Sabtu, 30 Mac 2013

Eclair Keju

Selamat berhujung minggu.Semoga sentiasa sihat dan ceria.Kali ni Rahel hantar gambar n resepi yang tertangguh sahaja.Eclair Keju ni Rahel dah ubah suai daripada resepi chocolate éclair Kak Fida.Pada sesiapa yang nakkan éclair yang rasa keju bolehlah cuba cara yang ni pulak..memang best...

Éclair Keju
Sumber:Kak Fida (Mini Chocolate Eclair)

Bahan Puff:
1/4 cawan susu segar
1/4 cawan air
1/4 cawan mentega (1/4 buku)
1 sudu kecil gula halus
1/2 cawan tepung gandum-diayak
2 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla
25g keju cheddar-parut

*keju parut untuk tabur

Cara-cara:
1.Masak susu,air,mentega dan gaul hingga mendidih.
2.Kecilkan api dapur dan masukkan tepung gandum dan kacau hingga adunan sebati.Matikan api
   dan terus kacau adunan lagi hingga 1-2 minit.Biarkan adunan suam.
3.Masukkan esen dan telur satu persatu sambil dikacau adunan hingga lembut.
4Tambahkan parutan keju cheddar.Kacau sebati.
5.Masukkan adunan ke dalam piping bag dan guntingkan hujungnya sebesar 1/2 inc.Picit keluar
   adunan memanjang 1 1/4 inc dan berjarak di atas dulang pembakar.Tabur keju parut di atasnya.
6.Bakar pada suhu 170'C selama 25-30 minit atau hingga keemasa mengikut kepanasan oven
   masing-masing.Angkat puff dan sejukkan di atas redai.
7.Isi puff dengan inti cream keju.

Inti Cream Cheese
Sumber:Rahel

250g cream cheese
60g gula kastor
200g non-dairy whipping cream-dipukul hingga kental/soft peak

Cara-cara:
1.Cream cheese dan gula dipukul hingga licin.
2.Tambahkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil dikaup balik hingga sebati.
3.Masukkan dalam bag piping.Paipkan ke dalam puff.Siap.


Selamat menikmati.

6 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

salam Rahel,nmpak sedap snagt tu puff yg ada cheese tu boleh try lepas ni sebiji tentu kenyang ni kan sbb beso lah

cikNor berkata...

Rahel,
so yummy...xpernah try buat lg ni,selalu tgk kat blog org jer pas tu terliur jer nengok gambar...hahaa (^_^)

rahel berkata...

Wsalam Kak Nooriah...silahkan dicuba...enak lo..


Cik Nor...
Pasni boleh la awak terai...memang sedap..

Rohah berkata...

memang cantik sekali kalau dapat 1 set lengkap hidangan begini..eclair akak masih dalam impian..

fadz berkata...

Kalau guna whipping cream yang jual kat supermarket, boleh ke? Haritu tengok dokumentari pasal penjual pastry, dia ada jual makanan macamni. Memang nampak sedap...nasib baik jumpa website ni(^_^). Terima kasih sbb sudi berkongsi resepi :D

Totie@Tomy berkata...

wah pebret damia whipping cream ni..nanti nak try resipi rahel ni...