Selasa, 23 Julai 2013

Cendol Gula Melaka

Selamat petang dan selamat berpuasa...
 
 
Cendol Gula Melaka
Sumber resepi:Hanieliza
 
Cendol
 
Bahan:
3 cawan jus pandan + pewarna hijau (gunakan 10-15 helai daun pandan)
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur
secubit garam
 
Cara:

1.Gaulkan semua bahan dan tapiskan.

2.Masak dalam kuali/non-stik wok sehingga naik wap dan kental.(sentiasa kacau supaya tidak hangus)

3.Sediakan mangkuk berisi air sejuk atas meja.

4.Tekan atas acuan berlubang.(Rahel guna senduk berlubang macam kak Liza)

5.Sediakan air gula merah dan santan untuk cendol.(Boleh gantikan air soya/susu cair atau air bandung untuk makan cendol)
 
Sirap gula Melaka:
1 ketul gula Melaka (potong kecil2)
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan
 
*Masak hingga gula larut dan pekat,tapiskan,sejukkan.
 
*Untuk santan pulak Rahel gantikan dengan susu segar...nyaman bah..
 
 
 
Terima kasih kepada Chef Hanieliza atas resepi cendol yang meletop.


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rahel sedapnya, rajinnya buat sendiri

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum rahel..
sedapnya cendol bulan2 posa ni.. sejuk tengok kan..

Unknown berkata...

nyummy...pandai masak nih..kalau dekat boleh sy telefon nak oder.

Gee® berkata...

Sedapnyaaa...gulp!

Nazrah berkata...

biasa kalau yg beli tu panjang panjang cendolnya kan..

Rohah berkata...

Klu berjiran ni, mesti dah tempias cendol tu kat rmh akk..ngeh ngeh...sodap rrrr

Liza berkata...

rajinnya rahel buat cendol sendiri...Liza selalu beli je coz dulu2 pernah buat tp tak jadi...frust sgt