Rabu, 14 Januari 2015

Perkedel Jagung


Salam ceria selalu ...semoga sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga tersayang.Menu kita hari ni tersangatlah simple...tutup mata pun boleh buat kan? Rasanya semua pun terer buat perkedel jagung..macam buat cekodok tepung gandum ja kan...main campak2 ja...pastu goreng dan  kemudian boleh hidang dengan sos kegemaran.Lain orang lain resepinya,jadi boleh la cuba resepi makcik yang super simple ni...jom...


Perkedel Jagung
Resepi dari Rahel

Bahan-bahan:
2 buah jagung-dihiris isinya
100g tepung gandum
2 tangkai cili merah-dicincang
1 sudu kecil lada putih~ditumbuk
5 ulas bawang putih~ditumbuk
1 ikat daun sup~dipotong2
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur A
3 sudu makan air
1sudu kecil pati ayam maggi
1 sudu kecil garam atau secukup rasa

Cara-cara:
Satukan semua bahan.Gaul hingga sebati.
Panaskan minyak secukupnya.
Guna sudu makan,sudukan adunan ke dalam minyak panas.Goreng hingga masak.
Siap untuk disajikan.


3 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

uina sedap ba ni..macam jemput2 jagung ka juga tu rahel?

Nooriah Abdullah berkata...

nampak pun dah sedap ni rahel lontarkan pada maktok seketul yuk

Saimah Sai berkata...

antara makanan peberet jugak ni..nyaman di makan begitu shj..