Isnin, 2 September 2013

Macaroon

Salam sejahtera dan salam ceria...
 
 
Time jari menaip pun mata sudah mengantuk banget,tapi kena teruskan juga sebab takut nanti terlepas pandang lagi satu entry.Untuk kali ini Rahel buat macarons ikut resepi yang ada di dapur Azlita masam manis.Rahel rasa ramai sudah kawan-kawan yang Berjaya buat macarons guna resepi tersebut.Tiada tunjuk step by step macam di dapur Azlita sebab Rahel buat sorang2,tiada juru gambar..hehehe.Macarons ni sebenarnya diorder oleh seorang teman yang juga seorang blogger masakan..kalau sebut nama mesti korang kenal...tapi takpa la...biarlah rahsia.Ok la..jom tengok resepi macarons...
 
 
Macaroon
Sumber:Azlita
 
Bahan:
80g putih telur
65g gula castor
 
80g serbuk almond}
140g gula icing      } diayak
pewarna
 
Cara membuat:
1.Siapkan non-stick baking paper.Lukis dengan duit syiling 50 sen.Ketepikan.
2.Dalam mangkuk yang bersih dan kering,pukul putih telur hingga berbuih.Masukkan gula
   kastor sedikit demi sedikit sambil memutar hingga  sehingga adunan kental dan bertanduk.
   Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih
   telur.Sebatikan hingga rata dengan cara kaup balik menggunakan spatula.Setelah rata
   masukkan semua baki serbuk almond sedikit2 dan gaulkan dengan kaedah yg sama se-
   hingga adunan bergaul sempurna.
   Kemudian bolehlah kita letak pewarna.Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 6 bahagian.
3.Masukkan adunan tadi ke dalam beg plastic atau piping beg.
4.Kemudian picitkan atas bulatan yang telah kita buat atas kertas tadi.Siapkan sampai habis.
   Ambil toothpick,pecahkan mana-mana gelembung udara yang terbentuk di permukaan
   macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jadi berlubang bila dibakar.
   Rehatkan macarons lebih kurang 30-45 minit.Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila
   kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
   Panaskan oven 150'C.Jangan panas sangat kerana nanti macaron pecah atau retak.
   Letakkan tray di bahagian tengah dalam oven.Bakar selama 15-20 minit.
   Setelah masak,letakkan macarons bersama kertas pembakar atas rack dan biarkan ia sejuk.
   Bila dah sejuk bolehlah kita letak ganache apa2 yang kita suka.
 
 
Enjoiii...


12 ulasan:

Gee® berkata...

Naaakkk....!!!

Melly Octaviana berkata...

Tak nak enjoy photo nya.. mau enjoy macaroon nya... hehe

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

halus licin gebu!! terbaekkkk!!

Rohah berkata...

suka tengok macaron tergolek..cantik, bilakah den boleh rasa ye...

Bbwana adienia berkata...

colorfulnya macaron..cute.

Bbwana adienia berkata...

colorfulnya macaron..cute.

ibh_sue berkata...

Gambar cantik. Macaron pun cantik hasilnya. :)

Amie berkata...

cumel2 macaronsnya tu buk Rahel... kayak urangnya juak...

Marou Apple Hijau berkata...

ala comelnya.. nak satu!

Entri Terbaru : Semua Besar Dengan Samsung Galaxy Mega 6.3

Wani berkata...

bila la nak merasa hasil air tangan rahel mau gak nak order . makin cantik macaroon dia ... tolong hantar via flight boleh ?? hik3

Mamasya berkata...

Cantik jadinya makaroon Rahel ni.warnanya pun sgt cantik...suka tengok.

Aya Chalo berkata...

Sedapnyaaaa...