Khamis, 20 Ogos 2015

Sanggar Peppe'

Salam ceria selalu....



Satu lagi menu sedap dari seberang,yang ni menu suku kaum bugis.Kalau di Tawau memang senang jumpa sanggar peppe' @ pisang penyet.Petang2 siok pekena sanggar peppe' dicicah sambal tomato dan teh or kopi panas.Bahan-bahannya mudah saja,guna pisang saba yang mentah sahaja,kalau pisang yang sudah masak pulak memang sesuai untuk buat pisang goreng cheese la.Apa pun jom try sanggar peppe' @ pisang penyet ni.Pastikan kita buat sambal tomatonya terlebih dulu baru goreng pisang.Sedap makan panas2.



SANGGAR PEPPE' @ PISANG PENYET

Bahan-bahan:

Pisang saba/pisang abu/pisang kepok/pisang nipah (yg mentah saja,dibuang kulitnya)
Minyak untuk goreng pisang

Pencicah:
Tomato
Cili padi
Belacan~digoreng
Garam & gula secukup rasa

Cara membuat pencicah @ sambal tomato:
1.Rebus tomato dengan sedikit air sehingga tomato layu dan agak terbelah.Angkat.Toskan.
2.Tumbuk cili padi bersama garam sehingga lumat.Tambahkan belacan.Tumbuk lagi hingga lumat.
3.Masukkan tomato dan tumbuk lumat.Perasakan dengan sedikit gula pasir jika suka.

Cara membuat pisang penyet:
1.Panaskan minyak dalam kuali.Goreng pisang hingga separuh masak.Angkat.Toskan.
2.Sementara pisang masih panas segera penyet2 hingga nipis.
3.Goreng kembali pisang hingga rangup selama 2-3minit.Angkat.Toskan minyak.


Enjoiii...

2 ulasan:

jazzeyra aj berkata...

terliur juga melihatnya.. :)

Puan Suri Fahmi berkata...

Hai Rahel, sedap ni....