Rabu, 27 Julai 2011

Talam Cendol

Selamat bertemu kembali di sini,semoga semuanya sentiasa sihat & ceria...
Hari ni tiba2 pulak rasanya mo makan kuih talam..nasib baik ada lagi sikit bahan2nya dlm simpanan...selalunya beli jak kuih talam ni di kedai,kalau time bulan puasa lagi la meriah kuih2 talam ni orang jual di pasar.Kalau mo tau...talam cendol ni memang sedap berlemak..sesiapa yang teringin mo merasa kuih talam cendol ni silahkan proses sendiri di rumah yaaa...ada juga resepinya tuu di bawah sana..kalau sendiri buat sendiri kenyang dan puas hati...boleh makan banyak2 kuih talam...hehehe..


Talam Cendol
Sumber:Buku Resepi


Bahan A:
150g tepung beras
30g tepung kacang hijau
200g gula
1000ml santan sederhana pekat

Bahan B:
100g tepung beras
20g tepung kacang hijau
150g gula melaka,cincang
650ml santan sederhana pekat

200g cendol,toskan

Cara:
1.Alaskan loyang 8" dengan plastik.
2.Campurkan A dalam periuk,masak sambil dikacaukan atas api kecil se-
   hingga agak pekat,padam api,masukkan cendol.
3.Tuang adunan ke dlm loyang.Kukus selama 25 minit.
4.Campurkan bahan B di dalam periuk,masak sambil dikacaukan atas api
   kecil sehingga cairan gula melaka agak pekat.
5.Tuang ke dalam lapisan cendol,kukus selama 5 minit.
6.Sejukkan kuih sebelum potong.


Tiada ulasan: