Sabtu, 23 Julai 2011

Ayam Masak Bijan

Selamat pagi semua,buat apa tuu? senyap je nampak,oklah pagi ni Rahel buat ayam masak bijan,jadi nak share pulak kat sini,ayam masak bijan ni sesuai sangat pada yang nak jaga kesihatan terutamanya bagi ibu2 yang baru bersalin,k la kawan-kawan..Rahel teruskan jak dulu kerja ye...


Ayam Masak Bijan

Bahan:
400g ayam,bersihkan dan potong
2 inci halia tua,dihiris halus
2 sdb minyak bijan
2 sdb kicap manis
3 cawan air
5 biji bawang putih,ketuk
1/2 sk serbuk lada hitam
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
garam secukup rasa

Cara:
1.Panaskan air hingga mendidih,masukkan semua bahan2,tutup kuali dan masak selama 30 minit dg api kecil.Kacau skali-skala.

Tiada ulasan: