Memaparkan catatan dengan label dessert. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dessert. Papar semua catatan

Ahad, 18 September 2022

Kuih Badak Berendam

Lama sudah tidak buat dessert yang satu ini.Hari ini datang mood rajin sikit itu yang sempat buat untuk hidangan petang.Kepada yang suka kuih orang dulu-dulu pastinya suka sangat kuih ini.Adunan yang diperbuat dari tepung pulut kemudian diberi inti kelapa gula merah memang sangat sedap,ditambah pula dengan kuah yang lemak gitu,memang terasa nyaman sangat.

Untuk resepi badak berendam kali ini saya guna resepi chef Hanieliza.Simple dan sedap.Doh yang sudah diberi inti dikukus.Biasa saya rebus sahaja bebola itu kemudian santan untuk kuahpun saya bubuh sikit tepung untuk pekatkan kuah,jadi kamupun boleh buat ikut cara kamu sendiri.Resepi kuih badak berendam saya sudah share,harap kamupun suka.



KUIH BADAK BERENDAM


Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut

1 cawan jus pandan

2 cawan santan 

1 cawan kelapa parut putih

1 cawan gula merah

1/2 cawan gula pasir

1/2 cawan air

2 helai daun pandan~disimpul

Sedikit garam


Cara membuat:


1.Babcuh tepung pulut bersama air daun pandan sehingga menjadi doh yang lembut.

2.Masak kelapa parut bersama gula merah,gula pasir,air dan daun pandan sehingga pekat.Ketepikan sampai dingin untuk dijadikan inti.

3.Bentukkan doh menjadi bulat dan isikan inti kelapa gula merah di dalamnya.

4.Letakkan doh di dalam loyang dan tuangkan santan pekat yang digaulkan garam.

5.Kukuskan selama 15 minit atau sehingga masak.Sedia untuk dihidangkan.






Jumaat, 8 Mei 2020

PISANG HIJAU

Salam semua.Cuaca hari ini amat panas,sambil lepak di ruang tamu saya on dua biji kipas tapi macam tidak berkesan,lain macam dia punya panas oh.


Petang ni saya terajin sikit buat pisang ijo walau kepanasan di ruang dapur,tahan saja la  sebab mahu keluar membeli pun memang malas.Korang mesti dah pernah makan pisang ijo kan? jadi apakata korang cuba buat sendiri di rumah,lagi best.

PISANG HIJAU
Resepi by:Mama Naurah

Bahan Sos:
1200ml santan 
7 sudu makan tepung gandum
300g gula pasir (ku guna 150g sahaja)
1 lembar daun pandan,disimpul

Cara membuat sos:
1.Satukan semua bahan dalam periuk.Masak dengan api perlahan sehingga menggelegak dan pekat.Tutup api dan ketepikan sehingga sejuk.

Bahan untuk kulit (hijau)
3 Cawan tepung gandum
3 Cawan air
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar panda paste
2 sudu besar marjerin

Cara membuat kulit hijau:

1.Campurkan semua bahan,kacau sehingga sebati.Tuangkan ke dalam loyang yang sudah diminyakkan.Kukus selama 15 minit.Setelah itu,keluarkan dari pengukus.Adunan digaul semula hingga jadi lembut.Ketepikan sebentar sehingga wap panas hilang (suam)

2.Sediakan 1 lembar plastik,bubuh 2 sudu makan adunan dan ratakan,letak 1 buah pisang di atasnya,gulung kemas jadi bentuk pisang.Susun dalam pinggan.

12-14 buah pisang raja (ku guna pisang saba),dikukus selama 15 minit.Sejukkan,kemudian buang kulitnya.

Pelengkap:
Sirap pisang ambon/Sirap Ros
Susu pekat manis (i skip yg ni)
Kiub ice secukupnya

CARA MENGHIDANG:
Potong nipis pisang hijau,kemudian sediakan dalam pinggan,jirus dengan sos putih.Kemudian bubuh 3-4 sudu makan sirap pisang ambon/sirap ros merah.Akhir sekali bubuh sedikit kiub ice.Sedia dinikmati.Nyaman.

Saya cadangkan korang tengok video cara membuat pisang hijau di 👉 DI SINI 

Selamat mencuba.


Terima kasih sudi singgah sini😊

Selasa, 28 April 2020

PENGAT PISANG

Bukan selalu masak pengat walaupun suka hirup kuahnya.Petang tadi sempat juga masak sikit sebelum masuk waktu berbuka.Saya tak berapa gemar makan pengat yang masih panas.Lebih suka jika pengat dah suam,nyaman gitew😊Oklah,jom tengok resepi 👇


PENGAT PISANG
Resepi by:Rahel

Bahan-bahan:
5 buah pisang nipah,dipotong
100g gula merah
2 1/2 cawan air
150ml santan pekat
1/2 sudu teh garam
1 lembar daun pandan

Cara memasak:

1.Masak gula merah,air,daun pandan sehingga gula larut.Tapis air gula.

2.Masak semula air gula sehingga mendidih.Masukkan potongan pisang dan garam.Teruskan masak dengan api kecil.Masak sehingga air gula sebati dengan pisang selama lebih kurang 25 minit.

3.Masukkan santan,masak lagi sehingga mendidih.Tutup api.Siap.



Selasa, 10 Mei 2016

Pisang Tallemmek

Salam ceria dan selamat petang.
Akhirnya sempat juga membuat pisang tallemmek @ sanggar balanda.Bukan selalu jumpa dessert ni,tapi skarang ni sudah ada yang mempopulerkan pisang tallemmek di Tawau,pastinya ramai yang tertanya2 cara pembuatan pisang tallemmek.Bahan mudah didapat serta cara penyediaan pun senang sahaja.Pisang tallemmek memang manis,bukan sebab letak gula,tapi ori dari manisnya pisang raja tu

Disebabkan pisang raja tu sudah manis,maka saya tidak letak gula dalam inti kacang tanah.Hanya palit dengan sedikit planta,kemudian taburkan serbuk kacang tanah,itu pun masih terasa manisnya.Ok la,tak mau cerita panjang lebar...sebaiknya teruskan aje intai2 resepi yang ada...jeng jeng jenngggg...


PISANG TALLEMMEK @ SANGGAR BALANDA
Idea:Tuan Tanah @ Rahel Blogspot


Bahan-bahan:
1 sikat pisang raja,buang kulit ya,jangan pulak pi goreng skali dengan kulitnya...
Minyak secukupnya untuk menggoreng.

Caranya:
Panaskan minyak,goreng pisang raja hingga masak,jangan terlebih masak pulak ya
Toskan minyak.Biarkan pisang sejuk.
Belah pisang,tapi jangan sampai putus.Ketepikan.

Inti kacang tanah:
100g kacang tanah,sangai,kemudian kisar halus
10g gula caster,jika tak suka manis sebaiknya abaikan saja gula tu
Planta,secukupnya,tak guna banyak pun.

Caranya:
Ambil pisang tadi,palit dengan planta,kemudian taburkan kacang kisar tadi.
Buat sampai habis macam di atas tu.
Ambil 2 biji telur,pecahkan dan pukul sedikit macam kalau mau buat telur dadar.
Panaskan minyak dalam kuali,celup pisang tadi ke dalam telur.
Terus celup ke dalam minyak panas.Skejap saja tau,jangan lama2,nanti hangit.
Susun pisang yang sudah digoreng dalam talam.

KUAH
1/2 Cawan air paip
30g gula merah@gula melaka,jika suka manis,sila tambah gula ya...

Caranya:
Satukan air & gula merah.Masak hingga mendidih.
Tutup api.Tapis air gula.Biar sejuk.
Setelah air gula sejuk,boleh la jirus pisang goreng tadi.
Sedia disajikan.
Boleh simpan dalam peti sejuk untuk rasa yang nyaman dan dingin.


Enjoiiii..

Sabtu, 4 April 2015

Pengat Pisang

Salam ceria selalu..
Akhirnya tertunai sudah hasrat di hati mau makan pengat pisang.Beberapa hari lalu ada la beli satu sisir pisang saba,sebahagian sudah dibuat cekodok,jadi yang sisanya tu kita buat pengat la untuk hidangan petang...ermm sedapnya hirup kuahnya...terasa lemak santan dan gula merahnya....


PENGAT PISANG
Resepi dari Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
4 buah pisang saba (guna pisang apa2 pun ok bah)~dipotong serong
50g sagu mutiara~letak dalam saringan dan cuci di bawah air paip
800ml air
100ml santan pekat (sy guna santan dlm kotak ja)
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan disimpul

100g gula merah}
100ml air}-panaskan hingga gula larut kemudian tapis

Cara memasak:
1.Jerang 800ml air hingga mendidih,tambahkan sagu mutiara.Kacau hingga sagu jernih.
2.Tambahkan pisang,air gula merah,santan,daun pandan & garam.Kacau tanpa henti sehingga pisang masak.Sedia dihidang.

Kalau banyak rakyat jelata gandakan saja bahan2nya ya.
Selamat mencuba.


Enjoiiii....

Sabtu, 6 Disember 2014

Badak Berendam

Selamat berhujung minggu...apa khabar semua? 



Badak Berendam
Resepi;Rahel Blogspot 

Bahan inti:
120g gula melaka
100g kelapa parut putih
30ml air

Cara:
1.Masak gula melaka dengan air sehingga larut.Tapis
2.Satukan gula melaka dengan kelapa parut.Masak hingga sebati.
   Siap untuk jadikan inti.

Bahan-bahan Kulit:
125g tepung pulut
100ml air

*Gaul bahan di atas sehingga menjadi doh,bahagi kepada 2 bahagian,beri pewarna kesukaan.Bentuk bulat dan leperkan,letak inti,kemudiaan bentuk kembali jadi bujur.Jerang air secukupnya sehingga mendidih.Masukkan doh yg sudah dibentuk tadi.
Rebus hingga terapung,kemudian alihkan ke dalam kuah santan.Hidang.

Bahan kuah:
Sedikit garam
1 sudu makan tepung beras
3 helai daun pandan,disimpul

Panaskan santan,daun pandan dan garam dalam periuk kecil sambil dikacau hingga mendidih.
Bancuh tepung beras dengan sedikit air.Curah ke dalam santan panas untuk pekatkan kuah.
Masukkan kuih badak tadi.Siap.



Enjoiii

Khamis, 19 September 2013

Puding Roti Karamel

Salam ceria selalu buat pembaca blog Rahel.
 
Hari ni masih lagi masukkan entry tertangguh.Kepada yang udah ternanti-nanti akan resepi puding ni gue minta maaf yea..bukan sengaja mau kasi lambat2,tapi kerana sebok siapkan tempahan.Lepas siapkan tempahan memang letih betul,rehat pun sikit jak.Oh ya,jangan ditanya mengapa puding tak licin permukaannya...ni kerana malas mau bakar dlm oven jadi kita pun pi la kukus...tapi sendiri mau tau la..time buka tudung pengukus memang terkejut habis...puding tersangatlah mengembang dan hamper melimpah keluar dari loyang,jadi kita cadangkan elok la bakar secara steam bake dalam oven yea..confirm cantek kejadiannya.Ok la tu...silahkan mencuba...
 

Puding Roti Karamel
Sumber resepi:Rahel Blogspot 
 
Bahan untuk caramel:(Loyang 8")
4 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
 
Bahan untuk puding roti:
4 keping roti sandwich,buang keraknya,potong dadu
500ml susu segar
2 sudu besar gula pasir
4 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
1 1/2 sudu besar tepung gandum
 
Cara membuat:

1.Karamel:satukan gula dan air,tuang ke dalam loyang dan panaskan di atas api sederhana sehingga pekat jadi karamel.Angkat dan ketepikan.

2.Puding roti:satukan semua bahan puding,blend hingga halus.

3.Tuang adunan pudding ke dalam Loyang berisi caramel tadi.

4.Kukus dengan api sederhana selama 30 minit.

5.Setelah masak,biarkan sejuk pada suhu ruang sebelum masuk peti sejuk untuk pudding roti yang dingin.Telangkupkan pudding roti ke dalam pinggan yang sesuai.Hidang.
 
Nota:
*Adunan puding ini sesuai dibakar secara steam bake dalam oven selama 30-45 minit pada suhu 170'C.

*Jika hendakkan pudding roti caramel yang licin tak menggerutu macam dalam gambar ni sila jangan kukus pudding ya..hehehe..sebaiknya bakar dlm oven.

*Jika guna Loyang saiz kecik akan dapat pudding yang tebal tapi kena tambah masa untuk membakar atau mengukus.
 
 
Selamat mencuba.


Selasa, 23 Julai 2013

Cendol Gula Melaka

Selamat petang dan selamat berpuasa...
 
 
Cendol Gula Melaka
Sumber resepi:Hanieliza
 
Cendol
 
Bahan:
3 cawan jus pandan + pewarna hijau (gunakan 10-15 helai daun pandan)
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur
secubit garam
 
Cara:

1.Gaulkan semua bahan dan tapiskan.

2.Masak dalam kuali/non-stik wok sehingga naik wap dan kental.(sentiasa kacau supaya tidak hangus)

3.Sediakan mangkuk berisi air sejuk atas meja.

4.Tekan atas acuan berlubang.(Rahel guna senduk berlubang macam kak Liza)

5.Sediakan air gula merah dan santan untuk cendol.(Boleh gantikan air soya/susu cair atau air bandung untuk makan cendol)
 
Sirap gula Melaka:
1 ketul gula Melaka (potong kecil2)
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan
 
*Masak hingga gula larut dan pekat,tapiskan,sejukkan.
 
*Untuk santan pulak Rahel gantikan dengan susu segar...nyaman bah..
 
 
 
Terima kasih kepada Chef Hanieliza atas resepi cendol yang meletop.


Sabtu, 20 Julai 2013

Puding Sagu Gula Melaka

Salam...
 
Puding Sagu Gula Melaka

 
Bahan-bahan:
300gm biji sagu warna putih
2 liter air
1/2 camca teh pewarna hijau
2 helai daun pandan (kisar dan tapis jusnya)
 
Sirap gula:
1 ketul gula Melaka (potong kecil)
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan
(masak gula hingga larut dan pekat,tapisdan sejukkan)
 
Bahan untuk kuah santan:
1 cawan pasti santan + 1/2 camca teh garam (boleh ganti dengan susu sejat)
 
Cara menyedia:
1.Didihkan air,masukkan daun pandan dan pewarna hijau.Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih.

2.Masak sagu hingga menjadi jernih.Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2-3 minit.

3.Angkatsagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya.

4.Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan.

5.Simpan dulu dalam peti sejuk 1 1 1/2 jam.
 
Cara hidang:
Keluarkan sagu dari acuan,masukkan dalam mangkuk2 kecil.Tuang sedikit air gula Melaka
dan sedikit santan atau susu sejat.Sedaap dimakan sejuk.
 
Nota daripada Rahel:
*Rahel gantikan kuah santan dengan susu segar...tetap nyaman...
*Hasilnya 12 bekas kecik macam dalam gambar atas.
*Terima kasih banyak-banyak kepada penyumbang resepi.
 
 
Enjoiii...


Ahad, 24 Mac 2013

Caramelized Chocolate Cream

Selamat malam dan selamat berhujung minggu bersama insan tersayang...semoga happy selalu.
 
 


Hujung minggu ni kita tak lepaskan peluang untuk menikmati sedikit pemanis mulut yang betul-betul nyaman lalu kat tekak...terasa lemak berkrim coklat ditambah pula dengan caramel di atasnya...sangat menyenangkan...sesuai disantap ketika berdating sama laling...hihihi...tapi kan kita mampu jamah satu bekas sahaja sebab ianya sangat lemak...nasib baek ada letak coklat...so rasa dia memang seimbang.






Pada yang pernah atau yang suka menikmati "crème brulee" wajip cuba pemanis mulut yang satu ni..kerana ianya lebih mewah dengan rasa crème yg dicampur dengan coklat...boleh dikata "caramelized chocolate cream" ini mengalahkan "crème brulee"...aik! sampai gitu skali? kena cuba baru tau....resepi ada di bawah sana...sila terjemahkan sendiri...ambo tak larat nak terjemahkan.
 
 


CARAMELIZED CHOCOLATE CREAM
Sumber:Food Lover Chocolate
 
Ingredients:
425ml / 1 3/4 cups heavy (double) cream
50g / 1 3/4 oz  (dark) chocolate broken into pieces
3 egg yolks
80g / 3 oz superfine (caster) sugar
 
Method:
Prep and cook time:50 min plus 4 h chilling time
 
1.Heat oven to 150'C.Grease 4 ramekins.(I guna 6 ramekins)

2.Heat the cream in a pan and bring to a boil.

3.Remove from the heat and add the chocolate,stirring until melted.Allow to cool slightly.

4.Mix together the egg yolk and half the sugar.(I letak 50g)

5.Whisk in the cream and chocolate mixture until blended.Pour into the ramekins.

6.Place ramekins in a roasting tin and half fill with hot water.Place a piece of foil loosely over the tin.Cook for 25-30 minutes until around the edges but still slightly wobbly in the center.Allow to cool.

7.Chill for at least 4 hours.

8.Heat the broiler (grill) until very hot.

9.Sprinkle 1-2 teaspoons of the remaining sugar over each ramekin so that it thinly covers the surface.Place under the hot broiler to caramelize the sugar and leave to set.
 
 
Enjoi...


Khamis, 11 Oktober 2012

Ais Loli Kacang Hijau

Salam manis dan selamat bersiaran kembali.Apa khabar semua? Tentu teman-teman tengah sebok menyiapkan hidangan untuk minum petang atau pun makan malam kan? Kalau jam segini memang masih terang benderang di Semenanjung...tapi kalau di Sabah lain pulak...jam segini memang udah gelap...hehe..memang kena siap2 ke dapur la jawabnya.Petang ni Rahel hidangkan ais loli kacang hijau penyejuk tekak yang sudah seharian berjalan meronda bandar Tawau...cuaca di Tawau sangat panas...menggigit woo...duh tak tahan gue.Pada yang gemar dessert yang nyaman2 boleh la mencuba ais loli kacang hijau yang simple ni..dijamin puas hati.



Ais Loli Kacang Hijau
Sumber Resepi:Rahel

Bahan-bahan:
100g kacang hijau,rendam selama 1 jam,toskan
1250ml air
2 sudu besar gula pasir
6 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh garam

*Bekas loli

Cara membuat:

1.Rebus kacang hijau bersama air hingga empuk.Sukat air rebusan bersama dengan kacang hijau sebanyak 500ml.

2.Tambahkan gula pasir,susu pekat manis,esen vanila & garam.Gaul sehingga gula larut.Biarkan air kacang hijau sejuk.

3.Isikan penuh ke dalam acuan loli.Bekukan di dalam peti sejuk beku selama 1 malam.

4.Jika hendak dihidang,keluarkan ais loli dari peti sejuk,rendam acuan hingga 3/4 ke dalam air suam dan segera angkat,kemudian keluarkan ais loli kacang hijau dari acuan.Sedia dinikmati.


Enjoi.

Sabtu, 29 September 2012

Pisang Bakar Rangup

Salam semua.Hari ini saya terlebih rajin sikit so saya buatlah pisang bakar  versy orang putih konon.Sedap sangat sebab crunchy pastu boleh cicah saus coklat lagi.Berbaloi untuk anda cuba.



Pisang Bakar Rangup
Sumber Resepi:Rahel

Bahan:
12 buah pisang emas-buang kulit
3 sudu makan penuh marjerin/mentega
3 sudu makan penuh tepung gandum
1 sudu makan penuh gula pasir
1 sudu teh serbuk kayu manis
100g corn flakes-diramas kasar
sedikit coklat cair

Cara:
1.Panaskan oven 180'C.
2.Panaskan marjerin hingga cair.Tutup api.Masukkan gula pasir,kacau sebentar.Masukkan.pula tepung gandum,kacau rata.
3.Taburkan serbuk kayu manis di atas pisang.Celupkan pisang ke dalam bancuhan tepung.Kemudian golekkan pisang dalam corn flakes.Susun pisang dalam dulang yang telah disapu marjerin/mentega.
4.Bakar pisang selama 30 minit.Hidang panas-panas bersama coklat cair.

