Selasa, 26 Julai 2011

Biskut Cakera

Terbuatlah biskut yang simple hari ini.,sedap juga biskut ini cuma saiz tak sama rata.Nampaknya kena banyak praktis lagi untuk paipkan doh.Saya suka makan biskut jenis ni lagi2 ditemani kopi o memang laju saja.Lain kali kena cuba buat pulak yang perisa vanila,mungkin lebih sedap lagi.


BISKUT CAKERA

Bahan:
250g mentega
100g gula aising,ayak
1 sdb pandan paste
1 st esen vanila
200g tepung gandum
120g tepung jagung
1 sdb susu tepung

Cara:
1.Putar mentega bersama gula aising,pandan paste,esen vanila sehingga kembang.
2.Masukkan tepung dan susu sedikit demi sedikit sambil diputar sehingga sebati.
3.Masukkan adunan di dlm beg piping dan picit bentuk bulat.
4.Hias biskut dg manik gula.Bakar pada suhu 170'c selama 10-15 minit.


Tiada ulasan: