Memaparkan catatan dengan label nasi pulut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasi pulut. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Ogos 2022

Resepi Pulut Kuning Paling Mudah

Ada kawan minta saya share resepi pulut kuning sebab dia kata tak berapa pandai ejas sukatan santan,kadang keras kadang terlembik nasi pulut yang dia masak tu.Jadinya saya share resepi cara saya ja.Setiap orang ada resepi dan cara tersendiri.

Kalau mau senang korang follow ja resepi yang saya bagi ni,confirm jadi punya.Boleh buat jualan lagi.Resepi ini boleh diolah jadi pulut inti,pulut panggang,pulut tekan dan macam2 lagi la.Kalau korang jenis suka makan nasi pulut biasa korang abaikan ja serbuk kunyit tu.Senang kan? Oh ya,santan untuk jirus nasi pulut tu korang boleh ja guna santan kotak tapi campur dengan air supaya tidak terlampau pekat.Time korang masak santan tu jaga jangan sampai pecah santan jadi pastikan kacau2 sampai mendidih dan terus tutup api.


RESEPI PULUT KUNING

By:Rahel Blogspot


Bahan-bahan:

1kg Beras Pulut

20gram serbuk kunyit adabi

2 keping asam gelugur

10gram garam halus}

5gram gula pasir}~~masak hingga mendidih

500ml santan}

3 lembar daun pandan,disimpul


Cara memasak nasi pulut kuning:


1.Cuci bersih beras pulut kemudian rendam dengan serbuk kunyit,asam gelugur dan air secukupnya selama 1 jam.Setelah 1 jam direndam,toskan air kemudian letak beras dalam penapis dan cuci beras untuk buang segala lebihan serbuk kunyit yang kasar.


2.Masukkan air dalam pengukus,masak sehingga air mendidih.Masukkan beras pulut,buat lubang di tengah.Kukus Pulut selama 20 minit,kacau sekali skala agar masak sekata.


3.Keluarkan nasi pulut dari pengukus dan letak dalam basin.Jirus dengan santan panas.Kacau sehingga pulut menyerap semua santan.


4.Masukkan kembali nasi pulut dan daun pandan ke dalam pengukus.Buat lubang di tengah.Kukus lagi selama 20 minit.Jangan lupa kacau skali skala agar masak sekata.Nasi Pulut sedap dihidang bersama rendang daging/ayam,sambal ikan,sambal bilis.


Selamat mencuba dan semoga ceria selalu.

Rabu, 23 Januari 2013

Pulut Panggang

Salam ceria selalu.Hari ni saya teringin makan pulut panggang dan kebetulan bahan-bahan semua da ada so kita marathon la di dapur.Selalunya orang suka bubuh inti serunding ikan or sambal udang tapi ini kali saya buat sambal kelapa sahaja sebagai inti pulut panggang.Sedap dan semerbak ja pulut panggang ni time kita panggang tadi.So sesiapa yang teringin bolehlah mencuba resepi yang simple ini.


Pulut Panggang

Pulut Panggang
Sumber Resepi:Rahel
 
 
Bahan-bahan:
1 kg beras pulut-dicuci bersih kemudian rendam selama 2 jam,kemudian toskan
350ml santan pekat}
1 1/2 sudu kecil garam}-satukan
3 helai daun pandan-disimpul
 
Daun pisang secukupnya untuk membungkus pulut
Lidi secukupnya untuk sematkan daun
 
Cara membuat:

1.Panaskan air dalam periuk pengukus.Setelah mendidih,kukus beras pulut,daun pandan selama 15-20 minit.Setelah itu keluarkan nasi pulut dari periuk,letak di dalam basen.Tuangkan santan,gaul rata.Kukus semula nasi pulut selama 15-20 minit.

2.Ambil satu lembar daun pisang,letak 1 1/2 sudu makan nasi pulut,tekan2 bagi rata.Kemudian letak satu sudu makan sambal kelapa di atasnya.Letak lagi satu sudu makan nasi pulut di atasnya.Ratakan.Gulung sambil dipadatkan.Sematkan hujung daun dengan lidi.Buat sampai habis.

3.Panaskan kuali leper,susun pulut yg sudah dibungkus tadi di dalam kuali.Masak sambil dibalikkan hingga daun seperti pada gambar pulut panggang.Sedia dinikmati bersama secangkir teh "0" panas.


Sambal kelapa

Sambal Kelapa
Sumber Resepi:Rahel
 
Bahan-bahan:
200g kelapa parut yang putih
1 1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan udang kering-direndam dg air panas,toskan,kemudian tumbuk hingga halus
sedikit cili padi -ditumbuk hingga lumat
1 lembar daun salam
1 sudu makan gula pasir
3 sudu makan minyak masak
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk cili
 
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan.Gaul sebati.
2.Panaskan kuali.Masak sambal kelapa dengan api perlahan selama 10 minit.
3.Sedia untuk diguna.



