Khamis, 28 April 2011

Donut

Selamat bertemu kembali,apa khabar semua? dah siap minum petang k? Kali ni Rahel nak share pulak satu resepi donut yang simple tapi gebus,bahan2nya pun mudah didapati dan buatnya pun senang je..so bolehlah kawan-kawan try jugak nanti..pasti puas hati dan suka sangat..

Nak cerita sikit bab resepi donut ni,sebelum ni ada juga Rahel share resepi donut ni kat My Resepi dan ada jugak kawan-kawan yang sudi mencuba...mekasih kepada yang dah sudi mencuba resepi donut ni..jom tengok lagi resepinya.

DONUT
Sumber:My Resepi

Bahan-bahan:
500g Tepung Gandum
1 paket yis
220ml air
3 sudu besar susu tepung
4 1/2 sudu besar gula caster
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
30g marjerin

Minyak untuk menggoreng

Cara membuat:

1.Satukan yis,gula dan air.Kacau sedikit dan biarkan bancuhan yis berbuih selama lebih kurang 5-7 minit.

2.Satukan tepung gandum,susu tepung,baking powder.Tuang bancuhan yis berserta telur ke dalam campuran tepung.Uli sehingga sebati.Tambahkan marjerin.Uli lagi sehingga menjadi doh lembut dan anjal.

3.Bahagikan doh kepada 20 bahagian.Bulatkan doh.Susun dalam tray yang sudah ditabur teoung.Rehatkan doh selama 30 minit.Setelah itu buat lubang di tengah.Rehatkan lagi lebih kurang 10 minit.

4.Panaskan minyak secukupnya.Goreng donut dengan api sedang sehingga masak.


                                                                                 
Selamat menjamu mata.

Tiada ulasan: