Sabtu, 16 November 2013

Cheese Bar

Salam sejahtera dan selamat berhujung minggu,moga ceria selalu..
 
 
Skarang musim hujan di Tawau,udaranya amat dingin..kita terperap di rumah saja,padahal udah rancang mahu keluar untuk beli bahan-bahan baking.Sejak beberapa hari yang lalu asyik belek2 buku resepi jak,banyak sangat resepi-resepi yang menggiurkan..sempat bengong mo buat yang mana satu..alahai...dasar mata keranjang betul.Bila Nampak gambar resepi Cheese Bar ni terus tertarik pulak untuk mencuba,manakala bahan-bahannya pun memang simple dan cara membuatnya pun tersangat lah mudah.Jom kita intai-intai bahan-bahan yang diperlukan...
 
mampatkan biskut base
 
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
 
Letak loyang di rak tengah dan bakar guna api atas dan bawah.
 
Kek dah masak,biarkan sejuk sepenuhnya.
Cheese Bar
Sumber:Fabulous Cake Business (Alex Goh)
 
Biskut Base
160g cream cracker,crushed
80g butter~dicairkan
 
Filling:
A) 250g cream cheese
     50g gula
B) 30g keju cheddar~disagat
C) 1 biji telur
D) parutan kulit lemon dari 1 biji lemon
     2 sudu besar jus lemon
     40g krim masam
E) 50g walnut cincang
 
Cara membuat:
1.Biskut base:alas Loyang 10x7x1 inci dengan aluminium foil.Satukan bahan2 dan masukkan
   ke dalam loyang.Tekan hingga mampat.Letak dalam peti sejuk selama 15 minit.
2.Filling:Pukul dengan kelajuan sedang bahan A sehingga licin.Berhenti,scrap tepi and
   bawah loyang.Tersukan pukul hingga rata.
3.Tambahkan bahan C dan pukul hingga licin.Tambahkan bahan D dan putar sebati.
   Berhenti,scrap tepi n bawah loyang.Tambahkan bahan E dan putar  hingga rata.
4.Tuang adunan ke dalam loyang berisi biskut base.Masukkan dalam oven &
   letak di rak tengah Bakar pada suhu 180'C selama 25 minit sehingga masak.
5.Biarkan kek sejuk.Tutup kek,simpan dalam peti sejuk selama 5 jam atau 1 malam.
6.Tanggalkan kek dari loyang.Potong bentuk bar.
 
Nota daripada Rahel Blogspot:
*krim masam Rahel gantikan dengan Anchor UHT whipping Cream
*pada yang tidak suka rasa masam,abaikan saja jus lemon itu
*bakar walnut sebentar dalam oven sebelum masuk dalam adunan.
*adunan ini Rahel bake pada suhu 165'C selama 30 minit.
*kek tak sempat masuk peti sejuk pun,Rahel biar selama 2 jam sahaja kemudian potong
  dan hidang.
 
Sangat sedap Cheese Bar ni,bahan-bahannya sangat simple manakala cara penyediaan pun tersangatlah mudah.Sebenarnya pagi2 lagi Rahel buat cheese bar ni,jadi dapatlah kami hidang untuk sarapan pagi.Hermm...memang berbaloi kan...
 
   
 
 
Enjoi...


15 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

salam rahel..

nampak sedap tu tau tengok cheese bar tu..bahan simple dan nampak senang ja buat kan.

P/s:dear, apa ba ko mo cakap sama aku ari tu..penasaran betul aku mau tau tu.

rahel berkata...

Bbwana Adienia...
ada ba ku mo Tanya,tp tak tau mo cari ko di mana,ada ka fb ko..cari sy ba di fb...bole ka dear?

Bbwana adienia berkata...

adui na..itu la ba kta nda be'ngam tu dear..tiada ba aku punya fb..hehe..sori..tapi, kalau ko ada whatApp/we chat/line, cari ja aku.ni no aku, 0128244251. Ko bleh sms juga..tq.

Marsita yahya berkata...

Sedap tu Rahel....lemak berkrim disukai ramai.

izahdaut berkata...

ya ampooonn.. sungguh dabel dabel lemak berkrim ini bar.. rasa nak duduk sebelah rahel enjoi sama2 ngap bar cheese.. hehe

ummiaisyah berkata...

air tgn rahel mmg sentiasa menjadik...sempat tu..buat utk bekfes....bertuahnya kalo dpt sepotong dua!

asyifa mustaffa berkata...

Nak try jugalah....mcm best je nih...

kayumaniskorner563 berkata...

nampak sdp sngt, nak try lah rahel....

tun_telani berkata...

waaaaahhhhh.... mmg menggugat diet nihhh....

Sue Bee berkata...

Dah letak kat rak tengah2, api nya guna sebelah bawah saja ka atau atas bawah ni, Rahel?..

Tina Othman berkata...

Adui terseksa tgk mcm sedap

yana aina berkata...

tengok pon dh terasa sedap .. bahan2 yg senang. tapi nak buat tah jadi ke tidak ^^

comfortnblissful berkata...

thnx share this recipe...looking forward to try it
check out my blog:
http://comfortandblissfullife.wordpress.com/

Eyna Zamilah berkata...

Terima kasih 4 share this resepi...mohon copy ya.

Eyna Zamilah berkata...

Terima kasih 4 share this resepi...mohon copy ya.