Memaparkan catatan dengan label macarons. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label macarons. Papar semua catatan

Jumaat, 22 November 2019

MACARONS

Salam ceria😍
Baru ada kesempatan lagi buat macarons.Rasanya setahun sekali ja buat macarons,faham2 saja la ni kudapan yang manis so tak boleh makan banyak.Bergantung juga pada cuaca kalau mahu buat macarons sebab dikeringkan secara manual saja🤣 Saya jenis tak suka paksa2 macarons untuk cepat kering sebab kalau tersilap boleh naik darah dibuatnya.Jika musim hujan saya tidak suka buat macarons sebab lambat kering so pastikan cuaca cerah kalau mahu buat macarons.

Nak pesan sekali lagi,pastikan cuaca cerah kalau mahu buat macarons supaya adunan cepat kering dan senang di bakar.Kalau belum kering terus pegi bakar maka siap2lah menangis😆confirm hancur lebur😆Lain cerita kalau korang ada bajet lebih bolehlah beli satu mesin pengering dan tak payah penat2 menunggu.

Ada juga cara lain supaya adunan cepat kering iaitu letak dulang mac atas oven yang telah dipanaskan.Boleh juga letak depan oven la supaya kena wap panas.Pokoknya part keringkan adunan mac ni engko kena sabar dan kreatip.Lain oven lain karenah so bertabahlah.

MACARONS
Sumber:Cooking ASMR

Bahan:
50g Almond Powder
40g Gula aising
40g Gula Caster
40g putih telur

Cara membuat:
1.Satukan almond powder dengan gula aising.Ayak.

2.Putar putih telur hingga berbuih.Masukkan 1/2 gula caster.Putar lagi hingga rata.Masukkan lagi 1/2 gula caster tadi.Putar lagi hingga benar2 pekar berkilat.

3.Kemudian masukkan campuran almond+gula aising,kaup balik hingga bercampur,buat 2-3 kali.Pastikan adunan betul2 sebati.

4.Masukkan adunan ke dalam bag piping (letak nozel 10) paipkan ke atas Macaron Mat.Kemudian hentakkan untuk buang bubble.Biarkan doh kering.Sentuh dengan jari jika sudah kering dan tidak melekat maknanya dah ready untuk dibakar.

5.Bakar pada suhu 160°C selama 5 minit,setelah itu turunkan suhu oven 130°C dan teruskan bakar macaron selama lebih kurang 15 minit.(bergantug pada suhu oven masing2)

6.Setelah masak keluarkan dari oven dan tunggu sebentar baru tanggalkan dari mat,sejukkan dan letak filling kesukaan korang.

Untuk resepi filling saya tak siapkan sebab yang ni pun saya guna lebihan ganache coklat tart hari tu.So korang google ja resepi filling tu ar.


Terima kasih sudi singgah😍

Khamis, 18 Februari 2016

Lagi-lagi Macaron

Meski manis ramai juga yang minat...begitulah penangan cik macaron.Bentuk yang comel2 tu yang buatkan kita geram.Walaupun Rahel suka buat macaron,tidak bermakna semua Rahel bedal sampai habis.Selalu buat perhiasan dalam peti sejuk sahaja..hehehe.


Hari ni ada dua colour,maknanya kena siapkan juga dua jenis filling.Yang simple aja la dan senang jumpa dalam peti sejuk.Cream cheese jawabnya.Oh ya,berkenaan dengan pewarna yang sesuai kita guna dalam macaron,kita kena guna pewarna jenis gel/soft gel sebab kalau guna yg biasa,akan lebih cair nanti adunan kita.Rahel suka Americolour dan Wilton.Terpulang mau letak warna apa...



Resepi ni Rahel ambil di google,tapi cari2 balik tak jumpa pulak link dia.Kebanyakannya resepi sama sahaja,cuma teknik tu yang penting.Macam mimpi ngeri kalau tak menjadi kan kan kan? Oh ya,siapa tahu ada yang berminat dengan filling yang Rahel guna,bolehlah cedok resepi di bawah ni.

Nutella Cream Cheese:(untuk macaron yg black colour)
100g Cream cheese~biarkan lembut
      3 sudu kecil Nutella
*penyet2 cream cheese guna belakang sudu,bila sudah licin tambahkan Nutella.Sebatikan.
*Masukkan ke dalam piping bag.
*Paipkan inti nutella di atas satu keping macaron,kemudian tutup dg 1 keping mac lagi.

Strawberry Cream Cheese:(untuk macaron yg turquiso colour)
100g Cream cheese~biarkan lembut
      3 sudu kecil jam strawberry
*penyet2 cream cheese guna belakang sudu,bila sudah licin tambahkan jam strawberry.Sebatikan.
*Masukkan ke dalam piping bag.
*Siapkan jam strawberry secukupnya,masuk dalam piping bag.
*Paipkan cream cheese melingkar di atas sekeping macaron bentuk perigi.Kemudian paipkan jam
  strawberry di tengah.Tutup dg 1 keping mac lg.





MACARON
Sumber:Google

Bahan-bahan:
100g putih telur
  30g gula kaster
200g gula icing
120g serbuk almond

Cara membuat:
1.Pukul putih telur hingga berbuih,tambahkan gula kaster sedikit demi sedikit sambil terus
   dipukul hingga soft peak.

2.Tambahkan sedikit campuran almond + gula icing,kaup balik,jangan sampai sebati.Kemudian
   tambahkan lagi campuran almond + gula icing,kaup balik jangan sampai sebati.Kemudian
   tambahkan lagi campuran almond + gula icing,kaup balik jangan sampai sebati..faham k tak?

3.Bahagikan adunan kepada dua bahagian,1 adunan letak pewarna super black dan 1 bahagian
   lagi letak pewarna turquiso.

4.Sudah masuk pewarna kan...masanya untuk kaup balik adunan hingga sebati,tapi kena hati2
   jangan sampai over mix...kena kaup balik dengan anja2 tau...test..kaup adunan dan angkat
   spatula,jika adunan jatuh berlipat macam riben,maknanya ok sudah tu.

5.Masukkan ke dalam piping bag,klu boleh letak nozle no 10 biar senang paipkan nanti.

6.Sediakan silicone mat atau non stick baking paper,paipkan adunan,ketika ini bag paiping
   mesti dalam keadaan menegak,jangan senget sana sini.

7.Sudah siap paipkan semua adunan tadi,hentakkan ke meja 2-3 kali untuk buang gelembung
   biarkan kering selama lebih kurang 3-4 jam,yang ni tergantung pada cuaca.Boleh on kipas
   bagi cepat kering atau kalau kaya,boleh on aircond.
   Sentuh adunan tadi,tekan manja,kalau sudah keras boleh la panaskan oven pada suhu 165c.

8.Bakar guna api atas dan bawah ya.Pandai2lah jaga macaron supaya masak sekata,kaki
   terbentuk elok.Saya bakar lebih kurang 20-25 minit jika guna suhu 165c.Semakin rendah
   suhu/kepanasan oven,semakin lama juga macaron di bakar.

9.Setelah masak,keluarkan dari oven,biarkan suam2 kuku baru tanggalkan dari silicone mat.

10.Setelah sejuk,bolehlah letak filling.Simpan macaron dalam peti sejuk.

Adunan ini menghasilkan 90 keping shells,bila dicantum maknanya dapat 45 sandwic mac.





Enjoi.....

Khamis, 25 September 2014

Strawberry Macarons

Salam penuh ceria,semoga sentiasa dalam lindungan-NYA.

Beberapa hari yang lalu saya share resepi Hazelnut Chocolate Macarons dengan sedikit petua maka hari ini saya muncul dengan resepi Strawberry Macarons dan akan menambah lagi petua malam jumaat khas buat pembaca blog Rahel Blogspot.Saya bukanlah pakar macarons,saya share apa yang saya dapat ketika menyiapkan satu resepi dari buku resepi macarons atau resepi dari google.Semoga ia bermamfaat.


Sudah bersediakah dengar saya membebel? hehehe.Ada kakak2 adik2 yang selalu bertanya apa petua untuk menghasilkan macarons yang cantik...dan yang paling bermasaalah selalu ialah bahagian kaki macarons yang tak mau terbentuk....ini penyakit nombor satu cik macarons kalau sudah merajuk.Baiklah kita teruskan lagi dengan petua malam jumaat....

Serbuk badam,serbuk kacang hazel,serbuk kacang pistachio memang sedap untuk buat macarons,jadi sebelum kita guna sebaiknya di jemur di bawah panas matahari lebih kurang dua jam gitu,ini untuk mendapatkan serbuk kacang yang benar2 dalam keadaan yg kering...jangan guna serbuk kacang yang lembap atau baru keluar dari peti sejuk...cik macaron tak suka tau...

Gula icing yang kita guna pun kena pilih betul2,tak boleh main hentam saja...tak boleh guna gula icing yang banyak campuran tepung jagung.Gula icing yang sesuai kita guna ialah keluaran Nazri dan Prai...memang mahal sikit harganya dari beli gula icing di kdi bahan bakery.Sebelum kita guna sebaiknya diayak terlebih dahulu.

Gula caster macam biasa la...tapi yang ni pun kena tengok juga,jika ia lembap atau bergumpal2 sebaiknya cari gula caster yang dalam keadaan kering berderai.

Putih telur yang kita guna tu tak semestinya yang fresh dari ladang,jika ada lebihan2 putih telur dari peti sejuk pun boleh guna,yang paling penting tiada sikitpun kuning telur dalam tu dan yang penting bekas simpan putih telur bebas minyak...cik macaron tak suka minyak tau...

Pewarna makanan yang kita guna dalam adunan macaron ialah yang liquid,gel dan serbuk.Boleh juga guna pewarna biasa,tapi letak sikit sahaja ya kerana boleh menyebabkan meringue cair betul.

Mangkuk adunan,besi pengadun,sudu,nozel,spatula,food processor sebaiknya dijirus dengan air panas dan keringkan dengan tisu atau tuala dapur yang bersih.Bag piping juga kena guna yang baru bukan bekas buat fresh cream atau cream cheese atau butter cream ya...cik macaron tak suka minyak tau...

Boleh tengok sikit petua lagi di sini.Sekian dulu petua malam jumaat...


STRAWBERRY MACARONS
Sumber:Buku resepi macarons

Bahan-bahan:
75g serbuk badam (saya guna serbuk hazelnut)
115g gula icing,ayak
2 biji putih telur saiz L
50g gula caster
Sedikit pewarna merah jambu (liquid)

Filling:
55g unsalted butter
1/2 tsp vanilla extract
115g icing sugar,diayak
Strawberry fruit filling

Cara-cara:
1.Satukan gula icing bersama serbuk badam.Masukkan ke dalam food processor.
   Mesinkan hingga halus kemudian ayak.
2.Pukul putih telur hingga berbuih,tambahkan gula caster.Pukul lagi hingga menjadi
   meringue (jika mangkuk diterbalikkan adunan tidak jatuh)
3.Tambahkan campuran serbuk badam+gula icing.Kaup balik (jangan terlebih gaul).
4.Tambahkan pewarna merah jambu.Kaup balik hingga rata.
5.Tuang adunan ke dalam piping bag yang telah diletak nazel biasa.
6.Paipkan adunan ke atas dulang yang telah dilapik baking paper atau silpat.
7.Biarkan adunan kering,jika disentuh ia tidak melekat pada jari.
8.Bakar macaron dalam oven pada suhu 150'C selama 15-20 minit (bergantung kepanasan
   oven masing2)
9.Setelah masak,biarkan suam2 kuku baru tanggalkan dari dulang.Sejukkan atas redai.
10.Letak inti.

Untuk Filling:
Pukul butter dan vanilla extract sehingga kembang dan gebu.
Masukkan icing sugar sedikit demi sedikit.Pukul sampai licin dan berkrim.
Masukkan ke dalam piping bag.Paipkan melingkar ke atas sekeping macaron.
Letak sedikit strawberry filling di tengah (lihat gambar di atas)
Tutup dengan sekeping macaron.Siap.


Enjoiii.....

Jumaat, 19 September 2014

Hazelnut Chocolate Macarons

Salam ceria,semoga sentiasa bahagia.....


Lama juga rasanya saya tidak buat macaron aka cik manis ni...memang tidak boleh diamalkan selalu...boleh menyebabkan diabetes...hihihi.Perasaan yg teringin sangat tu muncul lagi semalam...nasib la ada sikit bahan-bahan dalam peti sejuk..jadi awal pagi selepas sarapan terus start mengadun...nasib la cuaca cerah masa tu...skejap jak adunan sudah kering dan hasilnya sungguh menyenangkan....saya gandingkan dengan green tea yang panas2...sedap pulak hazelnut macaron ni.Anda mahu mencuba?...sila ikut sedikit petua malam jumaat yang saya share...teruskan scroll ke bawah....jom!


Jika kita menggunakan baking paper,sebaiknya guna dua lapisan ya...ini utk mengelak bahagian bawah macaron cepat hangit semasa kita membakar.Saya lebih selesa guna silicone mat sebab ianya tebal dan tak perlu susah2 untuk lukis bulatan lagi.Sekiranya kita menggunakan silicone mat semasa paip adunan jangan terlalu penuh,sebaiknya tinggalkan sedikit ruang di tepi bulatan tu..sebab semasa proses mengering adunan akan melebar ke tepi,

Untuk proses mengering pulak kita kena banyak bersabar ya,sebab yang ni bergantung juga pada keadaan cuaca...lainlah kalau di negeri orang puteh...mereka ada alat pengering khas jadi tak perlu tunggu lama.Bila cuaca panas sekejap saja adunan sudah kering,tapi bila kena cuaca lembap atau hujan maka bersedialah untuk makan hati....kuang kuang kuang.

Oh ya,pastikan adunan benar-benar kering iaitu bila disentuh dengan jari ia sangat kering dan tak melekat pada jari.Jika adunan tidak cukup kering,boleh menyebabkan macaron kita meletup macam gunung berapi or retak semasa proses pembakaran.


Time kita bakar macaron pastikan kita jenguk skali skala ya...takut rentung pulak...hehehe.Pastikan suhu oven kita tu tidak terlalu panas ya...sebab boleh menyebabkan macaron kita jadi cookies or sangat crunchy.Macaron yg berjaya diluarnya rangup ala2 manja n dalamnya kenyal.Oh ya,sekiranya api oven bahagian atas sangat panas sebaiknya sediakan satu keping aluminium foil dan tutup macaron..ini untuk mengelakkan macaron kita jadi keperangan...


Setelah macaron kita sudah masak,keluarkan dari oven...jangan terus pandai2 mahu tanggalkan dari baking paper or silicone mat...tapi sebaiknya bersabarlah sebentar...tunggu dia suam2 kuku baru tanggalkan,kemudian sejukkan sebentar di atas redai.Bila sudah sejuk bolehlah diletak inti coklat dan simpan dalam bekas.Jika tidak habis di makan boleh simpan dalam peti sejuk..tahan 1-2 minggu.


HAZELNUT CHOCOLATE MACARONS
Sumber:Buku Resepi Macarons

Bahan-bahan:
75gm serbuk kacang hazel
115gm gula icing
2 biji putih telur saiz L
50gm gula caster

Inti Coklat:
Hazelnut and Chocolate Spread

Cara-cara:
1.Satukan gula icing bersama serbuk kacang hazel.Masukkan ke dalam food processor.
   Mesinkan hingga halus kemudian ayak.
2.Pukul putih telur hingga berbuih,tambahkan gula caster.Pukul lagi hingga jadi meringue
   (jika mangkuk diterbalikkan adunan tidak jatuh)
3.Tambahkan campuran serbuk kacang hazel + gula icing.Kaup balik hingga rata.
4.Tuang adunan ke dalam piping bag yg telah diletak nozel biasa.
5.Paipkan adunan ke atas dulang yg telah dilapik baking paper atau silicone mat.
6.Biarkan adunan kering,jika disentuh ia tidak melekat pada jari.
7.Bakar macaron dalam oven pada suhu 150'C selama 15-20 minit (bergantung kepanasan
   oven masing)
8.Setelah masak,biarkan ia suam2 kuku baru tanggalkan dari dulang.Sejukkan atas redai.
9.Letak inti coklat.


Enjoiii....

Isnin, 18 November 2013

French Macaroons

Selamat malam kepada pembaca blog Rahel Blogspot,semoga happy selalu...


Malam ni ada masa free sikit jadi dapatlah masukkan entry yang tertangguh.Kali ini kita muncul dengan French macaroons pulak,kalau dengar bab macaroons memang sudah terbayang benda-benda yang manis kan...hermm bukan macaroons namanya kalau tidak manis dan tak akan jadi macaroons jika kurang manisnya...waaaaa...indak boleh diamalkan selalu...sekali sekala boleh la...
 
French Macaroons kali ni Rahel letak inti yang segera sahaja...peanut butter..hehehe..mana kala minumannya pulak ialah green tea...baru la padan kan...kalau mac sudah manis takkanlah dipadankan lagi dengan minuman yang manis...boleh meremang bulu tau.Ok lah,pada yang berani mencuba mac silahkan tinjau-tinjau resepinya di bawah sana...sazzz...

French Macaroons
Sumber:i love macaroons

Bahan-bahan:
2/3 cawan (85g) serbuk badam
 1 1/2 cawan (150g) gula icing
3 biji putih telur gred A
5 sudu besar (65g) gula kastor
1 tsp vanilla extract

pewarna sesuai pilihan
inti sesuai pilihan

Cara:
1.Sediakan parchment paper.Alas dulang pembakar dengan parchment paper.
2.Mesin serbuk badam,gula icing hingga halus.Ayakkan.
3.Putar putih telur hingga berbuih.Tabahkan gula kastor.Pukul lagi sehingga pekat.
4.Tambahkan serbuk badam (3x) sedikit demi sedikit.Kaup balik hingga rata.
   Tambahkan vanilla extract,pewarna dan kaup balik hingga sebati.
5.Isikan ke dalam piping bag.Paipkan adunan sebesar duit 50 sen ke atas dulang yang
   telah dialas dengan parchment paper tadi.
6.Setelah semua adunan selesai dipaipkan,biarkan adunan kering,jika disentuh dengan jari
   ianya tidak melekat pada jari.
7.Bakar dalam oven pada suhu 175 'C selama 15-18 minit.
8.Setelah masak biarkan macaroons di atas redai.Tanggalkan dari parchment paper.
   Sandwich dengan inti pilihan.


Selamat mencuba...

Isnin, 2 September 2013

Macaroon

Salam sejahtera dan salam ceria...
 
 
Time jari menaip pun mata sudah mengantuk banget,tapi kena teruskan juga sebab takut nanti terlepas pandang lagi satu entry.Untuk kali ini Rahel buat macarons ikut resepi yang ada di dapur Azlita masam manis.Rahel rasa ramai sudah kawan-kawan yang Berjaya buat macarons guna resepi tersebut.Tiada tunjuk step by step macam di dapur Azlita sebab Rahel buat sorang2,tiada juru gambar..hehehe.Macarons ni sebenarnya diorder oleh seorang teman yang juga seorang blogger masakan..kalau sebut nama mesti korang kenal...tapi takpa la...biarlah rahsia.Ok la..jom tengok resepi macarons...
 
 
Macaroon
Sumber:Azlita
 
Bahan:
80g putih telur
65g gula castor
 
80g serbuk almond}
140g gula icing      } diayak
pewarna
 
Cara membuat:
1.Siapkan non-stick baking paper.Lukis dengan duit syiling 50 sen.Ketepikan.
2.Dalam mangkuk yang bersih dan kering,pukul putih telur hingga berbuih.Masukkan gula
   kastor sedikit demi sedikit sambil memutar hingga  sehingga adunan kental dan bertanduk.
   Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih
   telur.Sebatikan hingga rata dengan cara kaup balik menggunakan spatula.Setelah rata
   masukkan semua baki serbuk almond sedikit2 dan gaulkan dengan kaedah yg sama se-
   hingga adunan bergaul sempurna.
   Kemudian bolehlah kita letak pewarna.Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 6 bahagian.
3.Masukkan adunan tadi ke dalam beg plastic atau piping beg.
4.Kemudian picitkan atas bulatan yang telah kita buat atas kertas tadi.Siapkan sampai habis.
   Ambil toothpick,pecahkan mana-mana gelembung udara yang terbentuk di permukaan
   macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jadi berlubang bila dibakar.
   Rehatkan macarons lebih kurang 30-45 minit.Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila
   kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
   Panaskan oven 150'C.Jangan panas sangat kerana nanti macaron pecah atau retak.
   Letakkan tray di bahagian tengah dalam oven.Bakar selama 15-20 minit.
   Setelah masak,letakkan macarons bersama kertas pembakar atas rack dan biarkan ia sejuk.
   Bila dah sejuk bolehlah kita letak ganache apa2 yang kita suka.
 
 
Enjoiii...


Jumaat, 21 Jun 2013

Lemon Macaroons

Salam...
Bertemu lagi kita di petang hari ini walau pun hanya di alam maya.Hari ni kebetulan memang tiada tempahan,jadi Rahel santai aja di rumah,sambil tu Rahel buat la apa yang patut untuk mengisi  waktu.Kali ni Rahel terpanggil lagi untuk mencuba satu resepi macaroons yang menggiurkan.Terbayang-bayang akan inti cream cheese yang masam manis dan juga kulit macaroons yang semestinya wangi kerana diletak parutan kulit lemon,maka diriku cepat-cepat bertindak untuk menyelesaikan lemon macaroons itew.
 
Setelah macaroons masak,cepat2 Rahel sejukkan atas redai,pastu nda' sabar rasanya mau merasakan apakah hasilnya lemon macaroons itew...betulkah seperti yang terbayang-bayang dalam fikiran...ahh semakin nda sabar mau letak itu filling cheese...satu persatu macaroons mula diletak filling...pastu memang nda sabar sudah...sebelum hidang lemon macaroons sempat juga Rahel bancuh nescafe susu secawan...mau menikmati suasana petang dengan secawan nescafe susu + lemon macaroons...dan kita pun mula la duduk baik-baik sambil tersenyum....ahaksss...mari makan macaroons...ermmm sedapnyaaaaa,rasa cheese masam manis dan macaroons yang wangi,tapi sempat juga bulu merinding...muaaaanis banget,walaupun inti cheese tu dah kurang gula tapi masih terasa sangat manis lemon macaroons itew...len kali akan buat lagi tapi kena kurangkan gula...huh! makcik sempat makan 3 ketul jak..pastu makcik tinggalkan macaroons tu...seram!
 

 
Filling:
115g mascarpone cheese
finely grated rind of 1/2 lemon
1 tsp lemon juice
4 tbsp lemon curd
 
Cara-cara:
1.Pukul mascarpone,lemon rind,lemon juice sehingga licin.
2.Tambahkan lemon curd.Gaul rata.
 
 
LEMON MACAROONS
Sumber:LOVE FOOD
 
Bahan-bahan:
75g serbuk almond
115g icing sugar
2 biji putih telur saiz L
50g caster sugar
parutan kulit lemon dari 1/2 biji lemon
pewarna kuning lemon (makcik guna soft gel lemon yellow colour)
 
Cara-cara:
1.Masukkan serbuk almond,icing sugar ke dalam food processor.Proses selama 10 saat.
   Ayakkan bahan ini.Ketepikan.
2.Dalam mangkuk yang bersih,putar putih telur sehingga berbuih halus.Tambahkan gula
   kaster sedikit demi sedikit (3x) sambil diputar sehingga sebati setiap kali menambah
   gula.Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga stif peak.
3.Tambahkan parutan kulit lemon.Putar rata (jangan terlebih putar tau).
4.Tambahkan campuran serbuk almond + icing sugar sedikit demi sedikit (3x) sambil
   dikaup balik hingga sekata.(kaup satu arah aje).Tambahkan pewarna.Kaup balik hingga
   rata.
5.Setelah itu,ambil sedikit adunan guna spatula,sengetkan spatula,jika adunan jatuh seperti
   ribbon maknanya adunan dah ok.Masukkan adunan dalam piping bag yang diletak nozel
   no 10 atau nozel biasa.Picit adunan ke atas dulang yang dilapik non stick baking paper/
   mac silpat.Hentakkan/ketuk2 dulang untuk bagi adunan rata dan buang gelembung udara.
6.Biarkan adunan kering,jika disentuh dengan jari adunan tak melekat pada jari maknanya
   dah boleh dibakar.
7.Panaskan oven pada suhu  150'C.Bakar macaroons di dalam oven selama 12-15 minit.
   (tergantung oven masing2).
8.Setelah masak.Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum letak inti.
 
Nota:
Anda boleh memilih salah satu resepi inti yang akan anda guna.
 
 
Inti Cream Cheese
Sumber:Rahel
 
Bahan-bahan:
125g cream cheese
15g icing sugar
40g non-dairy whipping cream yg telah diputar gebu
1 sudu kecil jus lemon
parutan kulit lemon dari 1/2 biji lemon
 
Cara-cara:
1.Cream cheese dan icing sugar dipukul hingga lembut.
2.Tambahkan parutan kulit lemon,jus lemon.Putar lagi hingga sebati.
3.Tambahkan whipping cream.Kacau rata.Siap.
 
 
Selamat mencuba.


Jumaat, 31 Mei 2013

Coconut Macarons

Selamat malam kepada pengunjung setia dapur Rahel...semoga sentiasa dalam keadaan yang sihat dan ceria.Pagi tadi kita sempat lagi buat coconut macarons.Macam yang kita cakap sebelum ni yang kita tengah uji kaji cik macarons..kalau yang sebelum2nya kita buat macarons yang plain n coklat aje,tapi hari ni kita nak pulak yang lain2 perasa...hermm...ternyata tidak rumit juga buat coconut macrons ni...puas hati sangat2 dengan kejadiannya..rasa lemak2 gitew...tapi yang filling coklat putih tu memang manis gila la..so kita letak sikit blueberry filling la..konon2 biar tak manis sangat...tetap sedap.Kepada yang belum berani membuat macarons tu sila la beranikan diri yea...yang penting buat macarons ni kena penuh kesabaran...segala peralatan yang diguna tu kena la dicuci bersih dan dikeringkan,jika perlu siram mangkuk pengadun & besi pengadun kita dengan air panas kemudian lap dengan kain bersih...awas!!! meringue memang anti banget dengan minyak...
 

COCONUT MACARONS
Sumber:Love Food

Bahan-bahan:
50g serbuk almond
25g kelapa parut kering
115g gula aising
2 biji putih telur gred A
50g gula caster

2 sudu besar kelapa parut kering untuk hiasan-dibakar 8-10 minit dlm oven pd suhu 150'C

Cara membuat:
1.Sediakan 2-3 dulang yang bersih dan kering,kemudian alas dengan baking paper.Ketepikan.
   Sediakan piping bag yg diletak nozel no 10 .
2.Masukkan serbuk almond,serbuk kelapa & gula aising ke dalam food processor &
   process selama 15 saat.Ayak ke dalam mangkuk yang bersih dan kering.
3.Dalam mangkuk yang bersih dan kering/bebas minyak pukul putih telur sehingga soft peak,
   kemudian masukkan gula caster sedikit demi sedikit (buat 3x) dan putar lagi hingga benar2
   stif peak (tanduk meringue menegak).
4.Masukkan serbuk almond yg telah diayak tadi ke dalam meringue sedikit demi sedikit (3x)
   dan kaup balik guna spatula hingga rata (kaup satu arah ye).Sengetkan spatula,jika adunan
   jatuh berlipat macam ribbon dah ok la tu.
5.Masukkan adunan dalam piping bag,picitkan adunan ke atas dulang tadi sebesar 50 sen atau
   sesuai dengan saiz yang anda gemari.Hentakkan/ketuk2 dulang 2-3 kali untuk buang buih2
   udara dan juga untuk bagi adunan rata.Tabur kelapa bakar di atasnya.
6.Biarkan adunan betul-betul kering (40-60 minit),jika disentuh dengan jari adunan tak
   melekat pada jari (boleh kipas atau letak dlm bilik aircond untuk mempercepat pengeringan)
7.Bakar macarons dalam oven pada suhu 150'C selama 12-15 minit guna api bawah dan atas.
8.Setelah masak,keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum diletak inti.


FILLING
115g white chocolate,potong kecil
300ml dairy fresh cream-bahagi dua

Cara membuat:
1.Panaskan satu bahagian cream dengan api perlahan hingga berbuih tepinya.Tuang ke
   dalam mangkuk berisi coklat.Kacau hingga coklat cair.Ketepikan.
2.Pukul satu bahagian cream hingga kaku.Kemudian satukan dengan coklat.Gaul rata.
   Simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam sebelum diguna.

*Rahel letak inti coklat dengan blueberry filling....sedap (lihat gambar di bawah)


Enjoi...

Selasa, 28 Mei 2013

Chocolate Macaroons

Selamat petang...apa khabar kepada semua yang setia melawat dapur Rahel? Udah minum petang kah? Hari ni Rahel sempat lagi buat chocolate macaroons...sebenarnya Rahel tengah uji kaji  pasal macarons itu yang balik2 tayang macarons...sambil2 tu bolehlah dijadikan hidangan sampingan...dan Rahel akan terus mencuba mana2 resepi macaroons sampai la Rahel boleh buat macaroons yang betul-betul memuaskan..harap2 pengunjung setia dapur Rahel tak jemu yea.Terima kasih kerana setia melawat dapur Rahel.


CHOCOLATE MACAROONS
Sumber:Food Lover CHOCOLATE

Bahan-bahan:
2 biji putih telur gred A (80g)
1 tsp lemon juice
125g gula caster
100g serbuk almond}
1 tsp cocoa powder}->diayak

Cara membuat:
1.Pukul putih telur bersama lemon juice sehingga soft peak.Masukkan gula caster perlahan2
   dan pukul hingga stif peak.
2.Tambahkan serbuk almond + cocoa powder,kaupbalik hingga sebati.
3.Masukkan dalam piping bag.Picitkan ke atas dulang yang telah dialas baking paper sebesar
   duit 50cen atau ikut selera anda.
4.Hentakkan dulang macaroons untuk buang gelembung udara.
5.Biarkan macaroons kering jika disentuh permukaannya dengan jari adunan tak melekit.
6.Bakar macaroons dalam oven pada suhu 150'C selama 10-12 minit guna api atas dan bawah.
7.Setelah masak keluarkan macaroons dari oven,biarkan sejuk sebelum letak inti coklat cream.


FILLING
Bahan-bahan:
150g dark chocolate-potong kecil
80ml whipping cream-putar hingga kental
20g butter

Cara membuat:
1.Cairkan coklat dengan cara double boil.Tambahkan butter.Gaul rata.Sejukkan.
2.Tambahkan whipping cream,gaul rata.
3.Sandwich macaroons dengan chocolate cream.Siap untuk dihidang.


Selamat mencuba.

Sabtu, 18 Mei 2013

Tiramisu Macarons

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu,diharap sahabat skalian dalam keadaan yang sihat sejahtera.Pagi ni awal-awal lagi kita tayang macarons sebab semalam uda tayang di facebook dan ada yang bertanya mengenai resepi tiramisu macarons jadinya kita share la pepagi ni mana la tau ada yang rajin untuk mencuba dihujung minggu ini...silahkan...memang ada kelainan rasa tiramisu macarons ni..resepi macam biasa kita ambik dari buku resepi macarons...terbaek..
 
 
TIRAMISU MACARONS
Sumber:Buku Resepi Macaroons by Love Food
 
Bahan-bahan:
75g ground almonds
1 tsp coffee granules,finely crushed
115g icing sugar
2 large egg whites
50g caster sugar
1 tsp cocoa powder
 
Filling:
115g mascarpone cheese----> I guna cream cheese
1 tbsp. marsala or sweet sherry----> I tak letak
25g caster sugar----> I letak 15g sahaja
2 tbsp. grated milk or plain chocolate---->I tak letak
 
Method:
1.Place the ground almonds,coffee granules and icing sugar in a food processor and process
   for 15 seconds.Sift the mixture into a bowl.
   Line two baking sheets with baking paper.
2.Place the egg whites in a large bowl and whisk until holding soft peaks.Gradually whisk in
   the caster sugar to make a firm,glossy meringue.
3.Using spatula,fold the almond mixture into the meringue one third at a time.When all the
   dry ingredients are thoroughly incorporated,continue to cut and fold the mixture until it
   forms a shiny batter with a thick,ribbon-like consistency.
4.Pour the mixture into a piping bag fitted with a 1-cm/1/2 - inch plain nozzle.Pipe 32 small
   rounds onto the prepared baking sheets.Tap the baking sheets firmly onto a work surface
   to remove air bubble.Sift the cocoa powder over the macaroons.Leave at room
   temperature for 30 minutes.Preheat the oven to 160'C.
5.Bake in the preheat oven for 10-15 minutes.Cool for 10 minutes,then carefull peel the
   macaroons of the baking paper.Leave to cool completely.
6.To make filling,beat the mascarpone,marsala and caster sugar together until smooth.Spread
   the mascarpone mixture over half the macaroons,sprinkle over the grated chocolate abd top
   with the remaining macaroons.
 
 
 
Enjoiii...

Ahad, 16 September 2012

Chocolate Macaroon

Salam manis dan selamat berhujung minggu...eh..Selamat Hari Malaysia...

Resepi Chocolate Macaron kali ni Rahel ambik dari buku resepi,memang mudah aje cara penyediannya.Sebelum ni Rahel pernah jugak buat macaron dan telah ada dalam blog,kawan2 boleh search kat label macaron yer...ok la jom kita teruskan cerita sikit petua untuk menghasilkan macaron yang cantek..eh tak cantek pun...hehehe...ada sebabnya....serbuk almond tak kena ayak...hehehe..kalau nak macaroon yang licin macam porcelin..kena la ayak betul-betul serbuk almond tu ye..
Na...memang ndak sabar sudah ni kan..tapi mohon maaf la sebab tak dapat ambil gambar step by step ketika berlangsungnya proses pembuatan chocolate macaron..maklumlah sorang-sorang je masa tu di rumah.Tapi kiranya apa yang Rahel ceritakan di sini dapat membantu kawan-kawan yang masih belum lulus dalam menangani kes macaron...cerrr...
Baiklah,kita teruskan dulu ya...kalau nak buat chocolate macaron..mula-mula kita kena la siapkan bahan-bahannya seperti berikut:

Chocolate Macaron
Sumber:Buku Resepi

Bahan-bahan:
75g almond serbuk
100g gula icing
2 sudu besar serbuk koko
2 biji putih telur gred A (80g)
50g gula kastor

Cara membuat:
1.Satukan almond serbuk,gula icing,serbuk koko dalam food processor.Proses selama
   15 saat.Kemudian ayak bahan ini.

2.Masukkan putih telur ke dalam mangkuk pengadun.Putar sehingga kembang dan pekat
   (soft peak).Perlahan-lahan masukkan gula kaster sambil diputar hingga adunan nampak
   mengkilat.

3.Masukkan campuran almond serbuk tadi ke dalam adunan putih telur secara bertahap
   sambil dikaup balikkan sehingga rata.Angkat sedikit adunan guna spatula,jika adunan
   jatuh dengan perlahan maknanya adunan dalam keadaan yang baik.

4.Masukkan adunan ke dalam piping bag.Paipkan ke atas dulang yang telah dilapik
   dengan kertas pembakar seluas 1 inch.Kemudian hentakkan dulang agar buih2 macaron
   hilang.Rehatkan macaron selama 30 minit hingga permukaannya kering.
   Panaskan oven 160'C selama 15 minit.

5.Bakar macaron selama 10-15 minit.Setelah masak biarkan 10 minit hingga sejuk,
   kemudian tanggalkan dari kertas pembakar.Biarkan lagi sehingga benar2 sejuk
   baru letak inti.
  
Chocolate Filling:
100g dark chocolate-potong kecil
150ml double cream (dairy cream)

Cara:
1.Letak potongan coklat dalam mangkuk tahan panas.
   Panaskan double cream sehingga panas.Kemudian tuang ke dalam mangkuk yang
   berisi potongan coklat tadi.Kacau perlahan hingga coklat larut.Biarkan sejuk selama
   15-20 minit atau sehingga coklat pekat.

2.Masukkan coklat ke dalam piping bag.Ambil satu keping macaron dan paipkan inti
   coklat di atasnya.Tekapkan dengan satu keping macaron.Buat sampai habis.

LANJUTAN CERITA MACAROON MERANGKAP PETUA:
*mula-mula dengan bahan kulit macaroon:sebaiknya almond serbuk hendaklah dikisar ter-
  lebih dulu dalam food processor tapi jangan sampai terlebih kisar sebab almond serbuk
  akan berminyak.Kemudian ayakkan dan timbang semula menjadi 75g & jika perlu jemur
  dulu kalau agak lembap.

*Gula icing & serbuk koko pun kena ayakkan juga.Kemudian satukan dg almond serbuk.
  Dalam resepi kita disuruh satukan ketiga bahan ni ketika hendak dikisar kan,tapi
  sebaik-baiknya secara berasingan,senang nak sukat balik.

*cakap pasal cara no.2 pd resepi:masukkan putih telur ke dlm mangkuk pengadun,putar
  sehingga berbuih,masukkan gula kaster sedikit demi sedikit (buat 3x) sambil diputar
  sehingga benar2 mengkilat,jika mangkuk diterbalikkan adunan tidak terjatuh,time ni
  kita kena periksa meringue tu,jika di dasar mangkuk masih berair maknanya putih telur
  belum sempurna,sebab kadang2 jika dibiarkan beberapa saat akan kelihatan berair
  kan..maknanya kena putar lagi hingga benar2 kukuh,jika meringue sudah kukuh takkan
  cair di dasarnya walau pun dibiarkan agak lama.Pastikan juga putih telur yg kita guna
  adalah putih telur yang segar,jadi senang nak kembang dan mengkilat.

*Setelah meringue siap,masukkan campuran almond serbuk,gula icing,serbuk koko secara
  bertahap (buat 3x),kaup balikkan hingga rata setiap kali bahan kering dimasukkan.Ambil
  sedikit adunan guna spatula,sengetkan spatula,jika adunan jatuh perlahan maknanya dah
  ok la tu.Masukkan adunan ke dalam piping bag.Paipkan ke atas dulang yg telah dilapik
  non-stick baking paper sebesar 1 inch (jangan guna kertas minyak tau).Time kita paipkan
  adunan ke atas dulang,pastikan pegang piping bag dalam keadaan yang menegak,
  jangan sesekali sengetkan piping bag kerana akan menyebabkan macaroon tidak
  rata/bulat.Jangan lupa jarak kan setiap adunan.Kemudian pegang hujung dulang dan
  hentakkan ke atas meja,lepas tu pusingkan dulang,pegang lagi hujungnya,angkat dan
  hentakkan lagi ke meja,ini bertujuan untuk membentuk/meratakan permukaan macaroon
  dengan cepat & juga membuang buih halus di atas permukaan macaroon.Setelah itu
  biarkan macaroon kering,jika disentuh dengan jari tidak ada yg basah atau melekat,
  kalau nak cepat kering on kipas.Macaroon akan kering dalam masa 60-90 minit.

*Punca macaroon retak ketika dibakar ialah kerana tak cukup kering,jadi sabar-sabarlah
  kasi kipas itu macaroon sampai betul-betul kering sebelum dimasukkan dalam oven yer..

*Setelah macaroon kering panaskan oven pada suhu 160'C selama 10-15 minit.
  Letak dulang yang berisi macaroon pada rack bawah dalam oven dan bakar guna api
  atas bawah.Ingat,suhu oven berbeza tau jadi pandai2lah set suhu oven korang yer...
  ok..pastu bakar macaroon selama 5-8 minit,kemudian keluarkan dari oven dan dengan
  pantas pusingkan dulang tadi & bakar lagi macaroon selama 5-8 minit.Tujuannya ialah
  supaya macaroon masak sama rata.Setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan
  selama 10 minit,kemudian tanggalkan dari kertas pembakar.Biar sejuk sepenuhnya
  baru letak inti coklat.

*Adalah sebab macaroon melekit pada kertas pembakar dan susah nak tanggalkan kerana
  macaroon tak masak sempurna,jadi kalau rasa2 macaroon belum masak sempurna
  ketika dibakar selama 5-8 minit sebaiknya masa membakar ditambahkan dari 5-8 minit
  ke 10-12 minit.Jika macaroon masak dengan sempurna maka bahagian tapak macaroon
  pun halus dan mulus...korang boleh tengok dalam gambar kat atas tu...

*Kalau nakkan kaki macaroon yang tinggi,bakar macaroon guna api atas sahaja selama
  5-8 minit.Kemudian bakar lagi macaroon guna api atas bawah selama 5-8 minit.

*Untuk menyimpan macaroon memang sangat mudah,sesudah diberi filling,simpanlah
  macaroon di dalam peti sejuk jika belum dihidang.

*Ini aje petua tentang macaroon yang dapat Rahel kongsikan di sini,semoga dapat
  membantu.
 

Selamat mencuba.

Isnin, 11 Jun 2012

Macaroon Mentega Kacang

Selamat pagi kepada semua yang sentiasa setia melawat dapur Rahel.Diharap semuanya sihat dan ceria bersama insan yang disayang.Hem..berapa hari agaknya dapur Rahel sepi ek..hehe..tuan tanah skarang ni tengah melayan kesibukan..jadi masa untuk letak entry pun memang kureng sikit..mohon maaf kepada yang tak sempat Rahel terjah..nanti kalau senang-senang pasti akan dilawat satu persatu..tapi jangan lupa masak yang sedap-sedap tau..
Ok la tu..kita kembali pulak ke tajuk entry kali ni ''Macaroon Mentega Kacang'' yang sebenarnya plan nak buat macaroon oreo,tapi kerana tiba-tiba diserang mod suam-suam kuku ya jadinya diletak inti mentega kacang la..maka terjadilah macaroon mentega kacang..huhuhu.Kalau cerita bab macaroon ni memang ramai jugak kawan-kawan Rahel yang geram dibuatnya..slalunya cakap tak menjadik..cakap resepi tak ok la..dan macam-macam lagi alasan yang diorang bagi..tapi kan..Rahel memang ada cara nak pastikan sesuatu yang kita buat tu tidak gagal dan akhirnya membazir.

Caranya mudah aje..macam ni..bila kita nampak resepi yang terbaru dan menawan hati..apa lagi kalau nampak gambar yang cun...fuhhh lagi la berkobar-kobar nak menerai..pelajari betul-betul cara-cara untuk memproses resepi tersebut atau pun kena tunggu jugak resepi tu dah ditry oleh ramai orang..sebab setiap orang mesti ada tips dan triknya..jangan pulak biarkan diri kita dikuasai sifat tak sabar akhirnya merugikan diri sendiri.

Dulu time mula-mula nampak macaroon kat dapur kawan-kawan memang rasa teruja sangat nak mencuba,tangan ni memang gatal betul,tapi tak mo rugi la kalau buat tapi tak menjadi..takutnyee..bila dah nampak ramai kawan-kawan mencuba dan berjaya..baru la Rahel temui pak google untuk intai-intai resepi macaroon..dan akhirnya sampai pulak ke dapur Kak Azlita Masam Manis..sempat jugak Rahel try resepi tu dan hasilnya sangat memuaskan..boleh tengok di sini ye..
Untuk resepi kali ni Rahel guna resepi dari Majalah Rasa Edisi June 2011,kalau ada yang sempat membeli buku tersebut mesti nampak beberapa resepi macaroon yang dikongsikan oleh Chef Nora Fizah..sangat menarik tau..jom kita tengok pulak resepinya...

Macaroon Mentega Kacang
Sumber:Majalah Rasa/Chef Nora Fizah

Bahan A:
135g gula aising
90g serbuk badam

Bahan B:
75g putih telur
50g gula kastor

Sedikit pewarna hijau

Bahan Inti:
200g mentega kacang

Cara memasak:
1.Campurkan kesemua bahan A dan ayakkan.Ketepikan.
2.Putar bahan B hingga kembang kemudian bahagi adunan kepada tiga bahagian.
3.Masukkan adunan pertama ke dalam bahan A dan letakkan pewarna hijau.Kacau perlahan-
   lahan menggunakan spatula.
4.Kemudian masukkan pula adunan kedua dan kacau perlahan-lahan lagi hingga sebati.
5.Masukkan pula bahagian ketiga dan mesrakan lagi adunan perlahan-lahan.
6.Sediakan loyang pembakar dan paipkan adunan bulat-bulat.
7.Rehatkan seketika macaron sehingga bahagian atas macaron benar-benar kering kemudian
   bakar dengan suhu 160'C selama 14 minit (Rahel bakar 20 minit).
8.Apabila masak angkat dan rehatkan seketika macaron.
9.Letakkan inti di tengahmacaron setelah macaron sejuk.Sedia dinikmati.

Selamat menikmati...

Rabu, 2 November 2011

Macarons

Selamat petang semua..semoga sihat dan ceria selalu..dah tentu tengah sebok-sebok siapkan hidangan minum petang kan? Kali ni Rahel nak cerita pulak pasal macarons yang masi terlalu asing bagi diri Rahel ni..Time mula-mula dengar nama macarons ni..Rahel tertanya-tanya dlm hati..apakah itu macarons..napa banyak betul orang bertanya pasal macarons..best sangatkah macarons tu..macam mana pulak dengan rupa dia?



Mula-mula dengar dari Chef Wan.. cakap pasal macaron,tapi time tu beliau ajar buat macaron kelapa..siaran ni berlangsung kat kaca tv la..tapi tak ingat dah sebab dah lama sangat..dan masa tu..memang tak nak ambik tau la bab macaron kelapa tu..sebab macam tak kena dengan selera..hehe..rupa-rupanya ada banyak lagi jenis macaron yang Rahel tak tau langsung..kesian kan?ketinggalan zaman..



Hmm..oklah..hari ni..mod ok je..so google sana google sini la tengok gambar2 macarons..banyak yang cantik dan menarik tapi tak kurang juga yang gagal dalam pembuatan macaron..hmm..tak sedar dah sampai kat dapur Azlita cantik & menarik sangat resepi macarons kat situ,lengkap dengan step by step lagi..so Rahel rasa itulah resepi macaron yang akan Rahel cuba  untuk pertama kalinya dalam hidup Rahel.

Terima kasih banyak-banyak kepada Azlita Aziz kerana sudi berkongsi resepi macarons yang sedap ni..semoga makin bertambah aja rezeki and resepi dari beliau.Rahel sangat berpuas hati dengan hasilnya..walaupun macarons yang Rahel buat ni terkena pemanasan global..hehehe..tergaring sikit je..tapi tetap menyenangkan.


Dalam gambar ni nampak hijau keperangan.Rahel ada stok kaler hijau je yg berbentuk serbuk..semuanya kaler yg cecair..memandangkan baru pertama kali mencuba..yah..guna apa yang ada dulu and ikut betul2 step by step yang Azlita ajarkan kat blog dia tu..jadi kepada kawan2 yang belum mencuba buat macarons..cubalah ye..tak susah pun..cuma kena banyak bersabar sahaja...


Oklah kawan-kawan..Rahel nak rehat sekejap untuk minum petang.Kali ni Rahel tak letak resepi macarons ni,panjang sangat cerita kat blog Azlita tu.Jadi kalau nak tengok resepinya..silahkan aja singgah ke dapur Azlita Aziz,yg tu lagi lengkap.