Selasa, 13 Mac 2012

Satay Ayam Serai

Selamat pagi semua..semoga sihat dan ceria selalu.Jom kita masak satay ayam serai yang ala satay lilit bali.Kalau buat macam ni lagi senang dan sedap,makan time panas-panas memang mantap betul rasanya.




Satay Ayam Serai
Sumber:Rahel

Bahan:
200g isi ayam kisar
50g kelapa parut putih
3 ulas bawang merah kecil}
2 ulas bawang putih}
1/2 sudu kecil serbuk lada putih},ditumbuk halus
1 tangkai cili merah,dicincang
1 tangkai daun kari,dicincang
1 sudu kecil gula pasir
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk ketumbar
garam secukup rasa

10 batang serai dipotong 5-6inci

Cara:
1.Satukan semua bahan dan gaul rata.
2.Ambil 1 sudu makan adunan ayam dan tempelkan pada batang serai.
3.Panaskan kuali leper,sapu dengan minyak panggang satay ayam dalam kuali hingga
   masak.Setelah masak hidang bersada lada bawang bersauce manis.

Lada Bawang
4 sudu makan sos manis ABC
7 tangkai cili api,ditumbuk halus
2 sudu makan air panas
secubit garam

Cara:
1.Satukan semua bahan dan hidang bersama satay ayam serai.


Selamat menikmati Satay Ayam Serai

12 ulasan:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Salam Rahel,sedap tu...boleh la kak Ros tumpang makan tengahari ni.

rahel berkata...

Wsalam Kak Ros..hihi..boleh jer..

Gee® berkata...

Rahel, kak gee pon nk tumpang makan juga...

Ucu Faridah berkata...

berkobar2 jiwa nk buat menu rahel ni...tpi tak tau bila...
dan skrang ni pon berkobar2 nak tumpang makan sekali...hihihi..

Qasey Honey berkata...

QH pon nk tumpang mkn jugak la...sedap nmpk menu kat atas tu...

izahdaut berkata...

ish ish.. rahelll.. rjin bangat kamu. mesti sedap ayam yang dipanggang dengan serai. rahel nak tanya, serai tu, lepas ayamnya dimakan, masih boleh digunaan lagi ke? err ke soalan tak logik ni..

Tina Othman berkata...

alamak, dtg time lunch terus lapar tgk ayam serai ni, sedapnya

menitik2 dah air liur ni hihi

dZana berkata...

wahh sedap ni.. msti meresap bau serai kt ayam tu.. rajin tul rahel

rahel berkata...

Kak Gee,Ucu Faridah,Qaseh Honey...jom la singgah..kita makan sesama...

rahel berkata...

Izah Daut,tak pernah guna la..hehe..mgkn bole je una balek,tp rasa dah lain..huhu..

rahel berkata...

Tina Othman..pi lap liur tu dg tisu..kalau rajin buat la satay ayam serai ni..

rahel berkata...

Kak Dzana..semestinya sedap dan wangi...berselera betul gue makan tadi..hihi..