Rabu, 7 Mac 2012

Roti Gulung Mentega Kayu Manis

Salam manis buat semua,semoga sihat dan ceria selalu.Ini pertama kalinya Rahel buat roti yang bergulung-gulung macam ni,so gulungannya pun tak kemas lagi..budak yang baru belajar la katakan..hehe..tapi Rahel suka sangat time buat adunan roti ni,memang mudah dan naik elok je dohnya..hem lembut dan gebu.




Time mahu ambik gambar punya la  tidak keruan,time mendung yang gelap dan hujan kuat,jadinya gambar pun samar-samar,part ni yang tak acik ni.

Resepinya saya share di sini sebagai rujukan di masa-masa mendatang..harap kawan-kawan sudi mencuba,sebab yang ni memang sedap,lembut dan gebu punya roti,rugi kalau tidak mencuba,tak dapat makan..

Roti Gulung Mentega Kayu Manis
Sumber:Koleksi Roti


Bahan A:
280g tepung berprotein tinggi
15g tepung susu
2.5g pelembut roti (Rahel letak 1/2 sudu teh pelembut roti)

Bahan B:
60g gula kastor
1/2 sudu teh garam
70g air
5 g ragi segera (Rahel letak 1/2 sudu besar ragi segera)
100g susu segar (suhu ruang)

Bahan C:
50g mentega (suhu ruang)

Filling:
45g butter,cairkan
1 sudu besar serbuk kayu manis
3 sudu besar gula caster
*Tuangkan mentega cair ke dalam campuran serbuk kayu manis dan gula caster.Kacau sebati.Rehatkan dalam peti sejuk selama 15 minit.

Egg wash:
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
*mix sebati

Cara:

1.Sebatikan A dan B,kacau sehingga hampir jadi doh.

2.Campurkan mentega,pukul sehingga menjadi doh yang lembut.

3.Biarkan mengembang 30 minit (tutup doh).



4.Tekan doh untuk keluarkan angin.Uli lagi hingga doh lembut.

5.Canaikan doh menjadi nipis,sapukan bancuhan mentega dan kayu manis dan gula kastor di atasnya.

6.Bahagikan kepada 8 potongan,kemudian gulung perlahan-lahan.Susun dalam tray.Biarkan mengembang dua kali ganda (25-30 minit).


7.Sapu campuran telur atas doh.Bakar selama 25 minit pada suhu 190C. 


Terima kasih sudi singgah siniπŸ˜ŠπŸ‘

24 ulasan:

CT Delima berkata...

As'salam Rahel

k.ct suka hari2 pun makan roti tak kisah janji perut kenyang..hihi

seronok kan Rahel dapat buat roti hasil air tangan sendiri, k.ct pun lama tak buat roti ni. menarik gak resipi ni mudah jer. Tapi malas nak uli tangan nak kerah 'bibik melayu' aje..hehehe mana beli buku tu Rahel..nak cari gak..buat panduan best tu mesti macam2 ada kan :)

Qasey Honey berkata...

comeiiinya roti dia...
QH pon suka juga tau mkn roti ni...
nti nk cuba buat juga la...
geram tgk roti tu gebu semacam...

rahel berkata...

Wsalam Kak Ct..
memang sedapla roti ni,sesuai dihidang time malas nak mkn yg berat2..
Oh ya,Rahel beli buku ni kat kdi buku ''HARRIS'' jusco Teberau,JB

rahel berkata...

Qasey Honey...
sebab suka sangat mkn roti tu yg belajar buat sendiri..memang berbaloi..sedap.

Rohah berkata...

Cute miut roti yang bergulung tu..angan-angan nak buat roti ni pun masih belum tercapai..

mala berkata...

ramai betul buat cinnamon roll hari ni :-)

Liza berkata...

salam rahel...wowww, menggoda roti tu, mintak sikit tuk minum ptg nnt...

inahar ali berkata...

woww..dapnyer roti tu..akak dh lama x meroti sejak BM akak jatuh sakit..hehe!! malas nk menguli tangan..

EmbunRosaliza berkata...

Cantik dan kemas roti mentega kayu manis rahel tu, sedapnya kalo ada ni buat minum ptg2 gini

Tanpa Nama berkata...

Salam perkenalan Rahel.Saya baru ajer mengikuti blog U ni. Seronok betul tengok resepi2 yg terdapat dalam blog ni, teringin pulak nak buat sendiri. Harap2 berjaya hendaknya. Salam perkenalan sekali lagi.

zila norazila berkata...

rahel salam kenal..wahh terliur ler..nampak sedap ;)

rahel berkata...

Kak Rohah,senang je...buat la..bole gak merasa roti gulung ni..

rahel berkata...

Mala,nampaknya mcm tu la,tapi memang best cinnamon roll ni.lembut dan gebu walau pun dah semalaman di bawah tudung saji..

rahel berkata...

Thanks Liza,ambik la 4ketul ni...hehe..

rahel berkata...

Inahar Ali,yang ni pun Rahel uli gak pakai besi mixer je..memang cantek kejadiannya doh ni.

rahel berkata...

Thanks EmbunRosaliza,
memang best la..suka sangat..

rahel berkata...

Tuty Nadia,
terima kasih sudi singgah jengah dapur Rahel.
Salam kenal.

rahel berkata...

Zila4ever,
dah terliuq ek..lap ngan tisu..hehe.

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak Rahel..Lamanya tak berBW ke sini semenjak tenet slowww macam kura-kura..

Wahhhhhh...saya baru semalam cuba resipi roti dari buku koleksi resipi terbitan Publishing ni...Tapi saya buat roti kopi yang ada chip tu..Memang lembut jeeeee hasil kejadiannya...

Ada masa nanti nak cuba resipi cinamon nilah plak....

ady berkata...

as-salam Rahel
sedapnya cinnamon roll.. mabeles...

rahel berkata...

Hehehe..biasa la tu Sue..kekadang memang slow je talian tenet ni..
Ohdah buat Roti Kopi Cip Coklat ek,hari tu teringin gak nak try roti kopi tu,tapi takde stok cip coklat,tu yg buat cinnamn roll je..tapi memang sedap la..lembut dan gebu je kejadiannya.

rahel berkata...

Wsalam Ady..jemput singgah makan cinnamon roll...hehe..

Sheery Dream Cakes berkata...

Wah rajinnya rahel meroti... Cantik lg tu... Nie Roti mentega kayu manis pasti sedap.... Suka roti yg bubuh serbuk kayu manis... Sedaap

rahel berkata...

Diana..
kadang tetiba je sifat rajin ni melanda diri...hehehe..memang sedap.