Selamat menjamu selera.


Isnin, 5 Disember 2011

Pulut Inti

Selamat  malam semua...dah siap makan malam? k ada yang masih  sebok-sebok kat dapur? Oklah,saja nak  menyapa  korang awal  malam sebab  skarang tengah lepak kat blog ni..nak letak entri tertunda lagi dan yang ni pun saja jer tayang kat sini untuk cuci mata bab satu  hari tak  nengok blog....rindu jugak nak  jalan-jalan kat blog kawan2 semua,tapi kadang timbul rasa malas bila line tenet tak menentu.




Ohya,resepi kita kali ni memang sangat2 simple jer..orang yang baru belajar masak pun tau nak buat kan,hehehe...tp takpelah,nak share sikit gak hasil air tangan sendiri,bila jalan2 dalam blog ada jugak yang ditengok-tengok kan..jomlah ni jer resepi untuk nasi pulutnya..

Nasi Pulut
Resepi:Rahel

Bahan:
500gram beras pulut-direndam 1 jam-kemudian toskan
150ml cawan santan  pekat
1/2 sudu kecil garam 
2gram bunga telang direndam bersama 100ml air

Cara:

1.Kukus beras pulut selama 15 minit.Kemudian satukan dengan santan yang telah dipanaskan tadi.Gaul rata.

2.Kukus kembali nasi pulut sehingga masak.Angkat dan hidang bersama inti kelapa gula merah.

Nota:
Santan,air bunga telang dan garam dipanaskan terlebih dahulu sebelum dicampur dengan pulut.

  


Ha,dah buat nasi pulut kan..so skarang kita tengok pulak bahan-bahan untuk membuat inti kelapa dan gula merah kat bawah ni..

Inti Kelapa Gula Merah
Resepi:Rahel

Bahan:
100g gula merah
180g kelapa parut putih
100ml air


Cara:

1.Masak gula merah bersama air sehingga larut,kemudian tapiskan.

2.Masak semula air gula merah bersama kelapa parut sehingga agak kering.

3.Siap dihidang bersama nasi pulut.



 

Selamat mencuba.

Khamis, 8 September 2011

Kelupis

Sudah berapa hari berlalu disiapkan and makan kuih kelupis ni tapi baru hari ni ada masa mo letak resepinya.Kuih kelupis ni memang hidangan wajip orang Sabah di hari raya..boleh dihidang bersama kari ayam/daging,rendang,sambal dan banyak lagi la lauk yang sesuai dengannya..tapi ada satu yang mungkin susah didapati di lain2 negeri yaitu daun "nyirik" untuk bungkus nasi pulut,klu di Sabah memang banyak daun "nyirik" dijual dipasar..tapi agaknya boleh la di gantikan dengan daun pisang tapi lebih elok guna daun nyirik jak..dan untuk kali ini Rahel hidang kelupis dengan kari Ayam Masak Cili.. jemput la makan kelupis..layannnn..
Kelupis
Sumber:Rahel

Bahan:
1 kg beras pulut,dicuci n rendam selama 3-4  jam kemudian toskan
550ml santan pekat
5 helai daun pandan,simpul
1 sdm garam,boleh ditambah atau secukup rasa
daun ngirik secukupnya untuk membungkus,dibilas bersih,kemudian kering
kan dengan tuala.

Cara:
1.Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.

2.Kukus beras pulut bersama daun pandan hingga 1/2 masak.Angkat dan gaul dengan santan,garam.

3.Kukus kembali sehingga masak sepenuhnya.Angkat dan biarkan suam baru
bungkus dengan daun nyirik.

4.Kukus kembali kelupis selama 1 1/2 jam-2 jam.Siap.

pesan:
sebaiknya gunakan santan segar untuk nasi pulut.
maaflah kerana Rahel nda' siapkan cara2 untuk membungkus nasi pulut tu kerana mo cepat2.

Ayam Masak Cili
Resepi:Rahel

Bahan:
500g ayam,dipotong kecil
10 biji bawang merah*
1/4 bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 inci lengkuas*
3 biji buah keras*
1 helai daun bay/daun salam
1 genggam cili api*
7 tangkai cili kering,direndam dan buangkan biji*
1 keping asam keping
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji puah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 sudu kecil lada hitam serbuk
2 sudu makan kicap ABC
1 sudu kecil pati ayam serbuk
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
700ml air

Cara:
1.Kisar bahan bertanda hingga benar-benar hancur.
2.Panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan kisar dan bahan yang lain kecuali ayam hingga
   pecah minyak.
3.Masukkan air,biarkan mendidih.Kemudian masukkan potongan ayam.
4.Kacau perlahan hingga kuah pekat.Angkat dan sedia dihidang bersama Kelupis.


Selamat menikmati Kelupis dan Ayam masak cili.

Sabtu, 18 Jun 2011

Pulut Kuning Inti

Selamat pagi kepada sahabat semua..apa khabarnya hari ini? semoga sentiasa sihat dan ceria selalu.Pagi ni Rahel dapat siapkan satu hidangan untuk sarapan pagi,tapi menunya sangat ringkas dan mudah disediakan "pulut kuning inti" la jawabnya..hehe..oklah kita teruskan dulu scroll ke bawah untuk tengok2 picture and resepinya..dan mesti andan suka banget..jomm..



Sebelum kita masak nasi pulut kuning,kita masak pulak dulu inti kelapa gula merah..jadi senang nanti terus hidang kalau nasi udah dimasak..jom layan dulu.

Inti Kelapa & Gula Merah
Resepi:Rahel

Bahan:
250g gula merah
200g kelapa parut putih
50ml air

Cara:
1.Masak gula merah bersama air hingga larut.Angkat dan tapiskan.
2.Masak kembali air gula merah bersama kelapa parut hingga agak kering.
3.Sedia dihidang bersama nasi pulut kuning.

Pulut Kuning

Bahan:
1 1/2 cawan beras pulut-direndam 1 jam-toskan
3/4 cawan santan sederhana pekat
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 helai daun pandan,disimpul

Cara:
1.Kukus beras pulut bersama daun pandan hingga setengah masak selama
   15 minit.
2.Satukan santan,garam,serbuk kunyit.Tuang ke dalam pulut kukus tadi,gaul
   rata.Kemudian kukus kembali nasi pulut hingga masak sepenuhnya.
3.Hidang bersama kelapa gula merah.


Enjoiii....


Isnin, 11 April 2011

Pulut Panggang

Salam sejahtera kepada semua..semoga sentiasa sihat dan ceria selalu..Rahel suka sangat makan pulut  panggang tapi nda' pernah  buat sendiri di rumah.biasanya tengok  kawan-kawan jak buat so  daripada situ la Rahel perhati bahwa buat pulut panggang taklah susah sangat.Kekadang tu teringin sangat makan pulut panggang jugak dan mau tak mau kenalah beli di luar jak..segera la gitu..hehehe.




Untuk pertama kalinya  dalam seumur hidup belajar  sendiri di rumah buat pulut panggang dan hasilnya ni lah,dalam gambar tu memang nampak kemas jugak kan? Iyalah..kalau tidak belajar sekarang..bila lagi dapat merasa pulut panggang dari air tangan sendiri..bah...oklah kwn2 jika ada yang berminat dengan resepi pulut panggang ni..Rahel sertakan resepinya la skali ye...jom layann..

Pulut Panggang
Resepi:Rahel

Bahan Utk Nasi Pulut:
1 kg beras pulut-rendam 1 jam-toskan
350ml santan pekat
1/2 st garam

Bahan untuk inti:
200g kelapa parut putih
50g udang kering-rendam-toskan-kisar halus
10 cili padi-tumbuk halus
1 st serbuk kunyit
1 sdm serbuk cili
2 helai daun salam
3 buah keras-tumbuk halus
3 ulas bwg merah-kisar halus
3 ulas bwg putih-kisar halus
1 st serbuk pati ayam
garam secukup rasa

Cara utk masak nasi pulut:

1.kukus pulut hingga setengah masak,angkat & gaul dengan santan pekat yg diberi sedikit garam,kukus kembali pulut hingga masak,angkat,biarkan sejuk.

Cara utk memasak inti:

1.panaskan sedikit minyak dlm kuali,tumis bhn kisar & bhn tumbuk hingga wangi,tambahkan kelapa parut,serbuk cili,serbuk kunyit,daun salam,serbuk pati ayam,garam.

2.teruskan masak,kacau terus hingga agak kering selama 25 minit.

Cara utk buat pulut panggang:

1.potong daun pisang ikut saiz yg selalu diguna utk
   buat pulut panggang.

2.ambil 1 helai daun pisang yg telah di potong tadi,letak 4 sdm pulut,ratakan & beri 3 sk sambal udang kering,gulung kemas2 hingga padat & sematkan ujungnya dengan lidi.
  
3.panggang pulut di atas dapur gas sehingga masak selama lebih kurang 10 minit.


Selamat mencuba..