Isnin, 18 November 2013

French Macaroons

Selamat malam kepada pembaca blog Rahel Blogspot,semoga happy selalu...


Malam ni ada masa free sikit jadi dapatlah masukkan entry yang tertangguh.Kali ini kita muncul dengan French macaroons pulak,kalau dengar bab macaroons memang sudah terbayang benda-benda yang manis kan...hermm bukan macaroons namanya kalau tidak manis dan tak akan jadi macaroons jika kurang manisnya...waaaaa...indak boleh diamalkan selalu...sekali sekala boleh la...
 
French Macaroons kali ni Rahel letak inti yang segera sahaja...peanut butter..hehehe..mana kala minumannya pulak ialah green tea...baru la padan kan...kalau mac sudah manis takkanlah dipadankan lagi dengan minuman yang manis...boleh meremang bulu tau.Ok lah,pada yang berani mencuba mac silahkan tinjau-tinjau resepinya di bawah sana...sazzz...

French Macaroons
Sumber:i love macaroons

Bahan-bahan:
2/3 cawan (85g) serbuk badam
 1 1/2 cawan (150g) gula icing
3 biji putih telur gred A
5 sudu besar (65g) gula kastor
1 tsp vanilla extract

pewarna sesuai pilihan
inti sesuai pilihan

Cara:
1.Sediakan parchment paper.Alas dulang pembakar dengan parchment paper.
2.Mesin serbuk badam,gula icing hingga halus.Ayakkan.
3.Putar putih telur hingga berbuih.Tabahkan gula kastor.Pukul lagi sehingga pekat.
4.Tambahkan serbuk badam (3x) sedikit demi sedikit.Kaup balik hingga rata.
   Tambahkan vanilla extract,pewarna dan kaup balik hingga sebati.
5.Isikan ke dalam piping bag.Paipkan adunan sebesar duit 50 sen ke atas dulang yang
   telah dialas dengan parchment paper tadi.
6.Setelah semua adunan selesai dipaipkan,biarkan adunan kering,jika disentuh dengan jari
   ianya tidak melekat pada jari.
7.Bakar dalam oven pada suhu 175 'C selama 15-18 minit.
8.Setelah masak biarkan macaroons di atas redai.Tanggalkan dari parchment paper.
   Sandwich dengan inti pilihan.


Selamat mencuba...

Sabtu, 16 November 2013

Cheese Bar

Salam sejahtera dan selamat berhujung minggu,moga ceria selalu..
 
 
Skarang musim hujan di Tawau,udaranya amat dingin..kita terperap di rumah saja,padahal udah rancang mahu keluar untuk beli bahan-bahan baking.Sejak beberapa hari yang lalu asyik belek2 buku resepi jak,banyak sangat resepi-resepi yang menggiurkan..sempat bengong mo buat yang mana satu..alahai...dasar mata keranjang betul.Bila Nampak gambar resepi Cheese Bar ni terus tertarik pulak untuk mencuba,manakala bahan-bahannya pun memang simple dan cara membuatnya pun tersangat lah mudah.Jom kita intai-intai bahan-bahan yang diperlukan...
 
mampatkan biskut base
 
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
 
Letak loyang di rak tengah dan bakar guna api atas dan bawah.
 

Kek dah masak,biarkan sejuk sepenuhnya.

Cheese Bar
Sumber:Fabulous Cake Business (Alex Goh)
 
Biskut Base
160g cream cracker,crushed
80g butter~dicairkan
 
Filling:
A) 250g cream cheese
     50g gula
B) 30g keju cheddar~disagat
C) 1 biji telur
D) parutan kulit lemon dari 1 biji lemon
     2 sudu besar jus lemon
     40g krim masam
E) 50g walnut cincang
 
Cara membuat:

1.Biskut base:alas Loyang 10x7x1 inci dengan aluminium foil.Satukan bahan2 dan masukkan ke dalam loyang.Tekan hingga mampat.Letak dalam peti sejuk selama 15 minit.

2.Filling:Pukul dengan kelajuan sedang bahan A sehingga licin.Berhenti,scrap tepi and bawah loyang.Tersukan pukul hingga rata.

3.Tambahkan bahan C dan pukul hingga licin.Tambahkan bahan D dan putar sebati.Berhenti,scrap tepi n bawah loyang.Tambahkan bahan E dan putar  hingga rata.

4.Tuang adunan ke dalam loyang berisi biskut base.Masukkan dalam oven & letak di rak tengah Bakar pada suhu 180'C selama 25 minit sehingga masak.

5.Biarkan kek sejuk.Tutup kek,simpan dalam peti sejuk selama 5 jam atau 1 malam.

