugak ni utk raya nnti izinkan akak copy resepinya ya hehe

zila norazila berkata...

hari2 makin best tgk rahel wt biskut..smoga bertambah2 rezeki dibulan yg mulia nie rahel..kemas jew rahel wt tue:)

Nuwairani berkata...

rasa macam lagi 2-3 hari mo raya...bestnya! kalau bakar kuih raya, mcm nampak2 suda suasana raya.

♥MAMASYAZA♥ berkata...

wow dah start buat biskut, mesti sedappp ni

Mas berkata...

wahhhh...makin banyak ngulis ni rahel...
sedapnya tengokkk...

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

raya ni nak dtg rumah rahel lah! hehe... dah byk kuih raya yg dah disiapkan tu.... sedap2 semua...

nOOrsha berkata...

nyumnyumnyum.. sedapnye..sakan dah rahel wat kukis raya,.... terliur ni
:)

fazian.batrisyia berkata...

Mesti sedap biskut salut susu cam tu...sy suka..

faa.rosli berkata...

kalo oats digantikn ngan nestum oke x?mcm sedap je..hehehe

EmbunRosaliza berkata...

rajennya rahel, akk satu pun belum buat lg

Unknown berkata...

bestnyer rahel....terasa meriah dah nak beraya ni)

kakbesah berkata...

ha...yg ni sesuai sgt ngn akk, mnambahkn lg pnambilan oat, cam dh terasa2 kt mulut je beskot ni...hee..

Wattie berkata...

Salam Rahel,
Banyaknya biskut raya, menarik pulak tu....Salam ramadhan dan selamat berpuasa buat Rahel sekeluarga

Sima berkata...

ooooo... ini biskut kesukaan ni. tau mcm ni awal2 tak yah p beli. huhu... lenkali nak cuba. sedapnyaaaaa nampak. meriah dgn biskut skrg :)