Kira lama juga baru ada buat kek lagi untuk sendiri makan-makan.Sebetulnya ini kek direquest oleh Pak Suami sempena genap setahun bertugas di Sandakan.Oleh kerana kami semua peminat coklat maka saya buatlah kek coklat mus,kek yang ringan2 saja bah,tapi nyaman bah.Resepi saya dah sertakan di bawah,mana la tau ada yang teringin kan?
Kek Span Coklat
Bahan:(Loyang 7 inch)
100g tepung kek
100g gula kastor
55g mentega cair/minyak jagung
50g air
20g serbuk koko
10g ovalette
3 biji telur gred A
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh emulco coklat
Cara membuat:
1.Griskan acuan bulat berukuran 7 inci.Lapik dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
2.Satukan gula kastor,ovalette,tepung kek,serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan.Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan air,emulco coklat dan serbuk koko.Pukul lagi selama 5 minit.
4.Tuangkan mentega cair dan gaulkan dengan senduk kayu hingga sebati.
5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit (sehingga masak).
Chocolate Mousse Resipi:
100g dark chocolate compound
50g whipping cream
*double boil dark chocolate dengan 50g whipping cream,biarkan hingga suam.
200g fresh cream
100g whipping cream
*Satukan fresh cream dengan whipping cream,kemudian putar hingga soft peak.
*Masukkan adunan coklat ke dalam adunan fresh cream,putar hingga sebati.(jangan over mix)
*sediakan kek span,letak krim.Kemudian simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
Chocolate Ganache:
100g dark chocolate compound
100g whipping cream
Sedikit Dark Chocolate Flakes untuk hiasan
*Double boil dark chocolate dengan whipping cream,kacau perlahan hingga licin.
*Rehatkan coklat selama 5-10 minit.
*Keluarkan kek dari peti sejuk,kemudian jirus dengan chocolate ganache.Hias dengan dark chocolate flakesSimpan kembali kek ke dalam peti sejuk lebih kuramg 4-5 jam atau semalaman.