Salam penuh ceria selalu...
Petang ni saya menyempatkan diri buat sedikit Pau untuk peneman Nescafee O.Semalam sebok mencari resepi pau yang simple dan yg pastinya haruslah mengguna tepung gandum sahaja...malas pi cari tepung pau...lebih2 lagi cuaca sekarang yg sangat panas...skejap datang hujan skejap panas terik.Maka terjumpa la resepi Pau Gebu & Lembut di dapur Noreen.Tengok bahan2nya memang simple,jadi kita pun ambik la resepinya.
Ermmm...hasilnya memang gebu & lembut.Suka sangat dan puas hati.Inti kita kasi peanut n kacang hitam aja.So terpulang pada selera memasing la ya...jika mahu inti yg sedap..rajin2 la skodeng di google...pastinya banyak resepi inti pau yang menarik.
Saya banyak buat kesilapan time buat Pau ni...hihihi.Pau tak berapa mulus sebab tak balut tudung periuk dg kain..pastu bila pau dah masak...saya biarkan dalam pengukus...maka merajuk la ia dan terjadilah bekas2 jerawat.Oh ya,untuk doh Pau pula saya letak 1 tsp pandan paste sebab doh mengguna tepung gandum dan saya tak mau pau yg kelihatan kuning.Jom kita lihat resepinya....
PAU GEBU DAN LEMBUT
Sumber:Noreen
Bahan-bahan (10 biji)
250gm tepung pau atau tepung gandum (saya guna tepung gandum)
3gm (1 tsp) yis
2gm (1/2 tsp) baking powder (saya guna D A baking powder)
50gm (4 tbsp) gula castor
20gm (1 tbsp) lemak sayuran
2gm (1 tsp) bread softener-optional klu tiada pun pau masih lg gebu & lembut
1/2 cawan air suam (yg ni sy tambah lg air sampai doh elok diuli)
Inti secukupnya (sesuai selera)
Cara-cara:
1.Satukan tepung,yis,baking powder,gula dan bread softener ke dalam mangkuk adunan
2.Ulikan sebati dengan memasukkan air sedikit demi sedikit
3.Masukkan lemak sayuran dan ulikan lagi sehingga doh menjadi kental dan tidak melekat di tangan.
4.Jika menggunakan breadmaker masukkan semua bahan mengikut turutan air suam-yis-tepung baking powder-gula-bread softener-lemak sayuran
5.Kemudian pilih menu doh (tidak perlu menunggu sehingga doh siap selama 1 1/2 jam cukup sekadar 10 minit atau sehingga doh sebati dan bolehlah dikeluarkan dari BM)
6.Setelah itu bahagikan doh kepada 10 bahagian dengan setiap satu seberat 45gm dan bentukkanmenjadi bulat.
7.Ambil satu doh kecil tadi dan leperkan di tapak tangan dan letakkan satu sudu kecil inti yang disukai dan tutupkan semula menjadi bentuk bulat.Lakukan sehingga habis.
8.Kemudian biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 minit atau 1 jam.
9.Sementara itu panaskan kukusan dan pastikan setelah air mendidih barulah dimasukkan doh2 tadi dan kukuskanlah selama 10 minit.
Note:Air kukusan perlulah betul-betul panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yang gebu dan lembut.
Jemput mencuba ya.
10 ulasan:
wah ada pau lah hijau lagi warna fav ni, kalau inti kacang lagi sedap ni i likeee
wow, rahel muncul dengan pau..sedap2..lama x makan pau ni rahel..
Memang cukup gebussss! ngam bah itu sama kopinya.... nyum nyummmm.
Cantik aja rahel paunya...gebu mumbung...
Assalam rahel
Cantik pau rahel ni
Sedap pasti nya . Akak Suka pau inyi kelapa
aauuuu...mengancamnya pau Rahel...cantik, menarik tertarik saya dibuatnya..
aauuuu...mengancamnya pau Rahel...cantik, menarik tertarik saya dibuatnya..
wow..nampak sedap la.nak tnya...gmbr kt blog rahel smua nya cantik2 pakai kamera apa ambk gambar?
http://comfortandblissfullife.wordpress.com/
Wah...sedap nih.....mmg nak buat pau frozen....tq share resepi
By the way...ade masa free...ble lawa blog
saya...
www.sihatnatural.blogspot.com
Dah try. Takpayah guna bread softener dah cukup gebu gabas. Memang thorbaikkk 👍
Catat Ulasan