Rabu, 20 Julai 2011

Green Tea Cheese Cake

Selamat bertemu kembali di sini..dan selamat menjamu mata..hehehe..Tengah hari tadi tiba-tiba pulak teringin mo  merasa ciskek,kebetulan masi ada cream cheese dalam peti sejuk...saya  pun mula  la bergerak cari  bahan-bahannya teringat  lagi ada stok green tea  powder dalam  simpanan..hari tu beli di  cosway kononnya untuk  buat minuman la..tapi memandangkan masi banyak jadi di pelbagaikan la..

Ni saya mo cerita tentang chiskek green tea yang skrg  ada di sini ni memang betul-betul sedap dan  berkrim rasanya walaupun bahan-bahannya simple jak..rasanya  macam makan aiskrim..lembuuut membelai lidah..nyamannnn bah..

Green Tea Cheese Cake
Resepi:Rahel


Bahan:
1 sdb green tea powder,ayak
270g cream cheese,biarkan pd suhu ruang
260g non-dairy whipped cream
70g gula kastor
2 biji kuning telur B
1 sdb air perahan lemon
sedikit pewarna hijau

1 sudu besar serbuk gelatin}
2 sudu besar air}-rendam hingga gelatin kembang,panaskan dg cara double boil
                             hingga gelatin larut.

Bahan base:
80g biskut marie,kisar kasar
2 sdb penuh mentega,cairkan

loose tin 7",griskan dan alas dengan baking paper

Cara:
1.Satukan bahan base dan gaul rata kemudian mampatkan dlm acuan.
   Simpan dalam peti sejuk.

2.Pukul whipped cream sehingga kembang dan kaku.Kemudian letak
   kan dalam peti sejuk.

3.Satukan kuning telur,gula pasir,air perahan lemon.Kacau rata guna
   guna hand whisk sehingga nampak berkrim.

4.Panaskan dg cara double-boil selama 2 minit sambil dikacau terus.Angkat
   dan ketepikan.

5.Pukul cream cheese sehingga lembut,masukkan green tea powder dan
   pukul lagi hingga rata.Masukkan bancuhan telur,pewarna dan
   gaul rata.Tambahkan whipped cream dan gaul rata.
   Akhir sekali masukkan bancuhan gelatin,gaul rata.

6.Tuang ke dalam acuan.Simpan dalam peti sejuk selama 3 jam baru potong.

 Selamat menikmati Green Tea Cheese Cake.

Tiada ulasan: