Memaparkan catatan dengan label Kenangan Terindah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenangan Terindah. Papar semua catatan

Rabu, 6 Mac 2019

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Salam ceria selalu😍 Sempena birthday sendiri saya buat kek cheese cappuccino sahaja untuk sendiri makan².Sedap juga kek ni.Doakan semoga saya sentiasa diberi kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki serta umur yang panjang.Aamiin.





CAPPUCCINO CHEESE CAKE
Sumber : Selera Metropolitan

Bahan Base:
150g Biskut Coklat,dihaluskan
80gram mentega,dicairkan

Caranya:

Satukan biskut coklat yang telah dihaluskan bersama mentega cair.Gaul rata kemudian tuang ke dalam loose tin 8 inch,ratakan dan tekan² sikit.Ketepikan atau simpan dalam peti sejuk sebentar.

Bahan Cheese:
250gram cream cheese
100g gula halus
240gram whipping cream,diputar hingga pekat
3 biji telur,dipisagkan kuning dan putih
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar serbuk komo

1 sudu teh nescafee}
5 sudu besar air panas}~~mix

Cara membuat:

1.Putar cream cheese dengan gula halus sehingga sebati.Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul rata.
2.Masukkan tepung dan serbuk koko,putar sebati.Tambahkan bancuhan nescafee,gaul rata.
3.Masukkan whipping cream,kaup balik hingga tercampur.
4.Masukkan putih telur,kaup balik hingga rata.Tuang adunan ke dalam biskut base tadi.
5.Bakar dalam oven dengan kaedah steam bake selama 60-80 minit.
6.Setelah kek masak,biarkan dalam oven selama lebih kurang 30 minit.Kemudian keluarkan kek dari oven,biarkan kek dingin barulah disimpan dalam peti sejuk selama 4-5 jam.

Nota:Putih telur wajib kena pukul hingga kembang dan gebu sebelum masukkan ke dalam adunan cheese.




Selamat mencuba.

Khamis, 8 November 2018

Happy Anniversary

Salam ceria selalu.
Lama tidak jengah blog kesayangan ni.Hari ni muncul pulak dengan ucapan Happy Anniversary untuk saya dan abang tersayang.Doakan kami sentiasa diberi kesihatan dan sentiasa dalam lindunganNya.Aamiin.

Sebenarnya Anniversary kami jatuh pada 05 November dan kek pun habis sudah dimakan..hehehe.Saya buat Cizkut saja untuk kami potong pada tarikh tersebut.Lepas upload gambar Cizkut di facebook,ada pula yang mesej suruh buat pjj@program jarak jauh atau paling senang orang skarang cakap Belajar Secara Online melalui pjj.


Terima kasih sudi melawat blog saya.

Khamis, 13 Oktober 2016

Selamat Hari Jadi Rizqie Alfian

Salam sayang.Sempena Hari Jadi anak kesayangan kami hari ni maka Mami buatkanlah sebiji kek snow cheese.Buat yang simple sahaja tapi sedap dimakan.













Jumaat, 1 Januari 2016

Selamat tinggal tahun 2015 selamat melangkah ke tahun 2016

Resepi pembuka tirai 2016 Durian Slice Cake.Simple tapi saya suka sebab tidak cerewet cara penyediaannya.Pada yang baru berjinak2 buat kek home made,memang pilihan yang sesuai.Sakarang ni pun kalau mahu pergi ke kelas membuat kek bayarannya memang boleh tahan jugak..dan ada juga yg caj murah2...harga kasih sayang..hehehe.Ok la tu...janji timba ilmu kan.. 


Nah resepi Durian Slice kali ni saya guna kek span vanila sahaja,dan untuk lebih memudahkan kerja & jimat masa,saya guna premix @ sponge mix.Boleh tambah perisa dan pewarna ikut selera anda.So kita mulakan dengan resepi kek span vanila dulu ya....

KEK SPAN VANILA
Resepi:Kredit To Suhairi

Bahan-bahan:(loyang 8")
250gm tepung optima @ sponge mix
4 biji telur gred A
50gm susu segar
80gm butter~cairkan

Cara membuat:
1.Menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi.Pukul telur,tepung dan susu segar selama 10 minit
   atau sehinggan kembang dan pekat.
2.Tambahkan butter cair.pukul dengan kelajuan perlahan,cukup sehingga sebati dan rata sahaja
  (jika guna hand mixer sebaiknya masa tuang minyak cukup guna spatula sahaja dan kaup balik
  hingga sebati)
3.Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris dan dilapik dengan kertas minyak.
4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170c selama 35 minit.Setelah masak
   keluarkan dan sejukkan atas redai.
5.Potong kek kepada dua bahagian dan buangkan kerak2 pada tepi atas kek span.



Skarang kita kena siapkan Durian Inti.Lagi banyak isi durian lagi la sedap hingga menjilat jari.Nak kek sedap,kena berani laburkan bahan2 ke dalam kek tsb.

DURIAN INTI DAN TOPPING CAKE

Bahan-BAHAN:
300gm isi durian~diblend hingga halus guna food processor
300gm fresh cream~dipukul hingga soft peak

Caranya:
Ambil 80gm cream yg sudah dipukul tadi  campurkan dengan isi durian tadi.
Kemudian inti durian yg sudah bercampur dengan fresh cream tadi ketepikan 100gm untuk topping,kemudian simpan dalam peti sejuk.

DECOGEL (hiasan gel kuning pd tepi kek)
50gm decogel + 1/4 tsp esen durian + sedikit pewarna kuning lemon.
*Kacau rata bahan ini kemudian masukkan dalam piping bag.


Akhirnya kita sampai ke kemuncak...hehehe....cara siapkan sebiji Durian Slice Cake yang simple.

Caranya:

1.Letak satu kek atas papan kek,kemudian letak inti durian.

2.Tutup lagi dengan satu lapis kek.

3.Last sekali,lepa atas dan tepi kek dengan fresh cream.

4.Paipkan decogel kuning di tepi kek bentuk huruf n.

5.Simpan kek dalam peti sejuk lebih kurang 5 jam.

6.Keluarkan ,potong sesuai dengan saiz yang anda inginkan.Kemudian paipkan topping durian tadi (yang 100gm tu) guna nozel start atau ikut selera memasing.



Gambar di bawah ini adalah gambar dari facebook Rahel.Kalau tengok komen "nak resepi" setakat ni ada  132 dan like 537..wah...banyak tu...hehehe..




Ahad, 23 Februari 2014

Steamed Moist Chocolate Cake

Salam manis dan selamat sejahtera...


STEAMED MOIST CHOCOLATE CAKE
Zubaidah Bt Chepa

Bahan A:(loyang bulat 8 inci)
100g serbuk koko
250g gula pasir
1 tin susu cair (400g)
200g minyak masak
250g susu pekat manis

Bahan B:
150g tepung gandum     )
1 tsp soda bikarbonat   ) diayak
1 tsp serbuk penaik       )
4 biji telur B

Cara-cara:
1.Campurkan bahan A,kecuali serbuk koko dan kacau sebati.
2.Masak atas api seketika.
3.Di bekas yang berasingan pukul telur dan curahkan ke dalam adunan A.
4.Akhir sekali masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak.
5.Guna mixer dengan slow speed dan kacau sehingga tepung tak bergentel.(sekejap sahaja)
6.Kukus dalam loyang yang sudah digris selama 60-80 minit.

Catatan:
Balut tudung periuk ketika mengukus kek
Cucuk kek dg lidi,jika lidi keluar bersih maknanya kek dah masak sepenuhnya.
Setelah kek masak biarkan selama 10-15 minit kemudian lorek tepi kek dg spatula &
tanggalkan dari loyang.Biar kek betul2 sejuk baru potong kepada 3 lapisan.

Cream Cheese
Sumber:Kak Nor 

250g cream cheese
500g fresh cream
60g gula icing
100g unsalted butter
2 titik lemon paste,jika suka

Cara-cara:
Pukul fresh cream hingga kental.Ketepikan.
Dalam bekas lain,pukul krim keju bersama semua bahan lain sehingga berkrim.
Satukan fresh cream bersama krim keju,gaul sebati,boleh juga pukul dengan mixer dengan
kelajuan perlahan.

Penyelesaian:
Ambil sekeping kek,letak atas papan kek.Letak krim,kemudian tompok satu keping kek lagi
kemudian letak krim,kemudian tompok satu keping kek lagi kemudian letak krim pada
seluruh permukaan kek.Simpan kek dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum curah ganache.

Ganache Coklat
Sumber 1:Chef Amer Hamsah
             2:Azlita aziz 

Bahan-bahan:
300g krim tenusu-whipping cream
30g sirap glukos
500g coklat gelap-hiris halus
20g butter

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yang berisi coklat gelap.
Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya.
Tambahkan butter.
Kacau hingga adunan licin dan berkilat.
Tuangkan atas kek yang telah disapu dengan krim tadi.
Tuang ketika adunan masih cair dan licin untk mendapatkan permukaan yang licin
dan cantik.


Demikianlah resepi kek coklat moist yang sememangnya membuat kita menjilat jari.Terima kasih tak terhingga kepada penyumbang resepi.Ijinkan Rahel perpanjang di sini untuk tatapan dan rujukan pembaca rahel blogspot..semoga bermamfaat.Kek ni Rahel buat khas untuk my darling sempena harijadi dia pada 19,Februari.Selamat Hari Jadi Sayang.



Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Tahun Baru 1 January 2014

Salam sejahtera dan salam ceria selalu kepada semua pembaca Rahel Blogspot.



CHOCOLATE GANACHE
150g UHT Whipping Cream
150g coklat masakan
15g butter

Cara-cara:
1.Campurkan coklat masakan dan whipping cream dalam satu bekas.Panaskan sehingga coklat masakan menjadi cair dengan menggunakan kaedah double boiling.

2.Kacau sehingga sebati,kemudian tambahkan butter.

3.Biarkan campuran sejuk seketika.Bila telah suam,curah coklat ganache ke atas kek.




CREAM CHEESE FROSTING
Sumber:Anna Qawina
500g whipping cream vivo~lain2 brand pun ok
250g cream cheese
60g gula icing~ayak
110g butter~i guna unsalted butter
2 titik lemon paste~boleh guna 1 sudu besar lemon juice

Cara-cara:
Pukul whipping cream hingga kental.Ketepikan.
Dalam bekas lain,pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju,gaul sebati,boleh juga pukul dg mixer
dengan kelajuan perlahan.
Boleh digunakan untuk menghias kek.





RED VELVET CAKE
SUMBER:Azie Jaya
Bahan-bahan:(Loyang 8")
2 cawan all purpose flour
1 sk baking powder
1 sk baking soda
1 sk garam
2 sudu besar serbuk koko
2 cawan gula kaster
1 cawan vegetable oil
2 biji telur gred AA
1 sk esen vanilla
2 sudu besar pewarna merah~I kurangkan
1 cawan buttermilk
1 sudu kecil cuka putih
1/2 cawan plain hot coffee (jangan skip)

Cara-cara:
Panaskan oven pada suhu 170'C.
Di dalam mangkuk satukan tepung,baking soda,baking powder,cocoa powder dan garam.
Ketepikan.
Di dalam mixing bowl,gaul sebati gula dan minyak.Kemudian masukkan telur,buttermilk,
vanilla dan pewarna.Putar hingga sebati.Tuangkan coffee dan cuka.
Akhir sekali,masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dengan diputar sebati
setiap kali memasukkannya.
Lenser minyak dan ayak tepung ke dalam Loyang.Tuangkan adunan.Bakar selama 30-40
minit atau sehingga masak.Jangan terlebih masak kerana ianya akan terus masak semasa
menyejuk.
Sejukkan atas wire rack sebelum diletak frosting.

Nota:Untuk cupcake bakar selama 18-20 minit.




Cara penyelesaian:
Kek red velvet dibahagi dua.
Letak 1 keping kek di atas papan kek.
Letak cream cheese.
Tumpuk 1 keping kek lagi di atasnya.
Letak lagi cream cheese.Ratakan.
Tuangkan ganache di atas cream cheese.
Sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam.
Kemudian potong kemas tepi kek.
Sedia dihidang.



Selasa, 6 Mac 2012

Kek Harijadi

Salam semua.


Puji dan syukur pada Ilahi kerana masih memberi waktu untuk Rahel bernafas hingga ke saat ini..tak terbalas kasihNya yang sangat besar dalam kehidupan ini.Isnin 05,Mac genap la usia Rahel Benyamin 32 tahun,hem dah tua ni...larat k nak habiskan kek coklat ni...


