Rabu, 13 Jun 2012

Bun Sosej

Salam manis dan selamat bersiaran kembali...apa khabar semuanya? Hari ni Rahel hidang bun sosej+teh O pulak untuk sarapan..em memang sedap la.Sebenarnya buat bun ni dah lama dirancang tapi mod menguli belum mari jadinya ditunda terus..dan setelah mod menguli sudah mari tepung roti pulak buat hal..berkutu..huhu..terpaksa gue campakkan ke dalam cik tong..ambik kau! Harus beli tepung roti yang baru lagi...dan teruskan meroti..
Bun Sosej
Sumber:Rahel

Bahan A:
240g tepung roti
60g tepung red rose
50g gula kastor
5g garam
10g susu tepung
2 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh pemantap roti
1/2 sudu teh pelembut roti

Bahan B:(disatukan,kacau rata)
1 biji telur C
150g air sejuk

Bahan C:
30g unsalted butter

Bahan D:
1/2 sudu kecil minyak jagung

Sapuan telur:(disatukan & kacau rata)
1 biji telur C
50ml air

Sosej secukupnya
Sedikit bijan
Sedikit mentega

Cara:

1.Masukkan bahan A ke dalam mangkuk besar,kecuali garam.Kacau rata hingga mesra.Masukkan pula garam,kacau lagi sehingga sebati.

2.Masukkan telur+air perlahan-lahan sambil diuli hingga sebati.Masukkan pula mentega perlahan-lahan (3x) sambil diuli hingga rata.Teruskan menguli doh selama 50-60 minit untuk mendapatkan doh yang betul-betul kenyal.Masukkan pula minyak jagung,uli rata.

3.Biarkan doh mengembang selama 45-60minit.Setelah kembang,sapu tangan dengan sedikit minyak dan tekan-tekan doh untuk keluarkan angin.Bulatkan doh kembali.Rehatkan lagi 15 minit.

4.Timbang doh 60g setiap satu.Bulatkan doh.Kemudian canai bentuk bujur,letak satu batang sosej dan gulung kemas.Biarkan kembang selama 45-60 minit.Setelah kembang,sapu permukaan bun dengan telur dan taburkan bijan.

5.Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 180'C selama 15-25 minit.

6.Setelah masak,panas-panas dioles dengan mentega.

*Sentiasa sapu tangan dengan sedikit minyak/tepung jika doh melekat pada tangan.

*Doh harus diuli hingga betul-betul kenyal untuk mendapatkan bun yang enak dan sentiasa lembut walau pun disimpan dalam bekas kedap udara selama 2-3 hari.

*Jika terdapat gelembung2 udara semasa mencanai doh tekan2 dengan telapak jari utk keluarkan angin.

*Tepung red rose boleh digantikan dengan tepung hongkong,tepung superfine.

Selamat menikmati Bun Sosej.

20 ulasan:

Hanis Zulaikha berkata...

ya ampunn rotinya gebu sekali....yumm2x...

Gee® berkata...

Rahel, k.gee nk oder roti sosej 3 ketoi nk buat sarapan esok...

ibundo berkata...

bundo pun selalu beli tepung roti tapi tak berbuat-buat. Bila teragak nak buat, memang sah berkutu haha..
ke cik tong lah gamaknya.

err.. mintak roti tu dua tiga ketul.

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

salam rahel..
bun sosej ni kalau akak buat sekejap je lenyap! hehehe.. anak2 mmg suka sgt apa2 makanan kalau ada sosej...

Liza berkata...

fuhhhh, terangkat bebb,,ni kalau anak2 Liza tgk roti sosej ni, kompem2 diaorg suruh buat....hihihihi
Rahel, apa fungsi tpg rose tu ye..nk bg lg lembut ke?

Unknown berkata...

salam Rahel ala gebusss nya roti ni makan satu bun pun dah kenyang ni apa lagi ada sosej mesti sedap dan boleh ngantukss makan tenghari gini kan..

tun_telani berkata...

gebus!! tun mmg xpernah jemu mkn roti sosej ^^ suka sgt!

FnF Simple Life berkata...

wow...tembamnye sosej bun niiii...geram

Tanpa Nama berkata...

salam rahel

gebunya roti tu, saya pun lamaaaaaa sangat dah tak meroti, sebab malas nak menguli, tapi makan nak hehe

quinnie berkata...

ni roti favorite kita ni rahel..sedapnya....boleh licin 3 biji sekali makan nih...kekekke

Mamasya berkata...

Salam Rahel.nampak gebus roti sosej ni...bulat molek jadinya. anak2 kalau roti sosej tarik mkn sosej dulu...

Nuwairani berkata...

sosej ade. tapi mood menguli belum datang lagi. selalu je mcm tu. kalau mood datang, bahan pulak yang tak de. tumpang makan yang rahel buat ja la..

Amie berkata...

Ha ha ...kak Amie juga sudah mari... ada lagi ke, eh tanya pulak..bun sosej dibuat sarapan pagi, gue datang dah tengah malam, mana ada lagi... hu hu huuu balik Lahad Datu dengan perut kosong!

Evelyn Gemina berkata...

Hi kak rahel, tak sesuai sekali kalau berjalan2 diblog org time lapar ni kan, hmmm kan lapar sdh, hehe...

Shahriah Abdullah Novelis berkata...

Waduhh molek benor rupa sosej tu pink dan molek aje tersentil hehhee.... gebus rotinya.. gambar pun cantik bahhhhh

Yana Shaiful berkata...

Dah lama mood meroti yana ilang..malesnyaa nk meroti skg nii..tgk roti rahel mmg gebuss jer.. dpt 2 3 bijik pun dh ok nii..suka sgt bun ada sosej ^^~~~

ummiakid-lily berkata...

Ya ampun...jeles tengok bun tu. Dah lama x meroti...mcm gatai jer nak buat tapi mcm malas jer...order 2 ketoi buleh..?

Rohah berkata...

salam..
akak pun dah lama tak uli2 roti, malasss semacam je..tp trgoda sudah tgk pintalan roti ni..

Mel berkata...

What is "tepung red rose", I wonder? Any idea what is that called in English?

Mel berkata...

Oh just got it, the Tepung Red Rose can be substituted with superfine flour or hongkong flour. (Miss out reading that). Just wanna say, you blog is fantastic!