6.Tanggalkan kek dari loyang.Potong bentuk bar.
 
Nota daripada Rahel Blogspot:
*krim masam Rahel gantikan dengan Anchor UHT whipping Cream
*pada yang tidak suka rasa masam,abaikan saja jus lemon itu
*bakar walnut sebentar dalam oven sebelum masuk dalam adunan.
*adunan ini Rahel bake pada suhu 165'C selama 30 minit.
*kek tak sempat masuk peti sejuk pun,Rahel biar selama 2 jam sahaja kemudian potong dan hidang.
 
Sangat sedap Cheese Bar ni,bahan-bahannya sangat simple manakala cara penyediaan pun tersangatlah mudah.Sebenarnya pagi2 lagi Rahel buat cheese bar ni,jadi dapatlah kami hidang untuk sarapan pagi.Hermm...memang berbaloi kan...
 
   
 
 
Enjoi...


Selasa, 12 November 2013

Cekodok Pisang

Salam ceria selalu.Pagi-pagi ni kita sarapan cekodok pisang n nescafee panas sahaja.Ni cekodok pisang ala kampong punya,jadi tak payah guna banyak bahan dalam adunan.Beberapa hari yang lalu my darling terbeli pisang berangan,tapi macam susah jak mengasi habis hinggakan pisang tu hampir buruk semua,sekali gue intai2 masih ada jugak yang belum rosak,kebetulan kita pun belum sarapan time tu,jadi kita pun buat la cekodok pisang untuk mengalas perut di pagi hari.Kalau berdepan dengan cekodok pisang memang inda' boleh stop makan...layan terus...
 
 
Cekodok Pisang
 
 
Bahan-bahan:
260g pisang ranum -dilenyek
1/2 cawan gula kastor
1 cawan tepung gandum}
2 sudu besar tepung beras}
1/2 tsp serbuk penaik}~diayak
1/2 tsp garam
1 biji telur gred A
Minyak untuk menggoreng
 
Cara membuat:
Satukan gula dengan telur.Kacau sebati.
Tambahkan bahan yang diayak,garam.Gaul rata.
Panaskan minyak dengan api sedang.
Guna sudu kecil,ambil adunan dan goreng dalam minyak panas hingga keperangan.
Angkat.Tuskan.
 
 
Selamat mencuba.


Jumaat, 25 Oktober 2013

Best Brownies

Salam ceria selalu...
Brownies yang sudah berhari2 siap tapi ni hari baru berkesempatan kasi masuk belog.Walau pun masih cuti2 dari memgambil tempahan dapur mesti berasap terus...sekali-sekala kita pun kena la buat hidangan yang menyenangkan untuk diri sendiri.Kali ni Rahel masak best brownies pulak..bukan sekali dua  Rahel buat best brownies ni,tapi udah berkali-kali...boleh gitu? Yaa...sememangnya resepi yang simple tapi sedap..itulah pilihan Rahel..cara penyediannya pun teramatlah mudah...sila semak resepi...


Best Brownies
Sumber:Angie

Bahan-bahan:
1/2 cup unsalted butter
1 cup gula
3 biji telur M
1/3 cawan serbuk koko*
1/2 cawan tepung superfine*
1/4 tsp baking powder*
1 tsp esen vanilla

Bahan-bahan untuk Ganahe
Sumber:Bicara Kek (Wendy Kor)

A.25g sirap kencana
    250g krim segar tenusu
    25g mentega

B.250g coklat masakan

Cara untuk brownies:
1.Panaskan oven 170'C.Griskan acuan dan alas dengan baking paper.

2.Satukan bahan bertanda*

3.Cairkan mentega secara double boiler,bila dah cair angkat dari panas.

4.Masukkan gula,telur,esen vanilla ketika masih panas,kacau hingga lembut guna hand whisk.

5.Kemudian ayakkan bahan bertanda* ke dalam adunan mentega cair,kacau sehingga rata.Tuangkan ke dalam acuan dan bakar selama 25 minit,jangan terlebih bakar.Bila sudah masak segera tuangkan ganache di atasnya.

Cara untuk ganache:
1.Masak dan kacau bahan A secara double boiler sehingga cair.
2.Tambahkan bahan B dan kacau hingga sebati.
3.Tuang ke atas brownies.


Selamat mencuba..

Rabu, 23 Oktober 2013

Barbie Doll Cake

Salam ceria selalu...
 
 
Banyak hari dapur Rahel menyepi...hermm...macam la lama sangat.Yang pernah nampak kek ni di fb memang tau la tu.Kek Barbie doll ni ditempah oleh seorang rakan fb untuk harijadi putrinya yang sangat cute dengan tema purple n pink,tapi yg pink pada hiasan saja."Selamat Hari Jadi" untuk putrinya.Semoga sentiasa sihat dan ceria.Dalam kesibukan yang teramat sangat sempat la juga Rahel buatkan kek ni sedaya upaya..Rahel buat pun yang memang simple2 sahaja.Tapi kata Puan Saida keknya sedap n semua orang cakap sedap.Wah...ni ayat yang paling bagus didengar yang sentiasa dinantikan oleh para pembuat kek diluar sana.Apa2 pun terima kasih semuanya.Resepinya Rahel abadikan di sini sebagai rujukan pembaca blog Rahel.Terima kasih. 
 
Ganache
Sumber:Fabulous Cake Busines (Chef Alex Goh)
 
Bahan-bahan:
150g compound dark chocolate~dicincang
100g UHT whipping cream
25g Unsalted butter
 
Panaskan whipping cream hingga berbuih ditepi.Tuang ke dalam potongan2 coklat.
Kacau perlahan hingga semua coklat cair.
Tambahkan butter.Gaul sebati.
Biarkan semalaman sebelum diguna.
 
 
Cream Cheese Frosting
Sumber:Rahel BlogSpot
 
Bahan-bahan:
250g cream cheese
110g butter
250g gula icing-diayak
2 tsp esen vanilla
60ml susu segar
 
Satukan semua bahan dalam mangkuk adunan.Pukul hingga lembut dan berkrim.
 
Moist Chocolate Cake
Sumber:Fabulous Cake Busines (Chef Alex Goh)
 
Bahan-bahan:(2 buah Loyang 6")
A:250g butter
    320g gula halus
    1/4 tsp coffee paste
 
B:4 biji telur gred A
 
C:320g tepung biasa}
    50g coco powder}---diayak bersama
    1 tsp baking powder}
    1 tsp baking soda}
 
D:240g milk
 
Cara membuat:
1.Pukul bahan A dengan medium speed sehingga kembang dan gebu.
2.Tambahkan bahan B satu persatu dan teruskan pukul hingga gebu.
3.Tambahkan C dan D selang seli dan putar dg low speed hingga sebati.
4.Tuang ke dalam acuan 6 inci yang telah digris.
5.Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 40 minit atau sehingga masak.
6.Setelah masak biarkan kek sejuk.Setiap satu biji kek dibahagi kepada 3 bahagian.
  
Cara Penyediaan Barbie Doll Cake
 
Bahan Pelengkap
1 patung Barbie doll
500g fresh cream~diputar hingga stif,bubuh pewarna
Pewarna makanan~pilihan
Sedikit ready made fondant~kaler ikut selera
 
Cara-cara:
Ambil satu bahagian kek coklat.Letak atas papan kek.
Kemudian sapu dengan ganache.Kemudian letak cream cheese,ratakan.
Buat seperti ini hingga lapisan ke 5.Trim sikit lapisan atas untuk bentuk punggung Barbie doll.
Sapukan baki cream cheese pada seluruh permukaan kek.
Akhir sekali masukkan fresh cream ke dalam bag piping yang telah sedia dengan nozel no 30
Paipkan fresh cream ke atas kek.Bentuk dan hiaslah kek sesuai kegemaran anda.
Canai fondant,potong sesuai ukuran patung.Sapu dg sedikit air,balut patung dg fondant.
Sentuhan terakhir,cucukkan patung Barbie di atas kek.
Siaplah sudah Barbie Doll Cake yang simple.
 
S
 
Happy Baking....


Rabu, 16 Oktober 2013

Purple Ombre

Salam ceria selalu.Selamat hari raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog Rahel.Hari ni Rahel menyempatkan diri untuk masukkan gambar Purple Ombre beserta dengan resepi skali.Manatau ada di luar sana yang teringin untuk mencuba kan.Kek macam ni memang sesuai sangat dijadikan hadiah kepada orang kita sayang.Rasa cheese dan fresh cream yang nyaman membelai lidah..pastinya sukar untuk ditolak..ahaksss...Terima kasih tak terhingga kepada yang sudi mengoder.Semoga anda berpuas hati.Segala kekurangan mohon dimaafkan.
 
SPONGE CAKE

Bahan-bahan:(Loyang bulat 8 inci)
240g gula kastor
20g ovalette
8 biji telur gred A
80g air/fresh milk
120g butter~dicairkan
2 tsp esen vanilla

260g tepung kek}                   }
2 tsp serbuk penaik}~diayak  } bahan A

Pewarna makanan:Purple

Cara membuat:
Griskan 6 acuan saiz 8".Lapis dengan kertas serap minyak.
Panaskan ketuhar pada suhu 175'C.
Satukan gula kastor,ovalette,telur dan bahan A ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dengan
kelajuan perlahan untuk sebatikanny.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang
selama 5 minit.
Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanilla.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama
5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
Masukkan butter cair.Kacau sebati.
Bahagi adunan kepada 6 bahagian.Setiap adunan diberi pewarna purple,dari banyak hingga sikit
ikut terang mana anda hendak.
Bakar setiap satu bahagian adunan dalam oven pada suhu 175'C selama 25 minit.
Setelah masak,keluar dari oven dan telangkupkan.Setelah kek sejuk buangkan semua kerak.

Cream Cheese Frosting

Bahan-bahan:
2 cawan cream cheese
1 cawan unsalted butter
2 tsp vanilla essence
4 cawan icing sugar-ayak

Pukul cream cheese,butter dalam mangkuk adunan dengan kecepatan sedang sehingga creamy.
Tambahkan vanilla dan teruskan pukul selama 1 minit.
Masukkan pula icing sugar sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga kembang dan gebu.

Bahan lain:
500g  non-dairy whipping cream~putar hingga soft peak-bahagi kepada 3 bahagian,masing2 di
letak pewarna puple ikutlah terang mana anda hendak.
Masukkan dalam bag piping nozel no 30


Cara Penyediaan Purple Ombre

Letak satu lapis kek warna purple terang di atas papan kek.Sapu dengan cream cheese.
Buat macam ni sehingga lapisan ke enam.
Kemaskan bahagian tepi kek dengan baki cream cheese tadi.
Akhir sekali,paipkan non-dairy whipping cream bentuk roses pada kek.Ikut macam dalam
gambar yea..dari roses terang hingga warna lembut.

 
 
Happy Baking.


Rabu, 2 Oktober 2013

Seri Ayu

Salam sejahtera dan salam ceria selalu.
 
 
Kuih seri ayu,kuih putri ayu,putu ayu dan macam2 lagi la nama yang diberi,tapi rasa dan bentuk tetap sama.Sudah lama teringin makan kuih yang satu ni,tapi asik terbantut jak sebab ada beberapa kerjaan yang harus didahulukan.Hari ni bukan bermakna Rahel nda' sebok,tapi kerana sudah terlanjur beli kelapa parut semalam jadi diselit-selit la di tengah2 adunan kek..
 
Waktu sarapan Rahel lebih suka makan kuih basah gitu..contoh..kuih talam..kuih pulut..seri ayu..dan macam2 lagi la...tapi kalau petang hari pulak Rahel lebih suka yang goreng2 punya...contoh kuih pisang yang digoreng,cekodok,donut,kuih bom,karipap dan tak ketinggalan yang sama waktu dengan pastry puff...aha...sedap2 kan...
 
Balik pada cerita kuih seri ayu yang Rahel buat untuk sarapan ni,memang sangat gebu dan lembut..sesuai banget pekena the O panas..memang ngam betul.Ucapan terima kasih banyak2 kepada Rohaya selaku penyumbang resepi kuih seri ayu.Mohon pamit ya...kita mau share resepi di sini sebagai rujukan buat pembaca blog Rahel BlogSpot dan juga khasnya kepada diri sendiri.Terima kasih.
 
 
Seri Ayu
Sumber:Rohaya1710
 
Bahan-bahan:
2 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum ~Rahel guna tepung gandum cap rama2
1 cawan santan
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil perisa pandan~Rahel guna pandan paste
pewarna hijau
 
100g kelapa parut putih
1/2 sudu besar tepung jagung
secubit garam
*mix ketiga bahan di atas
 
Cara-cara:

1.Pukul gula dan telur hingga kembang,masukkan ovalette dan pukul lagi.

2.Masukkan tepung,santan,perisa pandan dan pewarna,pukul lagi hingga sebati.

3.Isikan kelapa putih dalam acuan,tekan sedikit supaya mampat,tuangkan adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.
 
Nota daripada Rahel:

1.Pukul gula dan telur selama 3 minit,kemudian masukkan ovalette dan pukul lagi selama 4 minit.Kemudian tambahkan tepung dan santan secara selang seli sambil diputar perlahan hingga sebati.Akhir sekali tambahkan perisa pandan & pewarna hijau.Gaul rata.Jangan overmix.

2.Kukus selama 8 minit dengan api sederhana.

3.Untuk seri ayu saiz Loyang besar,kukus selama 15-18 minit.
 
 
selamat mencuba.


Selasa, 1 Oktober 2013

Kek Lapis Blueberry

Selamat pagi dan salam ceria selalu buat pembaca blog masakan Rahel...
 
 
Untuk kali ni Kek lapis blueberi pula yang diterai,memang sedap dan wangi bluberi aja ketika kek masih dalam oven..buatkan kita nda' sabar mo makan..hehe.Cakap bab kek2 lapis ni memang kita nda' pakar buat..hanya betul2 ikut resepi dalam buku jak.Tapi kalau semangat mo buat mejadi juga tu..tengok rajin ke tidak..
 
 
Oh ya,kek lapis yang Rahel buat ni memang nda' berapa kemas lapisannya sebab Rahel main campak jak masuk dalam loyang...asal nampak lapisan jak bah..hehe..namanya juga kek lapis kan.Kelihatan rongga2 udara pada lapisan kek sebab Rahel nda' tekan guna penekan kek lapis..time tu sebok juga layan candy crush saga....huhu,jadi pada yang mahu menerai buat kek lapis pastikan tiada permainan lain dikawasan anda..beri tumpuan sepenuhnya pada kek lapis...ahaksss...
 
 
KEK LAPIS BLUEBERRY
Sumber:Asas Kek Lapis (Dayang Kek Sarawak)
 
Bahan-bahan:
450g mentega
10 biji telur gred A
180g gula halus
10g ovalette
1 tsp esen vanila
375g susu pekat
160g tepung hong kong
4 tsp pes blueberi
1 tsp pewarna ungu
 
Cara membuat:

1.Pukul mentega ke dalam adunan.

2.Kemudian masukkan esen vanilla.Pukul sehingga kembang.

3.Kemudian masukkan gula dan ovalette ke dalam adunan.

4.Seterusnya masukkan telur satu persatu ke dalam adunan tadi.

5.Masukkan susu pekat sedikit demi sedikit ke dalam adunan kemudian kacau.

6.Masukkan tepung hong kong sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.

7.Bahagi adunan kepada dua bahagian.

8.Satu bahagian campurkan 4 tsp pes blueberi,manakala satu lagi adunan asli.

9.Lenserkan Loyang 8" x 8" bersama kertas minyak.

10.Masukkan 4 sudu makan adunan ke dalam Loyang dan ratakan.(yg ni tergantung pada tebal mana adunan yg anda kehendaki)

11.Bakar secara selang-seli dengan suhu 180'C sehingga masak.
 
Nota:
untuk lapisan pertama,bakar guna api atas dan bawah selama 10-12 minit
untuk lapisan seterusnya bakar guna api atas sahaja dan akhir sekali bakar guna api atas
dan bawah selama 15-20 minit.
pes blueberi Rahel ganti dengan blueberry fruit filling
 
 
Sambil tengok Food Network potongan-potongan kek lapis sudah mula surut...hehehe...


Jumaat, 27 September 2013

Cheese Cake Meleleh

Salam ceria selalu...


Pagi ni Rahel muncul dengan Cheese cake meleleh yang tengah hot...huhu..kita jak yang ketinggalan bah.Pernah suatu masa ada orang Tanya pasal cheese cake meleleh...sempat juga Rahel bengong sekejap...hehehe...sebab masa tu belum tau lagi akan kewujudan kek yang meleleh creamnya ni.Bila minta resepinya dengan kawan-kawan dalam facebook memang ada jak yang sudi berbagi resepi...terima kasih sangat2 ya teman2...Rahel pun nda' sangka kalau diorang dengan begitu cepat pm kan resepi..memang ada beberapa teman yang bagi resepi cheese cake meleleh yang berlainan...semua best2,tapi sempat try resepi yg dishare oleh Narimah Abd Rahman yang katanya resepinya diambil dari Shakila ab Rashid.Terima kasih buat kedua2nya.

Lain orang lain resepinya,jadi akan Rahel cuba juga resepi yang lain2 tu...tunggu masa jak.Sebetulnya Rahel mau share beberapa resepi cheese cake meleleh yang teman2 bagi di fb,tapi Rahel belum mintak kebenaran...jadi kita tunda dulu ya..len kali baru dishare...jika diluluskan ada la tu...kalau tidak kena guna resepi yang ini sahaja.Kepada teman2 yang belum merasa cheese cake meleleh,silahkan mencuba..pastinya anda takkan berhenti...ianya sangat nyaman.Terima kasih banyak2 kepada semua penyumbang resepi cheese cake meleleh.Terima kasih kepada semua yang telah sudi mengoder cheese cake meleleh,dari semalam hingga hari ni tempahan tak putus...syukran.


Cheese Cake Meleleh


Kek:
100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)*
60g tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
75g mentega cair

Cara:
Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*

Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan.

Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.

Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair

Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.Parutkan cheddar cheese di atas kek.

Selamat mencuba.


Isnin, 23 September 2013

Rusian Black White Cake

Salam sejahtera dan salam ceria selalu...
 
Terasa lega sangat-sangat setelah berjaya buat kek rusian black n white,yang paling lega ya la tekak yang sudah berhari-hari tidak merasa kek.Selalu buat kek tapi itu orang punya.Kali ni Rahel buat versi Kak Azlita...Square gitu...cantek...gue suka.Oh ya,sebenarnya hingga ke hari ini Rahel belum tahu resepi Russian Black n White yang ori..seperti apakah? yang ala2 pun sudah sedap apatah lagi yang original dan yang kita tahu resepinya dicipta oleh Bzee Bakery (Zalina Yahya)..oh jauh di sana kalau mau pi berguru...kalau dekat semestinya gue tak mo ketinggalan...
 
Pertama kali ternampak kek ni di JUICY CAFE &CAKES,memang mengancam betul,tapi time tu ingatkan susah dan leceh penyediannya,rupa2nya senang sahaja.Lama juga baru terlaksana..alahai...ok la tu janji sudah merasa...sedap kek ni.Terima kasih kepada Kak Azlita sudi share resepi dan step by stepnya dan kepada yang mahu mencuba dipersilahkan.Rahel ada siapkan resepi sahaja tapi tiada step by step.Bolehlah rujuk di dapur masam manis ya...
 
 
BLACK AND WHITE RUSSIAN SQUARE CAKE
 
Kek Coklat Lembab
 
Bahan A:
300g tepung gandum
100g serbuk koko
1 tsp serbuk penaik
1 tsp soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan
 
Bahan B:
3 biji telur A saiz
400g gula kastor
1 tsp esen vanilla
 
Bahan C:
250ml susu cair
250ml minyak jagung
 
Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lembut,bolehlah tambahkan 2 sudu besar susu
pekat manis
 
Bahan D:
250ml air panas
 
Satukan bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair,jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu
pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan
spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang aduna dalam Loyang empat persegi ukuran 8 inc yang telah digris dan dilapik dasar
Loyang dengan kertas minyak
 
Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam hingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna,cucuk tengah kek secara sendeng dengan
lidi bersih.Bila lidi keluar bersih ini bermakna kek telah dibakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak.
 
 
 
Krim Keju Moca
 
Bahan A:
12g gelatin
60g air
 
Bahan B:
400g krim keju
2 tsp Nescafe segera~boleh juga letakkan pes moca
60g gula icing
 
Bahan C:
300g krim putar bukan tenusu
 
Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu.
Satukan gelatin dalam air
Kemudian cairkan secara kukusan (double boil)
Satukan bahan B
Pukul hingga lembut
Campurkan gelatin dan pukul hingga licin
Dalam bekas lain,pukul krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurana
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais
 
 
Chocolate Ganache
 
Bahan A:
250ml krim tenusu
40g sirap glukos
 
Bahan B:
400g coklat masakan gelap
30g mentega
1 sudu besar pes hazelnut~jika suka
 
Satukan krim tenusu dan sirap glukos,didihkan sehingga timbul buih-buih kecil ditepi periuk
Coklat masakn gelap dicincang halus
Tuangkan krim panas ke dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair,gaul rata
Masukkan mentega dan gaul sempurna
Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut,jika tiada
boleh letakkan nutella sebagai ganti.
Sejukkan
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais
 
Sirap Nescafe
 
1 sudu besar Nescafe segera
1/4 cawan air suam
 
Satukan semua bahan dan kacau rata
 
Kaedah Penyediaan
 
Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan
Letakkan 1 keeping kek atas lapik kek
Sapukan sirap nescafe di atas permukaan kek rata
Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek,ini bertujuan untuk
melembabkan kek.
Paipkan ditengah-tengah kek secara menyerong,ganache coklat diikuti krim keju moca
Lakukan berselang seli sehingga habis
Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan sirap nescafe.
Kemudian paipkan pula krim keju moca di tengah kek secara menyerong.
Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek.
 
Kemaskan tepi kek
Simpan sebentar dalam peti ais
Kemudian salutkan atau lepa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek.
Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras
 
Ambil lebihan ganache dan cairkan dengan kaedah double boiler.Alihkan kek atas redai.
Alas redai dengan Loyang supaya lebihan ganache tumpah ke dalamnya
Tuangkan ganache atas di tengah kek,kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan
menyaluti keseluruhan kek.
Sendengkan ke kiri dan ke kanan Loyang supaya ia rata.Biarkan sebentar.
 
Alihkan kek yang telah diletakkan ganache dari redai ke lapik semula.
 
Simpan kek dalam peti ais hingga ganache mengeras
Hias kek mengikut kreativitiUntuk Black and White Russian Square Cake,seeloknya potong
sekeliling kek untuk menampakkan corak sesuai dengan nama yang diberikan padanya.
 
 
happy baking.


Khamis, 19 September 2013

Puding Roti Karamel

Salam ceria selalu buat pembaca blog Rahel.
 
Hari ni masih lagi masukkan entry tertangguh.Kepada yang udah ternanti-nanti akan resepi puding ni gue minta maaf yea..bukan sengaja mau kasi lambat2,tapi kerana sebok siapkan tempahan.Lepas siapkan tempahan memang letih betul,rehat pun sikit jak.Oh ya,jangan ditanya mengapa puding tak licin permukaannya...ni kerana malas mau bakar dlm oven jadi kita pun pi la kukus...tapi sendiri mau tau la..time buka tudung pengukus memang terkejut habis...puding tersangatlah mengembang dan hamper melimpah keluar dari loyang,jadi kita cadangkan elok la bakar secara steam bake dalam oven yea..confirm cantek kejadiannya.Ok la tu...silahkan mencuba...
 

Puding Roti Karamel
Sumber resepi:Rahel Blogspot 
 
Bahan untuk caramel:(Loyang 8")
4 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
 
Bahan untuk puding roti:
4 keping roti sandwich,buang keraknya,potong dadu
500ml susu segar
2 sudu besar gula pasir
4 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
1 1/2 sudu besar tepung gandum
 
Cara membuat:

1.Karamel:satukan gula dan air,tuang ke dalam loyang dan panaskan di atas api sederhana sehingga pekat jadi karamel.Angkat dan ketepikan.

2.Puding roti:satukan semua bahan puding,blend hingga halus.

3.Tuang adunan pudding ke dalam Loyang berisi caramel tadi.

4.Kukus dengan api sederhana selama 30 minit.

5.Setelah masak,biarkan sejuk pada suhu ruang sebelum masuk peti sejuk untuk pudding roti yang dingin.Telangkupkan pudding roti ke dalam pinggan yang sesuai.Hidang.
 
Nota:
*Adunan puding ini sesuai dibakar secara steam bake dalam oven selama 30-45 minit pada suhu 170'C.

*Jika hendakkan pudding roti caramel yang licin tak menggerutu macam dalam gambar ni sila jangan kukus pudding ya..hehehe..sebaiknya bakar dlm oven.

*Jika guna Loyang saiz kecik akan dapat pudding yang tebal tapi kena tambah masa untuk membakar atau mengukus.
 
 
Selamat mencuba.


Selasa, 17 September 2013

Egg Tart

Salam sejahtera..
 
 
Setelah letih banget siapkan beberapa tempahan maka hari ni dapat jua merasa egg tart yang sedap.Walaupun mata masi layu2 tetap semangat mahu buat sedikit egg tart guna lebihan2 dough dari tart yang ditempah.Resepinya Rahel ambil dari blog citarasawan,memang mudah cara penyediannya..hasilnya pun memuaskan.Kalau beli egg tart di luar memang boleh tahan jugak harga dia kan..sebiji RM1-2,jadi baik buat sendiri di rumah,boleh makan sepuasnya.Kepada yang belum dan yang sudah pernah merasa egg tart dipersilahkan mencuba yea...confirm tak mengecewakan.Terima kasih Kak Wan untuk resepinya.
 
 
Egg Tart
Sumber:Citarasawan
 
Kulit tart
(resepi dari chef hanieliza)
 
Bahan-bahan:
500g tepung gandum
250g mentega
100g gula kastor
1 biji telur gred A
 
Cara membuat:
1.Satukan mentega,gula kastor,telur.Guna senduk gaul rata.
2.Tambahkan tepung gandum,uli jadi doh.
3.Tekankan doh ke dalam acuan tart.Potong kemas tepi tart.
4.Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 15-20 minit.
5.Setelah masak,biarkan suam.Keluarkan tart dari acuan.Ketepikan.
 
Inti Kastard
(resepi dari Citarasawan)
 
Bahan-bahan:
250ml susu cair/sejat
2 biji telur
60g gula kastor
1 tsp tepung kastard
1/4 tsp garam
 
Cara:
Satukan semua bahan,whisk hingga rata dan tapis.
Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga berbuih di tepi periuk,sentiasa mengacau
supaya tidak berketul.
Masukkan ke dalam jug kecil dan tuang ke dalam kulit tart.
Bakar semula selama 20-25 minit pada suhu 150'C hingga masak.
 
 
Enjoiii...


Isnin, 16 September 2013

Bolu Kukus Mambo

Salam ceria selalu...
 
 
Malam-malam begadang depan laptop..entry tertangguh punya pasal,kena upload juga sebab nanti terlepas lagi.Ni cakap pasal bolu kukus mambo...Rahel Nampak udah ramai teman-teman yang mencuba dan semua berpuas hati dengan hasilnya.Sebenarnya ni bukan yang pertama kali Rahel buat bolu mambo ni...dulu2 sebelum ada blog masakan pun dah try...memang sedap..lembut dan gebu.Sesiapa yang mahu try bolu mambo ni boleh la tinjau2 resepi yang telah Rahel sedia...
 
 
BOLU KUKUS MAMBO
Sumber:Dapursolia
 
Bahan-bahan:
6 biji telur
2 kuning telur
250g gula pasir
1/2 tsp serbuk vanila
1/2 tsp garam
1 tsp cake emulsifier
175ml santan pekat
200g tepung gandum protein sedang
 
1 tsp pasta pandan
1 tsp pasta strawberry
1 tsp pasta lemon
1 tsp pasta coklat
*ke empat bahan di atas Rahel abaikan,guna pewarna sahaja*
 
Cara membuat:
1.Siapkan Loyang 22x22x8cm,oles dengan marjerin/butter,alas dengan kertas minyak,oles lagi
   dan tabor sedikit tepung.
2.Panaskan pengukus,biarkan banyak wap.
3.Pukul telur,gula pasir,garam,cake emulsifier dan vanilla sehingga mengembang dan pekat.
   Masukkan tepung gandum sambil diayak secara bertahap,gaul rata.
5.Bahagia adunan menjadi 4 bahagian,tiap bahagian diberi pasta yang berbeza.
   Catatan:supaya tiap lapisan tebalnya seimbang,gunakan timbangan digital untuk membahagi
   adunan sehingga sama rata.
6.Tuang adunan coklat ke dalam Loyang,kukus selama 10 minit.Tuang adunan kuning,kukus
   selama 10 minit.Demikian seterusnya hingga adunan terakhir.Kukus kembali selama 20 minit
   hingga masak.Angkat.
7.Sejukkan,keluarkan dari Loyang,potong2.Hidangkan.
 
 
Selamat mencuba.


Isnin, 2 September 2013

Macaroon

Salam sejahtera dan salam ceria...
 
 
Time jari menaip pun mata sudah mengantuk banget,tapi kena teruskan juga sebab takut nanti terlepas pandang lagi satu entry.Untuk kali ini Rahel buat macarons ikut resepi yang ada di dapur Azlita masam manis.Rahel rasa ramai sudah kawan-kawan yang Berjaya buat macarons guna resepi tersebut.Tiada tunjuk step by step macam di dapur Azlita sebab Rahel buat sorang2,tiada juru gambar..hehehe.Macarons ni sebenarnya diorder oleh seorang teman yang juga seorang blogger masakan..kalau sebut nama mesti korang kenal...tapi takpa la...biarlah rahsia.Ok la..jom tengok resepi macarons...
 
 
Macaroon
Sumber:Azlita
 
Bahan:
80g putih telur
65g gula castor
 
80g serbuk almond}
140g gula icing      } diayak
pewarna
 
Cara membuat:
1.Siapkan non-stick baking paper.Lukis dengan duit syiling 50 sen.Ketepikan.
2.Dalam mangkuk yang bersih dan kering,pukul putih telur hingga berbuih.Masukkan gula
   kastor sedikit demi sedikit sambil memutar hingga  sehingga adunan kental dan bertanduk.
   Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih
   telur.Sebatikan hingga rata dengan cara kaup balik menggunakan spatula.Setelah rata
   masukkan semua baki serbuk almond sedikit2 dan gaulkan dengan kaedah yg sama se-
   hingga adunan bergaul sempurna.
   Kemudian bolehlah kita letak pewarna.Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 6 bahagian.
3.Masukkan adunan tadi ke dalam beg plastic atau piping beg.
4.Kemudian picitkan atas bulatan yang telah kita buat atas kertas tadi.Siapkan sampai habis.
   Ambil toothpick,pecahkan mana-mana gelembung udara yang terbentuk di permukaan
   macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jadi berlubang bila dibakar.
   Rehatkan macarons lebih kurang 30-45 minit.Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila
   kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
   Panaskan oven 150'C.Jangan panas sangat kerana nanti macaron pecah atau retak.
   Letakkan tray di bahagian tengah dalam oven.Bakar selama 15-20 minit.
   Setelah masak,letakkan macarons bersama kertas pembakar atas rack dan biarkan ia sejuk.
   Bila dah sejuk bolehlah kita letak ganache apa2 yang kita suka.
 
 
Enjoiii...