*pisang emas boleh digantikan dengan pisang yang lain.


 



Selamat menikmati pisang bakar...

Selasa, 4 Oktober 2011

Bubur Candil

Selamat petang semuaa..dah siap minum petang k? Apa yang di masak tu? Petang ni Rahel udah siap buat bubur candil,ni resepi orang dulu2..hehe...senang sangat dapat bahan2nya,klu buat pun berap minit saja.tapi punya la lemak..tak tahan makan banyak2...semangkuk aja udah cukup
Sudah berhari-hari kepikiran mo buat,tapi tertangguh terus,sebok jalan2 ke dapur kawan2,banyak kuih2 dan masakan yang sedap2,telan liur jak.K la kawan2,ni aja yang dapat Rahel kongsikan petang ni,cuba la..hehe.

Bubur Candil
Resepi:Rahel

Bahan:
150g tepung beras pulut
120ml air

230g gula melaka
750ml air
2 helai daun pandan,disimpul
1 sdb tepung beras+sedikit air

Bahan kuah santan:(panaskan hingga mendidih,angkat)
250ml santan pekat
1/4 st garam


Cara:

1.Letak tepung pulut dalam mangkuk,tuangkan air sediki demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yg boleh dibentuk.

2.Bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.Buat sehingga doh habis diguna.

3.Jerang gula melaka bersama 750ml air dan daun pandan sehingga gula larut.Tapis dan jerang kembali hingga mendidih.

4.Masukkan bebola adunan dan masak hingga terapung.Pekatkan bubur dengan bancuhan tepung beras+sedikit air.

5.Kacau sebentar hingga  masak.

6.Hidang di dalam mangkuk dan tuang kuah santan di atasnya.


Khamis, 23 Jun 2011

Cheese Layer Blueberry

Salam manis dan selamat bertemu kembali walau pun hanya di alam maya.Time cuaca tak menentu ni memang sesuai betul pekena cream yang dingin-dingin..boleh jugak kasi legah tekak.Kali ni daku buat cheese layer blueberry..sedap dan lemak manis rasanya..dan sesuai betul dihidang untuk orang dewasa atau pun kanak-kanak..so bolehlah kawan-kawan terai yea..yummy tau...

Cheese Layer Blueberry
Resepi:Rahel


Bahan keju:
1 cawan whipping cream
2 1/2 sb gula kastor
160g krim keju
5 sb gula kastor
2 sb jus lime
1 st esen vanilla

Bahan inti:
200g blueberry
10 sb gula pasir
2 cawan air
1 st esen vanila
4 sb jus lime
10 st tepung jagung

Hiasan:
blueberry secukupnya/hirisan coklat

Cara:
1.Blender bersama blueberry,gula pasir,air sehingga halus.Tuang ke dalam
   periuk & tambahkan esen vanila,jus lime,tepung jagung.Kacau rata.
   Masak hingga mendidih dan pekat.Angkat.Biarkan sejuk.

2.Pukul whipping cream sehingga setengah kembang,tambahkan 2 1/2 sb-
   gula dan pukul lg sehingga kaku.Ketepikan.Simpan dlm pt sejuk.

3.Pukul krim keju,5 sb gula sehingga lembut.Tambahkan esen vanila,-
   jus lime.Kacau rata.Satukan dengan whipping cream dan gaul rata.

4.Isikan adunan krim keju dan blueberry yg dimasak tadi ke dalam gelas
   secara berselang-seli.Hias dg blueberry/hirisan coklat.Sejukkan dlm peti sejuk selama-
   2 jam baru hidang,jika suka yg sejuk.
Selamat menikmati Cheese Layer Blueberry.