Ahad, 16 September 2012

Chocolate Macaroon

Salam manis dan selamat berhujung minggu...eh..Selamat Hari Malaysia...

Resepi Chocolate Macaron kali ni Rahel ambik dari buku resepi,memang mudah aje cara penyediannya.Sebelum ni Rahel pernah jugak buat macaron dan telah ada dalam blog,kawan2 boleh search kat label macaron yer...ok la jom kita teruskan cerita sikit petua untuk menghasilkan macaron yang cantek..eh tak cantek pun...hehehe...ada sebabnya....serbuk almond tak kena ayak...hehehe..kalau nak macaroon yang licin macam porcelin..kena la ayak betul-betul serbuk almond tu ye..
Na...memang ndak sabar sudah ni kan..tapi mohon maaf la sebab tak dapat ambil gambar step by step ketika berlangsungnya proses pembuatan chocolate macaron..maklumlah sorang-sorang je masa tu di rumah.Tapi kiranya apa yang Rahel ceritakan di sini dapat membantu kawan-kawan yang masih belum lulus dalam menangani kes macaron...cerrr...
Baiklah,kita teruskan dulu ya...kalau nak buat chocolate macaron..mula-mula kita kena la siapkan bahan-bahannya seperti berikut:

Chocolate Macaron
Sumber:Buku Resepi

Bahan-bahan:
75g almond serbuk
100g gula icing
2 sudu besar serbuk koko
2 biji putih telur gred A (80g)
50g gula kastor

Cara membuat:
1.Satukan almond serbuk,gula icing,serbuk koko dalam food processor.Proses selama
   15 saat.Kemudian ayak bahan ini.

2.Masukkan putih telur ke dalam mangkuk pengadun.Putar sehingga kembang dan pekat
   (soft peak).Perlahan-lahan masukkan gula kaster sambil diputar hingga adunan nampak
   mengkilat.

3.Masukkan campuran almond serbuk tadi ke dalam adunan putih telur secara bertahap
   sambil dikaup balikkan sehingga rata.Angkat sedikit adunan guna spatula,jika adunan
   jatuh dengan perlahan maknanya adunan dalam keadaan yang baik.

4.Masukkan adunan ke dalam piping bag.Paipkan ke atas dulang yang telah dilapik
   dengan kertas pembakar seluas 1 inch.Kemudian hentakkan dulang agar buih2 macaron
   hilang.Rehatkan macaron selama 30 minit hingga permukaannya kering.
   Panaskan oven 160'C selama 15 minit.

5.Bakar macaron selama 10-15 minit.Setelah masak biarkan 10 minit hingga sejuk,
   kemudian tanggalkan dari kertas pembakar.Biarkan lagi sehingga benar2 sejuk
   baru letak inti.
  
Chocolate Filling:
100g dark chocolate-potong kecil
150ml double cream (dairy cream)

Cara:
1.Letak potongan coklat dalam mangkuk tahan panas.
   Panaskan double cream sehingga panas.Kemudian tuang ke dalam mangkuk yang
   berisi potongan coklat tadi.Kacau perlahan hingga coklat larut.Biarkan sejuk selama
   15-20 minit atau sehingga coklat pekat.

2.Masukkan coklat ke dalam piping bag.Ambil satu keping macaron dan paipkan inti
   coklat di atasnya.Tekapkan dengan satu keping macaron.Buat sampai habis.

LANJUTAN CERITA MACAROON MERANGKAP PETUA:
*mula-mula dengan bahan kulit macaroon:sebaiknya almond serbuk hendaklah dikisar ter-
  lebih dulu dalam food processor tapi jangan sampai terlebih kisar sebab almond serbuk
  akan berminyak.Kemudian ayakkan dan timbang semula menjadi 75g & jika perlu jemur
  dulu kalau agak lembap.

*Gula icing & serbuk koko pun kena ayakkan juga.Kemudian satukan dg almond serbuk.
  Dalam resepi kita disuruh satukan ketiga bahan ni ketika hendak dikisar kan,tapi
  sebaik-baiknya secara berasingan,senang nak sukat balik.

*cakap pasal cara no.2 pd resepi:masukkan putih telur ke dlm mangkuk pengadun,putar
  sehingga berbuih,masukkan gula kaster sedikit demi sedikit (buat 3x) sambil diputar
  sehingga benar2 mengkilat,jika mangkuk diterbalikkan adunan tidak terjatuh,time ni
  kita kena periksa meringue tu,jika di dasar mangkuk masih berair maknanya putih telur
  belum sempurna,sebab kadang2 jika dibiarkan beberapa saat akan kelihatan berair
  kan..maknanya kena putar lagi hingga benar2 kukuh,jika meringue sudah kukuh takkan
  cair di dasarnya walau pun dibiarkan agak lama.Pastikan juga putih telur yg kita guna
  adalah putih telur yang segar,jadi senang nak kembang dan mengkilat.

*Setelah meringue siap,masukkan campuran almond serbuk,gula icing,serbuk koko secara
  bertahap (buat 3x),kaup balikkan hingga rata setiap kali bahan kering dimasukkan.Ambil
  sedikit adunan guna spatula,sengetkan spatula,jika adunan jatuh perlahan maknanya dah
  ok la tu.Masukkan adunan ke dalam piping bag.Paipkan ke atas dulang yg telah dilapik
  non-stick baking paper sebesar 1 inch (jangan guna kertas minyak tau).Time kita paipkan
  adunan ke atas dulang,pastikan pegang piping bag dalam keadaan yang menegak,
  jangan sesekali sengetkan piping bag kerana akan menyebabkan macaroon tidak
  rata/bulat.Jangan lupa jarak kan setiap adunan.Kemudian pegang hujung dulang dan
  hentakkan ke atas meja,lepas tu pusingkan dulang,pegang lagi hujungnya,angkat dan
  hentakkan lagi ke meja,ini bertujuan untuk membentuk/meratakan permukaan macaroon
  dengan cepat & juga membuang buih halus di atas permukaan macaroon.Setelah itu
  biarkan macaroon kering,jika disentuh dengan jari tidak ada yg basah atau melekat,
  kalau nak cepat kering on kipas.Macaroon akan kering dalam masa 60-90 minit.

*Punca macaroon retak ketika dibakar ialah kerana tak cukup kering,jadi sabar-sabarlah
  kasi kipas itu macaroon sampai betul-betul kering sebelum dimasukkan dalam oven yer..

*Setelah macaroon kering panaskan oven pada suhu 160'C selama 10-15 minit.
  Letak dulang yang berisi macaroon pada rack bawah dalam oven dan bakar guna api
  atas bawah.Ingat,suhu oven berbeza tau jadi pandai2lah set suhu oven korang yer...
  ok..pastu bakar macaroon selama 5-8 minit,kemudian keluarkan dari oven dan dengan
  pantas pusingkan dulang tadi & bakar lagi macaroon selama 5-8 minit.Tujuannya ialah
  supaya macaroon masak sama rata.Setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan
  selama 10 minit,kemudian tanggalkan dari kertas pembakar.Biar sejuk sepenuhnya
  baru letak inti coklat.

*Adalah sebab macaroon melekit pada kertas pembakar dan susah nak tanggalkan kerana
  macaroon tak masak sempurna,jadi kalau rasa2 macaroon belum masak sempurna
  ketika dibakar selama 5-8 minit sebaiknya masa membakar ditambahkan dari 5-8 minit
  ke 10-12 minit.Jika macaroon masak dengan sempurna maka bahagian tapak macaroon
  pun halus dan mulus...korang boleh tengok dalam gambar kat atas tu...

*Kalau nakkan kaki macaroon yang tinggi,bakar macaroon guna api atas sahaja selama
  5-8 minit.Kemudian bakar lagi macaroon guna api atas bawah selama 5-8 minit.

*Untuk menyimpan macaroon memang sangat mudah,sesudah diberi filling,simpanlah
  macaroon di dalam peti sejuk jika belum dihidang.

*Ini aje petua tentang macaroon yang dapat Rahel kongsikan di sini,semoga dapat
  membantu.
 

Selamat mencuba.

14 ulasan:

Amie berkata...

Selamat Hari Malaysia Rahel... apa juga yang dingat sampai boleh melupa...

JUICY CAFE berkata...

hi rahell..ambooiiii mengancam sungguh macaron nih sis..lama rasenya i x buat..

Bicara Kak Noor berkata...

salam Rahel..
akak setia menunggu resepinya ni sbb cantik bangat tengok macaroon tu

ibundo berkata...

rahel ni buat apa pun cantik...

ijayuji berkata...

Salam kak, lamaaaaaaaaa sgt tk mkn mac ni lerrr ni yg terasa gian nk buat jugak :D tp da lama tak buat takut takde kaki :D

FnF Simple Life berkata...

cedapppnye... coklat mesti laaa terbaekkkk...

Rohah berkata...

bila nak buat nie..dah jauh akak ketinggalan..sedap ni,cekelet cekelet..

mama sara nur berkata...

selamat hari malaysia

wah cantiknya ...
bila nk berjaya buat macaron ni hu hu akak dah cuba tp x lawa sedeyyy tau

LinRosly berkata...

Assalamualaikum Rahel :D

Kak Lin mmg nak cuba buat chocolate Macaron Ni...tapi takut juga kalau tak menjadi. Kak Lin cuba copy resepi dulu yer...

Insya Allah Kak Lin akan cuba.

Terima kasih Rahel...Muaaahhhh

Melly Octaviana berkata...

Rahel.. gw minta dong macaroon nya, belum pernah makan yang namanya macaroon apalagi buat nya.huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Salam Rahel. Kalo oven api bawah sahaja masih boleh ke bakar macaroon?

dah tak sabar nak wat ni...ok tq so much rahel.

rahel berkata...

Wsalam...em...tak berani cakap...tapi cuba dulu la..manatau berhasil...hehe..

Nasuha berkata...

mcm dorayaki dlm crta doraemon pulak..

Nur Farahin berkata...

Nak save resepi tq