Sabtu, 30 April 2011

Apam Karamel

Apam karamel ni ada kelainan bab guna karamel jadi ada haruman karamel la katakan...dan yang pasti rasanya pun berbeza dengan apam yang lain jadi jom try buat apam karamel bersama saya.


Apam Karamel
Sumber:Buku Resepi


Bahan apam:
2 biji telur
150g gula pasir
1/4 st garam
2 st ovallet
300g tepung gandum
200ml minuman bersoda
1/2 st esen vanilla

Bahan Karamel:
100g gula pasir
100ml air

Cara:
1.Karamel;goreng gula tanpa minyak hingga cair,tuangkan air sedikit
   demi sedikit sambil dikacau hingga gula larut.Angkat,ketepikan.
   Ambil 100ml saja.
2.Untuk buat apam;pukul telur,gula pasir,ovallet,garam sehingga
   benar2 kembang selama 10 minit.Masukkan karamel,pukul rata.
3.Masukkan tepung gandum berselang-seli dg minuman bersoda
   sambil dipukul perlahan.
4.Beri sedikit pewarna ikut pilihan masing2,sudukan ke dalam acuan
   dan kukus dg api kuat selama 15 minit.

Tiada ulasan: