Rabu, 16 Oktober 2013

Purple Ombre

Salam ceria selalu.Selamat hari raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog Rahel.Hari ni Rahel menyempatkan diri untuk masukkan gambar Purple Ombre beserta dengan resepi skali.Manatau ada di luar sana yang teringin untuk mencuba kan.Kek macam ni memang sesuai sangat dijadikan hadiah kepada orang kita sayang.Rasa cheese dan fresh cream yang nyaman membelai lidah..pastinya sukar untuk ditolak..ahaksss...Terima kasih tak terhingga kepada yang sudi mengoder.Semoga anda berpuas hati.Segala kekurangan mohon dimaafkan.
 
SPONGE CAKE

Bahan-bahan:(Loyang bulat 8 inci)
240g gula kastor
20g ovalette
8 biji telur gred A
80g air/fresh milk
120g butter~dicairkan
2 tsp esen vanilla

260g tepung kek}                   }
2 tsp serbuk penaik}~diayak  } bahan A

Pewarna makanan:Purple

Cara membuat:
Griskan 6 acuan saiz 8".Lapis dengan kertas serap minyak.
Panaskan ketuhar pada suhu 175'C.
Satukan gula kastor,ovalette,telur dan bahan A ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dengan
kelajuan perlahan untuk sebatikanny.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang
selama 5 minit.
Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanilla.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama
5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
Masukkan butter cair.Kacau sebati.
Bahagi adunan kepada 6 bahagian.Setiap adunan diberi pewarna purple,dari banyak hingga sikit
ikut terang mana anda hendak.
Bakar setiap satu bahagian adunan dalam oven pada suhu 175'C selama 25 minit.
Setelah masak,keluar dari oven dan telangkupkan.Setelah kek sejuk buangkan semua kerak.

Cream Cheese Frosting

Bahan-bahan:
2 cawan cream cheese
1 cawan unsalted butter
2 tsp vanilla essence
4 cawan icing sugar-ayak

Pukul cream cheese,butter dalam mangkuk adunan dengan kecepatan sedang sehingga creamy.
Tambahkan vanilla dan teruskan pukul selama 1 minit.
Masukkan pula icing sugar sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga kembang dan gebu.

Bahan lain:
500g  non-dairy whipping cream~putar hingga soft peak-bahagi kepada 3 bahagian,masing2 di
letak pewarna puple ikutlah terang mana anda hendak.
Masukkan dalam bag piping nozel no 30


Cara Penyediaan Purple Ombre

Letak satu lapis kek warna purple terang di atas papan kek.Sapu dengan cream cheese.
Buat macam ni sehingga lapisan ke enam.
Kemaskan bahagian tepi kek dengan baki cream cheese tadi.
Akhir sekali,paipkan non-dairy whipping cream bentuk roses pada kek.Ikut macam dalam
gambar yea..dari roses terang hingga warna lembut.

 
 
Happy Baking.


16 ulasan:

Nur Honey berkata...

Hi... menariknya kek ni. Tq for sharing resepi. 1st time blogwalking ke page rahel ni dan rasa suka sangat sebab ada banyak resepi. Singgah2 ke blog saya ya.. Sy baru belajar masak memasak dan suka mencuba resepi yang jumpa di blog. http:/sweetlittlecastle.blogspot.com/

Bbwana adienia berkata...

salam rahel..

wah, menariknya kek purple ombre tu..sya pun mau try juga nanti buat kek ni..

Bbwana adienia berkata...

salam rahel..

wah, menariknya kek purple ombre tu..sya pun mau try juga nanti buat kek ni..

Wani berkata...

alahai terpegun dengan deko kek...teringin nak mencuba ..

Faeez berkata...

Salam Rahel, menarik sungguh kek ni..... manis betul bila dihias bunga2 ros tu. Saya suka!

Mamasya berkata...

Salam Aidiladha Rahel

nampak anggun sekali kek ombre itu...!

EmbunRosaliza berkata...

Selamat hari raya aidil adha rahel., cantik dan kemas sekali kek ombre tu

Liza berkata...

salam aidiladha rahel....cantik kek tu..

fazianbatrisyia berkata...

dah lama berangan nak ber'ombre'...tapi lom kesampaian.

mama sara nur berkata...

Cantiklah Rahel, ombre purple
Sedap lemak berkrim lg

Jenniffer berkata...

Your cakes are beautiful!

Gee® berkata...

Canteknyaaa....

Azim Aris berkata...

sedapnyaaa...

Tak Mungkin Benar

Azim Aris

Tina Othman berkata...

Cantiknya rahel

Ombre2 ni saya tak berani sangat sb takut terlebih kaler

Mesti sedap sb frost cream cheese

hazlina azmi berkata...

comel jer kek ni..nk mkn pun sayg jer rasanya..blogwalking,jemput follow blog saya ye...http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Kasih Ilmar berkata...

Cantik sungguh kek ini... hebat!