Sebenarnya dah berapa kali Rahel buat kek coklat guna resepi ni,tapi tak jemu-jemu gak,mungkin kerana ianya sangat mudah disediakan dan hasilnya sangat memuaskan.Ada jugak di antara teman blog n facebook yang telah mencuba resepi ni,walau pun keknya merekah ketika dikukus namun hasilnya tetap menyenangkan gitu,tapi kadang Rahel bakar je kek ni dan hasilnya lebih kurang sama..dan kepada yang nak mencuba kek coklat ni di jemput singgah.

Kek Coklat Kukus Basah


Bahan:
200g tepung superfine
100g serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur gred B
200g gula kastor
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara-cara:
1.Ayak tepung,soda,serbuk penaik dan serbuk koko.

2.Di bekas yang lain pukul telur,susu pekat dan gula dengan jaring.

3.Masukkan tepung yang diayak dan kacau sebati.

4.Masukkan minyak masak,kacau rata.

5.Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata.

6.Griskan acuan bulat 8'' dan alas dengan baking paper.

7.Tuangkan adunan.Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.

Setelah kek masak,biarkan benar-benar sejuk,kemudian bahagi dua lapisan.

Inti dan Topping Kek Coklat Kukus Basah
Sumber:Rahel

Bahan:
230g coklat masakan,dipotong kecil
100g coklat masakan,disagat halus
135ml dairy whipping cream
4 buah kiwi,dihiris nipis
250g keju krim,biarkan pada suhu ruang
75g gula kastor
90g mentega
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar jus lemon
ceri marachino secukupnya untuk hiasan

Cara:

1.Panaskan whipping cream hingga mendidih,kemudian tuang ke dalam 230g coklat masakan yg telah dipotong kecil,kacau rata hingga coklat larut.Ketepikan hingga sejuk dan agak pekat.

2.Di bekas yang lain,pukul keju krim,mentega dan gula kastor sehingga lembut,masukkan esen vanila dan jus lemon.Pukul rata.Masukkan ke dalam bag piping yang telah diletak nozel muncung bulat.

3.MENGHIAS KEK:Ambil satu lapis kek,sapu permukaan atas dengan coklat.Paipkan krim keju di atasnya (bentuk lingkaran).Susun satu lapisan hirisan buah kiwi di atas keju krim (jarakkan).Tutup dengan satu lapisan kek lagi.Paipkan sedikit keju krim di tepi kek,ratakan.Hias tepi kek dengan coklat yang disagat.Sapu lagi permukaan atas kek dengan coklat,kemudian paipkan lagi keju krim di atasnya (bentuk lingkaran).Hias dengan hirisan buah kiwi dan buah ceri.Letak dalam peti sejuk 2-3 jam sebelum dihidang.



Note:
Keringkan hirisan buah kiwi dengan tisu dapur sebelum diguna.
Untuk mengkilatkan buah,sapu dengan gel aprikot.


Rahel nak ucapkan banyak terima kasih kepada rakan Fb n geng masak-masak yang telah memberi ucapan dan mendoakan kesihatan dan kebahagian Rahel...semoga anda semua diberkati olehNya dan dimurahkan rezeki.

Rabu, 16 November 2011

My 2nd Year Wedding Anniversary Chocolate Cake

Selamat bertemu kembali..semoga kawan2 semuanya sihat & ceria slalu.Genap sudah 2 tahun usia perkahwinan Rahel bersama suami yang tercinta.Rahel tak masak banyak-banyak,hanya buat kek coklat jer utk kami makan berdua sambil dating..hehehe..sodap banget kek coklat ni.

Sebelumnya Rahel dah share jugak resepi kek coklat kukus ni & yang krim2nya Rahel guna cream cheese n letak potongan buah peach je.Kalau yangchocolate rose pulak..Rahel buat daripada coklat masakan sahaja dan yg tu pulak Rahel ikut resepi dari you tube,memang mudah disediakan.Kali ni
Rahel tayang picture je sebagai kenang-kenangan..







Ulang tahun perkahwinan disambut pada 5 November.Skarang baru letak picture kek..hehehe.