Sabtu, 28 Mac 2020

LEPAT UBI KAYU

Salam😊
Hari ni kita kongsikan lagi satu resepi lepat kesukaan ramai.Semoga bisa memberi idea kepada yang tengah kekeringan idea😁 harap kita sentiasa patuhi perintah kerajaan.Stay at home👍

Sedap dan secukup rasa Lepat Ubi Kayu ni😍 Jemputlah mencuba ea.


LEPAT UBI KAYU
Resepi by Irene Ho

Bahan-bahan:
600g ubi kayu,diparut
200g kelapa parut
250g gula melaka,dipanaskan bersama 30ml air 
200ml santan pekat (kurangkan ke 100ml)
1/2 sudu teh garam

Daun pisang secukupnya
Kain Muslin untuk perah ubikayu

Cara membuat:

1.Ubikayu diparut halus atau diblend dengan air secukupnya,kemudian perah ubi guna kain muslin.Air perahan tu kita kena rehatkan lebih kurang 30 minit,setelah itu buangkan air dan ambil kanji ubikayu.Kemudian campurkan dengan ubikayu tadi.

2.Masukkan pula kelapa parut,garam,gula melaka dan santan pekat.Digaul sebati.

3.Siapkan daun pisang,bubuh 2 sudu adunan ubikayu,bungkus kemas.

4.Kukus lepat ubi kayu selama 20-25 minit.Biarkan sejuk dan siap untuk dihidang.

Selamat mencuba😘👍

Terima kasih.Sila

Khamis, 26 Mac 2020

KUIH RENGAS

Sudah masuk hari ke 9 perintah kawalan pergerakan korang buat apa jak di rumah? Saya masih lagi rajinkan diri melayan resepi2 baru dari buku resepi yang dibeli tahun lalu2😁resepi lama tapi baru dibuat kuehnya😜jadi kira resepi baru la tu kan? 😁


Saya pilih resepi yang simple2 sahaja,yang senang dijumpa dia punya bahan2 dan haruslah bahan itu memang sudah ada di rumah,jadi daku senang beraksi di dapur.Ini kali resepi kuih rengas jadi pilihan sebab memang sudah lama juga tidak membuat ni,biasa main beli ja😁 kuih rengasnya memang sedap,secukup rasa,lembut di dalam rangup di luar😘👍



KUIH RENGAS
Resepi by Irene Ho

Bahan-bahan A (Batter)
130g tepung beras
  30g tepung ubikayu
200ml air
1/2 sudu besar marjerin,dicairkan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur (i skip)

Bahan B:
200g kacang hijau
150g gula melaka
100ml santan pekat
1/2 sudu teh garam
2 lembar daun pandan

Cara membuat:

1.Batter:Ayak tepung ke dalam mangkuk,masukkan air,garam dan marjerin.Kacau rata hingga tiada ketulan.

2.Bahan B:Rendam kacang hijau semalaman.Setelah itu toskan air,kemudian rebus kacang dengan daun pandan,air sehingga lembut.Setelah kacang lembut dan air sudah mulai kering masukkan gula melaka,santan dan garam,teruskan masak sehingga pekat.Biarkan sejuk.

3.Ambil sedikit adunan kacang hijau,bentukkan menjadi bebola kemudian tekan sikit bagi leper.

4.Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng.Bila minyak sudah cukup panas,celupkan bebola kacang ke dalam batter dan goreng sehingga kekuningan.Angkat kuih dan toskan minyak.Siap.

Tips by Me:
Kacang hijau boleh direndam selama 4-5 jam sahaja kemudian toskan air.Rebuskan kacang hijau bersama 1 liter air selama lebih kurang 30 minit guna api kecil sahaja,pastikan kacang hijau betul2 sudah lembut baru masukkan bahan yang lain.Untuk batter tu pulak,janganlah siapkan awal2 sebelum rendam kacang hijau,bancuhlah setelah kacang hijau sudah dibentuk.1 adunan ni boleh dapat lebih kurang 20 biji kuih.


Terima kasih sudi jengah blog saya👍

Rabu, 25 Mac 2020

APAM BALIK

Kalau diingat2 balik memang lama sudah tidak membuat apam balik or terang bulan ni,kami di Sabah panggil kuih terang bulan😊selalunya pegi luar ja membeli,sedap buat peneman kopi o di pagi hari or minum petang.

Sempena kawalan pergerakan keluar ni macam2 kuih ada dalam pikiran dan inilah masanya mengaktifkan diri di dapur,sikit2 ke dapur😁layankan jak la,janji senang hati makan.

Oh ya,saya suka resepi ni sebab apam betul2 lembut,dan tidak pecah bila dilipat.Kalau bab topping tu kita boleh pelbagaikan ikut selera kita,skarang ada macam2 benda boleh dijadikan topping.


APAM BALIK
Resepi by Irena Ho
Sumber:Nostalgic Kueh Recipes

Bahan-bahan untuk apam:
260g tepung gandum
1 tsp baking soda (me letak 1/2 tsp)
1 tsp instant yeast
5 tbsp gula
2 biji telur
230ml air

Filling:(mix)
80g kacang tanah,disangai,kisar
50g gula caster

Cara membuat apam:

1.Ayak tepung dan baking soda ke dalam basin.Tambahkan yeast,gula dan telur.Teruskan kacau hingga sebati.

2.Tutup adunan,kemudian rehatkan selama 30 minit sehingga berbuih.

3.Panaskan kuali leper atau acuan apam balik.Tuangkan adunan secukupnya.Masak dengan api kecil selama lebih kurang 5 minit (jangan lupa tutup acuan/kuali) kemudian taburkan bahan filling di atas apam,teruskan masak sebentar.Angkat dan lipat dua.Siap.

Filling boleh dipelbagaikan ikut selera.

Terima kasih sudi jengah dapur saya😍

Ahad, 22 Mac 2020

DONUT GEBU

Salam semua😊
Sejak perintah kawalan pergerakan ni macam2 gambar masakan lalu dekat wall fb.Donut gebu ni salah satunya resepi yang sempat ditangkap,berkenan sangat sebab nampak bahan senang dan buatnya pun tersangat mudah.

Pagi tadi budak kecik di rumah ni tetiba tercakap donut pulak,macam dia tau2 ja maminya ada dapat resepi baru😆jadi daku segera beraksi la,memang senang betul buat donut guna resepi ni,hasilnya sangat memuaskan,gebu dan lembut gitew.Korang patut cuba tau.


DONUT GEBU
Sumber:Fb Norazline Ridda & Shima Chym

Bahan-bahan A:
2 sudu besar yis (sy bubuh 1 sudu besar ja)
2 sudu besar susu pekat
3/4 cawan air suam

Bahan-bahan B:
2 sudu besar marjerin (me guna 20g pure butter)
1 sudu teh garam (ku guna 1/2 st ja)
2 cawan tepung gandum

Cara membuat:

1.Mix semua bahan A dan rehatkan sehingga berbuih.

2.Sediakan tepung gandum dan garam dalam basin.Tuangkan adunan A dan digaul sebati.Tambahkan marjerin.Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.(saya uli kejap ja dalam 7 minit gitu)

3.Bahagikan doh kepada beberapa bahagian (saya bahagi 12 ja),bulatkan doh kemudian susun dalam dulang yang telah ditabur tepung gandum.(doh ni tak perlu rehat lama2) setelah itu buat lubang di tengah.

4.Panaskan minyak yang secukupnya,terus goreng donut dengan api sederhana.Goreng sehingga kekuningan.Angkat dan toskan minyak.

5.Setelah donut sejuk anda boleh bubuh topping kegemaran anda.

Selamat mencuba.


Terima kasih sudi jengah dapur ambo😘👍

Khamis, 5 Mac 2020

NASI TUMPENG SEMPENA MY BIRTHDAY

Salam😁 Semoga ceria selalu.
Syukur kepada Allah kerana masih memberikan waktu untuk bernafas di muka bumi ini.Doakan semoga saya sentiasa diberi kesihatan dan umur panjang.


Sempena birthday tahun ni saya takda buat kek.Macam tidak berapa berminat mau buat kek skarang ni.Saya lebih suka masak nasi dan lauk,boleh makan sepuasnya.Kalau mau makan kek pi kedai ja beli sepotong dua.Umur da meningkat ni pemakanan pun kena jaga sikit.

Oh ya,kali ni saya siapkan nasi tumpeng saja untuk makan2 sempena birthday.Nasi tumpeng ni femes di Indonesia.Nasi kuning dihidang dengan bermacam-macam lauk dan sayur kesukaan.Kali ni saya buat nasi kuning dan hidang dengan ayam goreng,sambal tempe dan kentang,telur rebus,perkedel kentang,sambal dan kerupuk belinjo.So korang pun boleh cuba tau.Tapi saya takda sertakan resepi.Sila masak ikut selera awak😊😁


Rabu, 4 Mac 2020

LAKSA PENANG

Salam ceria selalu😊
Hari ni daku pekena kuah laksa yang kaw2 punya.Biasanya kalau saya teringin makan laksa selalunya pergi kedai ja,tapi kali ni saya nekad buat sendiri di rumah.


Ternyata buat laksa ni tidak la leceh.Skejap saja da siap.Kalau dari dulu tahu caranya,memang takkan pi kedai makan😁 lama sudah  intai2 resepi yang dalam buku resepi tu,tapi tu lah...tak selalu datang rajin🤣akhirnya perap ja resepinya.

Oh ya,resepi kali ni saya ambil dari buku resepi.Memang puas hati makan.Secukup rasa.Manala tau korang pun hantu laksa kan,so korang boleh cuba resepi ni,dijamin terangkat😍



LAKSA PENANG
Resepi By Chef Norzailina Nordin

Bahan-bahan:
8 ekor ikan kembung
6 keping asam gelugur
2-3 kuntum bunga kantan
10 tangkai daun kesum
500g laksa basah,dicelur (saya guna laksa kering)
Air untuk merebus (saya guna 1500ml air)
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk/kisar:
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
16-18 tangkai cili kering,direndam
2cm belacan,dibakar

Bahan sampingan:
Daun salad
Bawang besar
Telur rebus
Timun
Limau kasturi

Cara membuat:
1.Rebus ikan,3 keping asam gelugur dan garam.Apabila masak,ambil isinya dan kisar.Kisar tulang dan kepala dengan sedikit stok kemudian tapiskan ke dalam periuk.

2.Masukkan isi ikan dan rebusan ke dalam periuk.

3.Campurkan baki asam gelugur,kantan,daun kesum,bahan kisar dan garam.

4.Apabila mendidih,perlahankan api dan renehkan sehingga kuah pekat.Hidangkan laksa dengan bahan sampingan.


Untuk bahan sampingan tu saya bubuh bawang besar,isi ikan,timun dan cili potong sahaja,pastu perah limau lagi...perghhhh.

Air untuk rebus ikan tu korang boleh tambah lagi ikut selera korang.

Selamat mencuba.


😊