Memaparkan catatan dengan label Sup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sup. Papar semua catatan

Khamis, 18 Ogos 2022

Sup Lobak Merah

Sup lobak ini memang sangat ringkas tapi sedap,terasa manis dari lobak tu.Kalian yang suka hidang sup bolehlah mencuba resepi ini.Kadang terasa tidak lengkap makan nasi kalau tiada sup.



SUP LOBAK MERAH
Sumber resepi : Yum Yum

Bahan-bahan:
1 bahagian paha ayam,dipotong,bersihkan
1 batang lobak merah,dipotong
2 inci halia,dihiris nipis
4 cawan air
Garam 
Serbuk pati ayam maggi

Caranya:
1.Panaskan air hingga mendidih.
2.Masukkan potongan ayam,lobak dan halia.Masak hingga ayam dan lobak empuk.
3.Perasakan dengan garam dan serbuk pati ayam.



Rabu, 19 Oktober 2011

Sup Makaroni

Selamat bertemu kembali,diharap semuanya sihat.Pepagi buka tingkap,nak tayang sup makaroni je..hehehe...simple sangat menu Rahel pagi ini,tapi yang ni sebetulnya hidangan semalam punya,disebabkan kerana mod memasak yang kurang time tu maka sup makaroni la pilihan yang tepat.Pada Rahel memang sedap sangat sup makaroni ni..boleh letak potongan cili padi banyak-banyak pastu makannn...


Ok la kawan-kawan,masi banyak kerja nak disiapkan,jadi sebelum keluar Rahel share je resepinya yang simple sangat-sangat di sini untuk jadi rujukan di masa mendatang.

Sup Makaroni
Resepi:Rahel

Bahan:
150g ayam,dipotong kecil-kecil
1 cawan pasta makaroni
1 batang carrot,dipotong kecil
2 biji kentang,dipotong kecil
1 sudu kecil biji ketumbar,sangai-tumbuk halus*
1 inci halia,diketuk*
1 batang kayu manis*
5 kuntum bunga cengkih*
2 kuntum bunga lawang*
1 sudu makan bawang goreng,ditumbuk halus*
1 buah tomato,potong
3 tangkai daun sup,potong
2 1/4 liter air
1 sudu kecil serbuk pati ayam
garam secukup rasa

Cara:
1.Jerang air dalam periuk hingga mendidih.Masukkan potongan ayam
   & bahan bertanda*.Renihkan selama 20 minit.
2.Kemudian masukkan bahan yang lain,teruskan merenih sehingga
   pasta makaroni lembut.Angkat.
3.Hidangkan bersama bawang goreng dan potongan daun bawang atau
   daun sup.


Isnin, 15 Ogos 2011

Bihun Soto Ayam

Salam manis dan selamat bersiaran di tengah hari.Apa khabar kawan-kawan semua? Sihat k? Kali ni  kita hidang bihun soto ayam pulak..sedap dihirup kuahnya panas-panas..tambah sambal cili yang kaw-kaw lagi la power...jom singgah skejap..layan bihun soto ayam..zazzzz...


Bihun Soto Ayam
Sumber:Rahel


Bahan:
400g bihun,dicelur
500g ayam bahagian dada
4 liter air
1 sk serbuk pala
1 1/2 sdm serbuk ketumbar
1 1/2 sdm serbuk jintan putih
1 sdm serbuk jintan manis
1 st serbuk lada putih

3 biji bawang merah,mayang halus
1 rempah sup bunjut

Rempah tumis:
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
100ml minyak untuk menumis

Bahan kisar:
3 batang serai,ambil yg putih saja
5 biji bawang merah
9 ulas bawang putih
3 inci halia

Bahan Sampingan:
daun sup secukupnya
bawang putih goreng secukupnya
bergedil kentang
sambal kicap cili padi
isi ayam siat-siat
telur rebus
limau kasturi

Cara membuat kuah soto:
1.Panaskan minyak dlm periuk.Tumis bawang merah yg dimayang tadi hingga layu.Masukkan rempah tumis dan bahan kisar.Kacau hingga naik bau & garing.

2.Masukkan serbuk ketumbar,jintan putih & jintan manis,lada putih,serbuk pala.Kacau hingga rata.

3.Masukkan air dan biarkan mendidih.Kemudian masukkan ayam,rempah sup bunjut & garam.Kacau skali-skala dan biarkan hingga mendidih selama 25 minit.

4.Keluarkan ayam yang telah empuk.Goreng sekejap dlm minyak panas barulah disiat-siat.
(Jika perlu tapis kuah ayam tadi)

Sambal kicap cili padi:
21 biji cili padi
2 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 sdm kicap manis ABC
1 sdm perahan limau kasturi
5 sdm air panas
sedikit garam

Cara:
1.Goreng bawang putih,cili padi & cili merah sehingga meletup.Angkat dan toskan.Tumbuk hingga halus.

2.Masukkan perahan limau,kicap,air,garam.Gaul rata.

Cara Menghidang Bihun Soto Ayam:
1.Letak bihun dlm mangkuk,kemudian beri ayam,daun sup,bwg goreng,telur rebus,bergedil,sambal cili dan kuah soto ayam.


Bergedil Kentang

Bahan:
500g kentang,dikupas,potong & goreng hingga perang,lenyek hingga halus
1 sdm bawang goreng,tumbuk halus
3 tangkai daun sup,hiris halus
1 biji telur gred A,pisahkan kuning & putihnya

Bahan dihaluskan:
3 ulas bawang putih
1/2 st lada putih biji
1/2 sk garam

Cara:
1.Campur bahan halus dan kuning telur,kacau rata.

2.Campur kentang halus,daun sup,bawang goreng halus.Masukkan bahan yg dihaluskan,kacau rata.

3.Ambil adunan 1 sdm,bulatkan lalu leperkan.Celup ke dalam putih telur & goreng sehingga kecoklatan.

Selamat menikmati Bihun Soto Ayam.

Jumaat, 15 Julai 2011

Sup Kurma Merah

Hari ni buat sup kurma merah (rempah sup cina)..jadi ala2 cina pulak..saya suka guna rempah cina ni utk masak sup sebab sangat harum dan kata orang berkhasiat..saya guna rempah yg sudah siap dlm paket tu tp kurma merah tu saya tambah lagi...mau rasa sup yg sedap ni kena masak sendiri ye...
Hmmm nama ja sup kurma merah tapi dalam sup tu ada lagi beberapa jenis rempah.

Sup Kurma Merah
Sumber:Rahel

Bahan:
300g cakar ayam,bersihkan & potong*
3 liter air
1 paket rempah sup cina*
5 ulas bawang putih,ketuk*
20 biji kurma merah,buangkan bijinya*
garam & gula secukup rasa.

Cara:
1.Panaskan 3 liter air hingga mendidih.Masukkan bahan bertanda* & renih-
   kan dg api perlahan selama 2 jam.
2.Perasakan dg garam dan gula.Angkat.Hidang bersama potongan cili merah
   atau cili padi,jika suka.

Selamat menjamu selera.

Selasa, 12 Julai 2011

Sup ABC

Salam manis kepada semua dan selamat bersiaran kembali.Diharap kawan-kawan semua sentiasa sihat dan ceria di samping insan tersayang.Kali ni Rahel buat sup ABC la pulak..sedap tau..menyegarkan..boleh buat badan berpeluh-peluh..hehehe..

Sup ABC Sumber:Rahel

Bahan:
300g ayam,potong
2 biji kentang,kupas,potong dadu
1 biji bawang besar,potong
3 buah tomato,potong
1 batang lobak merah besar,potong
2 liter air
sedikit daun sup
sedikit garam

Cara:
1.Didihkan air terlebih dahulu.Masukkan semua bahan dlm periuk ygberisi
   air mendidih kecuali daun sup dan garam.
2.Renihkan selama 30 minit hingga ayam lembut.Perasakan dg garam.
3.Bila sudah masak beri potongan daun sup.Siap utk hidang.

Selamat menikmati sup ABC.