Rabu, 6 Julai 2011

Mufin Oren

Selamat pagi kepada semua..apa khabarnya pagi ini? harap semua sihat dan ceria selalu.Pagi ni Rahel hidang sikit muffin oren buat pelengkap sarapan,so nak share jugak resepinya yang sangat mudah dan senang disediakan.


Kepada penggemar muffin..Rahel sertakan skali resepinya kat sini,sebagai rujukan Rahel nantinya dan juga kepada kawan-kawan yang sudi menjengah dapur Rahel.

Mufin Oren
Resepi:Rahel


Bahan:
2 buah oren saiz sederhana,parut kulit,buangkan kulit putih & biji,ambil isi &
   potong kecil2.
1 biji telur L
1 1/2 cup tepung gandum
1/2 cup gula
1/2 cup mentega
1/4 cup susu cair
2 sudu teh baking powder
1/2 st garam

sedikit gula manik warna-warni




Cara:
1.Panaskan oven 170'C.Siapkan acuan muffin yg dialas papercup.
2.Pukul mentega & gula sehingga lembut selama 5 minit.Masukkan telur.
   Pukul rata.
3.Ayak bahan2 kering kemudian masukkan ke dlm adunan mentega.Gaul rata.
4.Masukkan parutan kulit oren.Kacau rata.
5.Tuangkan susu cair.Kacau rata.Masukkan potongan isi oren.kacau rata.
   Sudukan ke dlm acuan 3/4 penuh.Tabur gula manik.
6.Bakar selama 25 minit pd suhu 170'C.

Tiada ulasan: