Rabu, 19 November 2014

Bingka Pisang

Salam ceria selalu.Hari ni kita hidang Bingka Pisang yang simple tapi sedap,kebetulan ada beberapa biji pisang masak yang tidak terusik jadi kita pun cari cara untuk jadikan ia kudapan di petang hari..sangat mudah cara penyediaan tapi hasilnya memuaskan...sedap tau.Terima kasih Kak Fida untuk resepinya,saya perpanjang di sini sebagai rujukan pembaca dapur Rahel...

BINGKA PISANG
Sumber:Kak Fida 

Bahan-bahan :(2 keping acuan bahulu pecah 8/loyang 9x6inc)
2 cawan pisang yang dilecek halus
1/2 cawan gula merah
100ml santan pekat
2 biji telur
sedikit garam
sedikit esen vanila/pisang
1 sb marjerin/mentega
1- 1 1/2 cawan tepung gandum (Rahel letak 1 1/2 cawan tepung gandum)~diayak
2 biji pisang~didadu ketika hendak dicampurkan ke dalam adunan

Cara-cara:
1.Pisang lecek,gula,telur,santan,garam,marjerin dan esen dikacau rata.
2.Masukkan tepung dan kacau terus hingga sebati.
3.Masukkan pisang dadu ke dalam adunan dan gaul sebati.
4.Loyang/acuan disapu marjerin dan dipanaskan sebentar dalam oven,keluarkan dan tuang
   adunan bingka dan bakar selama 30 minit atau hingga garing permukaannya.
5.Sejukkan kuih di atas redai sebelum dipotong dan dihidangkan.


Selamat mencuba.

6 ulasan:

Ania berkata...

Salam kenal! Blongnya keren dan enak;)! Saya lihat bahwa Anda upload banyak foto makanannya. Apa Anda mau mengembangkan blognya lagi?
Kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Coba servis kami tanpa registrasi :)

Unknown berkata...

dah lama tak buat bingka ni rahel, macam tingin je tengok yg rahel punya ni

Tanpa Nama berkata...

sedapnya, kat rumah ni apa yg berasaskan pisang semua pun suka

Sweet red cherry berkata...

wah cantiknya kejadian bingka rahel buat tu..nda pernah pula wana buat bingka pisang..macam menarik ni.. :)

rahel berkata...

Ania
thanks udah mampir k sini.

Kak Noor
sama la kita,sy pun lama betul baru buat bingka pisang ni...klu ada masa free bole kak cuba ya.

Tina Othman
apa2 kuih yg berasaskan pisang memang best kan..

Bbwana..
bingka ni senang jak buatnya nda mcm buat kek...jadi sila2 la mencuba ya...sedap ba buat sarapan atau pun minum petang.

Rosdi Eunos berkata...

Saya suka tengok koleh teh tu.. menggamit nostalgia...
sangat klasik.