Ahad, 21 Mei 2017

Roti Jala

Hi.Bertemu lagi dalam rancangan yang tidak dirancang...hehehe.Setelah sekian lama daku tak merasa roti jala akhirnya tertunai juga hari ini.Dibuat untuk sarapan pagi.Roti jala ni memang sudah popular dari dulu kan? Sekarang ni ramai da yang jadikan roti jala sebagai sumber pendapatan.Ada juga yang buat kelas online,so jimat masa dan tenaga,tak perlu susah datang kelas.Bukan itu sahaja,malah skarang ni orang pun sudah pandai memilih roti jala.

Kalau dulu hidang roti jala ada kuah kari pun sudah cukup tapi skarang orang cari pulak roti jala yang lembut hingga ke petang.Wah...hebat betul selera orang zaman sekarang.

Bah..kalau begitu,apa kata korang cuba pulak resepi roti jala yang saya sertakan ni,dijamin memang lembut dari pagi hingga petang hingga ke malam.Resepi ni memang saya guna setiap kali buat roti jala,malas da tukar2 resepi.Harap dapat membantu korang ya.


KARI AYAM
Resepi kari dari Chef Hanieliza

Bahan A:
1 Ekor ayam,dipotong kecil dan dibersihkan
3 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk cili dibancuh dg 1/2 cawan jus asam jawa
4 biji ubi kentang dibelah 4
2 cawan santan
2 sudu makan kerisik
3 biji tomato dibelah 4
1/2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B:(Tumisan)
6 biji bawang merah,dihiris
4 ulas bawang putih,dihiris
2 inci halia
3 tangkai daun kari
2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara membuat:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
2.Masukkan serbuk kari,jintan manis dan serbuk cili yang dibancuh dg jus asam jawa.
   Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
3.Masukkan ayam,kentang,santan,kerisik dan garam.Biarkan mendidih hingga ayam dan
   kentang empuk ataupun lembut.
4.Perlahankan api dan masukkan tomato.Biarkan sehingga pecah minyak.
5.Hidangkan bersama nasi,roti,pulut ataupun ketupat.

Pesan:1 ekor ayam tu banyak tau kalau sudah masak kari,jadi sebaiknya buat 1/2 sahaja.



ROTI JALA

Bahan-bahan:
250g Tepung Gandum
2 biji telur
400ml air
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning

Cara membuat:
1.Ayakkan tepung gandum ke dalam mangkuk.
2.Masukkan telur,garam,pewarna,air.Kacau rata,kemudian tapis.
3.Panaskan kuali leper anti lekat.
4.Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala,pusingkan acuan yang berisi adunan di permukaan
   kuali untuk membentuk juraian jala.
5.Biarkan sampai masak/kelihatan beku.Angkat dan gulungkan kemas.
   Buat langkah seperti ini sehingga semua adunan habis diguna.
6.Hidang bersama kuah kai ayam/daging.

Pesan:Jika ramai rakyat jelata di rumah,gandakan adunan roti jala supaya anda tak nyesal.

Terima kasih sudi membaca.Selamat mencuba.

Tiada ulasan: