Selasa, 11 September 2012

Pukis

Salam manis dan selamat bersiaran.Apa khabar semua? sihatkah? Petang ni Rahel hidang kuih Pukis untuk minum petang.Pukis ni memang menjadi kuih kesukaan Rahel dari kecik hingga skarang tak ketinggalan kuih tradisional ni...kalau malas nak buat pegi beli jer kat gerai..RM1.00/6 biji..dah puas makan.Untuk membuat kuih pukis kena la beli dulu acuan dia yang macam acuan kuih dangai tu..berbaloi tau..sebab buat pukis ni bukannya rumit..panggang pun sekejap sahaja..pastu makan time hangat-hangat..waduh..sedapnyer..ok la tu..jom kita minum petang..
.

Pukis

Bahan:
250g tepung gandum
150g gula kastor
2 biji telur
65g mentega-dicairkan
250ml santan + 1sudu teh garam
1 sudu teh vanila serbuk
1 sudu teh yis segera
50ml susu pekat manis
1/4 sudu teh soda bikarbonat

Topping (sesuai selera):
keju keping,1 keping dipotong jadi 8 bahagian
chocolate rice
kismis

Cara membuat:
-Putar gula dan telur hingga putih mengembang.
-Masukkan tepung gandum,vanila,soda bikarbonat dan yis,gaul rata.
-Putar lagi sambil tuang susu,santan dan mentega secara bertahap.
-Tutup adunan dengan tuala bersih,perap selama lebih kurang 20 minit hingga mengembang.
-Panaskan acuan,masak adunan sampai masak.

*Campurkan sedikit pewarna kuning ke dalam adunan agar tidak pucat.
*Untuk corak coklat,alihkan sedikit adunan dan letak sedikit emulco coklat.
*Putar adunan hingga kembang (putar lebih kurang 5 minit)



Selamat menikmati Kuih Pukis.

25 ulasan:

mala berkata...

salam rahel ,

mala selalu beli ni pukis masa tinggal di brunei ... kenangan :)

rahel berkata...

wsalam Mala...
memang betul la tu...kat brunei ramai orang Indonesia kan...jadinya ada la kuih pukis ni kat brunei..

izahdaut berkata...

1st time tahu kewujudan n nama kuih ni.. kuih tradisi ye.. hmmm nampak sedap..

ijayuji berkata...

salam kak! weeeeeee... suke lerrrrrr kuih nii! masa balik mesia itu hari ada beli tp acuan dia takde lerrr tak tahu rupa acuan dangai tu mcm mana :D

ibundo berkata...

i likeeee....
bundo nak buat ni satu hari nanti. Bundo ambek resepi ni. tq.

Chah berkata...

Kok pukis namanya... Xtau nama. Feberet my arjuna ni. ..acuan rahel tu tembaga ke? Boleh rahel tayang x rupa mouldnya...

Shiela berkata...

Assalam Rahel.. festaim dengar ni, tp nampak sedaplah..

zila norazila berkata...

x pernah dengar jgk ..pestime nie..nampak sedapp la..acuannya ada kt smnanjung kew ?

FnF Simple Life berkata...

sedapnye... nmpk gebu je. nk sepiring he3x

Rohah berkata...

semalam baru je sembang ttg kuih ni ngan mak...mengimbas zaman kanak2 dulu.sekarang tak jumpa kuih ni..acuan tu pun susah nak dapat..

Gee® berkata...

Owww... kuih Indonesia yer... nampak sedap jer...macam dorayaki jer... hehehe

hazila berkata...

Salam Rahel,

Saya pernah nampak acuan kuih ni. Harganya RM60 lebih. Kat sana murah ke?

JaSSNaNi berkata...

Assalamualaikum.. selamat pagi rahel.. :)
wahhh tadi ingatkan pukis ni apa.. rupanya sejenis kuih yg comel.. acuannye pun 1st time nampak..

Azlita Aziz berkata...

salam Rahel..

akak tak pernah dengar.. ^_^
tak pernah lihat @_@
tak pernah rasa *_*

huhu jakun sekejap hehe

Tanpa Nama berkata...

tak penah tgk pun hihi jadi mcm jakun sikit

sedap tak rahel, kot2 jumpa bolehlah try beli =)

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

baru kali pertama tgk dan tau namanya
mesti sedap bila jd feberet Rahel ni kan
emmm kalu jumpa bolehlah try jugak kan

Wani SK berkata...

ehh kuih ni macam kenal.. susah nak jumpa kuih ni sekarang lama dah x makan... ... tapi nak buat tu kena ada mould lak ya .. kat mana la nak beli.. sedap bangat ni time panas ..

Unknown berkata...

Assalammualaikum Rahel, kalau akak turun Tawau, boleh jumpa Rahel ka? teringin nak makan kuih Pukis ni, tak pernah nmpk pun area KK.

Food and story berkata...

Rahel itu kue pukis cantik kali..., gimana tekstur nya. Empuk dan moist gak. sayang gak punya cetakannya nih :)

Mamasya berkata...

Salam Rahel.pernah juga beli kuih ni masa di Brunei dulu tp lupa nama kuih apa kat sana. mmg enak buat minum ptg....

Unknown berkata...

Assalamualaikum Rahel :D

Pertama kali Kak Lin dengar dan lihat kuih ni...mcm mana erk rasanya?

Qasey Honey berkata...

Rahel...QH pon xpenah kenal..xpenah tau...xpenah rasa pon kuih ni...mmg sgt jakun 1st time mlihatnye...nmpk mcm sedap tu...

MamaFaMi berkata...

Mama nak tumpang tanya, kalau mama nak beli acuan kuih ni, mama boleh order dengan Rahel ke? tq

khairiah khaizu berkata...

nampak macam sedap je rahel, macam apam balik ke.....

enazamri berkata...

Asslm dimana bole beli acuan kuih ini..