Selasa, 17 Mei 2011

Panada

Selamat petang semuanya..apa khabar? dah siap minum petang k? Hari ni Rahel buat lagi kuih panada..sedap,lembut & gebu.Kuih ini sangat populer d Indonesia terutamanya di kalangan orang sulawesi-utara (Manado).Panada  sangat enak di hidangkan ketika sarapan atau pun minum petang,membuatnya jg sangat senang,intinya boleh dpelbagaikan ikut selera masing-masing.Rahel selalu menggunakan ikan tuna,sardin sebagai inti panada.,tapi kali ni Rahel cuba pula inti ayam masak kicap,sedap pula.Sesiapa pun bisa menikmati kuih panada yg sedap ini.Jika teringin mencuba kuih panada bolehlah buat ikut resepi yg ada kat bawah ni.

 

Panada
Sumber:Internet


Bahan:(12pcs,timbang doh 46g setiap satu)
350g tepung gandum
1 sudu besar yis
1 sudu besar gula pasir
1 sudu makan penuh marjerin
1 sudu besar susu tepung (tak guna pun tak apa)
1 sudu teh garam*
145ml air suam*
1 biji telur B

Cara:
1.Satukan bahan bertanda*.Gaulkan semua bahan kering,kacau rata,masukkan telur,kemudian masukkan marjerin dan kacau rata.

2.Tuangkan air suam perlahan-lahan sambil digaul rata,kemudian uli doh selama 15 minit.

3.Biarkan doh mengembang selama 1 jam (tutup doh dg tuala).Bila doh sudah mengembang,tumbuk doh untuk keluarkan angin dan uli lagi selama 1 minit.

4.Kemudian buat bulat-bulat setiap satu 40g.Biarkan lagi 10 minit untuk mengembang.

5.Canai doh nipis dan beri inti (tekap doh menggunakan acuan karipap).Biarkan lagi 10 minit baru goreng hingga warna keperangan.Angkat dan toskan.

 


Bahan inti:
3 keping paha ayam,ambil isinya sahaja kemudian potong kecil.
2 biji kentang,dipotong kiub
100g mix vege
5 sudu makan kicap pekat
3 ulas bawang putih,cincang
2 inci halia,dicincang
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

Caranya:
1.Tumis bawang dan halia hingga layu.Masukkan ayam,bunga lawang,kayu manis.Tumis sehingga berubah warna.

2.Masukkan kentang dan air.Masak sehingga air surut.Masukkan kicap pekat,gula dan garam secukup rasa.Teruskan masak sehingga kentang empuk dan air benar2 kering.

3.Setelah masak biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum diguna.
 

Selamat mencuba.

7 ulasan:

Sheila Shafeareen berkata...

salam..npk menarik kuih panada ni rasa nya mcm kuih donat ke...negok resepi pun mudah boleh try ni..masuk list dulu...

rahel berkata...

Salam Sheila,iye panada ni lembut dan gebu mcm donut,memang senang je buatnya dan bahan2 pun sentiasa ada kat rumah kan...cuba dulu baru tau dan pastinya Sheila suke...

cik cek berkata...

pertama kali dengo nama kuih ni...rupanya mcm kuih karipap...tg bahan2 lainla pulak...sebab ada yis ...cam nak buat roti je....apa2 pun cam sedap je.....:)

Kasih Ibu berkata...

wah!!!nengok cm karipap je tp bila tgk bhn2nya cam lain pula...

ni kena try ni, bhn2nya pun mudah je..tak dapat gi indonesia dpt buat kuihnya pun jadilah..=)

rahel berkata...

To kak cek
skali pandang memang cam karipap...tp klu dah tengok kat resepinye hmmm lain kan...

To Kasih Ibu,memang senang je nak dptkan bhn2nya...kuih ni tetap lembut dan gebus walaupun dah disimpan semalaman.Cuba jdn tak cuba tau...

Unknown berkata...

lebih kurang mcm KARE PAN..cuma Kare Pan kena salur ngan serbuk roti sebelum goreng...

rahel berkata...

iye k Sally...hehe...ni menu memang popular kat Indonesia..