Isnin, 25 April 2011

Nescafe Cupcake

Selamat bersiaran kembali..semoga  semuanya  sihat dan baik-baik belaka.Satu hari mengong fikir apa  yang nak dikerjakan kat dapur..bila  ingat-ingat pada buku resepi yang satu tu..kita terus laju belek-belek buku tu,dah puas tengok satu persatu resepinya..akhirnya kek nescafe jadi pilihan kami..apa lagi..tanpa membuang masa gue terus periksa bahan-bahan  untuk baking kat dapur..emm nasib  baek ada semua yang diperlukan dalam resepi tu..



Okla kawan-kawan..wajip cuba dan rasa kek ni tau...sangat sedap,lembut dan gebu texture dia..sedap sangat pekena teh o...nyam nyam nyam....


Nescafe Cupcake
Sumber:Buku Resepi

  Bahan:
250g mentega
220g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
200g gula kastor
50g susu cair
4 biji telur gred A
2 sudu teh nescafe dibancuh dengan 2 sudu teh air panas
1 susu teh coffee emulco





Cara:
1.Satukan mentega dan gula kastor.Pukul hingga adunan kembang dan putih.
2.Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3.Kemudian masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau berselang-seli
   dengan air susu.
4.Seterusnya masukkan bancuhan nescafe dan digaul sebati.
5.Tambahkan coffe emulco dan gaul rata.
6.Letakkan 1 1/2 sudu besar adunan ke dalam papercup.Bakar pada suhu 170'C
   selama 20 minit.


Untuk Krim Mentega:
150g mentega
350g krimwell
180g sirap gula/susu krimer manis
3 sudu makan gula aising

Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu dan gula aising.Pukul lagi hingga sebati.
3.Hiaskan pada kek cawan/kek.

Pesan:
*Warnakan topping ikut kegemaran anda.





Selamat menikmat Nescafe Cup Cake..

2 ulasan:

Unknown berkata...

rahel..petang2 ni pekena kek ni memang sedap

rahel berkata...

Betul tu Sally,tambah pulak dengan kek yang begitu lembut dan ringan...memang best sangat-sangat.