Selasa, 20 Januari 2015

Ayam Masak Keluak

Salam ceria selalu...


Ayam Masak Keluak
Resepi dari Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
700g ayam dipotong sesuai selera
3 sudu makan penuh serbuk keluak~dibancuh dg sedikit air jadikan pes
5 ulas bawang putih}
2 biji bawang merah}~~dihiris
2 inci halia}
1 genggam cili padi-dicincang
1 lembar  daun bay
1 batang serai~dititik
500ml air
1 sudu kecil pati ayam maggi
garam secukup rasa

Cara memasak:
1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bahan hiris hingga naik bau.
2.Tambahkan cili padi,daun bay,serai dan ayam.Tumis hingga ayam berubah warna.
3.Tambahkan pes keluak dan juga air.Tambahkan pati ayam & garam.
   Masak sampai ayam empuk.


Selamat menjamu selera.

5 ulasan:

Amie berkata...

Mana nak dapat serbuk keluak ni Rahel... teringin nak cubalah.

rahel berkata...

Kak Amie...serbuk keluak ni saya dapat dari sepupu,saya pesan masa dia balik ke sulawesi/Indonesia...di sana memang banyak dijual serbuk keluak ni...

Bbwana adienia berkata...

serbuk keluak tu apa rahel? baru pula wana dengar..

rahel berkata...

hehehe...memang jarang orang tahu ni rempah sis Wana...tapi di Indonesia area sulawesi rempah ni ada dijual di pasar,kebanyakan diguna oleh suku Toraja dalam masakan daging,ayam & ikan....memang sedap menyelerakan.Kalau di sini Malaysia pula mungkin di bahagian semenanjung ada tp itupun tidak ramai yg tau.

Anna Qawina berkata...

Wah pestaim dengar/baca tang menu Keluak ni Rahel..kena g makan rmh Rahel dulula baru boleh test kan..haha