Ahad, 24 Julai 2011

Roti Pandan

Bertemu lagi kita di sini...hari ni dapat juga siapkan roti pandan ni,sebenarnya sudah berapa hari ni tercari-cari resepi roti yg berperisa pandan,memang la ada ramai yang punya resepi macam ni tapi saya mo cari yang betul2 simple dan sedap,kadang tengok dlm gambar gebu sangat tapi sebenarnya rotinya kejung bila sudah sejuk,yang ni memang sentiasa gebu dan lembut walaupun sudah sejuk.Resepi ni saya ambik dari ruang masak2 orang Indonesia,nampak resepinya memang hebat2 semua.Bercerita mengenai roti pandan ni memang sangat lembut,gebu & sedap.Mula2 uli tepung tu memang nampak hodoh betul..time tu saya pun ada rasa ragu2 juga,tapi saya teruskan juga buat sampai la jadi roti pandan yg wangi dan sedap ni,dalam resepi asal menggunakan inti kacang hijau,tapi memandangkan saya malas mo masak2 lagi inti kacang hijau tu,jadi saya gantikan dengan inti kelapa +gula melaka sahaja,tetap sedap rasanya dan sangat berpuas hati dengan hasilnya,jadi klu ada yang mau mencuba di0ersilahkan.


 
Roti Pandan



Bahan A:
500g tepung gandum protin tinggi
100g gula pasir
10g yis
10g susu tepung
2 biji telur M
200ml air sejuk dr pt sejuk
1 sdm pasta pandan

Bahan B:
100g mentega/marjerin
5g garam

Bahan Inti Kelapa Gula Melaka by Rahel
300g kelapa parut putih
200g gula melaka
1 cawan air
1 sudu besar tepung gandum+2sb air

Caranya:(20pcs bun 50gram)

1.Masak gula melaka dengan air sehingga larut kemudian tapis.

2.Masukkan semula air gula ke dalam periuk/kuali diikuti dengan kelapa parut.Masak hingga ait surut.

3.Masukkan bancuhan tepung gandum.Gaul cepat² sehingga sebati.Tutup api.Sejukkan.Timbang 25g setiap 1 dan bulat²kan.

Cara membuat doh :

1.Satukan air sejuk dan pasta pandan.Ketepikan.

2.Kacau rata bahan A,uli hingga menggumpal-gumpal,masukkan bahan B & uli terus sehingga elastik.Rehatkan doh selama 20 minit (tutup doh).

3.Kempiskan adunan.Potong dan timbang 50g setiap satu.Bulatkan.Rehatkan doh selama 10 minit.

4.Ambil satu doh bulat,beri inti.Bulatkan kembali lalu letakkan dalam tray yang telah digris.Buat hingga semua doh habis di intikan.

5.Diamkan selama 30 minit,tergantung keadaan cuaca.Setelah terlihat mengembang ringan,oles atasnya dg kuning telur.Tabur sedikit bijan di atas bun.Bakar selama 20 minit pada suhu 170°C atau sehingga terlihat keemasan .Angkat dan oles permukaan roti dengan butter.

Bahan utk oles:
1 biji telur
1 sdm susu cair
*kacau rata bahan ini sehingga halus*


 Selamat mencuba.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hello Rahel,

Terima kasih diatas resepi ini . Semalam saya cuba buat, mmg betul lembut walaupun dah sejuk. Suka sgt.

Rashidah

rahel berkata...

Hai Rashidah,makasih kerna sudi singgah di sini...semoga berpuas hati dg resepi roti pandan ni ye...selamat menjamu selera..